Dalam dunia serba moden hari ini, soal wang sering menjadi antara cabaran utama dalam membina sebuah hubungan ke arah perkahwinan.
Baru-baru ini, satu perkongsian di platform Threads telah menjadi bualan ramai apabila seorang lelaki mendedahkan keputusannya untuk menamatkan hubungan cintanya selepas diminta menyediakan wang hantaran sebanyak RM50,000.
Kisah itu dikongsi oleh pengguna @Zafreezaharidan yang memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp bersama bekas kekasihnya.
Foto : Vocket
Perkahwinan Bukan Pertandingan, Tapi Perjalanan Bersama
Menerusi mesej tersebut, pasangan ini dilihat berbincang dengan penuh matang mengenai langkah seterusnya dalam hubungan mereka namun akhirnya, keputusan yang dicapai adalah untuk berpisah secara baik.
“Saya fikir lebih baik kita akhiri sekarang, sebelum keadaan jadi lebih rumit. Saya cuma rasa saya bukan orang yang sesuai,” tulis lelaki itu, jelas menunjukkan dia membuat keputusan dengan hati yang berat tetapi kepala yang waras.
Beliau turut menjelaskan bahawa meskipun memahami niat baik keluarga pihak perempuan dan tidak mempertikaikan jumlah yang ditetapkan, nilai tersebut terlalu tinggi untuk dirinya secara peribadi.
Ads
Lebih daripada kemampuan, ia bercanggah dengan prinsip hidupnya yang percaya bahawa perkahwinan adalah soal membina masa depan bersama bukan berlumba untuk mempamerkan kemampuan kewangan.
“Kalau RM50,000 yang diminta (dan RM40,000 paling minimum), saya rasa itu satu tekanan besar. Dan ini bukan cabaran yang saya sanggup tempuhi.”
Kejujuran lelaki ini telah mendapat perhatian ramai warganet yang rata-rata menyokong keputusannya.
Ramai yang memuji tindakan berani itu sebagai langkah matang kerana bukan mudah untuk melepaskan seseorang yang kita sayang, apatah lagi apabila perpisahan itu dibuat bukan kerana tiada cinta, tetapi kerana memikirkan masa depan yang mungkin penuh ketegangan.
Antara Adat, Cinta dan Realiti Hidup
Foto : Sinar Harian
Duit hantaran sering dilihat sebagai simbol penghargaan dan maruah keluarga, namun dalam banyak keadaan, ia turut menjadi beban besar kepada pihak lelaki terutamanya yang baru memulakan kerjaya atau masih membina kestabilan kewangan.
Ads
Dalam masyarakat yang semakin mencabar dari segi ekonomi, kisah ini menimbulkan persoalan besar iaitu sejauh mana nilai wang patut menjadi pengukur keseriusan seseorang dalam perhubungan?
Bagi lelaki ini, membuat keputusan untuk berundur bukan bermakna dia menyerah, tetapi kerana tidak mahu memulakan perkahwinan dengan tekanan dan beban yang boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga.
Cinta yang tulus tidak seharusnya mengheret pasangan ke dalam belenggu hutang atau tekanan emosi.
Ads
Kadang-kadang, keikhlasan hadir dalam bentuk yang menyakitkan seperti berundur sebelum segalanya menjadi lebih rumit.
Dan itulah yang dilakukan oleh lelaki ini memilih jalan yang pahit, demi mengelak luka yang lebih dalam di kemudian hari.
Sumber : Threads @Zafreezaharidan
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bukan perkara yang asing lagi bila kita melihat wanita muda memilih lelaki yang berusia sebagai teman hidupnya. Kajian mendapati lelaki berusia merupakan lelaki yang sempurna dan memiliki banyak keistimewaan. Faktor berikut menjadi sebab mengapa lelaki berusia merupakan sahabat juga pasangan terbaik buat wanita. Apatah lagi kebanyakan golongan lelaki berusia ini nampaknya kedudukan ekonomi, kesihatan dan sosialnya lebih kukuh dan stabil.
Dan bagi wanita memilih untuk berada di samping lelaki yang lebih dewasa, tua dan berpengalaman merupakan momen yang menyenangkan.
Jadi, lelaki muda di luar sana jangan cepat melatah tentang isu ini. Anda mungkin boleh menimba ‘pengalaman’ berharga itu daripada lelaki-lelaki berusia di luar sana sebagai bekalan anda nanti.
Mahu tahu apa lagi kelebihan dan istimewanya lelaki ‘matang’ dan berusia ini. Nah baca ni.
1. Sabar
Ramai yang mengatakan jika lelaki yang lebih tua dari pasangannya adalah lelaki yang penyabar.
Sedar atau tidak, lelaki yang matang memiliki peribadi yang lebih tenang, lebih sabar dan lebih menghargai orang-orang di sekitarnya.
Mereka juga akan berusaha mengalah demi kebaikan diri mahupun kebaikan pasangan.
2. Seksi
Wanita melihat lelaki yang lebih berusia itu sebagai seorang yang seksi dan menawan. Selain memiliki fizikal yang gagah, lelaki yang berusia matang antara 27 hingga 35 ialah lelaki yang jelas akan tujuan hidupnya, punya pekerjaan yang menjamin serta stabil kewangannya.
3. Belajar Dari Kesalahan
Faktor usia yang sudah matang , lelaki ini mampu melakukan hal-hal terbaik untuk dirinya sendiri ataupun orang lain.
Ia juga telah banyak belajar dari kesalahannya di masa muda sehingga dia tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Lebih berhati-hati dan berfikir sebelum melakukan sesuatu.
4. Rasa Hormat Yang Tinggi
Lelaki yang berusia matang ialah lelaki yang sentiasa memperlakukan pasangannya atau orang-orang di sekitarnya dengan penuh rasa hormat.
Lelaki ini akan berusaha menunjukkan sikap terbaik pasangan kepada rakan kerja, teman juga keluarga.
Selain menunjukkan rasa hormat, dia juga sentiasa menjadi pendamping yang menyenangkan, menyayangi dengan penuh kasih dan berlaku dewasa.
5. Tegas Dan Disiplin
Tegas dan disiplin merupakan sifat bawaan dari setiap lelaki yang sudah matang. Tidak suka pada suatu yang remeh, selesa dengan dirinya sendiri dan sentiasa berusaha membuatkan orang yang disayangi merasa selesa dan dihargai.
Tidak semua lelaki yang lebih berusia daripada anda adalah yang terbaik dan bersifat dewasa daripada anda.
Ramai juga lelaki berusia muda telah memiliki pemikiran yang dewasa dan matang. Hal ini bergantung bagaimana corak pemikiran serta pengaruh persekitaran terhadap dirinya.
Semoga memberi manfaat.
sumber: kitablelaki
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sepanjang tempoh minggu lalu ramai yang memperkatakan tentang program i-Sinar, skim pengeluaran wang pencarum Kumpulan Wang Sipanan Pekerja (KWSP) seperti dibentangkan di belanjawan lalu. Petang semalam, KWSP telah mengumumkan secara terperinci mengenai siapa yang layak dan apakah kriteria yang perlu dipenuhi. Jika layak seramai lapan juta ahlinya dijangka menikmati skim ini.
Dalam kenyataan medianya semalam KWSP memaklumkan bahawa terdapat dua kategori pencarum yang layak memohon.
KATEGORI 1
Bagi kategori 1 melibatkan mereka yang bekerja di sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.
Bagi pemohon kategori berkenaan mereka boleh mula membuat permohonan secara dalam talian bermula 21 Disember dengan pembayaran kepada ahli yang layak akan dibuat pada pertengahan Januari 2021.
Kriteria bagi kategori 1
Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama dua bulan berturut-turut semasa permohonan ATAU
Ahli masih bekerja tapi berdepan pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020
Cara Permohonan
Tiada dokumen sokongan diperlukan
Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP
Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my bermula 21 Disember 2020
Manakala bagi kategori 2 pula ia adalah untuk ahli yang masih lagi bekerja tetapi mengalmi pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas. Ini termasuklah pengurangan gaji, elaun atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas Mac 2020. Dan pengurangan itu hanya boleh dikenal pasti menerusi dokumen yang diberikan.
Bagi proses pengesahan, KWSP memerlukan beberapa dokumen sokongan daripada ahli iaitu:
Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa
Dan jika ahli tidak dapat mengemukan dokumen di atas, sebarang dokumen seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan boleh diberi pertimbangan.
Bagi kategori 2, permohonan boleh dilakukan menerusi laman sesawang sama bermula pada 11 Januari 2021. Status permohonan akan dimaklumkan dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dilakukan. Pembayaran pula akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya.
JUMLAH KELAYAKAN
Jumlah kelayakan i-Sinar tertakluk kepada baki simpanan akaun satu ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:
Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam akaun satu boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam akaun satu boleh membuat pengeluaran maksimum 10 peratus atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada akaun satu.
Bagi memastikan kelancaran proses permohonan, ahli digalakkan untuk mendaftar i-Akaun, mengemas kini nombor telefon bimbit untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) di kios atau kaunter KWSP dan memastikan nombor akaun bank mereka adalah aktif.
Semoga perkongsian ini boleh melancarkan permohonan. Jika layak mohonlah untuk meringankan beban dan dugaan ekonomi melanda anda.
Jangan lupa ikuti YouTube MASKULIN untuk seleksi video gaya hidup lelaki terkini dan menarik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kini semakin kecoh tentang amalan diet protein tinggi (dan rendah karbohidrat – kurang 100g sehari) yang juga menjanjikan penurunan berat badan yang cepat. Ramai yang mengamalkannya. Diet ini bukanlah fenomena baru tetapi kini dipopularkan lagi dengan pelbagai produk-produk suplemen di pasaran. Tapi adakah ia selamat untuk diamalkan untuk jangka masa panjang?
FAKTA MENARIK PERLU TAHU
Berikut beberapa fakta menarik tentang amalan diet tinggi protein dan karbohidrat sangat rendah yang anda mesti tahu.
1-Berat turun cepat. Penurunan berat badan drastik pada permulaan adalah air. Apabila anda tiba-tiba elak karbohidrat dalam diet, badan akan masuk “flush” mode untuk buang air berlebihan. Di sini anda boleh kurangkan 3kh hingga 4kg pada minggu pertama (sahaja).
2-Berat naik drastik semula. Kini katakan anda amalkan diet protein tinggi, rendah karbohidrat selama sebulan. Apabila anda kembali pada diet yang lebih seimbang dengan nasi putih, buah-buahan dan sebagainya, berat air dan akan naik dengan cepat semula. Kenapa? Kerana water retention banyak bergantung pada hubungan glukosa dan insulin.
3-Kurang lapar. Memang. Ini kerana tahap insulin adalah rendah dan tidak mempengaruhi nafsu makan.
4-Jangka masa panjang. Berapa lama dan boleh elak makanan berkarbohidrat seperti nasi putih, mee, bihun, roti dan buah?
5-Turun air sahaja? Tidak juga. Jika betul-betul elak makanan berkarbohidrat sepertimana yang disyorkan, jadi memanglah banyak kalori-kalori yang dikurangkan. Mungkin dalam 600 hingga 1000kcal sehari. Jadi sudah tentu ada defisit kalori yang sememangnya kunci pada penurunan berat badan.
6-Ketosis dan ketones. Dengan ketidakadaan karbohidrat, badan terpaksa pecahkan lemak untuk sumber tenaga. Proses Ini dinamakan ketosis. Tenaga diperoleh daripada ketones – produk sampingan daripada ketosis.
7-Ketones tu bahaya tak? Berdasarkan info di webMD , ketosis dikategorikan sebagai ‘unhealthy metabolic state’ iaitu ketones boleh merosakkan fungsi organ dan menjadi pencetus pada penyakit seperti gout (asid urik tinggi), batu karang atau kegagalan ginjal (buah pinggang). Ketones juga mengurangkan nafsu makan, membuatkan rasa mual dan punca nafas mulut berbau.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap orang ada tarikan tersendiri tapi kalau anda tertanya-tanya apa sebenarnya yang wanita perasan dulu pada tubuh lelaki, jawapannya bukan hanya tentang 'six-pack'.
Beberapa kajian...