Melawat orang sakit adalah satu amalan yang cukup diharuskan oleh agama Islam. Selain mengeratkan silatulrahim, ia juga boleh memberi semangat kepada orang yang sakit bahawa ada orang yang ambil berat tentang mereka.
Melawat pesakit juga boleh memberikan motivasi yang baik untuk mereka cepat sembuh dan menempuhi apa jua jenis rawatan.
Namun jika anda perasan boleh dikatakan semua hospital tak membenarkan kanak-kanak masuk ke wad untuk turut sama melawat pesakit.
Mungkin anda tertanya-tanaya mengapakan pihak hospital begitu tegas melarang kanak-kanak memasuki ke wad. Sebuah posting yang dikongsi oleh Public Healh Malaysia di Facebook menerangkan sebab-sebab yang mungkin selama ini anda tak tahu.
Contoh notis larangan membawa kanak-kanak bawah 12 tahun ke dalam wad.
Jadi mengapa kanak-kanak tak dibenarkan melawat orang sakit di hospital? Ikuti perkongsian Public Health Malaysia di bawah;
Ads
Seorang pesakit yang terlantar sekian lama, di label “MRSA”, yang membawa maksud – kuman yang tidak boleh dirawat dengan pelbagai jenis antibiotik.
Satu pesakit yang diletakkan di katil belakang wad merupakan pesakit TB yang rintang dengan ubat anti TB.
JANGAN CARI PENYAKIT
Bayangkan dengan persekitaran sebegini, anak anda berlari lari, menyentuh barangan yang tercemar dan masukkan tangan ke mulut.
Ini namanya, “mencari penyakit”
Ads
LANGKAH KESELAMATAN DIRI
Sekiranya anda bercadang untuk membawa anak anak kecil ke hospital untuk melawat pesakit, fikirkan semula.
Hospital merupakan tempat rawatan untuk pesakit dengan pelbagai jenis penyakit. Anda tidak tahu apa kuman yang ada di persekitaran hospital.
Sekiranya anda sendiri melawat pesakit ke hospital, pastikan tangan anda di cuci sebelum meninggalkan hospital.
Ads
Mandi dan basuh pakaian anda sebaik tiba di rumah.
SEBAB MENGAPA KANAK-KANAK DILARANG LAWAT PESAKIT DI HOSPITAL
Kanak-kanak mempunyai ketahanan badan yang lebih rendah daripada kita orang dewasa. Jadi amat berisiko untuk mereka dijangkiti pelbagai penyakit.
Hospital itu sendiri dipenuhi dengan pesakit-pesakit yang mempunyai pelbagai jenis jangkitan dan komplikasi.
Kanak-kanak juga mudah terdedah untuk mendapat pelbagai jenis jangkitan.
Jika tidak dikawal kanak-kanak boleh menggangu ketenteraman pesakit yang ingin mendapatkan rehat secukupnya.
Hospital merupakan kawasan yang menempatkan ramai pesakit dengan pelbagai jenis jangkitan dan penyakit.
Jadi sekarang anda sudah tahu bukan mengapa pihak hospital begitu tegas melakukan larangan ini. Jadi sebaiknya jika ingin melawat orang sakit, anda bergilir-gilirnya dengan pasangan atau rakan yang turut sama pergi.
Atau lebih baik jangan bawa langsung kanak-kanak ke hospital semasa ingin melawat. Jangan biarkan mereka terdedah dengan pelbagai risiko yang boleh mendatangkan kemudaratan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Macam-macam sebab bayi menangis. Perut kembung, rasa tak selesa selepas buang air dan berbagai lagi.
Untuk isteri, cara paling cepat ialah dengan bagi susu original. Oklah tu. Sekurang-kurangya ada susu original nak diberi. Kalu untuk suami, apa yang harus dilakukan? Mesti panik bila anak menangis, isteri pula tiada di rumah.
Dr. Robert C Hamilton dari California berkata dia telah menemui satu teknik memegang bayi yang boleh membuatkan mereka berhenti menangis. Menurutnya, teknik yang dipanggil ‘The Hold’ itu belum pernah gagal dari membuat bayi berhenti menangis. Dr Hamilton merupakan Pediatrik (pakar kanak-kanak), dengan lebih 30 tahun pengalaman. Dia telah share teknik tersebut di laman youtube dan sudah memperoleh lebih sejuta penonton.
