Setiap orang yang ingin berubah dan menurunkan berat badan pastinya akan ada onjetif serta sumber inspirasi yang tersendiri. Untuk mula melakukannya bukanlah satu perkara yang mudah. ‘The first step is always going to be difficult!’
Namun cabaran itulah yang mampu membakar semangat seseorang itu untuk mencapai apa yang dihajati. Bagi Mohd Mohd Izwani Bin Suhaimi yang pernah berdepan masalah berat badan berlebihan sehingga mencecah 90kg, dia menyahut cabaran daripada insan tersayang iaitu isterinya sendiri.
Jejaka berusia 36 tahun yang berasal dari Manjung, Perak dan kini bertugas sebagai penjawat awam di Johor ini telah sudi berkongsi pengalamannya mengharungi cabaran menurunkan berat badan. Apakah tabiat pemakanan dan senaman yang diamalkannya sehingga mampu berubah seperti sekarang?
Ikuti temu bual MASKULIN bersama Mohd Izwani di bawah.
Ketika alami masalah berat badan, apakah masalah kesihatan yang anda alami?
Ketika itu saya sudah sampai satu tahap macam badan rasa penat sangat. Kadang-kadang pening kepala dam seperti yang saya cakap mudah sangat cepat letih. Dan akhirnya ambil keputusan untuk lakukan pemeriksaan di hospital. Alangkah terkejutnya saya kerana dapati paras gula dan juga tekanan darah sudah hampir mencecah paras sangat tinggi.
Sebelum turunkan berat badan, bagaimana tabiat pemakanan anda?
Dahulu berat badan saya normal. Saya ni seorang yang sangat aktif bersukan seperti futsal dan badminton. Tapi selepas mendirikan rumah tangga saya berhenti melakukan aktiviti tersebut. Tabiat pemakanan juga jadi terus tidak terjaga dengan baik. Makan tidak kira waktu dan apa saja. Sebagai contoh makan fast food ketika waktu malam dengan air berkarbonat. Sehingga satu tahap saya langsung tak nak minum air kosong.
Ads
Pernahkah berdepan ejekan disebabkan penampilan ketika itu?
Kadang-kadang itu ada juga. Sehingga membuatkan saya berasa malu. Dari situ keyakinan diri juga makin menghilang.
Perasaan ketika berdepan masalah berat ketika itu? Adakah alami tekanan perasaan, kurang keyakinan diri atau mudah putus asa?
Pada awalnya saya fikir saya masih normal. Biasalah selepas berkahwin dengan ada anak tiga orang.. Saya selalu anggap saya masih fit. Tapi hakikatnya tidak begitu sampaikan kawan-kawan pun mula tegur.
Apa yang membuatkan anda ingin berubah dan turunkan berat badan?
Menyahut cabaran daripada isteri tersayang! (senyum)
Ads
Perkara pertama anda lakukan untuk turunkan berat badan?
Pertama yang saya lakukan ialah berhenti minum air manis. Selepas itu saya mula lakukan aktiviti jogging pada setiap hari. Sejujurnya pada awal tu saya hampir putus asa kerana waktu itu fizikal badan dah overweight.
Penat yang dirasakan itu macam dua kali ganda dari kebiasaan. Saya juga selalu terfikir apa yang saya lakukan ini adalah kerja gila. Saya juga berhenti makan nasi selama hampir tiga bulan. Selepas badan rasa semakin ringan saya lakukan workout setiap hari dan kini sudah hampir setahun.
Perkara paling sukar dalam usaha nak turunkan berat badan?
Perkara paling sukar dalam usaha untuk turunkan berat badan adalah mentaliti dan pemahaman orang sekeliling kita. Bagi mereka untuk berdiet saya perlu menjaga pemakanan setiap hari.
Boleh share apakah rahsia sebenar anda berjaya turunkan berat badan?
Ads
Rahsia sebenar saya berjaya menurunkan berat badan tidaklah gah seperti orang lain. Tetapi, sekadar kata-kata motivasi. Apa yang saya amalkan sehingga sekarang adalah dengan kata-kata, “Makan Ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang”.
Jika rasa nak putus asa, apa yang membangkitkan semula semangat anda?
Saya akan tengok gambar sebelum selepas serta isteri saya. Saya ingat nasihat dia.
Boleh share rutin pemakanan dan senaman sekarang.
Rutin pemakanan saya kini hanyalah sekadar makan berat sekali sehari bersama air masak. Dan air manis saya cuba untuk hadkan sehari sekali untuk tenaga. Makan malam pula saya stop dengan hanya makan buah buahan. Manakala dari segi senaman saya masih kekal dengan melakukan aktiviti jogging dan senaman seminggu 3 hari untuk kekal fit.
Tip buat mereka yang ingin turunkan berat badan dan berjaya seperti anda?
Tip saya mudah saja. Kena ada tekad dan semangat! Jangan ikut orang kata orang dan buat cara kita sendiri dengan mengikut kemampuan. Jangan lupa juga untuk berdoa setiap kali selepas solat.
