SAKITNYA TUH DI SINI! BARU SAHAJA DIPANDU SEJAUH 243KM-CIVIC TYPE R INI KEMALANGAN

Share

Malang tidak berbau. Inilah yang terjadi kepada pemilik Honda Civic Type R, Greg Ellingson dari Amerika syarikat.

Pastinya kejadian ini meninggalkan kesan mendalam buat dirinya. Baru sahaja menerima kunci kereta, beliau sudah terlibat dalam kemalangan. Lebih menyedihkan ia akibat kecuaian pemandu lain.

Malah odometer hot hatch berkenaan baru mencapai perbatuan 243km. Menceritakan kejadian, Greg memberitahu beliau memandu keretanya dari pusat pameran Philadelphia menuju ke Philly.

“Seorang pemandu cuai telah menghentam bahagian belakang Civic Type R saya sehingga mengakibatkan cermin belakang pecah.

BACA>>>>>SELEPAS CR-V, CIVIC TYPE-R AKAN MENYUSUL KE PASARAN TEMPATAN

“Ketika itu trafik bergerak perlahan dan langsung berhenti dan beliau melanggar kereta saya pada kelajuan 56km/j tanpa menekan brek,” katanya.

Akibat daripada impak tersebut, Greg turut melanggar kereta di depannya yang menyebabkan kerosakan pada bahagian hud, gril dan bampar depan.

Dalam kes ini, punca kemalangan bukanlah disebabkan oleh pemilik. Tetapi masih, sakitnya tuh di sini apabila melihat kerosakan tersebut.

Tambahan, hot hatch berkenaan baru sahaja keluar dari pusat pameran dan si pemilik tidak berkesempatan melaram dan menguji prestasi Civic Type R tersebut.

Situasi yang berlaku pada Greg mengingatkan penulis mengenai kejadian Ferrari F430 Scuderia di England. Supercar berkenaan mengalami kerosakan teruk selepas terlibat dalam kemalangan. Lebih mengharukan model Itali itu baru sejam keluar dari pusat pameran.

Jika dibandingkan kedua-dua kejadian, kerosakan Civic Type R itu masih boleh dibaiki dan bukanlah kerosakan major. Tetapi Greg mengharapkan pihak insurans dapat menilai semula total kerosakkan dan membeli Civic Type R baru dengan warna yang sama.

 

Sumber: Carbuzz

 

IKLAN