Dalam usaha untuk mengekalkan berat badan yang ideal dan meningkatkan tahap kesihatan, membakar kalori dengan efisien melalui senaman adalah kunci utama. Dengan rutin senaman yang tepat, bukan sahaja anda dapat membakar kalori dengan lebih berkesan, tetapi juga menambah tenaga dan meningkatkan kecergasan keseluruhan. Berikut adalah rutin senaman yang direka untuk membantu anda mencapai matlamat ini.
1. Kardio Berintensiti Tinggi (HIIT)
Kardio berintensiti tinggi atau High-Intensity Interval Training (HIIT) merupakan kaedah senaman yang sangat efektif dalam membakar kalori dalam masa yang singkat.
HIIT melibatkan gabungan senaman berintensiti tinggi dalam tempoh singkat yang diselangi dengan rehat atau senaman intensiti rendah.
Contohnya, lari pecut selama 30 saat, diikuti dengan berjalan kaki selama 1 minit, dan ulangi sebanyak 8-10 kali. Dengan HIIT, kadar metabolisme anda akan meningkat, yang mana akan membakar lebih banyak kalori walaupun selepas senaman.
2. Angkat Berat
Walaupun angkat berat mungkin lebih dikenali untuk membina otot, ia juga sangat efisien dalam membakar kalori.
Latihan angkat berat atau resistance training merangsang pertumbuhan otot yang secara tidak langsung meningkatkan kadar metabolisme badan.
Lebih banyak otot yang anda bina, lebih banyak kalori yang akan terbakar, walaupun ketika anda sedang berehat. Rutin yang disyorkan termasuk squats, deadlifts, bench press, dan rows. Cuba lakukan 3 set dengan 8-12 ulangan untuk setiap senaman, dengan rehat sekitar 60 saat di antara set.
Ads
3. Senaman Kekuatan dengan Berat Badan
Senaman menggunakan berat badan seperti push-up, pull-up, planking, dan lunges juga sangat efektif untuk membakar kalori.
Selain daripada membina kekuatan dan meningkatkan daya tahan, senaman ini tidak memerlukan peralatan khusus dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja.
Satu rutin yang baik adalah melakukan 3 set push-up, 3 set pull-up, dan 3 set lunges dengan 15-20 ulangan setiap set. Tambahkan senaman planking selama 1-2 minit untuk menguatkan otot teras.
4. Senaman Kardio Berterusan
Selain HIIT, senaman kardio berterusan seperti berlari, berbasikal, atau berenang juga merupakan cara yang baik untuk membakar kalori.
Ads
Kuncinya adalah konsistensi dan tempoh masa senaman. Sebagai contoh, berlari pada kelajuan sederhana selama 30-45 minit boleh membantu membakar sekitar 300-400 kalori.
Aktiviti seperti berbasikal selama sejam atau berenang selama 45 minit juga dapat memberikan hasil yang hampir sama.
5. Cross-Training
Untuk mengelakkan kebosanan dan memastikan pelbagai kumpulan otot bekerja, cuba gabungkan pelbagai jenis senaman dalam satu rutin.
Cross-training adalah gabungan antara kardio, angkat berat, dan senaman fleksibiliti. Contohnya, mulakan dengan 20 minit berlari, diikuti dengan 20 minit angkat berat, dan akhiri dengan 10 minit yoga atau stretching.
Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan pembakaran kalori tetapi juga membantu dalam memperbaiki keseimbangan dan mobiliti badan.
Akhir sekali, kejayaan dalam membakar kalori dengan efisien tidak hanya bergantung kepada rutin senaman, tetapi juga kepada konsistensi dan pemakanan yang betul.
Pastikan anda bersenam sekurang-kurangnya 4-5 kali seminggu dan gabungkan dengan diet seimbang yang tinggi dalam protein, serat, dan lemak sihat.
Selain itu, amalkan minum air yang mencukupi sebelum, semasa dan selepas senaman.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selain perut sixpack, lelaki juga impikan otot lengan yang mantap dan berotot sebagai simbol lelaki gagah.
Jangan bimbang jika anda kategori lelaki yang berlengan ‘kuyu’ dan tidak mantap kerana dengan melakukan senaman secara rutin, anda juga boleh miliki lengan berotot.
Sebenarnya untuk membentuk otot lengan adalah lebih mudah berbanding anda ingin membentuk otot pada perut dan dada.
Tanpa menggunakan peralatan khusus, senaman membentuk otot lengan ini boleh dilakukan di rumah asalkan ia dilakukan secara konsisten.
Berikut adalah empat senaman yang boleh anda lakukan untuk membesarkan otot lengan agar tampak lebih tegap dan kekal ‘seksi’.
1. Arm circle
Siapa kata latihan membentuk otot lengan hanya dengan mengangkat beban berat? Sebenarnya anda boleh berlatih senaman arm circle sebagai latihan asas. Caranya adalah dengan berdiri secara tegak dan rentangkan tangan lurus ke sisi. Setelah itu, pusingkan lengan agar membentuk huruf O dengan putaran ke belakang. Lakukan putaran sebanyak 20 kali dalam empat set.
2. Push up
Push up sangat baik untuk membentuk otot lengan agar semakin berotot. Lakukan push up asas dengan telapak tangan menempel di lantai. Setelah itu, naik dan turunkan badan anda dalam posisi lurus. Lakukan secara bertahap, misalnya 10 kali push up, seterusnya 20, 30, hingga 50 kali sehari jika anda sudah biasa.
3. Concentration curl
Latihan penting lain yang perlu anda buat adalah concentration curl iaitu latihan angkat beban. Caranya, anda duduk dan rentangkan kaki. Setelah itu, letakkan lengan di hadapan paha lalu angkat dumbbell yang ada di hadapan anda.
4. Pull up
Bentuk latihan yang sangat baik untuk membentuk otot lengan adalah pull up. Caranya adalah bergantung pada palang yang mendatar dan pastikan tangan tegak lurus selaras dengan bahu. Setelah itu, angkat tubuh anda ke atas hingga dada lurus sebaris dengan palang yang anda pegang. Latihan ini sememang agak berat. Namun untuk latihan awal, anda lakukan sebanyak lima kali dahulu dan teruskan hingga 10 kali setelah anda sudah biasa.
Empat latihan ini jika anda lakukan secara rutin boleh membentuk otot lengan agar kelihatan mantap proporsional seperti Chris Hemsworth. Selain bersenam, jangan lupa mengambil pemakanan yang sihat dan bergizi untuk mempercepatkan lagi pembentukan otot pada lengan anda.
Kot la nak ushar barangan sukan yang best-best, boleh KLIK SINI
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buah Avokado atau nama saintifiknya ‘Persea Americana’ adalah buah yang dikatakan mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit. Buahnya berbentuk bujur dan kulitnya berwarna hijau berkilat.
Apabila dikupas isi buahnya berwarna kuning cair dan mempunyai biji yang agak besar di tengah. Habitat asal buah ini dari Mexico dan sekitar Amerika Tengah.
Ia dikatakan amat berkhasiat kerana mengandungi protein, zat besi, fosforus, kalsium dan pelbagai lagi nutrisi yang baik untuk badan.
Di bawah ini MASKULIN jelaskan kenapa ianya amat bagus untuk kesihatan lelaki.
1. Penyumbang kepada kesihatan mata
Ia mempunyai kandungan nutrient Lutein karotenid yang mana sangat baik untuk membantu melindungi mata daripada katarak.
2. Mengekalkan kesihatan jantung
Buah ini mempunyai vitamin B6 serta asid folik yang membantu mengawal tahap homocysteine. Selain itu, ia turut mengandungi Vitamin E serta lemak tidak tepu yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.
3. Mengawal tekanan darah
Ini pun salah satu penyakit yang paling ditakuti golongan lelaki iaitu darah tinggi. Jika anda mengamalkan pemakanan buah avocado. Anda telah meraih banyak nutrient Kalium, yang mana ia diketahui amat efektif dalam membantu mengawal paras tekanan darah.
4. Melindungi daripada kanser
Jika kanser payudara ditakuti golongan wanita, lelaki juga amat takut jika diserang kanser prostat. Buah Avokado boleh menlindungi anda serta menghalang pertumbuhan kanser daripada menular di seluruh badan.
5. Menghilangkan nafas berbau
Avocado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semulajadi dan bertindak untuk melawan nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar kepada masalah nafas berbau.
Terdapat banyak produk kosmetik yang mengekstrak kandungan buah avocado kerana ia dipercayai dapat menyuburkan kulit. Ia juga berupaya membantu merawat penyakit kulit seperti kemerahan dan kegatalan. Masa yang sama membantu anda dalam proses awet muda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kebiasaannya penuaan selalu dikaitkan dengan masalah kulit wajah sehingga terlupa bahawa rambut juga mengalamai masalah penuaan apabila uban dan keguguran rambut yang menyebabkan masalah botak menjadi petanda.