Terima kasih Mohd Izwani kerana sudi berkongsi kisah dan cabaran menurunkan berat badan bersama MASKULIN. Semoga kis FIT JOURNEY kali ini memberikan inspirasi untuk anda semua!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kebanyakan lelaki terlalu ambil mudah untuk membuang air kecil (kencing) termasuk dengan cara berdiri sama ada ‘tembak’ ke mangkuk atau ke dinding.
Ramai yang tidak tahu sebenarnya cara sedemikian tidak begitu digalakkan dan ia amat ditegah kerana kencing berdiri boleh merisikokan tubuh badan anda :
1. Tidak bersih
Buang air kecil dalam posisi berdiri menyebabkan kesucian diri anda terjejas terutama bagi mereka yang beragama Islam. Apabila buang air kecil secara berdiri, air kencing tersebut tidak keluar habis sebaliknya akan keluar tanpa disedari sewaktu anda bergerak dan biasanya akan terkena pada seluar. Dalam posisi berdiri juga menyebabkan percikan air kencing terkena pakaian anda.
2. Tidak puas
Dalam posisi buang air kecil sambil berdiri, air kencing sebenarnya tidak keluar sepenuhnya. Ini kerana pundi kencing anda tidak ditekan dengan sempurna untuk mengeluarkan keseluruhan air kencing. Anda akan rasa tidak puas dan kerap ulang balik ke tandas untuk membuang air kecil pula.
3. Punca penyakit batu karang
Tabiat ini antara lain menjadi punca kepada penyakit batu karang. Air kencing yang tidak habis dikeluarkan akan membentuk asid yang keras seperti bentuk batu dan akan memenuhi buah pinggang dan saluran punci kencing. Ubah gaya buang air kecil anda sebelum terlambat.
4. Punca masalah sistem badan
Ketika buang air kecil akan ada gas yang tidak diperlukan oleh tubuh yang akan keluar. Tetapi dalam posisi berdiri, gas ini tidak akan keluar dan akan berkumpul dalam badan. Ia sekali gus akan menyebabkan pelbagai masalah sistem badan.
5. Lemah syahwat
Lemah syahwat adalah masalah yang digeruni oleh lelaki. Anda pastinya tidak mahu tewas ketika di ranjang dengan mudah bukan? Jadi, untuk mengelakkan perkara ini berlaku, jangan sesekali amalkan membuang air kecil dalam keadaan berdiri. Mengapa? Ia kerana posisi seperti itu akan menyebabkan otot serta urat saraf di sekitar zakar menjadi lembik dan kendur.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Melakukan senaman plank memang amat mudah di mata. Nampak macam senang saja untuk dilakukan. Tetapi siapa yang biasa buat plank secara rutin tahu ia tidaklah semudah yang disangka. Plank merupakan antara teknik senaman yang memberikan pelbagai kelebihan.
Antaranya memperbaiki postur badan, membantu otot abdomen dan juga menguatkan teras badan. Jika dilihat posisinya seakan-akan sama dengan senaman tekan tubi.
Apa yanag membezakannya ialah senaman plank memerlukan anda untuk menahan posisi selama beberapa minit bagi menumpukan tubuh pada telapak tangan dan hujung kaki.
Tapi tahulah anda berap lama masa sebenar untuk anda menahan pada posisi tersebut ketika melakukan plank? Adakah bertahan lebih lama lagi baik?
DALAM KIRAAN
Melakukan plank dalam kiraan yang betul dan sesuai mampu memberikan impakyang lebih berkesan. Memetik pandangan Profesor Stuart McGill dari University of Waterloo, Kanada, Jelasnya melakukan plank dengan bertahan lebih lama tidak semestinya lebih baik.
Jadi untuk mendapatkan manfaatnya, cukup dengan menahan posisi plank selama 10 kiraan dan elak menahan posisi plank dalam tempoh yang lama.Ujar McGill lagi, seseorang mampu untuk memiliki otot perut yang kuat dengan melakukan gerakan plank selama 10 kiraan.
Apabila 10 kiraan ditahan, berehat seketika lalu teruskan menahan posisi plank selama 10 kiraan lagi dan lakukan selama beberapa kali.
Dengan senaman plank seperti ini, risiko kecederaan boleh dikurangkan. Bagi anda yang sudah lanjut usia ataupun mempunyai masalah pada bahagian punggung, jangan memaksa diri untuk menahan posisi plank begitu lama.
Saat anda menahan posisi plank, otot-otot anda akan terasa sakit antaranya otot perut akan rasa tertarik dan menambah bebanan tekanan pada bahagian punggung.
Begitu juga buat anda yang masih muda, tidak disarankan untuk menahan plank terlalu lama. Menurut McGill, senaman plank yang terlalu lama tidak akan memberi banyak manfaat.
Sekalipun anda menahan plank selama 1 minit, sebaiknya kena ada rehat di antara senaman tersebut. Pendapat yang sama juga diutarakan oleh seorang fisioterapi Inggeris bernama Tim Allardyuce.
Menurutnya, orang gemuk sebaiknya tidak menahan tubuh dengan hujung kaki sebaliknya menahan posisi plank menggunakan lutut. Cara ini adalah lebih selamat untuk mengelakkan bahagian punggung anda tercedera.
TEKNIK TERBAIK MELAKUKAN PLANK
Bagi yang baru memulakan senaman plank, cuba tahan dalam waktu singkat misalnya 5 kiraan. Biasakan diri untuk menahan dalam 5 kiraan untuk kali pertama.
Setiap kali selesai menahannya, rehat dahulu sekitar 5 kiraan.Kemudian, teruskan lagi posisi dalam 5 kiraan. Ini meliputi 1 set. Cuba selesaikan 3-6 set dalam 1 kali sesi senaman.
Jika anda sudah biasa dengan posisi ini, tambahkan senaman plank menjadi 10 kiraan untuk minggu berikutnya. Terus menambah durasinya seiring dengan waktu secara berperingkat.
Selain durasi, perhatikan juga teknik dasarnya untuk anda mendapatkan manfaat senaman plank yang lebih optimum.
Kaedah yang memang terbukti untuk kempiskan perut buncit secara semula jadi adalah dengan meminum air limau setiap kali anda bangun pagi dan juga selepas makan. Istilah ‘potong lemak’ selepas makan memang selalu dikaitkan dengan air limau. Ia bertujuan untuk menyahtoksik hati anda kerana hati yang tidak cekap akan menyebabkan lebihan lemak akan terbentuk di bahagian pinggang anda.
Air limau tersebut boleh membantu untuk meningkatkan enzim yang menyahtoksik hati anda supaya ia boleh berfungsi dengan elok. Untuk yang tidak tahu, berpuasa ialah satu kaedah nyahtoksik dan terbukti sebagai salah satu cara kempiskan perut buncit yang sangat berkesan.
2. Minum teh halia
Kebiasaannya halia diambil untuk membuang angin dari badan tetapi sebenarnya ia juga berkesan untuk membantu percernaan semulajadi badan dan merupakan ejen termogenik. Dengan meminum teh halia, ia dapat meningkatkan suhu badan dan seterusnya bertindak untuk membakar lemak dengan lebih efisien, terutamanya di bahagian perut.
Halia juga dikatakan menyekat pengeluaran hormon kortisol yang diperlukan untuk menyelaraskan tenaga di dalam badan. Cara kempiskan perut buncit dengan minum teh halia boleh dibuat di rumah. Modal juga rendah.
3. Kurangkan pengambilan gula
Selalu kita dengar, “Mamak, teh tarik kurang manis satu!”. Nampak, semua orang tahu keburukan gula. Bukan sahaja tidak elok, ia jugak boleh sebabkan diabetes. Secara tradisinya, kita sering menambah gula di dalam minuman kita. Jika tidak, kita beli dan minum air berkarbonat yang penuh dengan gula.
Salah satu cara kempiskan perut dengan kaedah semulajadi adalah dengan mengurangkan atau tidak mengambil langsung gula. Tujuannya adalah untuk mengekalkan tahap insulin pada tahap yang rendah pada setiap masa untuk meningkatkan penghasilan glucagon iaitu sejenis hormon yang dapat mengempiskan perut.
Ramai orang memandang rendah betapa pentingnya tidur yang cukup iaitu 6-8 jam sehari bagi orang dewasa untuk membolehkan sistem dalaman badan kita mendapatkan rehat yang secukupnya bagi menggantikan sel-sel badan yang rosak atau lemah.
Tidur yang cukup juga memastikan sistem saraf, pengeluaran hormon dan metabolisme anda berada di tahap optimum dan anda dapat lakukan kerja seharian dengan lebih bertenaga dan otak anda juga berfungsi dengan cerdas.
5. Tingkatkan metabolisme
Apa kaitan cara kempiskan perut dengan metabolisme? Bagaikan tiada kaitan? Nanti dahulu. Pernah terfikir atau tidak, “Kenapa kawan aku ni makan banyak, tapi tak gemuk gemuk?”
Jawapannya ialah, dia mempunyai tahap metabolisme yang sangat tinggi. Dalam tidur pun boleh bakar kalori. Seringkali orang yang mempunyai metabolisme yang tinggi adalah seorang yang aktif dan tidak boleh duduk diam.
Kajian juga mendapati bahawa metabolisme yang tinggi secara pasifnya akan membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang mempunyai metabolisme yang rendah. Antara cara untuk meningkatkan metabolisme adalah dengan meningkatkan pengambilan protein dengan mengambil soya, kacang dan daging tanpa lemak.
6. Guna Aplikasi Senaman Di Mobile App
Ini cara kempiskan perut menggunakan teknologi. Mobile app ini percuma sahaja untuk pengguna iOS (iPhone & iPad). Untuk Android juga ada, tapi bukan dari syarikat yang sama. Apa yang bagus dengan aplikasi ini, ia tunjukkan cara paling berkesan untuk mengempiskan perut. Teknologi juga boleh membantu!
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.