Ads

SCORE Marathon 2026 Catat Rekod Malaysia Dengan 51,077 Pelari Dari 53 Negara

score

SCORE Marathon 2026 by AIA Vitality melakar sejarah apabila diiktiraf sebagai Acara Larian Terbesar di Malaysia oleh Malaysia Book of Records, selepas menghimpunkan 51,077 peserta dari 53 negara sepanjang penganjuran selama dua hari di Putrajaya.

Pencapaian tersebut bukan sahaja mengukuhkan reputasi SCORE Marathon sebagai antara acara larian terbesar di negara ini, malah membuktikan perkembangan pesatnya daripada sebuah acara larian kepada festival gaya hidup yang menggabungkan sukan, hiburan dan komuniti dalam satu platform.

SCORE Marathon 2026 Catat Rekod Malaysia Dengan 51,077 Pelari Dari 53 Negara
Hari Pertama – 5km & 10km

Selain aksi perlumbaan bertaraf antarabangsa, kawasan Race Village turut dipenuhi pelbagai aktiviti interaktif, persembahan hiburan, sesi kecergasan, cabutan bertuah serta pengalaman bersama rakan penaja yang menjadikan acara ini lebih daripada sekadar sebuah marathon.

SCORE Marathon 2026 Catat Rekod Malaysia Dengan 51,077 Pelari Dari 53 Negara
Hari kedua – 21km & 42km

Putrajaya Bertukar Menjadi Festival Larian

Sambutan tahun ini turut bertepatan dengan ulang tahun ke-10 AIA Vitality sebagai penaja utama, dengan pelbagai aktiviti bertemakan gaya hidup sihat diadakan sepanjang hujung minggu perlumbaan.

Antara tarikan yang mencuri perhatian ialah kehadiran robot humanoid William, persembahan dram, sesi pemulihan bersama Anytime Fitness, permainan interaktif, cabaran Malaysia Book of Records oleh NESCAFÉ serta hidangan tradisional seperti kuih dan cendol di beberapa laluan perlumbaan.

SCORE Marathon 2026 Catat Rekod Malaysia Dengan 51,077 Pelari Dari 53 Negara

Edisi kali ini turut menyaksikan pengenalan SCORE Double Challenge, yang berjaya menarik lebih 6,000 peserta untuk menamatkan perlumbaan pada dua hari berturut-turut, sekali gus membawa pulang medal khas yang boleh digabungkan sebagai simbol pencapaian.

SCORE Marathon 2026 Catat Rekod Malaysia Dengan 51,077 Pelari Dari 53 Negara

Pemenang Kategori Utama

Persaingan kategori elit turut berlangsung sengit dengan penyertaan beberapa pelari terbaik Asia Tenggara.

42KM Overall Open Lelaki

  • 🥇 Huynh Anh Khoi (Vietnam) – 2:26:32
  • 🥈 Martin Onesmus (Kenya) – 2:39:54
  • 🥉 Munjin Yu (Korea Selatan) – 2:43:33
SCORE Marathon 2026 Catat Rekod Malaysia Dengan 51,077 Pelari Dari 53 Negara
Huynh Anh Khoi

42KM Overall Open Wanita

  • 🥇 Pham Thi Hong Le (Vietnam) – 2:45:33
  • 🥈 Vu Khanh Linh (Vietnam) – 3:09:21
  • 🥉 Yuri Hayashi (Jepun) – 3:15:42
SCORE Marathon 2026 Catat Rekod Malaysia Dengan 51,077 Pelari Dari 53 Negara
Pham Thi Hong Le

Pelari Malaysia Terpantas 42KM

  • Lelaki: Muhammad Haziq Hamzah2:44:45
  • Wanita: Jodie Lee3:35:29
SCORE Marathon 2026 Catat Rekod Malaysia Dengan 51,077 Pelari Dari 53 Negara
Muhammad Haziq Hamzah

21KM Overall Open Lelaki

Ads
  • 🥇 Soh Rui Yong (Singapura) – 1:11:53
  • 🥈 K. Prabudass (Malaysia) – 1:13:04
  • 🥉 G. Vimal (Malaysia) – 1:13:58
SCORE Marathon 2026 Catat Rekod Malaysia Dengan 51,077 Pelari Dari 53 Negara
Soh Rui Yong dan K. Prabudass bersama CEO SCORE, Patricia Tan

21KM Overall Open Wanita

  • 🥇 Goh Shing Ling (Singapura) – 1:23:12
  • 🥈 Chi-Wen Hung (New Zealand) – 1:28:33
  • 🥉 Han Qinfei (Singapura) – 1:37:42

Juara Puas Hati Dengan Cabaran Laluan

Juara marathon lelaki dari Vietnam, Huynh Anh Khoi, menyifatkan kemenangan kali ini cukup bermakna selepas sekadar muncul naib juara ketika menyertai SCORE Marathon pada 2024.

“Saya sangat gembira akhirnya berjaya memenangi gelaran ini. Kali terakhir saya bertanding di sini pada 2024, saya menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Jadi, dapat kembali dan muncul juara kali ini menjadikan kemenangan ini lebih bermakna,” katanya.

Sementara itu, juara wanita Pham Thi Hong Le memuji penganjuran acara yang disifatkannya tersusun serta mendapat sokongan sukarelawan yang sangat baik.

“Ini kali pertama saya menyertai SCORE Marathon dan saya benar-benar menikmati pengalaman ini. Laluannya cantik, para sukarelawan sangat mesra dan acara ini dianjurkan dengan begitu baik,” katanya.

SCORE Marathon 2026 Catat Rekod Malaysia Dengan 51,077 Pelari Dari 53 Negara

Pengiktirafan Buat Seluruh Komuniti Larian

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif SCORE Sports Management, Patricia Tan, pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records bukan sekadar kejayaan organisasi, tetapi hasil usaha bersama semua pihak yang telah menyokong perkembangan SCORE Marathon sejak diperkenalkan pada 2014.

Menurut beliau, pencapaian tersebut menjadi detik yang cukup bermakna selepas bertahun-tahun membangunkan acara itu daripada sebuah larian berskala kecil kepada festival larian bertaraf antarabangsa.

“Menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records bagi pihak SCORE Sports Management adalah satu detik yang sangat membanggakan dan penuh emosi buat kami. Ia mencerminkan hasil kerja keras, dedikasi dan kepercayaan daripada pasukan kami, rakan kongsi, penaja serta semua pihak yang telah menyumbang kepada perjalanan ini,” katanya.

Ads
SCORE Marathon 2026 Catat Rekod Malaysia Dengan 51,077 Pelari Dari 53 Negara
Patricia Tan bersama Khairy Jamluddin ketika pelepasan kategori 10km

Patricia berkata, sejak SCORE Marathon diperkenalkan lebih sedekad lalu, matlamat utama bukan sekadar menganjurkan satu lagi acara larian, sebaliknya mahu membina sebuah platform yang mampu menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menjalani gaya hidup aktif.

“Apabila kami memperkenalkan SCORE Marathon pada 2014, visi kami cukup jelas iaitu mahu memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif melalui larian.

“Melihat acara ini berkembang menjadi acara larian terbesar negara adalah sesuatu yang amat merendah diri dan tidak pernah kami anggap sebagai perkara biasa,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa pengiktirafan tersebut sebenarnya milik setiap individu yang pernah menyertai SCORE Marathon, sama ada pelari elit, peserta rekreasi mahupun mereka yang menamatkan larian pertama dalam hidup.

“Pengiktirafan ini adalah milik setiap pelari yang memilih untuk menjadi sebahagian daripada SCORE Marathon. Sama ada mereka mengejar kemenangan, mencipta catatan masa terbaik atau sekadar menamatkan larian pertama, setiap peserta telah menyumbang kepada kejayaan ini,” katanya.

SCORE Marathon 2026 Catat Rekod Malaysia Dengan 51,077 Pelari Dari 53 Negara

Patricia turut merakamkan penghargaan kepada AIA Vitality selaku penaja utama, agensi kerajaan, sukarelawan, penaja serta komuniti larian yang terus memberikan sokongan dari tahun ke tahun.

Beliau berkata kejayaan edisi 2026 bukan penamat kepada perjalanan SCORE Marathon, sebaliknya menjadi motivasi untuk terus meningkatkan kualiti penganjuran pada masa hadapan.

Ads

BACA: Louis Vuitton Hasilkan Trofi Trunk Ikonik FIFA World Cup 2026 Untuk Pentas Final

Terus Angkat Malaysia Dalam Peta Larian Dunia

Ketua Pegawai Pemasaran AIA Malaysia, Chai Tze Siang, berkata penganjuran tahun ini cukup istimewa kerana bertepatan dengan ulang tahun ke-10 AIA Vitality.

Menurut beliau, rekod penyertaan yang dicatatkan membuktikan semakin ramai rakyat Malaysia memilih gaya hidup aktif dan menjadikan acara larian sebagai sebahagian daripada rutin kesihatan mereka.

SCORE Marathon 2026 Catat Rekod Malaysia Dengan 51,077 Pelari Dari 53 Negara

Selain menjadi acara larian terbesar negara, SCORE Marathon turut terus mengukuhkan reputasinya di peringkat antarabangsa sebagai World Athletics Label Road Race, selain diiktiraf sebagai Abbott World Marathon Majors Qualifying Race, ahli Association of International Marathons and Distance Races (AIMS) serta mendapat pengiktirafan Malaysia Athletics.

SCORE Marathon 2026 Catat Rekod Malaysia Dengan 51,077 Pelari Dari 53 Negara

Dengan rekod baharu 51,077 peserta, pengiktirafan Malaysia Book of Records serta penyertaan pelari dari 53 negara, SCORE Marathon 2026 bukan sahaja mencatat sejarah baharu dalam arena larian tempatan, malah terus mengangkat nama Malaysia sebagai antara destinasi utama acara larian jalan raya di rantau ini.

Kejayaan tersebut turut menjadi bukti bahawa acara yang bermula dengan hanya beberapa ribu peserta kini telah berkembang menjadi satu gerakan komuniti yang menyatukan pelari elit, pelari rekreasi, keluarga dan peminat gaya hidup sihat di bawah satu platform.

Kredit foto: SCORE Marathon

vJangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
panasonic

Panasonic Lancar THE BARIKAN Di Malaysia, Trimmer Profesional Direka Khas Untuk...

Panasonic memperkenalkan THE BARIKAN di Malaysia dengan ER-XT70 T-Shaped Trimmer, direka khas untuk barber dan peminat dandanan yang mahukan ketepatan bertaraf profesional.