Lelaki kalau sudah memasuki usia 40-an sememangnya akan berdepan dengan rambut putih atau uban. Ia merupakan ‘fenomena’ normal yang berlaku kepada kebanyakan lelaki. Petanda bahawa usia sudah semakin meningkat dan juga faktor biologi dalam diri anda.
Namun bagaimana jika uban tumbuh pada usia yang lebih awal. Sebagai contoh pada penghujung 20-an atau awal 30-an. Pastinya ia meresahkan anda, bukan?
Bagi sesetengah lelaki mungkin rambut putih tumbuh lebih awal kerana faktor genetik. Namun ada beberapa sebab luaran yang lain boleh menjadi penyebab kepada mengapa uban atau rambut putih tumbuh pada usia lebih muda.
Jadi apa punca penyebabnya? Terdapat 10 punca utama yang boleh membuatkan rambut putih anda tidak segan silu untuk menyapa dunia luar lebih awal.
KETURUNAN
Sama seperti masalah kelemumur, rambut beruban juga boleh terjadi sekiranya anda mewarisi genetik yang cepat beruban. Jika kedua-dua ibu bapa anda jenis orang cepat beruban, maka anda juga ada risiko yang sama.
PENGGUNAAN HAIR DRYER
Jangan terkejut, haba dari peranti elektronik seperti pengering dan penggulung rambut boleh menjadi punca rambut tumbuh uban lebih awal. Jika anda seorang yang kerap menggunakannya , rambut akan jadi mudah rapuh. Suhu panas juga turut mengganggu penghasilan melanin lalu menyebabkan rambut cepat beruban.
STRES
Pernah tak dengar orang kata “banyak uban ni sebab banyak berfikir”. Ya, ia telah terbuktilah faktor tersebut juga boleh menjadi penyumbang kepada rambut beruban. Selain uban, stres juga boleh menyebabkan rambut rosak dan gugur.
SELALU MAKAN FAST FOOD
Mengambil makanan yang tidak sihat seperti makanan segera dan jajan boleh menjadi punca rambut rosak. Malah tabiat pemakanan seperti ini boleh memberikan kesan negatif terhadap penghasilan melanin dalam rambut. Hasilnya rambut menjadi putih.
KERAP WARNAKAN RAMBUT
Memang nampak lebih mengancam jika rambut ada warna. Namun tahukah anda prosesnya boleh merosakkan sel melanin sehingga menjadikannya putih.
TERLALU KERAP CUCI RAMBUT
Faktor ini berkait rapat dengan jenis syampu yang anda gunakan. Disebabkan itulah sangat penting untuk anda pilih dan guna syampu yang bebas bahan kimia bahaya. Ini kerana kerana bahan kimia itu boleh menjadi punca rambut beruban dengan cepat.
MEROKOK
Tabiat yang menjadi punca kepada banyak masalah kesihatan! Sebuah kajian yang pernah diterbitkan oleh J.G. Mosley pada tahun 1996 mendapati, perokok akan mengalami empat kali ganda masalah rambut beruban.
KURANG ASID FOLIK & ZAT BESI
Kekurangan asid folik, zat besi dan vitamin B12 dalam tubuh akan melambatkan serta menjeas pertumbuhan rambut baru yang sihat.
DIET TAK SEIMBANG
Pemakanan yang tak seimbang boleh mengakibatkan tubuh kekurangan nutrisi. Jika badan kurang nutrisi, sistem dalam badan tidak dapat berjalan dengan baik.
KURANG VITAMIN B12 & ZAT BESI
Uban yang tumbuh di usia muda boleh juga kerana kadar vitamin B12 yang rendah. Selain itu, zat besi juga sangat diperlukan sebagai makanan rambut. Jadi adalah disarankan untuk sering mengambil makanan yang kaya dengan vitamin B12 dan zat besi.
Pesan MASKULIN, kepada anda yang sudah ada uban yang banyak usahlah risau. ‘Embrace’ uban dengan sepenuh hati. Ingatlah uban itu tak bermakna anda tidak boleh menjadi lelaki awesome!
Jom subscribe Telegram MASKULIN untuk update terkini!
https://www.youtube.com/watch?v=Y7lsu0khi6U&t=170s
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI