Tak dapat dinafikan pengenalan inovasi kanta lekap sedikit sebanyak membantu mereka yang mempunyai masalah penglihatan untuk hidup dengan lebih baik.

Ini terutamanya bagi mereka yang tidak gemar memakai cermin mata dan ingin tampil tanpa sebarang aksesori di wajah mereka.

Namun kanta lekap kini bukan sahaja digunakan untuk membantu kadar penglihatan semata. Malah kini ia telah diinovasikan menjadi salah satu untuk mengekspresikan diri.

Risiko Guna Kanta Lekap Murah, Antaranya Permukaan Mata Boleh Tercalar

Kalau kita perhatikan sekarang ini ramai anak muda yang menggunakan kanta lekap berwarna. Ingin tampil bermata biru? Tak jadi masalah buat mereka kerana terdapat lambakan kanta lekap berwarna dijual di pasaran.

IKLAN

Namun terdapat risiko yang tak terjangka boleh berlaku jika anda menggunakan kanta lekap murah yang tidak mempunyai sijil piawaian standard.

TREND MEMBIMBANGKAN

Trend yang semakin membimbangkan ini turut mendapat perhatian daripada page kesihatan popular, Public Health Malaysia. Jelas mereka kanta lekap murah ini kebanyakannya dijual di atas talian, pasar malam dan butik kecantikan.

Malaysia Optical Council melaporkan hampir setiap bulan pasti ada kes kebutaan melibatkan komplikasi yang berlaku akibat penggunaan kanta lekap.

IKLAN

Risiko Guna Kanta Lekap Murah, Antaranya Permukaan Mata Boleh Tercalar

BACA: Kebaikan Lobak Merah Untuk Lelaki, Salah Satunya Kesihatan Mata Yang Baik

Kebanyakan kanta lekap murahan ini tidak diketahui dari mana sumber dan kualiti penghasilannya. Disebabkan tak mempunyai kualiti ada yang dihadilkan dengan permukaan tak rata lalu menyebabkan permukaan mata tercalar. Ini sekaligus menyebabkan boleh berlakunya ulser.

IKLAN

Seharusnya sebarang penggunaan kanta lekap haruslah dirujuk terlebih dahulu dengan ahli optpmetris yang berdaftar. Walaupun kanta lekap itu tak mempunyai sebarang ‘power’, namun pemeriksaan akan boleh pastikan sama ada kanta lekap itu bahaya atau tidak.

RISIKO MENGGUNAKAN KANTA LEKAP MURAH

  1. Sekat bekalan oksigen kepada permukaan mata
  2. Saiz dan bahan digunakan mungkin tak sesuai dengan mata
  3. Bahan pewarna boleh menyebabkan iritasi
  4. Permukaan kanta lekap tak rata boleh calar permukaan mata
  5. Mengandungi bahan kimia seperti klorin

Risiko Guna Kanta Lekap Murah, Antaranya Permukaan Mata Boleh Tercalar

KOMPLIKASI YANG BOLEH BERLAKU

  • Ulser kornea
  • Keratitis
  • Jangkita mata
  • Gangguan penglihatan
  • Kebutaan

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI