Sacoor Blue, sebuah jenama yang mementingkan kehidupan mampan amat teruja melancarkan koleksi terbarunya yang mendapat inspirasi daripada semangat anak muda serta kreativiti, membawa pembeli-belah mengembara melalui tiga inspirasi berbeza.
Digital Daydream
‘Digital Daydream’ mendapat inspirasi daripada dunia permainan dengan rangkaian kemeja-T serta baju panas yang dinamik, menggabungkan ilustrasi retro pertengahan 80-an dan 90-an.
Pakaian-pakaian itu tertumpu kepada budaya gaming dan menjadi tanda ingatan kepada keseronokan dan keterujaan yang dibawa permainan-permainan ikonik ini ke dalam kehidupan kita. Dengan mengenakan gaya ini seolah anda melangkah ke dalam kapsul masa, membawa anda kembali ke era kegemilangan Walkman dan permainan arked.
Masih ingatkah kegembiraan mendengar muzik pada pemain CD, atau keseronokan memelihara haiwan kesayangan Tamagotchi anda? “Digital Daydream” menyingkap intipati detik itu. Sama ada anda meminati permainan fizikal atau dalam talian, koleksi ini direka untuk keselesaan yang diperlukan bagi sesi permainan yang kompetitif atau sekadar bersantai di sofa.
Ads
Lunch Break
‘Lunch Break’ membawa kita kembali ke detik-detik indah bersama rakan-rakan selepas sekolah, membangkitkan kenangan ketawa riang dan makan bersama. Koleksi ini memberi penghormatan kepada estetika 50-an dengan warna-warna terang.
Direka untuk golongan muda dan yang berjiwa muda, ia menggabungkan unsur-unsur pakaian sukan universiti dengan potongan yang diilhamkan oleh akademia untuk gaya preppy yang menarik.
Dalam dunia yang bergerak pantas, ‘Lunch Break‘ menekankan kepentingan berehat, bukan sahaja untuk kesejahteraan fizikal tetapi juga untuk kesihatan mental kita. Ia mengingatkan kita untuk berhenti seketika daripada rutin kita, dan mengisi semula dengan meluangkan masa untuk bersama rakan-rakan yang benar-benar memahami kita.
Ads
Homeland
‘Homeland’ meraikan saat-saat yang menggembirakan bertemu semula dengan orang tersayang dalam suasana yang damai dan selesa. Pilihan jaket serta pakaian berkait yang selesa di bawah rangkaian ini membayangkan suasana itu.
Setiap satu direka untuk mendorong anda lari daripada tekanan kehidupan seharian, sebaliknya menikmati aktiviti luar dan membiarkan imaginasi anda bebas berlari.
Koleksi ini menampilkan cetakan botani rustic, bunga-bunga yang menyegarkan dan corak foklor dalam warna-warna yang ceria. Ia memberi inspirasi kepada gaya hidup nomad dan menggalakkan kita untuk meluangkan masa dikelilingi alam semula jadi.
Ads
Setiap satu mencerminkan keindahan semula jadi kita, menjemput anda untuk menerapkan gaya hidup yang berkaitan dengan kehidupan yang bermatlamat.
Rekaan dari Portugal, koleksi terbaru dari Sacoor Blue ini pasti akan menarik jiwa-jiwa muda dalam diri kita semua dengan setiap inspirasi menceritakan kisah pengembaraan anak muda. Inspirasi di sebalik koleksi ini bukan sahaja mempamerkan komitmen Sacoor Blue terhadap fesyen tetapi juga untuk memupuk hubungan bermakna dan mempromosikan kesejahteraan secara keseluruhan.
Koleksi baharu ini boleh didapati di semua kedai Sacoor Blue di Malaysia, termasuk Pavilion KL, IOI City Mall Putrajaya, LaLaport BBCC dan MyTOWN Shopping Centre. Ikuti Sacoor Blue di Instagram dan Facebook untuk ketahui tentang produk terbaru.
Ketahui lebih lanjut mengenai rekaan terkini di laman web rasmi Sacoor Blue.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pasti ramai yang menggemari gaya fesyen dari penyanyi The Weeknd ini. Bukan hanya bersifat santai, dan streetwear, malah elemen suai padannya sentiasa on-point! dan tampak mewah biarpun bersahaja. Kali ini, The Weeknd mengumumkan kolaborasi nya bersama jenama gergasi H&M menerusi lama Instagram nya.
Kolaborasi kali kedua ini lebih eksklusif kerana The Weeknd yang mencurah idea sepenuhnya dan memilih 18 helaian untuk dilancarkan dan dipamerkan di H&M. Ia termasuklah bomber jacket, Hoodie, Parka, Sweater dan lain-lain lagi. Anda juga boleh mendapatkannya menerusi laman sesawangnya, hm.com, dari 28 September ini. Selain itu, jangan lupa singgah dan mendapatkan koleksi eksklusif ini dari stor pilihan:
H&M Lot 10, Avenue K, One Utama, Sunway Pyramid, Nu Sentral, Sunway Velocity, KL Festival Mall, IOI City Mall, KLIA 2, AEON Shah Alam, Aman Central, Gurney Paragon Mall, 1stAvenue, Jonker Building, Hatten Square, AEON Desa Terbau, Johor Bahru City Square, AEON Kota Bahru, KK Times Square and The Spring.
Pernah dengar tentang penyakit OCD atau lebih dikenali sebagai Obsesive Compulsive Disorder? Mungkin penyakit ini tidak begitu kronik, tetapi buat mereka yang berada di sekeliling pesakit OCD pasti akan merasa gelisah apabila pesakit tersebut melakukan perkara-perkara di luar jangkaan.
Bukan senang nak detact orang yang menghidap penyakit OCD ini, mereka sebenarnya normal dihadapan umum. Pastinya mereka yang menghidap penyakit ini akan tertanya- tanya apakah faktor yang menyebabkan penyakit ini berkembang dalam diri mereka sehingga memakan diri. Ini merupakan faktor-faktor anda kronik OCD.
1.Genetik
( Keturunan ) Ahli keluarga yang mungkin mempunyai sejarah penyakit ini meningkatkan lagi risiko OCD.
2.Organik
Masalah organic seperti lesi dibahagian-bahagian tertentu otak juga merupakan satu factor bagi OCD. Masalah saraf seperti yang disebabkan oleh meningitis dan enkefalitis juga adalah salah satu penyebab OCD.
3.Personaliti
Mereka yang mempunyai personality obsesif lebih cenderung mendapat gangguan OCD. Ciri-ciri mereka yang memiliki personality ini ialah seperti keterlaluan mementingkan aspek kebersihan, seseorang yang terlalu patuh pada peraturan, cerewet, sukar bertolak ansur dan tidak mudah mengalah.
4.Pengalaman lalu
Pengalaman masa lalu / lampau juga muda mencorakkan kaedah seseorang menangani masalah diantaranya dengan menunjukkan symptom OCD.
5.Konflik
Mereka yang mengalami gangguan ini biasanya menghadapi konflik jiwa yang berpunca daripada apa juga masalah hidup.
Contohnya hubungan antara suami-isteri, di tempat kerja, keyakinan diri, ketuhanan atau ada sahaja yang boleh mencetuskan konflik dalam diri. Namun konflik ini tidak dapat dileraikan dengan cara yang positif atau betul menyebabkan mereka berasa tertekan dengan konflik tersebut. Dengan erti kata lain, apa juga tekanan, peristiwa atau tragedy yang boleh mencetuskan tekanan akan menimbulkan symptom-simptom OCD.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Terdapat pelbagai jenis jam dan jenama yang terdapat di pasaran. Dan tahukah anda bahawa jam yang anda pakai boleh menunjukkan kepada umum tentang personaliti anda!
LELAKI BERJAYA & BEKERJA KERAS
Apakah jenama yang sering disinonimkan dengan seseorang yang dari zero kepada heri? Jenama Rolex merupakan simbol status kejayaan dan paling mudah dikenal pasti oleh ramai orang walaupun bukan penggemar jam.
Lelaki yang memakai Rolex secara tidak langsung ingin menyatakan bahawa dia seorang yang bersedia untuk bekerja keras demi mencapai kejayaan. Pilihan gaya anda juga seiring dengan status baru yang dikecapi.
LELAKI YANG BERKUASA & BERPENGARUH
Terdapat ramai lelaki berjaya tetapi tidak semuanya mempunyai kuasa dan pengaruh. Ia adalah perkara yang tidak boleh dijual beli semata. Disebabkan itulah tidak semua lelaki boleh menggayakan jam Patek Philippe. Ini jam yang biasa menjadi pilihan lelaki berpengaruh.
Jam pilihan anda ini bukan sahaja melambangkan kemewahan tetapi juga kekuasaan. Disebabkan itulah ia menjadi rebutan ramai lelaki.
Lelaki yang memakai jam tangan berjenama Breitling dan OMEGA sering kali dianggap sebagai lelaki yang gemarkan aktviti lasak. Ini kerana kaitan jenama ini dengan juru terbang dan juga filem-filem James Bond.
Kedua-dua jenama ini menawarkan keseimbangan di natara kemewahan dan juga aktiviti lasak. Bagi lelaki yang memakai jam tangan jkenis ini dia mempunyai personaliti lasak dan sukakan cabaran luar.
SISI SOFISTIKATED
Bagi perempuan anda adalah lelaki yang penuh misteri namun mempunyai daya tarikan yang cukup seksi. Lelaki yang memilih jam tangan Cartier contohnya gemar akan rekaan yang lebih sofistikated, lain daripada yang lain serta lebih unik.
Anda kadangkala dianggap sebagai seorang yang eksentrik namun dalam pada masa yang sama menyerlah dalam keramaian.
KAKI FITNESS
Bagi lelaki yang gemarkan aktviti fitness jam tangan pintar pasti jadi pilihan. Antaranya ialah Apple Watch atau Samsung Galaxy Watch. Jam ini mampu melakukan pengesanan GPS untuk aktiviti larian atau berbasikal.
Ia juga boleh membaca kadar degupan jantung dan juga pelbagai kesihatan diri. Lekai kaki fitness memang pasti memilih jam tangan jenis ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Suami nak hargai isteri senang saja, tolonglah buat kerja rumah. Rutin seorang isteri begitu mencabar untuk menguruskan rumah tangga setiap hari. Celik saja mata, isteri akan mula menguruskan rumah tangga dan menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah. Lebih mencabar jika isteri itu juga bekerja jadi berganda-gandalah kepenatannya.