Courier service photo created by freepik - www.freepik.com

Kurang bersenam dan selalu amalkan gaya hidup yang kurang menyihatkan menjadi punca mengapa lelaki begitu senang dengan sakit belakang. Usia masih belum mencecah 50 tahun tapi belakang seperti seorang warga emas berjalan terbongkok-bongkok. Lelaki

Ada setengah orang menderita sakit belakang pada usia muda. Tahukah anda lebih 80 peratus orang terutamanya lelaki mengalami sakit belakang. Ia bukan sahaja menyakitkan malah boleh mengganggu aktiviti seharian.

Simptom sakit belakang juga boleh berlaku di kalangan mereka berusia 20-an. Apabila meningkatnya usia maka makin meningkat risikonya. Terdapatkajian di Malaysia melaporkan sebanyak 12 peratus insiden sakit pinggang berlaku di luar bandar manakala 60 peratus dialami pemandu kenderaan komersial.

Selain Bekerja Dengan Postur Salah, Ini Beberapa Sebab Mengapa Lelaki Mudah Lemah & Sakit Belakang
Spine pain photo created by drobotdean – www.freepik.com

Antara simptom umum sakit belakang ialah kejang otot, kebas kaki, sakit yang menjalar dari belakang turun ke kaki kiri atau kanan. Sakit belakang juga boleh menjadi lebih ketara apabila pesakit batuk, bersin, menggeliat atau duduk untuk jangka masa yang panjang.

Bagi mengelakkan gejala sakit belakang, orang ramai perlu melakukan banyak aktiviti fizikal seperti bersenam serta mengamalkan pola pemakanan yang sihat bagi mengelak obesiti. Mereka yang mengalami obesiti lebih berisiko mendapat sakit belakang. Kurangkan aktiviti ‘menghadap’ gajet kerana ia hanya lebih memudaratkan.

SAKIT BELAKANG & SLIP DISC

Ramai yang salah anggap antara sakit belakang dan ̒slipped disc̓.

Disc ialah tulang rawan di antara segmen-segmen tulang belakang dan berfungsi sebagai penyerap hentakan dan membolehkan pergerakan (mobiliti) tulang belakang. Ia merosot dengan umur iaitu disc kehilangan kelembapannya. Perlu diingat bahawa tidak semua disc merosot menyebabkan sakit belakang.

Ini kerana slipped disc berlaku apabila disc yang merosot, menonjol dan menekan atas saraf tunjang. Tanda-tandanya ialah sakit belakang yang diiringi oleh sakit menuju ke kaki dan bawah paras lutut. Rasa sakit itu seperti pisau yang menghiris, mencucuk dan kebas.

IKLAN

Slipped disc sebenarnya mudah dirawat. 70 peratus boleh sembuh dengan mengambil ubat yang betul. 20 peratus pula melalui suntikan epidural iaitu menyuntik ubat dengan tepat pada kawasan yang sakit. Selebihnya boleh dirawat dengan pembedahan sebagai pilihan akhir selain fisioterapi.

Selain Bekerja Dengan Postur Salah, Ini Beberapa Sebab Mengapa Lelaki Mudah Lemah & Sakit Belakang
Shoulder pain photo created by Racool_studio – www.freepik.com

TANDA-TANDA SAKIT BELAKANG

  • Rasa sakit belakang yang dialami oleh individu dalam usia pertengahan biasanya datang dengan tanda akut (secara tiba-tiba).
  • Aktiviti seperti mengangkat barang yang terlalu berat adakalanya menimbulkan rasa sakit serta-merta atau kecederaan pada otot atau urat.
  • Sebaliknya dalam kalangan mereka yang berumur, penyakit spondilosis (kehausan tulang) tidak berlaku secara tiba-tiba, ia biasanya terjadi dalam tempoh beberapa tahun.

CARA SAKIT PINGGANG DIDIAGNOSIS

  • Sejarah keluarga dan pemeriksaan fizikal
  • Ujian sinar X dan MRI
Selain Bekerja Dengan Postur Salah, Ini Beberapa Sebab Mengapa Lelaki Mudah Lemah & Sakit Belakang
Muscle pain photo created by yanalya – www.freepik.com

PANDUAN HINDAR SAKIT BELAKANG

Mengangkat barang

Bengkokkan kaki, bukan tulang belakang. Bawa beban rapat pada tubuh. Keraskan otot perut sewaktu mengangkat. Dapatkan bantuan orang lain sekiranya sukar untuk mengangkat berseorangan.

Duduk

Rapatkan punggung dan sandarkan belakang pada penyandar tempat duduk sepenuhnya untuk mengurangkan tekanan pada cakera tulang belakang.

IKLAN

Pastikan ketinggian tempat duduk sesuai dan kedudukan paha selari dengan lantai. Gabungkan aktiviti dengan senaman/regangan/berjalan.

Memandu

Duduk tegak dan gerakkan tempat duduk ke hadapan supaya lutut selaras dengan pinggang. Sokong bahagian bawah belakang menggunakan tuala yang digulung atau penyokong jika perlu.

Tidur

IKLAN

Tidur di atas katil yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras.

Apabila tidur mengiring, bengkokkan sedikit lutut supaya bersentuhan atau apabila tidur menelentang, letakkan bantal di bawah lutut.

Berdiri dan berjalan

Tukar posisi berdiri dengan kerap jika perlu berdiri lama. Berdiri tegak dengan kepala lurus memandang ke hadapan dan luruskan belakang badan.

Berjalan dengan cara yang betul, dagu ke luar, kepala tegak memandang ke hadapan dan jari-jari kaki mengarah ke hadapan. Pakailah kasut yang mempunyai tumit rendah dan selesa.

RAWATAN

  • Fisioterapi
  • Ubat-ubatan
  • Pembedahan

Jadi jagalah kesihatan belakang dengan baik agar kelak anda tidak menderita. Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI