MASKULIN yakin ramai di antara anda suka makan cendawan. Tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat ini juga amat sesuai dijadikan sebagai juadah untuk bersahur agar rasa kenyang itu lebih tahan lama.

Cendawan atau juga dikenali sebagai kulat merupakan sejenis hidupan yang tumbuh atau boleh diusahakan daripada kumpulan ‘Fungi’. Dan kebiasaannya cendawan dimakan dalam masakan berasakan seperti sup, goreng dan sebagainya.

Jadi ia merupakan antara makanan yang cukup sesuai dimakan ketika bersahur sepanjang bulan Ramadan.

Sahur Dengan Menu Berasaskan Cendawan Mampu Buat Rasa Kenyang Lebih Lama
Sup cendawan

BACA: Wanita Kongsi Menu Diet Eat Clean Untuk 10 Hari Ramadan, Boleh Hilang 5kg-10kg!

Satu kajian berkaitan dengan keperluan makanan untuk lebih kenyang menunjukkan bahawa makan sarapan dengan hidangan cendawan boleh membuatkan perut anda kenyang lebih lama dan tidak begitu lapar. Ia lebih bagus daripada anda menikmati nasi yang boleh menyebkan anda lebi rasa mengantuk.

Sahur Dengan Menu Berasaskan Cendawan Mampu Buat Rasa Kenyang Lebih Lama
Cendawan goreng

Menerusi A health blog, kajian yang telah dilakukan oleh mereka sebelum ini telah mencapai keputusan bahawa cendawan boleh membuatkan anda lebih kenyang berbanding dengan daging, tetapi kajian ini tidak mengkaji nutrisi dan jumlah protein yang terdapat dalam cendawan tersebut. Malah, kajian ini mencadangkan bahawa sama ada menggantikan cendawan untuk daging atau menggantikan beberapa daging dengan cendawan boleh menjadi nutrisi baik dan juga mengenyangkan perut anda dengan masa lebih lama.

IKLAN
Sahur Dengan Menu Berasaskan Cendawan Mampu Buat Rasa Kenyang Lebih Lama
Cendawan masala

Oleh sebab pakar saintifik telah menunjukkan protein menjadi makronutrien yang paling memuaskan, para penyelidik ingin memadankan kandungan protein dalam cendawan dan campur tangan daging untuk dasarnya mengawal bagaimana protein memberi kesan kenyang.

Selepas memadankan cendawan dan daging dengan kandungan protein, ternyata kedua-duanya mengandungi jumlah kalori yang sama, yang dalam pada masa yang sama, dapat membantu menghilangkan perasaan mudah lapar.

Cendawan Shiitake

Sahur Dengan Menu Berasaskan Cendawan Mampu Buat Rasa Kenyang Lebih Lama

IKLAN

Shiitake segar dan kering sangat terkenal dalam masakan Asia. Rasanya yang enak dan menyelerakan telah mendapat perhatian barat dan kini anda boleh dapatkan cendawan ini di luar Asia di mana-mana pasar raya sepanjang tahun.

Cendawan Tiram

Sahur Dengan Menu Berasaskan Cendawan Mampu Buat Rasa Kenyang Lebih Lama

Cendawan tiram merupakan cendawan liar yang terhasil pada musim luruh disebabkan cuaca sejuk dan lembap. Tiada masalah untuk menikmati cendawan tiram ini kerana ia boleh didapati di mana-mana pasar raya yang boleh dimasak secara rebus ataupun goreng.

IKLAN

Cendawan Jarum Emas

Sahur Dengan Menu Berasaskan Cendawan Mampu Buat Rasa Kenyang Lebih Lama

Juga dikenali sebagai cendawan bunga kobis, ia dikatakan boleh ebrtindaks ebagai agen toksik kepada sel tumor dan mampu meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Kebiasaannya dimakan denganc ara merebus atau celur. Juga boleh dijadikan bahan tambahan dalam masakan seperti sup.

Morels

Sahur Dengan Menu Berasaskan Cendawan Mampu Buat Rasa Kenyang Lebih Lama

Morel tumbuh dengan mudah di hutan utara America dan Eropah. Rasa unik mereka berharga kepada rakyat Perancis. Mereka lebih gemar menggunakan morel untuk dimasak dengan mentega atau digoreng rangup! Di Malaysia, anda boleh dapatkan di pasar raya besar, dan harganya tidak begitu murah, namun sekali sekala tak salah nak cuba kan?

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI