Sejauh Mana Kesedaran Anda Terhadap Autisme?

Share

Ungapan seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya, sama sekali tidak boleh diaplikasikan kepada kanak-kanak yang menghidap Autisme. Mungkin ada segelintir masyarakat Malaysia tidak mengerti sejauh mana kanak-kanak ini akan menjadi ‘liar’ jika tidak dijaga dengan baik.

Masyarakat menganggap kanak-kanak dalam golongan ini sebahagian daripada cacat dan kurang upaya yang tidak harus diberi pendedahan pada dunia luar. Namun, golongan ini juga manusia biasa yang menginginkan kehidupan bebas seperti insan lain.

Filem Redha arahan Tunku Mona Reza mendedahkan kepada orang ramai bahawa bukan suatu perkara yang biasa apabila mereka menggelarkan ia sebagai anak syurga. Sifat kanak-kanak ini kurang normal dianggap menganggu kenteteraman awam dan dipandang serong oleh masyarakat.

 

Filem yang dilakonkan oleh Nadiya Nissa dan Namron serta barisan pelakon handalan yang lain ini dilihat sebagai ‘amazing’ kerana ia bukan sahaja mendidik, malah cerita ini juga diadaptasi dari kisah benar bagaimana seorang ibu mempelajari menuruskan anak autistik.

Dalam pada masa yang sama, ia membuka mata kepada umum yang tidak mahu menerima hakikat bahawa mempunyai anak kurang upaya yang makin menular hari ini.

Filem ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada keluarga di luar sana untuk menerima kenyataan bahawa mereka mempunyai anak autistik dan bagaimana untuk mengawal anak ini supaya tidak terus menjadi hinaan masyarakat. 

Namun, ia bukanlah kehendak mereka, anak syurga ini tidak langsung tahu akan apa yang sedang berlaku terhadap diri mereka, kerana mereka tidak berfikir menggunkan akal, tapi hanya kepada apa yang mereka sering lihat dan praktikkan.

Apa yang dilakukan oleh anak-anak ini lebih kepada sikap manusia yang menjaga mereka. Diibaratkan seperti ibu bapa yang mencorakkan kain putih anak-anak, begitu juga tindakan anak-anak autisme ini jika mereka melakukan sesuatu perkara yang aneh atau di luar norma masyarakat.

Ekoran dari apa yang menimpa salah seorang warga autistik yang viral akibat ia digari oleh pihak polis kerana telah meraba wanita di sebuah taman permainan di Subang Jaya, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada para selebriti yang mempunyai anak autisme seperti Fynn Jamal. Selebriti ini juga turut meluahkan perasaannya terhadap netizen yang sering berkata-kata.

 

Jadi, tepuk dada tanya selera, adakah anda sudah arif mengenai Autisme? Jangan terlalu menghukum dan mengecam. Anda harus tahu apakah itu Autisme dan bagaimana cara untuk anda kawal jika mempunyai dan bertemu dengan kanak-kanak ini. 

 

IKLAN