Dalam usaha memperkukuh kedaulatan undang-undang negara, Pasukan Khas Operasi Mobile (PASKOM) dari Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekali lagi menunjukkan dedikasi mereka dalam menangani kegiatan warga asing yang berani melanggar undang-undang.
Terbaru, sebuah video operasi mereka tular di media sosial, memaparkan tindakan tegas terhadap sebuah premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing di kawasan Pudu, Kuala Lumpur.
Video yang dimuat naik di akaun rasmi TikTok mereka, @paskom.official, memperlihatkan bagaimana pasukan ini menggempur premis milik warga Bangladesh yang menjalankan perniagaan telefon secara haram.
Keberanian warga asing ini semakin menjadi-jadi apabila mereka tanpa segan silu mempromosikan kedai mereka melalui sesi siaran langsung di TikTok. Lebih mencabar, mereka turut berkongsi alamat kedai secara terbuka, seolah-olah mempersendakan pihak berkuasa.
PUJIAN WARGANET
Tidak menunggu lama, pasukan PASKOM bertindak pantas melakukan serbuan. Dalam video berdurasi 1 minit 13 saat tersebut, empat orang pendatang tanpa izin berjaya ditahan.
Kecekapan operasi ini mendapat pujian melambung daripada warganet, yang rata-ratanya berasa puas hati dengan tindakan tegas pihak berkuasa.
Ads
Salah satu komen yang mencuri perhatian berbunyi, “Baru je post video tadi, terus sampai. Baju sama dalam video TikTok dia post tadi.”
Fenomena warga asing berani berniaga secara haram bukanlah perkara baharu di Malaysia. Kebanyakan warga Bangladesh yang masuk ke negara ini hanya diberi permit untuk bekerja, bukannya untuk memiliki perniagaan sendiri.
Namun, dengan kewujudan media sosial, mereka semakin berani menonjolkan kegiatan mereka secara terbuka. Ini menimbulkan kemarahan rakyat tempatan yang melihat hak mereka untuk berniaga semakin dinafikan oleh kehadiran warga asing yang tidak sah.
Ads
Memandangkan isu ini semakin berleluasa, rata-rata warganet memberi komen agar operasi seperti ini diperluaskan ke negeri-negeri lain.
Kehadiran warga asing yang berniaga di pasar raya, gerai tepi jalan dan premis-premis komersial secara haram semakin membimbangkan.
Selain itu, timbul juga kebimbangan mengenai kemungkinan adanya dalang atau pengkhianat yang membantu mereka menjalankan perniagaan ini secara senyap.
Apa pun, tindakan pantas PASKOM dalam menggempur premis haram ini memberikan isyarat jelas bahawa undang-undang di Malaysia tidak boleh diperlekehkan.
Masyarakat mengharapkan agar usaha sebegini diteruskan dan diperketatkan bagi memastikan warga asing yang tidak sah tidak terus mengambil kesempatan di bumi Malaysia.
Bukan mudah seseorang usahawan itu ingin sukses dalam bisnes. Anda perlu ada perancangan dan kepimpinan yang baik untuk meniti kejayaan. Jangan mimpi nak sukses dalam bisnes kalau anda sendiri tak punya semangat yang tinggi untuk berjuang.
Buat usahawan yang ingin berjaya, jadikan 7 amanat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary ini untuk anda sukses dalam bisnes. Semoga rahsia yang dikongsikan ini bermanfaat untuk anda.
Jom ikuti perkongsian daripada blog mamaqaireen ini.
Semua orang tahu bahawa 9 daripada 10 punca rezeki adalah datangnya daripada perniagaan. Malah setiap orang yang berniaga tentunya mahukan kejayaan. Betul tak? Tapi ramai daripada mereka ni hanya hangat-hangat tahi ayam je. Mula berniaga, nak jadi itulah, nak jadi inilah. Lepas tu nak tolong mak ayah di kampung, nak tolong orang susah, nak majukan diri sendiri dan meninggatkan taraf hidup. Tapi akhirnya, sendiri jawab (amboi, laser pula entry kali ni)
Ok, kebetulan tadi saya ada terbaca tentang 7 amanat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary kepada usahawan Muslim di laman web Peniaga Melayu. So, saya ringkaskan dan jadikan 7 Rahsia Kejayaan Dalam Perniagaan.
Beliau nasihatkan agar para usahawan fokus kepada satu perniagaan terlebih dahulu sehingga stabil dan menguntungkan sebelum mempelbagaikan perniagaan. Beliau mempelbagaikan perniagaan setelah perniagaan pertama beliau telah stabil dan menguntungkan.
“Perniagaan pertama perlu kukuh sebelum anda mempelbagaikan perniagaan supaya jika perniagaan yang baru kita ceburi tidak maju, maka kita boleh kembali kepada perniagaan pertama yang kita usahakan” – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Saya sendiri kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya sekarang, saya akan balik buat perniagaan yang mula-mula saya usahakan dulu. Perniagaan pertama saya masih beroperasi, lori dan kedai masih ada lagi di Kedah,” tambah beliau dengan nada cukup rendah diri.
Beliau juga nasihatkan agar usahawan muda jangan cepat nak berjaya. Setiap usaha sememangnya perlu melalui fasa kesusahan, cabaran dan sebagainya.
Beliau mengambil contoh diri beliau sendiri yang bermula dari bawah dengan membantu ayahnya menjual lembu dan kerbau di kampung sebelum mencapai tahap sekarang.
“Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang” – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Biasanya apabila memperolehi kejayaan yang singkat, mudah jugalah untuk perniagaan yang kita usahakan itu jatuh.
“Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang,” jelas beliau ringkas.
Ini adalah frasa yang kerap keluar darioada mulut beliau. Beliau menjelaskan setiap perniagaan sama ada kecil ataupun besar akan mempunyai masalah, cabaran dan kerenah yang tersendiri. Oleh itu, para usahawan tidak boleh mudah berputus asa dan tunduk dengan masalah.
“Saya ni tiada apa-apa, tiada apa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan” – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Beliau ada berkongsi susah-payah mengenai perniagaan pertama yang beliau usahakan bersama rakan kongsi bukan bumiputera.
Bagaimana rakan kongsi tersebut menekan beliau sehingga terpaksa menggadaikan dua lot tanah milik keluarga untuk dijadikan modal tambahan bagi mengekalkan penguasaan share majoriti di dalam syarikat Bukhary Rice Sdn. Bhd.
“Kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya masa tu, maka kami sekeluarga boleh kehilangan tempat tinggal,” jelas beliau.
Beliau sering mengingatkan bahawa beliau hanyalah orang biasa yang diberi peluang oleh kerajaan. Apabila diberi peluang, beliau akan berusaha bersungguh-sungguh terhadap peluang tersebut.
Oleh itu, beliau berpesan kepada semua usahawan agar bukan sekadar berharap untuk dibantu tetapi bersedia dari segi fizikal dan mental untuk dibantu.
Ramai orang Melayu apabila kerajaan anugerahkan projek, mereka lebih cenderung untuk berikan projek tersebut kepada syarikat lain untuk usahakan kerana mengejar keuntungan jangka masa pendek. Majoriti syarikat Melayu akan memberikan projek kepada syarikat bukan bumiputera untuk mengusahakannya sebagai sub-company.
“Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti” – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Saya diberikan 3 permit lori untuk membawa beras dan saya apply loan MARA untuk membeli lori. MARA berikan saya cukup-cukup RM110,000 untuk belikan sebuah lori. Ada usahawan Cina datang nak beli atau sewa dua lagi permit saya, tetapi saya tak bagi. Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti,” kata beliau.
Beliau juga mengharapkan agar para usahawan yakin dengan diri sendiri dan apa yang sedang diusahakan. Ramai usahawan bumiputera tidak boleh berjaya bukan kerana idea mereka tidak bagus, tetapi kerana tidak yakin dengan diri mereka.
“Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin Allah akan permudahkan urusan kita” – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin Allah akan permudahkan urusan kita,” jelas beliau.
Beliau terkenal sebagai seorang usahawan yang banyak memberi kembali kepada masyarakat. Malah beliau mempunyai lebih kurang 260,000 pekerja yang berkait secara langsung ataupun tidak dengan semua syarikat milik beliau. 80% diperuntukkan untuk golongan bumiputera.
Apa yang lebih menarik, beliau tidak menjual perniagaan beliau kerana memikirkan nasib golongan yang bergantung kepada syarikat beliau untuk mendapatkan sumber rezeki.
“Jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan” – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Kedai dan lori-lori untuk perniagaan pertama saya masih lagi ada di Kedah. Perniagaan itu masih berjalan seperti biasa. Setiap lori akan ada tiga orang pemandu, jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan,” jelas beliau.
Beliau juga berpesan bahawa setiap usahawan Islam tidak sama dengan usahawan bukan Islam. Usahawan Islam berniaga untuk mendapat manafaat di dunia akhirat tetapi usahawan bukan Islam berniaga untuk dunia sahaja.
“Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha” – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Jadi jangan risau kalau kita tengok kenapa bangsa lain yang bukan Islam lebih berjaya di dalam perniagaan kerana Allah dah janjikan dunia buat mereka. Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha,” jelas beliau mengingatkan semua hadirin.
Semoga dengan 7 Rahsia Kejayaan Dalam Perniagaan yang saya sharekan hari ni dapat memberi manfaat kepada kita semua.
Sudah sampai masa untuk negara menumpukan kepada pembangunan sukan yang dilihat mampu menyerlah seperti Muay Thai dengan mengeluarkan bajet besar dan memberi fokus kepada pembangunan sukan tersebut, tambahnya.
“Mungkin sebelum ini atlet muda kita tidak mendapat peluang untuk beraksi dalam kejohanan berprestij iaitu ONE Championship, namun apabila peluang itu muncul mereka membuktikan anak Malaysia mampu cemerlang dalam sukan Muay Thai.
“Ini era baharu arena Muay Thai negara dan terbukti rakyat Malaysia mampu mencipta nama di kejohanan besar cumanya kebanyakan yang mempunyai bakat belum ada peluang untuk menyinar dalam peringkat antarabangsa,” kata Bernard.
Rifdean, 21, berjaya menumbangkan lawannya dari Thailand, Pichai Lookbanmai dalam tempoh 78 saat menerusi Technical Knockout (TKO) dalam penampilan sulungnya di ONE Championship
Diberi nama jolokan ‘Magic Boy’, atlet Muay Thai kelahiran Sarawak yang mewakili kelab Sor Sommai membawa pulang bonus 350,000 baht (RM45,700) berikutan kemenangan dikecapinya di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok, Sabtu lalu.
Sementara itu Bernard berkata, pihaknya berharap pembabitan lebih banyak penyumbang dan penaja termasuk syarikat korporat dalam usaha untuk memajukan sukan itu.
“Rifdean telah mempamerkan kemahiran dan keazaman tinggi dalam penampilan sulungnya dan itulah yang saya nampak pada beliau sejak mula berlatih tujuh tahun lalu.
“Hanya mereka yang terlibat dalam sukan ini akan memahami betapa besarnya pengorbanan yang perlu dilakukan untuk mencapai tahap tertinggi dan beliau (Rifdean) telah membuktikannya,” katanya.
Lebih membanggakan, lebih banyak kelab Muay Thai berpangkalan di Thailand kini sedang mencari bakat baharu tempatan selepas mengetahui banyak atlet Thailand tumbang awal disebabkan penangan wakil negara.
Sejak remaja lagi, Rifdean berjaya menempa nama di pentas antarabangsa dan menjadi juara dunia bawah 23 tahun sebanyak tiga kali berturut-turut bermula daripada edisi 2021 di Thailand diikuti 2022 di Emiriah Arab Bersatu dan 2023 di Thailand.
Dalam landskap automotif moden, jenama tidak lagi sekadar berlumba dari segi prestasi dan teknologi. Nilai kemanusiaan dan tanggungjawab sosial kini menjadi elemen penting dalam membina reputasi jangka panjang.
Perkara ini jelas ditonjolkan oleh MG Motor Malaysia menerusi penglibatan mereka dalam kayuhan amal Tour de Cure Malaysia, sebuah inisiatif global yang menggabungkan ketahanan fizikal dengan misi kemanusiaan yang cukup bermakna.
Acara ini melibatkan kayuhan sejauh lebih 900 kilometer merentasi laluan Singapura Kuala Lumpur Singapura, satu perjalanan mencabar yang bukan sahaja menguji kekuatan fizikal, tetapi juga semangat dan keazaman peserta.
Tour de Cure Malaysia bukan sekadar acara berbasikal biasa. Ia adalah gerakan global yang bertujuan mengumpul dana serta meningkatkan kesedaran terhadap penyelidikan kanser.
Bagi pasukan Specialized Mavericks, setiap kilometer yang ditempuh membawa kisah tersendiri. Ramai dalam kalangan peserta terlibat secara peribadi dengan pengalaman kanser, sama ada melalui ahli keluarga, rakan atau kenalan rapat.
Faktor inilah yang menjadikan kayuhan ini lebih daripada sekadar cabaran fizikal. Ia menjadi simbol harapan, kekuatan dan solidariti terhadap mereka yang sedang berjuang melawan penyakit tersebut.
Perjalanan yang bermula seawal pagi 2 April itu turut menyatukan komuniti dari pelbagai latar belakang, membuktikan bahawa sukan mampu menjadi platform untuk menyampaikan mesej yang lebih besar dalam Tour de Cure Malaysia.
Dalam segmen laluan di Malaysia, MG Motor Malaysia memainkan peranan penting sebagai rakan sokongan utama dalam menjayakan Tour de Cure Malaysia.
Syarikat ini menyediakan model elektrik MGS5 EV sebagai kenderaan pengiring serta sokongan sepanjang perjalanan.
Kenderaan ini bukan sahaja membantu konvoi menavigasi laluan tempatan yang kompleks, malah turut memastikan aspek keselamatan peserta berada pada tahap optimum.
Digabungkan dengan sokongan daripada MG Singapore, usaha ini memperlihatkan kekuatan kolaborasi serantau dalam menjayakan misi yang berimpak tinggi.
Penglibatan MG Motor Malaysia dalam inisiatif ini menunjukkan bagaimana teknologi mobiliti boleh dimanfaatkan untuk tujuan yang lebih besar melalui Tour de Cure Malaysia.
Lebih daripada sekadar menyediakan kenderaan, peranan mereka membantu memastikan keseluruhan operasi berjalan lancar, terutamanya dalam aspek logistik dan keselamatan.
Pendekatan ini mencerminkan perubahan dalam industri automotif, di mana jenama kini lebih proaktif dalam menyumbang kepada masyarakat.
Ia bukan lagi sekadar tentang produk, tetapi bagaimana produk tersebut boleh digunakan untuk mencipta impak positif kepada komuniti.
Salah satu kekuatan utama Tour de Cure Malaysia adalah semangat kerjasama rentas negara.
Melalui gabungan usaha antara pasukan di Malaysia dan Singapura, inisiatif ini membawa mesej bahawa perjuangan melawan kanser adalah tanggungjawab bersama. Lebih penting, ia mengangkat satu prinsip yang cukup jelas. Tiada siapa sepatutnya berdepan kanser secara bersendirian.
Dalam dunia yang semakin individualistik, inisiatif seperti ini menjadi peringatan tentang kepentingan empati dan kebersamaan.
Bagi MG Motor Malaysia, penglibatan dalam Tour de Cure Malaysia bukan sekadar kolaborasi jangka pendek.
Ia adalah sebahagian daripada komitmen berterusan untuk menyokong usaha yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Bagi para peserta pula, setiap kayuhan bukan sekadar pergerakan fizikal.
Ia adalah perjalanan penuh makna, membawa harapan kepada mereka yang sedang berjuang, dan mengingatkan kita semua bahawa di sebalik setiap cabaran, masih ada ruang untuk solidariti dan harapan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.