RODA PANAS 2 EP. 6 – Rasai Renjatan Adrenalin Dalam Dunia Sukan Automotif Drift & Drag!

Share

RODA PANAS 2 kini sudah pun memasuki episod yang keenam untuk musim tahun ini. Dalam lima epsiod lalu, RODA PANAS 2 telah menonjolkan pelbagai tema automotif berkaitan kereta dan motosikal seperti pacuan empat roda, kereta klasik, motosikal berkuasa tinggi serta tidak ketinggalam koleksi motosikal klasik.

Bagi episod minggu ini, MASKULIN yakin ramai yang tidak sabar untuk menantikan ia ditayangkan kerena tema untuk episod enam adalah drag dan drift.

Kedua-dua ‘disiplin’ sukan automotif ini cukup semakin popular bukan sahaja di negara kita malah di seluruh dunia. Ambil contoh sukan drift. Ia telah mula dipelopori dan dipopularkan oleh penggemar kereta di negara Jepun.

Kini ia telah menjadi fenomena yang sangat luar biasa hinggakan menjadi sebahagian daripada filem aksi Hollywood. RODA PANAS 2 menjemput seorang pakar iaitu Loyai bersama keretanya, Nissan S13 dan jemputan Helmy Khalid yang merupakan pemandu kereta drift.

Dalam segmen drift ini, hos Fizo Omar menemubual mereka tentang selok-belok sukan drift yang dilihat memerlukan skil sangat tinggi. Dalam masa yang sama Fizo turut merasai sendiri berada di dalam kereta drift yang sedang beraksi!

Manakala untuk segmen drag pula RODA PANAS 2 menampilkan seorang pelumba muda yang baru berusia 21 tahun, Syahin Danial. Hadir bersama kereta Daihatsu Charade yang diubah suai untuk perlumbaan drag, Daniel turut berkongsi pengalamannya berkecimpung sejak berusia 15 tahun lagi!

Buat anda yang meminati drift dan drag inilah episod RODA PANAS yang tidak harus anda lepaskan. Anda boleh menonton RODA PANAS 2 episod 6 pada Ahad, 20 Februari 2022 jam 6 petang di saluran Astri RIA dan platform Astro GO.

Ingat roda gempak, ingat RODA PANAS!

IKLAN