Terdapat lebih kurang 9 contoh jenis makanan dan minuman yang anda perlu elakkan dalam diet harian bagi mendapatkan pemakanan sihat dan seimbang.
Jika anda menghadapi masalah untuk tidak mengambil makanan ini sekali gus, cuba usaha untuk tidak mengambil makanan ini satu persatu bagi mengurangkan pengambilannya secara perlahan-lahan. Jika anda menggantikan makanan ini dengan makanan yang lebih berkhasiat dan segar, anda boleh mengurangkan risiko terhadap beberapa penyakit dan masalah kesihatan.
1.Minuman bergas (solf drinks)
Seperti yang kita semua tahu, soft drinks adalah sejuk, segar, manis dan boleh menyebabkan ketagihan. Kebanyakan soft drinks mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin secara tidak sedar mencetuskan kebergantungan dan ketagih terhadap air bergas. Minuman bergas ini hampir tidak mempunyai khasiat. Oleh itu, ia perlu dibuang jauh-jauh daripada diet harian anda. Tambahkan pengambilan air, teh serta jus buah-buahan jika anda memerlukan gula.
2-Minuman kedai kopi
Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minuman kopi. Sama ada kopi ‘O’ atau kopi susu rendah kalori. Kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi creamer, gula dan penambah perisa yang lain. Jika anda memerlukan kafein, pesan kopi ‘O’, tanpa menambah susu, creamer atau gula.
3.Produk kaya tepung
Anda patut mengelakkan roti putih dan produk mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan tepung tersebut telah di ‘bleached’ dan kehilangan khasiat berharga. Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.
Ads
4.Roti, kek dan pastry
Roti keju yang besar dan muffin bersaiz penumbuk anda bukanlah pilihan baik untuk diet harian. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu tinggi.
Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa sama ada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjerin atau tidak. Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.
5.Makanan dan Minuman pek segera (instant)
Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Makanan dan minuman jenis ini yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian yang padat. Oleh itu, anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas.
Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi adakah anda bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan creamer yang tinggi?.
Ads
Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan. Pengambilan makanan dan minuman jenis ini boleh memudaratkan tubuh badan dalam jangka masa panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini atau lebih baik cuba elak kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori tinggi.
6.Makanan dalam tin
Kebanyakan makanan dalam tin mengandungi penambah perisa dan garam yang sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian anda.
7.Makanan goreng
Setiap makanan goreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu atau makanan digoreng dengan mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.
Ads
Jika sesekali teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya boleh memilih sendiri minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepsi.
8.Makanan segera
Siapa yang tidak suka burger dan kentang goreng bukan? Memang sedap, tapi anda perlu mengelakkan makanan segera daripada diet harian. Kebanyakan makanan segera ini digoreng di dalam minyak dan jarang mempunyai vitamin serta mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada satu hingga dua kali sahaja setiap bulan.
9.Snek buah
Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah buah semula jadi dan segar daripada buah-buahan yang diproses seperti ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
BANYAK ORANG BEREKSPERIMEN DENGAN MENCUBA WARNA BARU UNTUK MENDAPATKAN WARNA RAMBUT YANG BARU BOSAN. DISEBABKAN ITU, RAMAI DI ANTARA KITA YANG GEMAR BERGANTI-GANTI WARNA UNTUK MENDAPATKAN PENAMPILAN BARU. PADAHAL SUDAH TAHU AKAN RISIKO YANG AKAN BAKAL DIHADAPI SAAT MENERAPKAN PEWARNA RAMBUT TERSEBUT. INI 7 RISIKO ITU TIDAK HANYA AKAN TERJADI PADA RAMBUT MALAH TUBUH JUGA AKAN MENERIMA KESAN YANG SAMA.
REAKSI ALERGI
Reaksi alergi disebabkan oleh beberapa pewarna jika kulit anda tidak mampu menerima bahan tersebut. Pastikan anda selalu melakukan percubaan awal sebelum menerapkan pewarna. 2. EFEK PADA MATA DAN KULIT KEPALA Beberapa produk kimia pewarnaan rambut dapat menyebabkan iritasi dan kemerahan di mata. Juga, mereka Dapat menyebabkan gatal-gatal, luka, dan sensasi terbakar pada kulit kepala Anda.
3. GANGGUAN HORMON
Beberapa pewarna rambut memiliki alkylphenol etoksilat (APE), yang ditemukan di spermisida dan pestisida. Kandungan tersebut dapat menyebabkan gangguan hormon dalam tubuh anda. 4. PENYAKIT LIMFOMA NON-HODGKIN Sebuah kajian dari Universi Yale menemukan seseorang yang gemar memakai produk pewarnaan rambut berisiko besar mengembangkan limfoma non-hodgkin. Ini adalah kanser yang menyerang sistem limfatik yang merupakan bahagian dari sistem kekebalan tubuh anda.
5. PENYAKIT HODGKINS DAN MULTIPLE MYELOMA
Ada juga penelitian yang menunjukkan terlalu sering memakai produk pewarnaan rambut kimia kemungkinan menjadi salah satu penyebab penyakit Hodgkin, jenis lain dari kanser multiple myeloma.
6. KANSER PAYUDARA Zat kimia yang terdapat pada cat rambut pada umumnya mengandungi bahan penyebab kanser (carsinogenik). Ada beberapa bukti lain yang menunjukkan bahawa penggunaan pewarna rambut memiliki hubungan dengan kanser payudara.
8. MASALAH PADA JANIN
Zat kimia yang dioles di kulit, termasuk kulit kepala akan diserap dan masuk ke aliran darah yang dapat membahayakan dan menyebabkan kelainan pada janin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pernah dengar tak yang doktor cakap jika seseorang itu kena demam denggi kali ke 2 selalunya dia menghadapi demam denggi yang lebih teruk. Ini adalah suatu perkara yang benar. Sebelum kita cerita bagaimana perkara itu berlaku, mari kita cerita perkara asas berkenaan demam denggi
Apakah Punca Demam Denggi?
Demam denggi adalah berpunca daripada virus denggi yang berada dalam keluarga flaviviridae dan genus flavivirus. Flavivirus ini pula dibawa dan disebarkan oleh nyamuk yang dikenali sebagai Aedes. Ada terdapat dua jenis spesies aedes iaitu Aedes aegyti dan juga Aedes albopictus.
Semuanya virus denggi tetapi serotype berbeza?
Virus denggi mempunyai 4 jenis serotype yang berbeza. Apa pula maksud serotype yang berbeza ini? Secara asasnya flavivirus mempunyai struktur yang sama daripada segi reka bentuk dan komponen di dalamnya.
Akan tetapi apa yang membezakannya adalah struktur antigen iaitu satu struktur protein yang terletak pada permukaan virus tersebut. Ia bertindak seperti kad pengenalan yang digunakan untuk pengecaman.
Ia nampak sama tetapi ia berbeza kerana ia memberi kesan kepada sistem imun seseorang manusia.
Bagaimana demam denggi kali ke 2 akan menyebabkan keadaan yang teruk?
Apabila sesuatu virus memasuki badan, sel imun akan mengecam struktur antigen tersebut dan menghasilkan antibodi untuk melawan virus tersebut. Antibodi ini akan melekat pada antigen di permukaan virus dan menyahaktifkan virus tersebut. Kemudian virus itu akan ditelan oleh sel darah putih dan diuraikan.
Begitulah yang berlaku pada jangkitan virus denggi pada kali pertama. Antibodi akan dihasilkan untuk membunuh virus tersebut dan pesakit akan kebal terhadap virus denggi yang mempunyai serotype itu sahaja.
Apabila berlakunya jangkitan denggi kali ke 2, selalunya ia akan melibatkan serotype yang lain. Badan akan menghasilkan antibodi yang sama seperti jangkitan virus denggi yang pertama. Ini kerana struktur antigen tersebut mempunyai sedikit perbezaan.
Perkara ini akan menyebabkan virus tersebut masih lagi aktif dan tidak dibunuh. Apabila antibodi tersebut melekat pada virus, ia akan memudahkan lagi sel imun untuk menelan virus tersebut. Akan tetapi, virus tersebut masih aktif menyebabkan sel imun itu pula yang dijangkiti virus membiak dalam sel imun tersebut. Perkara ini akan menyebabkan keadaan pesakit semakin teruk
Reaksi ini dipanggil sebagai Antibody-dependant Enhancement. Bermaksud antibodi dalam badan kita sendiri yang akan mempercepatkan proses pembiakan virus tersebut dan menyebabkan keadaan pesakit semakin teruk.
