
Makan durian memang satu nikmat jika anda antara peminat raja buah ini. Aromanya yang memikat selera pasti membuatkan anda tidak mahu melepaskan peluang untuk makan durian apabila tiba musimnya.
Walaupun rasanya enak namun bau durian yang ‘pekat’ boleh membuatkan nafas berbau busuk.
Nafas berbau selepas makan durian lebih-lebih lagi jika anda sendawa pastinya membuatkan orang sekeliling rasa tidak selesa dan pening kepala.
Jadi untuk mengatasi masalah ini, anda boleh ikuti perkongsian seorang saintis, Dr Suri Roowi tentang cara-cara mudah untuk menghilangkan nafas berbau selepas makan durian.
Semoga dengan adanya tip ini, bolehlah anda mempraktikkannya selepas makan durian.
BERNAFAS dan SENDAWA BAU DURIAN – Bagaimana Cara Atasinya?
Anda mengalami masalah NAFAS @ SENDAWA berbau selepas makan durian?
Sebelum ini, BELUM ada kajian khusus tentang kaedah untuk KURANGKAN bau nafas selepas makan durian.

WALAU BAGAIMANAPUN
Terdapat kajian yang dilakukan ke atas BAWANG PUTIH. Bawang putih kaya bahan berbau yang dikenali sebagai SULFUR, sama seperti durian
Bahan sulfur ini banyak manfaat kesihatan (khususnya ANTIKANSER), TETAPI, jika terlebih makan BAWANG PUTIH @ DURIAN, perut akan jadi kurang selesa
Menurut Prof Barringer dari Food Science and Technology, Ohio State University, USA.
“MINUM SUSU SEBELUM dan SELEPAS makan bawang putih akan KURANGKAN bau nafas. Ini kerana bahan sulfur (bahan bau) akan diikat dengan protein dan lemak susu”
“MINUM SUSU SEBELUM makan bawang putih lebih memberi kesan berbanding MINUM SUSU SELEPAS makan bawang putih
Justeru, kaedah yang sama MUNGKIN boleh dilakukan sebelum makan durian.
Iaitu
“MINUM SUSU sebelum makan durian. Atau, makan durian bersama SANTAN untuk elakkan nafas berbau selepas makan durian”

Ini kerana bahan SULFUR durian akan diikat oleh lemak dan protein SUSU atau SANTAN dan bantu KURANGKAN nafas berbau durian
Walau bagaimanapun sifat ANTIKANSER akan BERKURANG
Selamat Mencuba
#DrSuriRoowi
Principal Scientist
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
IWK Eco Park, Destinasi Baharu Aktiviti Sukan dan Rekreasi Dalam Bandar

Taman awam memainkan peranan penting dalam membentuk gaya hidup sihat dan harmoni dalam kalangan masyarakat bandar.
Di tengah kesibukan kerja dan tekanan kehidupan moden, taman awam bukan sekadar ruang hijau tetapi menjadi tempat untuk bersosial, beriadah serta menjaga kesihatan fizikal dan mental.
Ia menyediakan persekitaran kondusif bagi komuniti menjalankan aktiviti kecergasan seperti berlari, berbasikal dan bersenam. Sekali gus memperkukuh hubungan sosial serta meningkatkan kesejahteraan hidup.
Di tengah-tengah kesibukan Kuala Lumpur, wujud satu ruang hijau yang semakin menjadi tumpuan golongan aktif iaitu IWK Eco Park @ Pantai Dalam.

Terletak hanya beberapa minit dari pusat bandar, taman ini bukan sekadar lokasi riadah biasa tetapi simbol keseimbangan antara pembangunan moden dan kelestarian alam sekitar.
Dengan akses mudah melalui lebuh raya utama dan pengangkutan awam, IWK Eco Park kini diramal menjadi pilihan ideal bagi warga kota yang mahu bersukan atau bersantai selepas waktu kerja tanpa perlu meninggalkan kawasan metropolitan.
Lebih menarik, taman ini dibina di atas Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai 2 menjadikannya antara projek paling inovatif di Malaysia.
Ia mengubah tapak utiliti kepada kawasan hijau dan berfungsi untuk komuniti, sekali gus membuktikan bahawa kemudahan infrastruktur juga boleh diintegrasikan dengan gaya hidup sihat dan mesra alam.

Fasiliti Untuk Semua Golongan
IWK Eco Park menampilkan pelbagai kemudahan sukan dan riadah yang sesuai untuk semua peringkat umur dan minat. Di antara tarikan utamanya yang ditawarkan di IWK Eco Park seperti berikut:
- Arena IWK (padang bola sintetik) – direka untuk permainan bola sepak siang atau malam dengan permukaan tahan lasak dan selesa sepanjang tahun pada kadar sewaan berpatutan.

- Gelanggang Futsal atau Netbal – ruang serba guna bagi aktiviti intensif yang menguji stamina dan semangat berpasukan.

- Gelanggang Pickleball – menawarkan sukan baharu yang kini menjadi fenomena global dengan menggabungkan elemen strategi dan keseronokan.
- Gelanggang Tenis dan Badminton – disediakan untuk mereka yang sukakan cabaran teknikal serta fokus mental.

- Gelanggang Volleyball – ideal untuk aktiviti komuniti atau kejohanan santai.

- Trek Jogging – dikelilingi kehijauan semula jadi yang menawarkan suasana tenang untuk berjalan atau berlari.

- Taman Permainan Kanak-Kanak – menawarkan ruang selamat dan menyeronokkan untuk si kecil bermain sementara ibu bapa beriadah.

- Dewan Merbau dan Dewan Chengal – merupakan dewan serbaguna lengkap bagi penganjuran acara korporat, majlis perkahwinan atau aktiviti komuniti.

- Laman Teratai pula menyediakan kawasan riadah terbuka dilengkapi kemudahan BBQ pit yang sesuai untuk perhimpunan keluarga dan aktiviti luar.

Selain itu, taman ini turut menyediakan kawasan parkir luas dan percuma bagi keselesaan pengunjung.
Komitmen Terhadap Alam Sekitar
Lebih daripada sekadar ruang rekreasi, IWK Eco Park mencerminkan komitmen Indah Water Konsortium dalam memupuk kesedaran kelestarian alam.
Dengan menggunakan teknologi rawatan moden yang selamat dan terkawal, kawasan ini membuktikan bahawa pembangunan boleh berjalan seiring dengan tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Pendekatan ini bukan sahaja memperindah landskap bandar tetapi juga mendidik masyarakat tentang pentingnya memanfaatkan semula ruang sedia ada untuk kegunaan awam. Ia sekali gus menjadikan IWK Eco Park sebagai contoh terbaik konsep eco-recreation dalam konteks Malaysia moden.
Komuniti Aktif, Hidup Lebih Bermakna
Bagi penggemar gaya hidup aktif, atlet mahu pun keluarga yang mahu mencari ruang santai di hujung minggu, IWK Eco Park menawarkan sesuatu untuk semua. Ia bukan sekadar taman tetapi pusat komuniti yang menggalakkan gaya hidup sihat, kebersamaan dan keseimbangan mental.
Dengan pelbagai fasiliti sukan moden, suasana hijau yang mendamaikan serta akses mudah dari bandar, IWK Eco Park menjanjikan pengalaman segar yang menggabungkan sukan, komuniti dan kelestarian.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, layari https://ecopark.iwk.com.my atau hubungi 03-2242 0420.
IWK Eco Park bukan sekadar taman rekreasi tetapi simbol harapan untuk masa depan bandar yang lebih hijau, sihat dan lestari. Di sinilah warga kota belajar bernafas semula, satu langkah kecil ke arah kesejahteraan bersama.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mengapa Jerawat Timbul Di Setiap Bahagian Yang Berbeza? Inilah Rahsianya!

Jerawat di Dahi Atas
Punca: Sistem pencernaan dan Pundi Kencing
Apa yang perlu dilakukan:
- Air minuman membantu untuk mengepam keluar toksin dalam badan anda, jadi tingkatkan pengambilan air dan lihat pada makanan yang anda makan.
- Kurangkan pengambilan minuman bergas dan minuman yang tinggi kafein. Lebih baik minum teh herba terutamanya teh hijau.
- Kurangkan memakan coklat, kek, air limau dan Coke dan minum lebih banyak air mineral.Makan makanan yang membantu menghapuskan toksin dari badan seperti minum air lemon.
- Amalkan tidur awal (10:00pm) dan bangun awal (6:00am).
- Lakukan senaman ringan selama 20-30 minit setiap hari
- Tingkatkan kebersihan diri terutama kebersihan rambut dan topi (jika suka pakai topi)
- Teh hijau, air lemon dan buah beri juga boleh membantu kerana ini adalah makanan yang kaya dengan antioksida
- Cuba untuk bersenam
- Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air
- Makan makanan yang sihat sebaik-baiknya yang mempunyai kolesterol rendah dan diet serat yang tinggi
- Jika merokok, usahakan untuk berhenti merokok
- Tingkatkan pengambilan air
- Elakkan makan makanan yang masin dan tinggi kafein
- Bersihkan buah pinggang anda dengan diuretik seperti kaedah daun sup/pasli dan air. Klik link ini untuk mengetahui cara-cara menyediakannnya
- Makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan vitamin C (kiwi, lada manis, oren)
- Cuba elakkan makan lewat malam; terutama sebelum tidur kerana badan anda tidak akan memecahkan makanan dengan berkesan, yang membawa kepada terbentuknya toksin.
- Kurangkan lemak, manis, makanan berminyak, alkohol dan diari, terutamanya jika anda mengalami alahan pada laktosa.
- Antara makanan yang terbaik untuk membersihkan hati anda termasuk bawang putih, limau gedang, teh hijau, lobak merah, bit, sayur-sayuran berdaun hijau, lemon dan limau.

- Elakkan merokok dan merokok pasif
- Senaman
- Elakkan kawasan yang tercemar terutama asap kenderaan
- Jaga kebersihan diri: Tukar sarung bantal anda sekurang-kurangnya sekali seminggu, dan lap bhgn bawah telefon anda dengan pencuci antibakteria setiap beberapa hari.
- Sentiasa jaga kesihatan gigi, memberus gigi, menggunakan flos dan ubat kumur dua kali sehari dan pemeriksaan tetap di doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun! Jangan hanya menunggu sehingga anda mempunyai masalah gigi untuk membuat temujanji.
- Jaga makanan: Makan makanan yang baik untuk paru-paru yang lebih sihat termasuk, kale, kubis dan labu. Termasuk sayur-sayuran segar, oat dan beras perang dalam diet anda.
- Jangan makan terlalu banyak
- Elakkan makanan segera dan makanan ringan, gula tiruan dan soda
- Elakkan mangga, akar keladi dan makanan laut atau makanan lain yang anda mungkin sensitif dan ada kesan alergik.
- Makan makanan kurang gula
- Kurangkan tabiat makan sebelum tidur
- Makan buah-buahan yang lebih segar dan sayur-sayuran
- Dapatkan rehat dan tidur yang cukup
- Lakukan senaman ringan selama 20-30 minit setiap hari
- Tidur awal dan bangun awal
- Makan buah-buahan yang lebih segar dan sayur-sayuran
- Dapatkan rehat yang lebih
- Tingkatkan pengambilan air dan serat dalam diet anda
- Cuba untuk hilangkan tekanan
- Gunakan pakaian yang selesa
- Tingkatkan pengambilan air dan kekalkan pengambilan vitamin C untuk melawan jangkitan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Diet Fiber Untuk Dapatkan Bentuk Badan Sehebat Model


SUDAH DIET, TETAPI MASIH GAGAL. KENAPA?
Apabila kita mula berasa kenyang ia adalah disebabkan oleh kuantiti atau berapa banyak jumlah makanan yang dimakan. Rasa kenyang bukan disebabkan kerana makan kalori. Jika ambil makanan sedikit tetapi tidak mengawal jumlah kalori yang diambil, maka berat badan akan lebih cepat dan mudah naik. Kebanyakan pelan diet gagal sebab mengajar makan dalam kuantiti kurang sebaliknya bukan mengubah komposisi bahan makanan. Cara ini bukan sahaja membuatkan anda sering lapar, malahan berat badan juga enggan turun.
Jadi, caranya ialah dengan makan seberapa banyak anda ingini tetapi masih tetap mengawal atau mengurangkan kalori makanan tersebut. Untuk kesan yang baik, tingkatkan pengambilan sumber fiber dalam menu. Apabila melebihkan pengambilan fiber maka kalori yang diambil turut berkurang. Dengan ini, peratusan anda untuk kurus lebih tinggi.

KEBAIKAN DIET FIBER TINGGI
Sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan lain-lain yang berfiber boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Semua hasil fiber, bahan antikosida, photochemical, omega 3, potassium dan kalsium terkandung dalam makanan fiber.
Juga diet sepinggan penuh dengan fiber boleh menghindarkan kanser perut, peparu, kaviti gigi dan sebagainya kerana kebanyakan fiber yang kita makan ada bahan anti-mutagen, menghalang pertumbuhan kanser akibat mutasi sel.
Obesiti menyebabkan anda susah bernafas, jadi dengan memakan lebih fiber bermaksud anda tidak akan gemuk, seterusnya menghindarkan diri dari masalah pernafasan, tercungap-cungap dan sebagainya berkaitan peparu, berdengkur ketika tidur ataupun masalah sukar bernafas ketika tidur (penyebab masalah sukar tidur).
Fiber juga tidak mengandungi gula tepu yang menjadi penyebab kepada masalah diabetes. Hal ini kerana kebanyakan kes terjadinya diabetes dikaitkan dengan obesiti. Kehadiran fiber dalam makanan menghalang sensor deria yang memberi arahan kepada pankreas untuk mengeluarkan insulin, seterusnya gula dikurangkan oleh fiber boleh larut. Gula dalam darah bergerak perlahan dengan kehadiran fiber, memberi masa kepada pankreas menapis darah tanpa ‘overload’.
Selain itu, diet fiber ini juga membantu mengurangkan masalah sakit ulu hati (penghadaman), heartburn, masalah usus, sengal-sengal sendi badan, dan keletihan. Dalam kata lain, diet sepinggan penuh fiber bermaksud hidup lebih sihat, hidup lebih lama.

CARA DIET FIBER SEPINGGAN PENUH
- Makan banyak makanan mengandungi fiber
– Minum banyak air (6 gelas sehari).
– Berhenti makan sebelum kenyang. - Makan fiber sebagai pembuka hidangan
– Cuba pelbagai jenis makanan fiber yang sedap.
– Minum lagi banyak air sehari (8-10 gelas). - Stabilkan makan fiber
– Beri perhatian terhadap label pada setiap produk makanan (sekurang-kurangnya 40 gram sehari).
– Kurangkan makan daging dan bahan tenusu, temasuk makanan yang tinggi kalori, tinggi lemak, kurang fiber.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

