Gambar: Pixabay

Tali leher merupakan antara aksesori penting ketika anda berpakaian formal. Pemakaian tali leher ini boleh membuatkan penampilan lelaki tampak lebih segak dan berkarisma.

Bagi yang tidak tahu cara-cara untuk memakai tali leher tentu anda rasa leceh untuk mengikatnya. Sudahnya tali leher anda jadi tidak kemas, senget, terpendek atau terpanjang.

Hakikatnya, tidak susah mana pun untuk memakai tali leher asalkan anda tahu cara betul untuk mengikatnya.

Untuk yang baru sahaja nak berjinak-jinak untuk memakai tali leher, ini ada tip yang boleh membantu anda mengikat tali leher menjadi lebih kemas.

Selamat mencuba!

Cara-cara mengikat tali leher

Berikut merupakan cara-cara mengikat tali leher. Ikatan tali leher terbahagi kepada empat jenis ikatan iaitu:

IKLAN

1. Ikatan Tali Leher: Four In Hand

Mudah Rupanya Nak Ikat Tali Leher, Hanya Perlu Simpan & Belajar 9 Gaya Ikatan Ini!Ikatan Four in Hand ini merupakan ikatan tali leher yang popular dan paling mudah untuk dipakai. Ia membuatkan tali leher tampak tirus dan sedikit asymetrical. Ikatan ini sesuai dipadankan dengan baju kemeja berkolar tajam, mempunyai bukaan rapat dan kolar jenis berbutang (button down). Ia juga sesuai diikat menggunakan tali leher yang mempunyai fabrik tebal. Walaupun sesuai digayakan oleh semua golongan, namun ikatan ini nampak lebih cantik apabila dipakai oleh lelaki berleher pendek. Ia juga sesuai digayakan untuk pemakaian smart casual.

2. Ikatan Tali Leher: Half Windsor

Mudah Rupanya Nak Ikat Tali Leher, Hanya Perlu Simpan & Belajar 9 Gaya Ikatan Ini!Ikatan Windsor berasal daripada Duke of Windsor (secara rasmi Edward VIII) pada tahun 1930-an. Ia mula menjadi ikutan kerana ikatannya lebih kemas dan cantik dengan bentuk segi tiga. Half Windsor merupakan ikatan yang sesuai buat bukaan kolar yang sederhana lebar berbanding ikatan Single Knot. Ia merupakan ikatan tali leher yang lebih besar daripada Ikatan Four in Hand tetapi lebih kecil daripada ikatan Windsor/ Full Windsor. Sesuai disepadankan dengan tali leher berfabrik ringan dan medium.

3. Ikatan Tali Leher: Windsor/ Full Windsor

Mudah Rupanya Nak Ikat Tali Leher, Hanya Perlu Simpan & Belajar 9 Gaya Ikatan Ini!Windsor merupakan ikatan tali leher yang tebal dan sesuai untuk bukaan kolar yang lebar (spread collar dress shirt) dan luas dengan bentuk segi tiga. Windsor ini menjadi ikatan kegemaran ramai orang korporat dan golongan profesional serta sesuai dipakai untuk temu bual kerja, pembentangan dan mesyuarat bersama orang penting. Untuk pemakaian yang betul, tali leher yang digunakan mestilah sekurang-kurangnya 4 cm (1.6 inci) lebih panjang daripada tali leher konvensional biasa. Bagi yang ingin mencuba ikatan ini, pastikan ia digayakan dengan tali leher berwarna gelap dan corak yang tidak begitu menyerlah.

4. Ikatan Tali Leher: Shell Knot

Mudah Rupanya Nak Ikat Tali Leher, Hanya Perlu Simpan & Belajar 9 Gaya Ikatan Ini!Ikatan ini juga dikenali sebagai Shelby Knot atau Pratt knot . Ia merupakan cara ikatan lama yang sesuai untuk pemakaian formal, business casual dan casual, bahkan sesuai dipakai untuk tali leher yang berfabrik ringan dan medium. Ikatan jenis ini sesuai dipadankan dengan baju kemeja kolar bersaiz kecil dan tajam.

IKLAN

Selain empat jenis ikatan ini, terdapat juga teknik lain mengikat tali leher yang boleh anda cuba.

Kelvin Knot

Mudah Rupanya Nak Ikat Tali Leher, Hanya Perlu Simpan & Belajar 9 Gaya Ikatan Ini!

Oriental Knot

Mudah Rupanya Nak Ikat Tali Leher, Hanya Perlu Simpan & Belajar 9 Gaya Ikatan Ini!

IKLAN

Nicky Knot

Mudah Rupanya Nak Ikat Tali Leher, Hanya Perlu Simpan & Belajar 9 Gaya Ikatan Ini!

Victoria Knot

Mudah Rupanya Nak Ikat Tali Leher, Hanya Perlu Simpan & Belajar 9 Gaya Ikatan Ini!

Cafe Knot

Mudah Rupanya Nak Ikat Tali Leher, Hanya Perlu Simpan & Belajar 9 Gaya Ikatan Ini!

Kepanjangan Tali Leher

Mudah Rupanya Nak Ikat Tali Leher, Hanya Perlu Simpan & Belajar 9 Gaya Ikatan Ini!Dah tahu macam-macam jenis ikatan tali leher, pastikan kepanjangan tali leher juga diambil kira. Jangan sekejap panjang, sekejap pendek. Pastikan hujung tali leher yang anda pakai itu ngam-ngam berada di atas kepala tali pinggang (belt buckle).

Mudah Rupanya Nak Ikat Tali Leher, Hanya Perlu Simpan & Belajar 9 Gaya Ikatan Ini!Semoga perkongsian ini memberi anda manfaat dan selamat mencuba!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI