Semakin meningkat usia semakin merosotlah kondisi gigi. Apatah lagi buat mereka yang kurang mengamalkan penjagaan gigi yang baik atau mengamalkan gaya hidup yang boleh menjejaskannya seperti merokok, minum minuman keras dan banyak mengambil makanan bergula.

Melakukan penjagaan gigi yang baik telah sekian lama terbukti berkesan memanjangkan hayat gigi anda. Namun dengan peredaran masa mahu atau tidak gigi pasti akan mula rosak dan mereput.

Risiko Cabut Gigi Lebih Dari Sebatang, Kena Ambil Tahu Untuk Keselamatan Diri
Image by KamranAydinov on Freepik

Di sinilah perlunya kita mencabut gigi tersebut kerana ia tidak boleh dibiarkan terus rosak di dalam mulut.

Mencabut sebatang gigi itu perkara yang cukup normal. Tapi bagaimana pula jika mencabut lebih dari satu? Terdapat beberapa risiko perlu anda ketahui.

Jangan pula kejadian malang menimpa anda seperti yang berlaku kepada seorang lelaki warga emas di Thailand meninggal dunia selepas mencabut 12 batang gigi.

Kejadian malang menimpa warga emas itu menyaksikan kecuaian daripada beberapa pihak yang tidak peka dengan kondisi pesakit yang berdepan dengan masalah pendarahan selepas prosedur tersebut.

IKLAN

Sebenarnya risiko mencabut lebih dari satu batang gigi bergantung kepada beberapa faktor. Ia termasuklah keadaan gigi dan kondisi keseluruhan mulut. Secara umumnya doktor gigi akan melakukan penilaian beberapa faktor berikut tersebut sebelum melakukan prosedur pencabutan.

Kesihatan Pesakit

Jika seseorang menghadapi masalah kesihatan yang serius, risiko pencabutan gigi boleh meningkat. Doktor gigi akan meneliti sejarah perubatan pesakit sebelum menentukan jumlah maksimum gigi yang boleh dicabut.

Kondisi Gigi Ingin Dicabut

Jika gigi-gigi tersebut terletak pada kawasan yang sukar atau mempunyai keadaan khas, risiko pencabutan lebih daripada satu gigi boleh meningkat. Doktor gigi akan melakukan pemeriksaan menyeluruh untuk menentukan sama ada gigi-gigi tersebut boleh dicabut dengan selamat dalam satu sesi atau perlu dibahagikan kepada beberapa sesi.

IKLAN
Risiko Cabut Gigi Lebih Dari Sebatang, Kena Ambil Tahu Untuk Keselamatan Diri
Image by prostooleh on Freepik

Kaedah Bius Digunakan

Proses mencabut gigi biasanya melibatkan penggunaan bius tempatan atau umum. Jumlah maksimum gigi yang boleh dicabut dalam satu sesi bergantung kepada jenis bius yang digunakan dan toleransi pesakit terhadapnya.

BACA: Rahsia ‘Inspektor Khai’ Dapat Body Mantap Untuk Filem ‘Polis Evo 3’!

Risiko Komplikasi

Pencabutan gigi selalu melibatkan risiko komplikasi seperti pendarahan, jangkitan, dan kerosakan kepada struktur sekitarnya. Doktor gigi akan menilai risiko ini dan membuat keputusan berdasarkan situasi khas pesakit.

IKLAN

Kerana setiap individu mempunyai keadaan dan keperluan yang berbeza, hanya doktor gigi yang boleh memberikan penilaian yang tepat tentang jumlah maksimum gigi yang boleh dicabut dalam satu sesi.

Disarankan untuk berjumpa secara langsung dengan doktor gigi anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dan sesuai dengan keadaan anda.

Jangan lupa subscribe YouTube & TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI