Pengenalan telefon pintar kelas pertengahan oleh Samsung baru-baru ini menampilkan dua model yang tidak kurang hebatnya. Selain Galaxy A54, syarikat gergasi asal Korea ini turut menampilkan model ‘adiknya’ iaitu Galaxy A34.

Menariknya walaupun hadir sebagai peranti kelas pertengahan, Galaxy A34 bolehlah dikatakan masih dilengkapi spesifikasi yang berdaya saing di pasaran masa kini.

Memegang peranti pintar ini buat pertama kali MASKULIN merasakan ia tidak jauh bezanya model lebih premium iaitu Galaxy S23.

Samsung Galaxy A34, Pandang Pertama Telefon Pintar Mampu Milik Sarat Spesifikasi Berdaya Saing

Ini mungkin kerana reka letak tiga lensa kamera pada bahagian belakangnya seakan mirip dengan model tersebut. Ia termasuklah kedudukan kamera serta punch-hole camera pada bahagian hadapan.

PAPARAN

Dilengkapi dengan paparan AMOLED super HD+ penuh 6.6 inci yang menampilkan ketumpatan piksel 390 ppi, Galaxy A34 merupakan model siri A30 pertama yang menawarkan kadar penyegaran 120Hz.

Ia satu penambah baikan yang cukup dialu-alukan kerana sekali gus memberikan pengalaman skrin yang jauh lebih lancar.

Samsung Galaxy A34, Pandang Pertama Telefon Pintar Mampu Milik Sarat Spesifikasi Berdaya Saing

IKLAN

Selain itu Galaxy A34 turut dilengkapi Vision Booster yang boleh melaraskan kecerahan paparan secara automatik.

Ciri ini terbukti bermanfaat apabila menggunakan peranti di luar rumah, memastikan skrin kekal cukup terang untuk membaca e-buku dengan selesa atau menonton siri TV di bawah cahaya matahari langsung, tanpa menjejaskan mata seseorang.

KAMERA

Samsung Galaxy A34 juga dilengkapi dengan konfigurasi kamera yang tidak kurang hebatnya. Secara asasnya, ia menampilkan konfigurasi kamera belakang yang terdiri daripada tiga modul kamera.

Ini termasuklah kamera utama 48MP (f/1.8, autofokus, OIS), 8MP (f/2.2, fokus tetap) dan sensor makro 5MP (f/2.4, fokus tetap) disertakan dengan denyar LED.

Samsung Galaxy A34, Pandang Pertama Telefon Pintar Mampu Milik Sarat Spesifikasi Berdaya Saing

IKLAN

Manakala bagi kamera swafoto dan dan panggilan video pula, peranti ini menggabungkan kamera hadapan fokus tetap 13MP (f/2.2).

Lebih menarik, peranti turut dilengkapi dengan ciri fotografi bernilai tambah seperti penambah imej AI, pemadam objek, GIF Remaster, Photo Remaster dan ciri lain yang kebiasaannya ditemui dalam siri Galaxy S23 yang lebih premium.

Samsung Galaxy A34, Pandang Pertama Telefon Pintar Mampu Milik Sarat Spesifikasi Berdaya Saing

SPESIFIKASI DALAMAN

Dari segi spesifikasi dalamannya pula, MASKULIN bolehlah mengatakan bahawa Galaxy A34 agak memuaskan. Samsung meningkatkan bar untuk konfigurasi RAM dan storan dalam telefon pintar julat pertengahan atas, kerana ia mempunyai 8GB RAM dan 256GB storan.

IKLAN

Selain itu, ia turut menampilkan RAM extension di mana pengguna boleh menambah memori fizikal dengan tambahan 8GB, sehingga 16GB RAM jika terdapat ruang storan yang tersedia.

Samsung Galaxy A34, Pandang Pertama Telefon Pintar Mampu Milik Sarat Spesifikasi Berdaya Saing

Galaxy A34 beroperasi menggunakan One UI 5.1 berasaskan Android 13 yang menawarkan keanggunan tersendiri.

Paling penting ia terjamin dengan empat tahun sokongan Android OS, sehingga Android 17, dan lima tahun sokongan perisian keselamatan sehingga 2028.

Dilengkapi dengan pemproses octa-core Mediatek MT6877V Dimensity 1080 kelas 6nm, ia boleh boleh mencapai kelajuan CPU puncak 2.26Ghz. Dengan kadar tersebut MASKULIN yakin segala tugas dan aktiviti menggunakannya boleh dilakukan dengan cukup lancar.

Dapatkan maklumat lanjut telefon pintar ini di sini. Nantikan review lanjut Samsung Galaxy A34 dari MASKULIN dalam waktu terdekat!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI