People photo created by bristekjegor - www.freepik.com

Sesiapa yang biasa melakukan senaman pagi pasti akan faham dengan aoa yang ingin MASKULIN perkatakan. Mempunyai rutin senaman yang baik terutamanya di waktu pagi mampu memberikan banyak kelebihan sama ada dari segi fizikal dan mental.

Senaman mudah yang dilakukan selama 20 minit boleh memberikan kesegaran kepada badan. Regangan otot yang anda lakukan membuatkan tubuh lebih segar dan bersdia untuk mengharungi hari yang panjang. Malah ia juga mampu membantu selera makan menjadi lebih baik.

Rutin Senaman Pagi Selama 20 Minit Ini Mampu Buat Badan Lebih Cergas & Minda Lebih Tajam
Man photo created by master1305 – www.freepik.com

Berikut beberapa rutin senaman boleh anda lakukan selama 20 minit setiap pagi sama ada di rumah, gym atau pun pejabat. Ayuh kita bersenam!

WALL SIT

  • Berdiri tegak dalam keadaan bersandar pada dinding
  • Turunkan badan sehingga lutut membengkok (seakan duduk di atas kerusi). Kedua belah tangan diletakkan rapat di atas dada.
  • Ulang semula sebanyak 20 kali

JUMPING JACKS

  • Berdiri tegak dalam posisi kaki dijarakkan sedikit. Tangan diluruskan dan diletakkan di sisi tubuh
  • Lompat dan pastikan kaki dibuka luas. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas kepala seakan menepuk tangan
  • Ulang semula sebanyak 20 kali

ABDOMINAL CRUNCH

  • Baring dalam posisi kepala diangkat sedikit. Lutut diangkat dan dibengkokkan. Tangan diluruskan ke hadapan selari dengan paha
  • Angkat badan ke hadapan setinggi yang mampu dan lutut serta kaki tidak diubah posisi seperti asal
  • Ulang semula sebanyak 15 kali

SQUAT

  • Berdiri tegak dan posisi tangan dirapatkan di sisi tubuh
  • Rendahkan badan (seakan posisi duduk di atas kerusi)
  • Badan dibawa ke hadapan sedikit serta tangan diluruskan ke hadapan
  • Ulang semula sebanyak 10 kali

HIGH KNEES RUNNING IN PLACE

  • Berdiri tegak dalam keadaan kaki dipijak secara menjengket. Lutut dibengkokkan dan paha diangkat separas pinggang
  • Ulang semula dengan kaki yang berlawanan. Lakukan sebanyak 20 kali

PUSH-UP ROTATION

  • Meniarap dalam posisi tekan tubi
  • Pusingkan badan ke kiri dalam posisi tangan kiri diluruskan sambil menanggung beban tubuh. -Tangan kanan diluruskan ke atas
  • Ulang semula dalam posisi berlawanan. Lakukan sebanyak 5 kali

Selamat mencuba melakukan rutin senaman selama 20 minit ini bersama MASKULIN. Semoga ia memberikan manfaat agar kesihatan anda menjadi lebih mantap!

Jangan lupa untuk subscribe channel Telegram MASKULIN bagi update paling terkini dari kami!

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI