Sakit pada bahagian pergelangan tangan dikenali sebagai DeQuervain’s Tenosynovitis. Masalah ini bukan sahaja terjadi kepada ibu hamil malah mereka yang sering menaip!
Ya, menaip papan kekunci sememangnya memerlukan pergerakan jari yang pantas selain memaksa pergelangan tangan untuk bergerak secara berulang-ulang.
Selain itu, faktor kecederaan atau mendukung bayi misalnya dalam tempoh yang lama turut membolehkan pergelangan tangan kita sakit secara perlahan-lahan.
Apa yang nak dibuat?
1. Pakai brace atau sekurang-kurangnya wrist support
Alat sokongan ini dapat mengurangkan pergerakan tangan anda sekali gus membantu saraf pada bahagian tangan untuk berehat.
Ads
2. Ubat tahan sakit dan anti keradangan
Ada kalanya anda mungkin sudah benar-benar tidak tahan dan rasa sakit itu sangat menyucuk! Boleh pergi ke klinik berhampiran untuk mendapatkan khidmat nasihat.
3. Hand exercise
Ads
Goyangkan tangan anda secara perlahan-lahan. Tujuannya adalah untuk memastikan darah dapat mengalir dengan sempurna pada bahagian tangan yang sakit.
4. Ice pack pada tempat yang sakit
Dengan meletakkan ice pack pada bahagian yang sakit, anda akan merasa lega buat seketika dan boleh mulakan kerja seperti biasa selepas itu namun, jangan lasak-lasak.
Ads
5. Suntikan ubat anti keradangan pada tempat yang sakit
Anda boleh berjumpa pakar untuk mendapatkan suntikan ubat anti keradangan bagi mengurangkan derita yang anda alami.
6. Pembedahan
Jika terlampau sakit sehingga timbul gelembung otot pada bahagian yang sakit, segera ke hospital bagi mendapatkan temu janji. Berkemungkinan terdapat ketulan yang perlu dibuang dengan segera.
Walau bagaimanapun, sakit ini boleh berulang pada masa akan datang. Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jika anda adalah seorang yang aktif ke gym, anda perlu tambah kekerapan pengambilan makanan ada. Ini adalah kerana anda perlukan lebih banyak kalori untuk dibakar berbanding yang tidak aktif bersukan. Kekurangan pengambilan makanan akan membuatkan anda cepat penat dan otot anda menjadi kejang.
2. Susun jadual pemakanan
Ambil makanan anda sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda bersenam. Ia akan memberikan masa yang cukup untuk badan anda menghadam makanan yang diambil dan seterusnya membekalkan tenaga untuk anda bersenam. Selepas sesuatu sesi senaman atau latihan, ambil makanan dalam kuantiti yang kecil contohnya makan buah-buahan untuk menggantikan semula zat-zat yang hilang ketika anda bersenam.
3. Tingkatkan kadar karbohidrat dalam makanan
Karbohidrat memberi badan kita lebih banyak tenaga dan boleh menggantikan nutrien dan zat yang hilang ketika anda bersenam. Anda perlu ambil karbohidrat sebelum dan selepas sesuatu aktiviti fizikal yang anda lakukan.
4. Tingkatkan sumber protein dalam makanan
Untuk membina otot dengan cepat, anda perlu tambah sumber protein setiap hari. Ikan, daging dan ayam merupakan sumber protein yang baik untuk membina otot. Anda juga boleh mengambil protein shake untuk membina otot dengan cepat.
5. Ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
Semua buah-buahan dan sayur-sayuran bagus untuk memberikan tubuh anda vitamin dan nutrien yang cukup ketika anda membuat senaman bina badan yang berat untuk mempercepatkan pembesaran otot.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
HYROX Singapore 2026 sekali lagi membuktikan bahawa dunia kecergasan kini berada pada tahap yang luar biasa kompetitif, dengan kemunculan atlet berprofil tinggi yang bukan sahaja konsisten, tetapi mampu mendominasi pentas antarabangsa.
Dunia kecergasan global terus menyaksikan kemunculan atlet berprofil tinggi yang bukan sahaja konsisten, tetapi mampu mendominasi pentas antarabangsa. Terbaharu, dua nama besar dari Korea Selatan, Choi Minho dan Hong Beomseok, mencuri perhatian di HYROX Singapore 2026 dengan prestasi luar biasa.
Minho, yang juga anggota kumpulan K-pop SHINee, bergandingan dengan Hong Beomseok, naib juara ‘Physical: 100’ Musim 2, untuk mencipta kemenangan dalam kategori Doubles Lelaki 35 hingga 39 tahun.
Pasangan ini bukan asing dalam dunia HYROX. Dengan rekod kerjasama yang kukuh dalam beberapa kejohanan sebelum ini, mereka sekali lagi membuktikan keserasian apabila kembali bergabung untuk edisi Singapura yang berlangsung dari 3 hingga 5 April.
Bersaing pada hari pertama, Minho dan Beomseok berdepan cabaran yang menuntut ketahanan fizikal serta kekuatan mental tinggi.
HYROX sendiri dikenali sebagai pertandingan fitness indoor berintensiti tinggi yang menggabungkan larian sejauh 8 kilometer bersama lapan stesen senaman berbeza.
Setiap kilometer menuntut peserta melengkapkan cabaran seperti SkiErg, Sled Push, Sled Pull, Burpee Broad Jump, Rowing, Farmer’s Carry, Sandbag Lunges dan Wall Balls, menjadikannya antara format perlumbaan kecergasan paling mencabar di dunia.
Dalam perlumbaan tersebut, Minho dan Beomseok berjaya mencatat masa keseluruhan 56 minit 21 saat, sekali gus meraih tempat pertama dalam kategori mereka. Lebih mengagumkan, mereka turut menduduki tempat keempat keseluruhan daripada 1,144 peserta.
Tidak terhenti di situ, Minho turut mengambil bahagian secara individu dalam kategori Lelaki 30 hingga 34 tahun. Beliau menamatkan perlumbaan dengan masa 1 jam 13 minit 9 saat, menduduki tempat ke-11 dalam kategorinya serta ke-52 daripada 1,556 peserta keseluruhan di HYROX Singapore 2026.
Pencapaian ini sekali lagi mengukuhkan reputasi Minho sebagai seorang atlet serba boleh yang semakin mendapat pengiktirafan dalam dunia kecergasan global, jauh melangkaui imejnya sebagai seorang artis.
Dalam masa sama, Hong Beomseok turut meneruskan dominasi dengan menyertai kategori Pro Doubles Lelaki 35 hingga 39 tahun bersama atlet elit Amerika, Gabe Heck. Gandingan tersebut bukan sahaja menjuarai kategori mereka, malah muncul juara keseluruhan.
Kejayaan ini membuktikan konsistensi luar biasa Beomseok merentasi pelbagai kategori dalam HYROX Singapore 2026.
Di luar kejohanan Singapura, kedua dua atlet ini sebenarnya telah membina rekod yang mengagumkan dalam HYROX. Minho telah menyertai sembilan perlumbaan sejak tahun lalu termasuk di Jepun dan Taiwan.
Manakala Beomseok mempunyai pengalaman lebih luas dengan 26 perlumbaan di pelbagai negara seperti India, Korea Selatan dan China. Kejayaan mereka di HYROX Singapore 2026 pastinay cukup manis!
Fenomena HYROX sendiri kini semakin berkembang sebagai satu trend global dalam dunia kecergasan. Ia bukan sahaja menarik minat atlet profesional, tetapi juga selebriti yang ingin mencabar kemampuan fizikal mereka.
Antara nama yang pernah menyertai cabaran ini termasuk Anne Curtis dan Erwan Heussaff, selain pasangan Kim Molina dan Jerald Napoles yang mengambil bahagian di Korea Selatan pada November lalu.
Apa yang membezakan HYROX daripada pertandingan lain adalah gabungan unik antara ketahanan, kekuatan dan strategi, menjadikannya platform sebenar untuk menguji had fizikal manusia.
Dalam konteks gaya hidup moden, kejayaan Minho dan Beomseok di HYROX Singapore 2026 membawa satu mesej jelas — kecergasan bukan lagi sekadar rutin, tetapi satu disiplin yang memerlukan komitmen serius.
Dan dalam dunia yang semakin kompetitif, mereka membuktikan bahawa konsistensi, mentaliti dan disiplin adalah kunci untuk berada di tahap tertinggi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak dinafikan sukan yang menggunakan raket paling popular di negara kita ialah badminton. Dengan pengaruh serta pencapaian pemain badminton di peringkat antarabangsa jadi tidak hairanlah mengapa ia sangat popular. Tapi pernahkah anda dengar tentang satu sukan beraket yang baru iaitu Padel?
Padel merupakan sukan menggunakan raket yang semakin popular. Lebih menarik sukan yang cukup ‘muda’ ini terhasil dengan menggabungkan elemen tenis dan skuasy.
Ia kini semakin mendapat sambutan di seluruh dunia. Malah pertandingan profesionalnya juga terus mendapat liputan meluas termaksuklah di Malaysia.
Sukan ini berasal dari Mexico pada akhir tahun 1960-an, hasil inovasi Enrique Corcuera yang mencipta versi tenisnya sendiri dengan gelanggang yang lebih kecil dan berdinding.
Dari situ, Padel mula ‘merebak’ ke Sepanyol dan Argentina, di mana ia dengan cepat menjadi aktiviti rekreasi yang digemari ramai.
Kini, Padel diiktiraf di peringkat global dengan kejohanan profesional dan jumlah peminatnya juga semakin meningkat. Malah di negara kita juga Padel turut mendapat tempat dan popularitinya semakin meningkat dari hari ke hari.
Gabungan aksesibiliti, interaksi sosial, dan permainan yang strategik telah menjadikannya pilihan kegemaran di kalangan atlet dan pemain santai.
Padel biasanya dimainkan secara berpasangan di gelanggang tertutup yang saiznya kira-kira satu pertiga daripada gelanggang tenis standard.
Gelanggang ini dikelilingi oleh dinding, dan tidak seperti tenis, dinding ini adalah sebahagian penting dalam permainan, mirip dengan skuasy.
Pemain menggunakan raket yang padat, lebih kecil daripada raket tenis, tanpa tali, dan bola yang digunakan adalah serupa dengan bola tenis tetapi dengan tekanan yang sedikit kurang.
Spekulasi Lewis Hamilton bakal bersara kembali hangat diperkatakan. Namun Ferrari masih percaya juara dunia tujuh kali itu belum selesai memburu gelaran kelapan.