
- Sakit pada bahagian pergelangan tangan dikenali sebagai DeQuervain’s Tenosynovitis. Masalah ini bukan sahaja terjadi kepada ibu hamil malah mereka yang sering menaip!
Ya, menaip papan kekunci sememangnya memerlukan pergerakan jari yang pantas selain memaksa pergelangan tangan untuk bergerak secara berulang-ulang.
Selain itu, faktor kecederaan atau mendukung bayi misalnya dalam tempoh yang lama turut membolehkan pergelangan tangan kita sakit secara perlahan-lahan.

Apa yang nak dibuat?
1. Pakai brace atau sekurang-kurangnya wrist support
Alat sokongan ini dapat mengurangkan pergerakan tangan anda sekali gus membantu saraf pada bahagian tangan untuk berehat.
2. Ubat tahan sakit dan anti keradangan
Ada kalanya anda mungkin sudah benar-benar tidak tahan dan rasa sakit itu sangat menyucuk! Boleh pergi ke klinik berhampiran untuk mendapatkan khidmat nasihat.

3. Hand exercise
Goyangkan tangan anda secara perlahan-lahan. Tujuannya adalah untuk memastikan darah dapat mengalir dengan sempurna pada bahagian tangan yang sakit.
4. Ice pack pada tempat yang sakit
Dengan meletakkan ice pack pada bahagian yang sakit, anda akan merasa lega buat seketika dan boleh mulakan kerja seperti biasa selepas itu namun, jangan lasak-lasak.
5. Suntikan ubat anti keradangan pada tempat yang sakit
Anda boleh berjumpa pakar untuk mendapatkan suntikan ubat anti keradangan bagi mengurangkan derita yang anda alami.
6. Pembedahan
Jika terlampau sakit sehingga timbul gelembung otot pada bahagian yang sakit, segera ke hospital bagi mendapatkan temu janji. Berkemungkinan terdapat ketulan yang perlu dibuang dengan segera.
Walau bagaimanapun, sakit ini boleh berulang pada masa akan datang. Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Protein Bar, Sejauh Manakah Ia Baik Untuk Kita & Apa Kelebihan Serta Kekurangannya

Bagi mendapatkan kecergasan badan yang baik serta mendapatkan bentuk fizikal yang sasa faktor pemakanan juga sangat penting selain rutin atau rejim senaman yang berdisiplin tinggi.
Salah satu sumber makanan yang cukup signifikan ialah protein. Ia boleh diperolehi dengan pengambilan makanan seperti ikan, telur, ayam, daging dan juga produk tenusu. Selain itu salah satu produk yang cukup popular di kalangan penggiat aktiviti sukan dan kecergasan ialah protein bar.

Protein bar merupakan makanan atau snek yang cukup popular untuk menambah diet anda. Sama ada anda menggunakannya sebagai alternatif snek yang sihat atau anda menggunakannnya sebagai sumber tenaga selepas bersenam, mereka menjadi sebahagian besar dunia kecergasan.
Dan kebiasaannya protein bar sangat tinggi dengan kandungan protein lebih tinggi berbanding lemak dan karbohidrat. Proteib bar direka untuk dimakan selepas bersenam, apabila badan anda kekurangan glukosa dan memerlukan protein untuk membantu pemulihan.
Di samping itu, ia bertujuan untuk digunakan sebagai alternatif snek yang sihat semasa dalam perjalanan di mana ramai berpendapat ia lebih baik berbanding coklat bar atau snek konvensional.
Protein bar juga boleh menjadi sumber yang baik untuk meningkatkan pengambilan protein harian anda. Akan tetapi sangat penting untuk anda agar lebih peka dan berhati-hati dengan kandungan kalori dan gula.
Kadangkala, adalah lebih baik untuk mendapatkan protein anda daripada makanan semula jadi seperti daging tanpa lemak, ayam, telur, kacang dan biji dan kekacang.
BOLEH TINGKATKAN BERAT BADAN?
Apabila membicarakan tentang perihal pemakanan atau jenis makanan pastinya tidak dapat lari dari topik berat badan. Bercakap tentang mitos penurunan berat badan dan penambahan berat badan, sukar untuk memisahkan fakta daripada fiksyen.
Anda hanya akan benar-benar menambah berat badan jika anda makan lebih banyak kalori daripada yang anda bakar dalam sehari.
Oleh itu satu perkara anda perlu tekankan ialah protein bar hanya akan membuatkan anda bertambah berat jika mereka mengambil pengambilan kalori harian anda melebihi had.
Walau bagaimanapun terdapat juga kemungkinan bahawa jika pengambilan protein bar tidak dikawal atau diambil dengan baik ia berpotensi menjadi salah satu penyebab berat badan meningkat.

Oleh itu salah sati perkara penting perlu anda lakukan ialah sentiasa semak label semasa membeli protein bar.
Ia bukan sahaja untuk oeriksa jumlah kalori yang terkandung di dalamnya, tetapi juga berapa banyak gula. Apa yang anda fikirkan hanyalah snek yang tidak bersalah dan sihat boleh mengandungi lebih 300 kalori dengan mudah.
MEMILIH PROTEIN BAR TERBAIK
Anda mungkin tertanya-tanya bagaimanakah caranya untuk memilih atau mencari protein bar yang benar-benar baik. Untuk mencari protein bar yang baik pertama sekali kena tahu matlamat atau objektif pengambilannya buat anda.
Apabila anda dalam kecergasan atau penurunan berat badan, adalah sangat penting untuk menetapkan matlamat kecergasan supaya anda boleh menjejaki kemajuan anda dan mempunyai sesuatu untuk difokuskan. Sebaik sahaja anda mengetahui matlamat anda, anda akan dapat memutuskan apakah proetin bar yang terbaik.
Beberapa jenis protein bar dihasilkan untuk meningkatkan jisim bagi mereka yang ingin membina banyak otot. Bar ini akan mengandungi jumlah karbohidrat yang tinggi serta protein dan jumlah kalori yang tinggi bagi mereka yang ‘bulking’ pada diet kalori tinggi.
Di hujung spektrum yang lain terdapat juga protein bar bersifat lebih ‘diet’ dengan kandungan sedikit karbohidrat dan jumlah kalori yang rendah tetapi dalam masa yang sama ada banyak protein. Ia merupakan pilihan yang baik buat mereka yang cuba menurunkan berat badan.
Akhir sekali, salah satu perkara yang paling penting untuk dipertimbangkan semasa memutuskan sama ada bar protein sesuai untuk anda ialah rasa dan tekstur. Sesetengah bar protein sangat padat dengan tekstur yang kenyal, manakala sesetengahnya direka untuk meniru bar coklat konvensional dengan rasa dekaden dan salutan coklat.
Semoga perkongsian ini boleh membantu anda di masa akan datang!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
JDT Terus Mendunia, Tersenarai Dalam 5 Kelab Terbaik Asia

Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mengukuhkan status sebagai kuasa besar bola sepak Asia apabila tersenarai dalam kelompok lima kelab terbaik benua tersebut.
Ini berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Opta Power Ranking semalam. Laman analisis bola sepak ini telah menyenaraikan hampir 13,500 kelab bola sepak seluruh dunia – menjadikan pencapaian JDT semakin menonjol di pentas antarabangsa.

Di peringkat dunia pula, JDT berada di kedudukan ke-231 daripada 13,500 pasukan bola sepak seluruh dunia.
JDT, di bawah pimpinan Tunku Mahkota Ismail ibni Sultan Ibrahim, berjaya memintas kelab Ulsan Hyundai dari Korea Selatan, yang diketuai bekas jurulatih kebangsaan Malaysia, Kim Pan Gon.
Ulsan Hyundai kini turun satu tangga selepas beberapa prestasi kurang memberangsangkan kebelakangan ini. Prestasi JDT, sebaliknya, terus meningkat dengan konsisten, membolehkan mereka menduduki tempat kelima dalam senarai tersebut.
PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN
Mendominasi kedudukan teratas, kelab dari Arab Saudi, Al-Hilal dan Al-Nassr, menduduki tempat pertama dan kedua dalam ranking tersebut.
Diikuti oleh dua kelab gergasi Jepun, Vissel Kobe dan Sanfrecce Hiroshima, yang masing-masing berada di tempat ketiga dan keempat.
Namun, pencapaian JDT sebagai kelab terbaik Asia Tenggara adalah sesuatu yang membanggakan, terutama setelah mereka melakar keputusan cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE).
Dalam saingan ACLE, JDT berada di kedudukan kedua dalam kumpulan B selepas mencatat keputusan seri dan satu kemenangan.
Ini memperlihatkan keupayaan kelab Harimau Selatan untuk bersaing dengan gergasi bola sepak Asia yang lain, sekaligus mengangkat nama Malaysia di persada antarabangsa.
Sebelum ini, JDT hanya berada di kedudukan ketujuh dalam ranking yang sama, namun prestasi cemerlang mereka dalam kejohanan peringkat Asia membolehkan mereka melonjak ke posisi yang lebih tinggi.
BACA: 10 Pemain Bola Sepak Pilih Selebriti Popular Sebagai Pasangan & Kekal Bahagia!
Dengan pencapaian ini, JDT terus ‘mendunia’, mengukuhkan reputasi mereka bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh Asia. Prestasi luar biasa ini pastinya menjadi motivasi tambahan untuk terus mengekalkan momentum kemenangan dan memperbaiki ranking mereka di masa hadapan.
JDT kini menjadi simbol kebanggaan bola sepak Malaysia dan bukti bahawa kelab tempatan mampu bersaing di peringkat tertinggi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Elak Putus Asa Di Tengah ‘Fitness Journey’, Cuba Langkah Ini

Berapa ramai daripada anda yang pernah mendaftar keahlian di gim, namun akhirnya menjadi sia-sia kerana tidak dimanfaatkan?
Perkara ini bukanlah satu perkara yang luar biasa kerana memang ramai individu yang ingin mengubah gaya hidup menjadi lebih aktif dan sihat.
Tetapi, ramai juga yang tidak mampu untuk terus kekal dalam perubahan tersebut. Kebanyakannya ibarat ‘hangat-hangat tahi ayam’ sahaja.
Jika anda tidak mahu menjadi salah seorang seperti itu, mungkin langkah-langkah ini boleh membantu anda.
Tetapkan ‘Big Why’ Anda
Apabila ditanya mengapa anda mahu bersenam, ramai yang memberi jawapan yang hampir serupa. Kebanyakannya memberi jawapan ingin membina keyakinan diri. Namun adakah itu benar-benar sebabnya?

Setiap individu pasti mempunyai alasan yang berbeza-beza.
Ada yang disebabkan ingin menceburi sukan bina badan, ada yang ingin memohon pekerjaan yang memerlukan mereka mempunyai bentuk badan tertentu, ada pula yang disebabkan trauma menjadi bahan ejekan orang sekeliling, malah ada yang sekadar mahu mengisi masa lapang.
Sebab-sebab yang spesifik sebeginilah sebenarnya ‘Big Why’ anda yang akan membuatkan anda terus kekal konsisten selagi anda belum mencapai tujuan hasrat anda.
Walau apa pun sebabnya, anda tidak sepatutnya berasa malu dengannya kerana ‘Big Why’ inilah punca motivasi sebenar anda.
Cari Aktiviti Digemari
Apabila anda sudah jelas dengan matlamat anda, maka ini lah saatnya untuk anda mencuba aktiviti yang anda gemari.
Ramai yang kecundang di tengah jalan kerana merasa terbeban dengan aktiviti yang dilakukan.
Setiap orang tidak diciptakan untuk menyukai perkara yang sama. Sedangkan citarasa makanan, hiburan dan jodoh juga berbeza-beza, apatah lagi aktiviti harian.
Sesetengah orang mungkin tidak gemar aktiviti berjoging. Oleh itu, mereka boleh mencuba aktiviti lain seperti berzumba atau berbasikal.
Tidak semua individu yang ingin melatih otot pula gemar menangkat bebanan di gim, maka mereka mempunyai pilihan untuk melakukan senaman kalistenik di taman atau di rumah.

Apabila anda menemui aktiviti yang dekat dengan jiwa anda, barulah anda mampu menjalani setiap sesi latihan tanpa merasa terbeban.
Cari Sahabat Seperjuangan
Kebanyakan individu terpaksa menempuh perjuangan membina kecergasan diri secara berseorangan. Alangkah baiknya jika sahabat kita juga turut bersama dalam menempuh perjuangan itu.
Bagaimanapun, perkara itu jauh dari realiti kebanyakan orang.
Tidak semua orang mempunyai minat dan matlamat yang sama, begitu juga dengan sahabat. Beruntung bagi segelintir yang mempunyai sahabat bersama-sama mengubah gaya hidup menjadi lebih aktif dan sihat, namun tidak bagi segelintir yang lain.
Lebih menyedihkan, ada yang terpaksa menjauhkan diri dari sahabat kerana keenganan mereka untuk turut serta mengubah gaya hidup.
Maka, mungkin sudah tiba masanya untuk mencari sahabat baharu di dalam dunia kecergasan.

Bukanlah bermaksud anda perlu memutuskan persahabatan sedia ada, cukup sekadar membina persahabatan yang baharu untuk meneruskan perjuangan anda.
Di saat anda ingin bersenam, anda sudah pun mempunyai sahabat baharu. Apabila anda ingin bersantai pula, sahabat sedia ada anda sentiasa mengalu-alukan anda.
Tidak salah untuk mempunyai ramai sahabat bukan? Sekurang-kurangnya, tidaklah anda berasa sunyi dalam menempuh perjuangan kecergasan anda.
Rancang Kewangan
Tidak semua aktiviti kecergasan memerlukan bayaran yang mahal. Namun tidak salah untuk bersiap sedia.
Penting untuk anda mengkaji jenis aktiviti kesukaan anda agar mudah untuk anda kenal pasti sama ada aktiviti itu melibatkan kos tertentu atau tidak.
Jika ya, penting juga untuk mengetahui sama ada kosnya berbentuk sekali bayar ataupun tanggungan berterusan secara bulanan.

Misalnya, yuran keahlian di gim perlu dibayar setiap bulan. Pengambilan makanan harian anda juga akan berubah dan secara tidak langsung memberi impak kepada perbelanjaan harian anda.
Itu belum termasuk jika anda perlu mengambil makanan tambahan seperti minuman protin yang tidak murah harganya.
Jika anda sudah mengambil kira semua aspek perbelanjaan ini, lebih mudah untuk anda mengekalkan komitmen terhadap aktiviti kecergasan anda tanpa risiko terkandas di tengah jalan dengan alasan tidak mampu untuk terus menanggung kos perubahan gaya hidup berkenaan.
Bersabar
Tiada jalan singkat untuk mencapai kejayaan. Begitu juga dengan kecergasan. Kebanyakan individu berhenti separuh jalan kerana letih menunggu hasil yang tidak kunjung tiba.
“Rome was not built in a day”, sebelum anda memulakan perjalanan anda dalam dunia kecergasan, penting untuk anda tanamkan di dalam fikiran anda yang perjalanan itu merupakan suatu perjalanan yang jauh.
Tidak begitu realistik untuk anda menjangkakan hasil yang anda harapkan dapat dicapai dalam jangka masa yang singkat. Tempoh beberapa bulan pertama anda itu bukanlah untuk anda meraih hasil yang jelas dilihat.
Sebaliknya, tempoh itu hanyalah untuk anda membina rutin baharu dan menjadikannya sebagai suatu kebiasaaan.
Untuk mengubah gaya hidup, ia perlu dilakukan secara berterusan. Tidaklah ia dipanggil sebagai ‘gaya hidup’ seandainya ia tidak kekal dalam kehidupan anda. Jika ia begitu mudah pasti sudah ramai yang mempunyai tahap kecergasan yang mantap, bukan? Be patient and enjoy the process, hasilnya akan tiba kelak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