Sejarah Wabak Denggi di Cuba
Pada tahun 1977, kebanyakan penduduk Cuba telah dijangkiti virus denggi jenis serotype 1 (DENV-1). Pantauan serotype(jenis virus denggi) pada tahun tersebut menunjukkan lebih daripada 44% mereka yang mengalami demam denggi telah dijangkiti virus denggi jenis DENV-1. Kebanyakan pesakit hanya mengadu simptom demam denggi yang tidak serius.
Pada tahun 1981 pula, terdapat perubahan serotype virus denggi dalam komuniti. Dimana virus denggi jenis DENV-2 telah dikesan meningkat menerusi sistem pengawasan kesihatan yang dibuat. Disebabkan kebanyakkan masyarakat telah dijangkiti dengan DENV-1 sebelum ini, demam denggi yang seterusnya iaitu disebabkan DENV-2 telah menyebabkan kenaikan kes denggi yang mempunyai pelbagai komplikasi
Kes demam denggi berdarah meningkat kepada 24000 kes, 10000 kes pula adalah dengue shock syndrome dan terdapat 158 kematian disebabkan denggi pada ketika itu.
Kesimpulan:
Demam denggi kali ke 2 boleh menyebabkan keadaan pesakit yang lebih teruk dan boleh mendatangkan komplikasi seperti demam denggi berdarah.
Oleh itu, elakkan diri anda untuk pernah mendapat demam denggi kali pertama ataupun ke 2. Periksalah laman rumah anda untuk mengelakkan wujudnya tempat pembiakan nyamuk.
Jika pihak kesihatan masuk kerumah anda dan menjumpai tempat pembiakan, anda mungkin akan dikompaun sebanyak RM 500. Sakit jugak kalau kena. Jadi jagalah rumah anda, supaya orang lain tidak terkena denggi disebabkan wujudnya tempat pembiakan dirumah anda
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tidak ada istilah tangan sejuk, panas dalam bercucuk tanam. Semuanya tertumpu pada cara,tip dan kaedah yang betul dalam menanam sesuatu pokok.
Seperti perkongsian lelaki ini, Hafiz Husin antara yang berjaya menanam pokok anggur di kawasan rumahnya . Ada lebih 30 pokok anggur pelbagai jenis di tanam di kediamannya. Ya, jangan ingat anggur boleh ditanam di kawasan iklim sejuk saja. Di rumah kita pun boleh dengan tip yang betul.
Bagi yang berminat dan nak cuba tanam, beliau yang juga menjual anak pokok anggur tak lokek berkongsi cara penanamannya.
Cara tanam anak pokok anggur di rumah
Ujar walau pun tiada pengetahuan luas tentang teknik penanaman anggur tapi ini adalah kaedah yang dilakukan setiap kali tanam pokok anggur di kediamannya. Alhamdulillah subur dan berhasil semuanya.
1.Mula-mula korek lubang kira-kira dua kaki.
2. Sediakan tinja kambing yg dah reput dalam satu bekas emudian campak tinja kambing tersebut ke dalam lubang.
2. Gaulkan kesemua bahan-bahan ini. Nisbah 1:1 kesemuanya kecuali kapur pertanian agak-agak saja. Tujuan penggunaan kapur untuk neutralkan keasidan tanah.
4. Seterusnya masukkan kesemua adunan yang telah digaul ke dalam lubang.
5. Beginilah rupanya adunan tadi. Biarkan dulu tanah ni dalam 7-14 hari untuk “menyejuk’. Tujuannya supaya media terkompos dgn sempurna. Atau jika nampak anak-anak rumput mulai tumbuh di atas permukaan media, itu membawa petanda anak pokok anggur sedia utk dipindahkan.
6. Setelah cukup tempoh 1-2 minggu, korek semula lubang dan gunting bahagian belakang polibeg anak pokok anggur.
7. Masukkan anak pokok sekali dgn polibeg ke dalam lubang.
8. Kambus tanah di celah-celah luar polibeg yang berongga dan siram. Dah siap. Jangan siram kerap sangat pada musim hujan. Jika nampak tanah agak mengering baru siram sebab akar anak anggur sangat sensitif dengan air yang berlebihan.
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.