Pertarungan antara dua jaguh Muay Thai, Rodtang Jitmuangnon dan Takeru Segawa, akhirnya bakal menjadi kenyataan dalam acara ONE 172 yang akan berlangsung di Tokyo, Jepun.
Sebelum aksi sebenar pada 23 Mac 2025, kedua-dua petarung bersemuka di pentas dalam acara tradisi ‘face-off’ yang dinanti-nantikan peminat seni bela diri.
Apa yang mencuri perhatian ramai bukan sahaja pertarungan sengit yang bakal berlangsung, tetapi juga penampilan unik Rodtang.
Juara Dunia ONE Flyweight Muay Thai itu tampil penuh bergaya dalam busana baju Melayu tradisional berwarna hitam, lengkap dengan sampin bercorak unik.
Penampilannya ini bukan sahaja memukau hadirin, malah membangkitkan rasa bangga dalam kalangan peminat seni bela diri dan fesyen.
Kolaborasi Rodtang dan Elrah Exclusive
Busana yang dikenakan Rodtang bukanlah kebetulan semata-mata.
Ads
Ia merupakan hasil kerjasama antara Rodtang dan jenama fesyen terkenal, Elrah Exclusive.
Kolaborasi ini menggabungkan elemen tradisi dan moden, menampilkan baju Melayu sebagai satu gaya elegan yang mampu menyerlahkan identiti seseorang, termasuk seorang petarung hebat seperti Rodtang.
Keberanian Rodtang menggayakan pakaian tradisional ini membuktikan bahawa seni bela diri dan fesyen boleh bergerak seiring.
Takeru Segawa Hadir dengan Gaya Berbeza
Di sebalik gaya tradisional Rodtang, Takeru Segawa pula tampil dengan sut berwarna coklat cerah, memberikan kontras jelas antara kedua-dua petarung.
Ads
Walaupun berbeza dalam gaya berpakaian, kedua-duanya tetap bersedia untuk memberi aksi terbaik di gelanggang.
Foto : Malaysia Tribune
Sambutan Hangat dari Netizen
Kehadiran Rodtang dalam baju Melayu di pentas dunia ini mendapat pujian meluas di media sosial.
Ramai yang bangga kerana pakaian tradisional ini berjaya diperkenalkan ke peringkat antarabangsa melalui seorang jaguh sukan tempur.
Netizen juga menganggap ia sebagai satu penghormatan kepada budaya tempatan dan satu langkah positif dalam memperkenalkan busana Melayu ke mata dunia.
Dengan persiapan rapi dan semangat tinggi, pertembungan antara Rodtang dan Takeru dijangka menjadi antara acara seni bela diri yang paling mendebarkan tahun ini.
Peminat pasti tidak sabar menyaksikan siapa yang bakal muncul sebagai pemenang dalam pertarungan epik ini.
Sumber : VOCKET
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memakai jaket sentiasa membuatkan penampilan seseorang lelaki lebih macho dan up to date. Ia tak pernah lapuk malahan menambahkan lagi seri kepada mereka yang menggayakannya.
Namun, jaket kulit tidak mudah untuk dijaga kerana materialnya amat berbeza daripada pakaian lain.
Silap cara penjagaan boleh membuatkan jaket anda cepat lusuh dan hilang kualitinya.
MASKULIN sediakan tip asas cara penjagaan yang boleh anda buat untuk membasuh jaket kulit kesayangan anda. Orang kata, alah membeli menang memakai!
Bahagian dalam jaket sukar dijaga apatah lagi apabila ianya berbau hapak kesan daripada berpeluh dan habuk. Basuh jaket anda secara teknik hand wash menggunakan air suam dan sedikit sabun pencuci jenis air. Rendam seketika dan gosok secara lembut. Jangan rendam terlalu lama dan sidai di ruang terbuka yang mempunyai aliran angin. Jangan jemur di luar terik matahari kerana ianya akan mengecutkan jaket kulit.
2. Cucian mesin basuh
Masukkan sabun pencuci air ke dalam air dingin. Guna jaring kain jika ada ataupun terbalikkan bahagian dalam jaket ke luar dan zipkannya. Guna jenis cucian paling perlahan dan keringkan jacket secara manual tanpa perlu memerahnya. Gantung jaket di bawah kipas dinding.
3. Penjagaan Bahagian Luar
Jika bahagian luar kotor akibat tumpahan makanan atau minuman, segera bersihkannya menggunakan kain lembut dan usap dengan gerakan ke bawah. Jangan gosok secara kasar! Anda juga boleh gunakan minyak kelapa ataupun minyak zaitun bagi mengilatkan permukaan jaket kulit. Dapatkan produk penjagaan pakaian kulit di pasaran. Anda juga boleh menggunakan syampu bayi yang bebas daripada bahan kimia dan bersihkan dengan kain lembut. Pasti jaket anda berbau harum.
Letakkan beberapa buku yang berat di atas jaket anda semalaman. Ini membantu mengurangkan kedutan. Pastikan anda sentiasa menggantungnya dan jangan lipat jaket kulit. Gunakan seterika di tahap suhu sederhana, Alaskan kain di atas jaket dan gosok secara perlahan pada satu arah.
5. Jika terkena hujan, biar Ia kering sendiri
Kalau jaket anda terkena air hujan, jangan terus masukkan dalam mesin basuh. Ini kerana suhu panas boleh merosakkan material asasnya. Cara yang paling mudah adalah gantungkan ia di tempat yang ada aliran angin atau banyak cahaya tetapi bukan cahaya matahari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika anda seorang yang rajin ke gym, kelengkapan seperti air masak, kasut, seluar dan baju yang bersesuaian menjadi perkara utama kepada seseorang. Dimana anda menyimpan semua barang-barang ini? Pasti di dalam beg galas kan? Cuba anda perhatikan beg galas anda tu, mesti berbau dan lusuh kan? Lepas tu, kembung sana, kembung sini. Ini antara beg galas yang sesuai untuk anda bawa ke gym.
The All-purpose Duffle
Duffel ini dari Hurley sesuai untuk sesi latihan gym. Ia mempunyai ruang yang cukup untuk peralatan anda dan bahagian bawah disalut dengan PU 600D akan memastikan barangan anda dilindungi sepanjang masa.
The Classic Duffle
Beg Duffle kalis air ini mempunyai tali pendek dan tali panjang untuk perjalanan tanpa perlu rasa risau. Jadi jika anda penat menggalas bag dengan tangan, anda boleh gantungkan di bahagian bahu.
Ia juga dilengkapi dengan beg drawstring untuk memisahkan pakaian kotor anda. Jadi tak perlu campurkan baju masam anda tu dengan pakaian bersih.
The Upgraded Drawstring
Sekiranya anda gemar pada beg yang boleh disangkutkan ke bahu dan selesa dalam masa yang sama, maka beg Adidas ini yang anda cari. Bag ini kalis air dan ia mempunyai satu zipper dan dua ruang di luar poket untuk penyimpanan tambahan.
The Waterproof Backpack
Bag ini sebenarnya bukan saja boleh dibawa untuk ke gym, malah ia boleh di bawa ke mana-mana sahaja. Jika anda tidak tahu apa yang akan terjadi sepanjang anda bersenam seperti cuaca atau kekotoran, maka beg galas under Armor ini menjadi pilihan. Mempunyai poket tricot-lined bermakna barang anda akan tetap kering semasa anda bersenam.
The Professional Pack
Mungkin ada antara anda yang gemar kepada beg bimbit, bagi mereka, kelengkapan paling penting dan penggunaan ruang dalam kereta anda sangat diutamankan. Maka mungkin anda mahu membeli beg Nike Sport III ini.
The Alternative Pouch
Tak nak bawak beg besar ke gym? Malas nak masuk dalam loker, maka mungkin anda memerlukan pouch ini. Ia sangat sesuai untuk anda yang hanya ingin mengisi telefon bimbit, pengecas phone, protein bar dan dompet anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 akan berlangsung esok, menyaksikan Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar secara rasminya ditabalkan sebagai ketua negara, manakala Raja Zarith Sofiah binti Sultan Idris Shah sebagai Raja Permaisuri Agong.
Menjelang istiadat pertabalan diraja itu, MASKULIN kongsikan beberapa maklumat menarik yang dipetik dari perkongsian di laman Instagram @officialsultanibrahim mengenai busana yang akan dipakai oleh Sultan Ibrahim sepanjang istiadat berlangsung.
Seperti yang dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, baginda akan memakai Muskat merupakan pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong. Namanya diambil sempena kota Muskat iaitu ibu negara Oman yang merupakan tempat berasalnya rekaan pakaian kebesaran diraja itu.
Diperbuat daripada kain sakhlat berwarna hitam, ia turut dihiasi dengan corak awan larat dan bunga kebangsaan Malaysia iaitu bunga raya yang ditekat menggunakan benang emas.
Berbeza dengan istiadat pertabalan, pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong ketika berangkat ke Majlis Santapan Diraja ialah Mess Kit.
Pemakaian Mess Kit dipakai buat pertama kalinya secara rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-13 iaitu Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu.
Reka bentuk dan corak Mess Kit diolah berdasarkan Muskat.
Tengkolok Diraja
Tengkolok Diraja (Sumber foto: Tangkap layar dari perkongsian video di laman Instagram @officialsultanibrahim)
Ketika istiadat pertabalan, baginda akan memakai Tengkolok Diraja dikenali sebagai Dendam Tak Sudah seperti yang dipakai Yang di-Pertuan Agong terdahulu.
Pending Diraja merupakan alat kebesaran yang dipakai bersama bengkung. Diperbuat daripada emas sepuluh mutu bertatah permata delima serta tertera Jata Negara di bahagian tengahnya.
Samping yang diperbuat dari kain songket akan dipakai bersama bengkung dan Pending Diraja.
Yang menariknya, ini merupakan kali pertama motif tradisional negeri Johor iaitu dedaun gambir dan lada hitam digunakan sebagai motif utama pada Samping Diraja, Tengkolok Diraja dan juga bengkung.
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 akan berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Sabtu, 20 Julai 2024, diikuti dengan Majlis Santapan Diraja pada hari yang sama.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.