Mudah je tekniknya. Menurut Dr Hamilton, teknik ini sesuai untuk bayi 3 bulan ke bawah kerana sesuai dengan badan mereka yang masih ringan, mudah untuk ibu bapa melakukannya.
Para daddy nak cuba? Ikut cara di bawah ini.
1. Pusing/terbalikkan bayi anda seperti posisi meniarap
2. Lipatkan kedua-dua tangan bayi dengan tangan anda
3. Tampung punggung bayi dengan tangan kanan anda
4. Seterusnya, dodoi bayi anda secara perlahan pada sudut 45 darjah, sambil menyokong bahagian dagu bagi dengan tangan anda.
Kalau masih kurang konfiden, korang boleh tengok video oleh Dr Hamilton ini. Suami dan isteri boleh cuba. Bukan hanya suami saja. Takkan si isteri nak bagi nenen saja kan?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Boleh dikatakan, telur adalah makanan harian yang akan diambil oleh kebanyakan individu di seluruh dunia selain daging ayam itu sendiri. Malah, telur ‘mata kerbau’ tentu sahaja menjadi antara lauk favourite rakyat malaysia.
Dapat pula telur mata yang kuningnya masih cair, perghh sedapnya. Tapi, setiap kali kita goreng telur susah betul nak dapat telur kuning cair macam dekat kedai tu.
Nah, rupanya ada cara macam mana nak goreng telur mata. Jom ikut tip menggoreng daripada Wan Luqman yang dikongsi kepada page MAHN.
1. Pertama, kena guna kuali kecil dan kedalam sikit lekuknya sebab telur putih akan membaluti telur kuning tu sikit, jadi telur tu tak merebak ikut saiz kuali.
2. Minyak kena lebih supaya telur akan tenggelam biar rata. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil terlebih dahulu, jangan pecahkan direct terus ke kuali.
3. Jangan risau, toskan dulu telur goreng tadi atas sudip bagi untuk tapis sedikit minyak yang ada. Jangan angkat terus ke pinggan. Bila keliling putih tu dah start garing sikit, bolehlah angkat.
Sebaiknya guna telur yang bersaiz D atau E, barulah telur goreng tu nampak molek je. Hiks!
Kalau nak lebih sedap, korang potongkan cili dan letak kicap. Perghh, confirm bertambah-tambah korang makan.
Kadang-kadang tak perlu pun lauk-pauk yang mewah. Dapat makan telur goreng mata kerbau macam ni pun dah cukup nikmat. Okay lepas ni korang boleh try sendiri dekat rumah okay!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kalau nak jimat banyak je caranya, cuma nak atau tidak je kan. Isu kenaikan harga minyak ni sentiasa hangat dan tak pernah lekang di mulut rakyat marhaen seperti kita ni.
Seorang pengguna Twitter, @helm1zuhairi berkongsi tips jimat minyak berguna yang mungkin anda boleh apply bila anda pergi roadtrip selepas ini. Berdasarkan posting beliau di Twitter, ada beberapa tips yang sebenarnya boleh menjimatkan minyak tapi ramai tak tahu. Antara yang paling mudah ialah dengan memakai minyak RON97. Betul ke? Ya, memang macam tak percaya RON97 boleh menjimatkan lagi minyak.
Ini Penjelasannya & Perkongsiannya
Kajian dari mereka menunjukkan minyak RON97 tidak semestinya lebih menjimatkan.
Melihat pada gambar rajah di atas, minyak RON97 lebih menjimatkan pada kereta Polo Sedan 1.6 MPI, manakala minyak RON95 pula lebih jimat apabila digunakan pada kereta Jetta 1.4 TSI.
Jadi, sama ada minyak RON95 atau RON97, pilihan ada di tangan anda! Moga dengan tip ini anda mampu membuat penjimatan petrol dan pandu dengan selamat…
Selamat mencuba!
Sumber : twitter Helmizuhairi via : Says.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.