Namun begitu ramai yang beranggapan bahawa masalah rambut serius seperti botak hanya dialamai oleh mereka yang meningkat usia, sedangkan pada hakikatnya golongan muda juga tidak terlepas daripada mengalami masalah ini.
Masalah keguguran rambut antara 50 hingga 100 helai sehari dikategorikan sebagai normal, tetapi jika berlebihan maka ia perlu diberi perhatian agar tidak menjadi lebih serius.
Banyak mitos sering dikaitkan dengan masalah keguguran rambut misalnya disebabkan kerap membasuh rambut, menyikat rambut, mewarna rambut, banyak berfikir dan sebagainya, sedangkan ia tidak berkaitan dengan masalah itu.
Antara punca sebenar berlakunya masalah botak ialah genetik. Ia boleh diwarisi daripada kedua ibu bapa atau boleh berlaku atas tindak balas hormon dalam badan.
Selain itu, kesihatan rambut turut dipengaruhi oleh pengambilan ubat-ubatan dan bahan kimia. Pengambilan zat seperti kalsium dan zink boleh menyihatkan rambut. Walau bagaimanapun, jika mengambil terlalu banyak vitamin A dan D juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
Serangan autoimmune, jangkitan mikro organisma dan penyakit kulit juga menjadi punca kepada masalah rambut yang serius.
Oleh itu, pencegahan awal perlu dilakukan lebih-lebih lagi oleh si jejaka yang mempunyai peratusan lebih tinggi berbanding wanita dalam masalah keguguran rambut.
Untuk mengatasi masalah ini, langkah pencegahan seperti pengambilan nutrien secara seimbang amat digalakkan. Ini bukan sahaja dapat membantu kesihatan rambut, malah kesihatan tubuh badan juga turut terjaga.
Apa yang paling penting, kebersihan kulit dan rambut perlu diberikan perhatian demi menjauhi masalah botak. Melindungi rambut daripada sinaran ultra lembayung juga antara cara terbaik untuk mengelakkan rambut gugur.
Ini adalah punca lain kenapa lelaki mudah botak
TEKANAN
Tekanan fizikal yang teruk (seperti pembedahan) atau tekanan psikologi yang teruk (seperti kematian dalam keluarga) boleh memberi kesan yang pelik pada badan manusia. Tekanan yang teruk biasanya membuatkan badan berapa dalam keadaan terkejut. Ini boleh membawa kepada Telogen effluvium, yang boleh membawa kepada keguguran rambut. Cuma apa yang tidak begitu jelas adalah bagaimana tekanan kronik atau tekanan jangka panjang memberi kesan kepada keguguran rambut.
CORAK KEBOTAKAN
Corak kebotakan rambut lelaki, merujuk kepada penipisan rambut berbentuk M iaitu corak yang biasanya disebut apabila bercakap tentang lelaki yang botak. Lama-kelamaan, folikel rambut akan berubah dan mengecut, yang membawa kepada penipisan rambut. Walaupun banyak rawatan yang sedia ada, ia tidak menampakkan kesan 100% pertumbuhan rambut dan mungkin boleh menyebabkan pertumbuhan rambut yang perlahan. Ia juga bukan penyelesaian kekal untuk keguguran rambut.
IKAT RAMBUT TERLALU KETAT
Ada lelaki yang gemar menggayakan fesyen rambut tocang yang diikat ketat (seperti dreadlocks atau cornrows) atau seperti fesyen ekor kuda yang sebenarnya boleh membawa kepada keguguran rambut ( daya tarikan alopecia ) . Ia adalah disebabkan oleh tarikan rambut yang terlalu ketat yang membawa kepada kehilangan rambut secara beransur-ansur.
KURANG VITAMIN
Kekurangan zat makanan umum atau beberapa kecacatan genetik atau biologi dan kekurangan dalam pengambilan nutrien tertentu boleh menyebabkan keguguran rambut. Mungkin kekurangan yang paling biasa dianggap menyumbang kepada keguguran rambut adalah zat besi. Kekurangan zat besi boleh membawa kepada kekurangan zat besi / anemia, satu keadaan yangmenyebabkan badan tidak mempunyai sel-sel darah merah yang cukup . Sel-sel darah merah adalah penting kerana ia membawa oksigen ke hampir setiap sel dalam badan, membantu sel-sel mengekalkan fungsi normal. Kekurangan zat besi dalam nutrien lain – seperti vitamin B (khususnya B12) dan protein – dianggap menyumbang kepada keguguran rambut juga.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.