Safiey Illias Tampil Keterlaluan Di Bulan Puasa, Buat Netizen Lempar Pelbagai Reaksi

Share

Safiey Illias sekali lagi menaikkan kemarahan netizen apabila menaik muat video separuh bogel baru-baru ini di instagram miliknya. Rata-rata netizen mengecam tindakan jutawan kosmetik ini seperti nak menunjuk bahagian ‘aset’ mantap dia tu untuk tatapan orang ramai.

Siapa lah yang tak kenal dengan usahawan yang semakin mencipta nama dan dikenali ramai, Safiey Illias ni kan. Selain nama Sajat, Safiey bukan lah satu nama yang asing lagi dikalangan rakyat Malaysia.

Safiey terlihat lebih berani di media sosial, lihat sahaja video menggiurkan yang baru dimuat naik Safiey di akaun Instagramnya, bukan main seksi lagi. Safiey seperti sengaja mendedahkan bahagian punggung bagi membuktikan lentikkan punggungnya adalah semula jadi. Selamba jer kan?

Reaksi Netizen

Admin pun pelik dia ni, kita berdoa jela agar dia dapat hidayah dan kembali ke pangkal jalan.

IKLAN