Bukan mudah untuk membuang lemak. Ramai yang hadapi kesukaran untuk bersenam disebabkan kekangan masa. Selain bersenam, sebenarnya ada lagi cara lain yang lebih mudah untuk anda hilangkan 2 inci lemak pada tubuh.
Walaupun nampak jumlah lemak yang hilang itu sikit, tapi jika anda lakukan 6 cara mudah ini, lama-kelamaan kehilangan lemak pada tubuh anda akan bertambah. Jangan berlengah, jom mulakan hari ini.
Ini merupakan perkara pertama yang harus anda lakukan. Bye bye kepada gula. Ia merupakan faktor utama anda akan cenderung kepada berat badan berlebihan.
Benar, gula penting untuk badan namun melalui makanan anda pun sudah ada gulanya yang tersendiri. Sama juga dengan buah-buahan. Jadi kawal pengambilan gula agar tidak berlebihan.
Walaupun hujung minggu, apa kata anda bangun awal. Jika anda mengimpikan bentuk badan yang mantap dan kekal segar sepanjang hari, lakukan perkara ini. Kualiti tidur yang cukup di waktu malam membantu meningkatkan kadar metabolisme anda di waktu pagi.
Sekiranya anda keluar dari rumah lebih awal, anda akan mendapat rangsangan metabolik tambahan. Penyelidik di Northwestern University mendapati bahawa, orang yang terdedah kepada hanya satu tempoh pendek cahaya matahari pada awal pagi mempunyai BMI yang lebih rendah daripada rakan-rakan mereka yang bangun lewat.
Sedap kan makan salad dengan sos? Namun, sos mempunyai campuran bahan-bahan yang tidak baik untuk kesihatan termasuk kandungan gula yang banyak. Daripada anda makan sos, apa kata anda makan yang raw saja. Tak sedap? Benda sihat mana ada yang sedap. Tapi itulah yang terbaik untuk badan. Kata nak kurus kan?
Benar, kacang merupakan lemak namun ia juga lemak yang sihat bergantung kepada pengambilannya asalkan anda tidak makan sebalang kacang. Kacang yang berlemak membantu anda untuk melawan dan merangsang metabolisme ketika badan anda dahagakan benda-benda manis. Jadi, cuba makan kekacang bila anda sedang lapar. Ia juga membantu anda untuk melengahkan rasa lapar.
Memberus gigi sepanjang hari juga dapat membantu anda mengurangkan lemak perut dengan cepat. Satu kajian yang dijalankan kepada lebih daripada 14,000 peserta mendapati, berus gigi selepas makan dikaitkan dengan berat badan yang lebih rendah.
Rasa ubat gigi bukan sahaja bertentangan dengan semua makanan, malah memberus gigi juga boleh mencetuskan tindak balas mematikan selera anda untuk terus makan selepas itu.
Kita selalu disyorkan untuk tidur tujuh hingga lapan jam setiap hari, atau tidur lebih awal dan bangun lebih cepat. Namun entah kenapa, sukar sekali melaksanakan kebiasaan tidur yang teratur. Padahal, cadangan ini diberikan bukan tanpa alasan.
Bila mengetahui bahawa tidur lebih cepat menawarkan banyak keuntungan seperti menurunkan berat badan atau membuat anda lebih produktif di pejabat, masakan anda masih tidak mahu mengusahakannya? Bila tak percaya, cuba lihat beberapa keuntungan mengelakkan tidur larut malam ini ini
7 Kebaikan Lelaki Tidur Awal
Orang yang suka berjaga malam akan cenderung makan hingga larut malam, dan makan pun sebenarnya tidak kerana lapar,” kata Evelyn Tribole, MS, RD. Ia memberi amaran bahawa makan lewat dari jam makan malam akan menyebabkan kalori disimpan di dalam tubuh.
Di samping itu, apabila anda ingin menikmati makanan tertentu pada malam hari, biasanya anda akan melewatkan sarapan pada esok harinya.
AKIBATNYA TENAGA ANDA AKAN BERKURANGAN DAN CENDERUNG AKAN MAKAN BERLEBIHAN PADA SIANG HARINYA, DEMIKIAN MENURUT RAFAEL PELAYO, MD, SEORANG PROFESOR DARI SLEEP MEDICINE DI STANFORD UNIVERSITY.
Pelbagai kajian menunjukkan bahawa kebiasaan tidur larut malam, apalagi hingga dini hari, boleh menyebabkan insomnia. Selain jadi lebih susah untuk tidur, anda juga menjadi lebih sukar tetap dalam keadaan tidur. Sangat tidak menyenangkan bukan, ketika anda terbangun pada malam hari dan mengalami kesukaran untuk kembali tidur?
Anda boleh saja mengaku sudah biasa berjaga, namun tak seorang pun diprogramkan secara biologi untuk berjaga hingga larut malam, demikian menurut Pelayo. Dengan tidur lebih cepat, anda pun akan bangun dengan keadaan segar dan dengan tenaga yang lebih tinggi.
KEADAAN INI TENTU MEMBUAT ANDA MAMPU MELAKUKAN APA APA AKTIVITI ANDA DENGAN LEBIH PRODUKTIF.
Para penyelidik di Misao Health Clinic di Gifu, Jepun, mengatakan bahawa sukarelawan dalam sebuah kajian yang baru tidur setelah lewat tengah malam diketahui mempunyai pengerasan pembuluh darah daripada mereka yang terbiasa tidur lebih awal.
SEKADAR INFO, PENGERASAN PEMBULUH DARAH ARTERI MERUPAKAN SALAH SATU GEJALA AWAL PENYAKIT JANTUNG.
“Mereka yang terpaksa baru boleh tidur pagi hari (misalnya, pekerja shift malam) sebenarnya tidak pernah benarbenar biasa dengan kitaran hidupnya,” ujar Kathy R. Gromer, MD, dari Minnesota Sleep Institute.
KERAPKALI, MENURUT GROMER, PARA PEKERJA SEPERTI INI HANYA TIDUR SELAMA DUA ATAU TIGA JAM PADA PAGI HARI, DAN BUKANNYA MENGALAMI FASA TIDUR LELAP YANG PANJANG.
Hal ini tentu akan membuat fizikal mereka tak pernah bugar seluruhnya.
Sebuah kajian yang diadakan oleh Stanford University meminta sekumpulan atlet meningkatkan jam tidurnya hingga 10 jam semalam selama enam minggu.
HASILNYA, PRESTASI MEREKA KETIKA LATIHAN MENINGKAT. KALAU SUDAH BEGINI, ANDA TAK PERLU LAGI PERSONAL TRAINER UNTUK MENCAPAI TUJUAN LATIHAN ANDA KAN?
Biasanya kita minum kopi untuk tetap terjaga, namun akibatnya kita tidak boleh tidur nyenyak kerana kafein sedang bekerja melalui sistem tubuh kita. Kemudian, kita kembali minum kopi pada pagi hari untuk melawan mengantuk akibat tidur larut malam dan tidak nyenyak. “Kafein itu akan berlangsung 10 jam, ertinya, hanya akan hilang separuh 10 jam selepas anda meminumnya,” kata Gromer.
DENGAN TIDUR LEBIH AWAL ANDA AKAN MEMBEBASKAN DIRI DARI KITARAN KOPI YANG TAK MENYENANGKAN INI.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tahukah anda bahawa nasi mengandungi karbohidrat dan ia merupakan antara punca mengapa tubuh manusia boleh jadi ‘mengembang’.
Namun dengan cara menolaknya perlahan-lahan, seseorang itu boleh mendapatkan tubuh yang ideal semula.
Bukan bermaksud tolak nasi sepenuhnya tetapi kurangkan secara berperingkat atau ambil dalam jumlah yang sangat kecil.
Jika tetap rasa diri itu gagal untuk menolak nasi, MASKULIN pun tak dapat berbuat apa-apa.
Tetapi dalam hal ini ditegaskan, kalau nak kurus, disiplin diri wajib ada dan selain menolak nasi, ini perkara lain yang perlu anda lakukan sama :
Latihan rintangan atau bebanan membantu pembakaran lemak dalam beberapa cara. Latihan bebanan sendiri merupakan cara membakar kalori yang baik. Kajian juga menunjukkan bahawa, tidak seperti senaman aerobik, latihan bebanan meningkatkan pembakaran kalori ketika anda dalam keadaan rehat sehingga 39 jam selepas latihan tersebut tamat. Malah, semakin banyak otot pada badan anda, semakin banyak kalori yang digunakan setiap hari. Dan walaupun sasaran anda hanyalah untuk membakar lemak dan bukannya menambahkan otot, anda tetap perlu lakukan latihan bebanan. Ini akan membantu mengelakkan berat badan yang hilang bukanlah daripada otot sedia ada. Jika otot anda hilang ketika proses membakar lemak (jika tak lakukan senaman bebanan), kadar metabolisma anda akan menurun dan memusnahkan usaha pembakaran lemak anda serta menjadikan anda seorang yang kurus dan berlemak.
HIIT adalah satu senaman di mana ia dilakukan dalam keadaan berkala iaitu latihan intensiti tinggi dengan tempoh rehat yang singkat. Dan hasilnya adalah lebih baik dalam masa yang singkat berbanding senaman kardiovaskular. Antara senaman HIIT yang mudah boleh dilakukan di rumah adalah melompat tali. Caranya adalah lakukan lompatan sepantas yang boleh dalam tempoh 10 hingga 20 saat, diikuti dengan lompatan perlahan untuk tempoh 30 saat.
Agak pelik kan jika anda perlu makan lebih banyak lemak sedangkan anda ingin buang lemak? Namun ia adalah benar. Makan lemak baik dengan secukupnya dapat membantu kehilangan lemak, membina otot dan pulih lebih cepat. Lemak sihat juga mempunyai pelbagai manfaat kesihatan termasuklah baik untuk hati anda. Jadi, makanan apa yang mengandungi lemak baik? Lemak baik adalah lemak tak tepu, terutamanya omega-3 yang terkandung dalam ikan seperti salmon dan kekacang, serta lemak monotaktepu seperti mentega kacang, minyak zaitun, kuning telur dan minyak ikan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang