Background photo created by freepic.diller - www.freepik.com

Tidak dapat dinafikan lelaki kadangkala agak keliru dan teragak-agak dalam memilih hadiah untuk isteri atau kekasihnya yang tersayang. Malah ada yang tercegat di dalam kedai kekeringan idea tak tahu nak pilih apa hadiah untuk mereka.

Kini bulan Februari sudah menjelma. Bulan yang ramai menganggapnya sebagai bulan paling romantik. Jadi pasti kesayangan hati anda mengharapkan sesuatu yang istimewa daripada anda. Sebenarnya tidak perlu hadiahkan barang mahal atau berjenama, cukup sekadar ia boleh menggembirakan mereka.

JAM PINTAR

Selain Bunga, Ini Beberapa Idea Hadiah Pasti Dihargai Pasangan Anda Sempena Hari Kekasih

Sama-sama menuju ke arah gaya hidup sihat. Kalau selama ini anda seorang sahaja yang gigih bersenam atau berlari, ajaklah pasangan turut serta. Hadiah jam pintar pasti memberikannya semangat! Ia juga menunjukkan anda perihatin kepada kesihatan pasangan.

PURSE

Selain Bunga, Ini Beberapa Idea Hadiah Pasti Dihargai Pasangan Anda Sempena Hari Kekasih

Purse atau beg duit merupakan barangan yang sering digunakan setiap hari. Boleh dikatakan ia barangan asa dalam beg tangan namun sentiasa terlindung. Hadiahkan mereka purse ini dengan purse yang baru. Pasti mereka suka.

IKLAN

EARPHONE WIRELES

Selain Bunga, Ini Beberapa Idea Hadiah Pasti Dihargai Pasangan Anda Sempena Hari Kekasih

Peranti gaya hidup moden yang boleh memberikan kepuadan audio maksima. Tidak perlu embeli yang terlalu mahal kerana di pasaran sekarang ada pelbagai jenama dan tahap harga. Dengan earphone ini dapatlah dia layan drama Korea dengan tenang tanpa gangguan terutamanya dari anda.

BACA: Hebatnya Lelaki Pendiam, Ramai Wanita Tak Sedar Kelebihan Mereka

IKLAN

PHONE CASE

Selain Bunga, Ini Beberapa Idea Hadiah Pasti Dihargai Pasangan Anda Sempena Hari Kekasih

Phone case atau sarung telefon pintar yang boleh memberikan penampilan unik. Secara tidak langsung, smartphone mereka menjadi lebih cantik, lagi-lagi kalau anda hadiahkan jenis fancy phone case. Lagi mereka suka.

BAJU TIDUR

Selain Bunga, Ini Beberapa Idea Hadiah Pasti Dihargai Pasangan Anda Sempena Hari Kekasih

IKLAN

Bukan baju tidur yang seksi ya! Hadiahkan baju tidur yang selesa dipakai. Baju Pastinya mereka akan lebih selesa tidur dengan pakaian sedemikian. Isteri yang tidurnya lena moodnya juga akan lebih baik. Anda pun happy!

COKLAT

Selain Bunga, Ini Beberapa Idea Hadiah Pasti Dihargai Pasangan Anda Sempena Hari Kekasih
Food photo created by kroshka__nastya – www.freepik.com

Sebagai lelaki dan pasangan kepada wanita yang anda sayangi antara perkara otomatik perlu diketahui ialah wanita dan coklat adalah sahabat baik yang tidak dapat dipisahkan. Ketika mereka ‘down’ atau bahagia coklat sentiasa mampu menaikkan mood.

Jadi ambi tahu apakah jenis coklat kegemaran mereka. Jangan main bedal beli pula. Dan untuk hari istimewa belilah coklat yang lebih eksklusif serta sedikit mahal untuknya. Sesekali apa salahnya. Ingat ya, memanjakan isteri atau pasangan mampu membuatkan hidup anda 10 kali lebih bahagia dan nyaman!

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI