Dengar sahaja perkataan diet, ramai lelaki tarik diri awal-awal kerana beranggapan amalan tersebut hanya menyekat lelaki untuk menikmati makanan kegemaran.
Dalam erti kata lain, kebanyakan mentaliti lelaki adalah diet melibatkan pengurangan makanan semata-mata untuk menjaga kesihatan tubuh badan.
Pemahaman ini perlu diperbetulkan kerana pengurangan makanan secara drastik untuk menurunkan berat badan adalah kesilapan yang jelas.
Ini kerana rahsia sebenar diet adalah seperti berikut :
1. Jangan berlapar
Makan banyak boleh menambah berat badan. Jadi ramai yang berusaha menahan lapar malah ada yang tidak makan.
Sebenarnya cara ini salah, apabila anda berlapar, ia akan menurunkan metabolisme tubuh yang akhirnya melambatkan pembakaran lemak.
Ads
Tenaga tubuh akan berkurang. Anda akan berasa lemah dan keletihan apabila melakukan aktiviti harian.
Rasa lapar adalah salah satu pertanda bahawa perut anda kosong dan gula dalam darah juga kurang.
Sedangkan perut yang terisi dan gula sangat diperlukan otak. Mungkin anda pernah mengalami masalah pening kepala apabila perut kosong bukan?
Masalah ini juga akan terjadi kepada mereka yang hanya makan sekali atau dua kali sehari.
Ads
Jadi, anda perlu makan 5 hingga 6 kali sehari; 3 kali makan normal dan 3 kali hanya makan ringan agar metabolisme tetap tinggi dalam tubuh.
2. Ambil semula sarapan pagi
Sengaja tidak mengambilnya, tidak sempat mengambilnya atau tidak biasa mengambilnya. Walau apa sahaja alasannya, ramai daripada kita elak mengambil sarapan pagi.
Ads
Sarapan adalah waktu makan paling penting untuk tubuh. Setelah tidur malam 8 jam tanpa mengisi nutrisi, tubuh sangat memerlukan nutrisi yang boleh diperoleh ketika makan sarapan pagi. Ia untuk mengembalikan tenaga untuk tubuh badan.
3. Alas perut waktu malam
Memang ketika tidur, kita tidak memerlukan kalori dalam jumlah yang banyak, apatah lagi karbohidrat dalam kadar tinggi.
Tetapi kita memerlukan banyak protein kerana ketika tidur, hormon pertumbuhan akan digunakan untuk membaiki semua sel-sel tubuh yang rosak.
Oleh itu, pastikan pengambilan protein mencukupi. Ambillah protein kira-kira 2 hingga 3 jam sebelum tidur dan karbohidrat 4 jam sebelum tidur.
Disarankan minum susu atau air kosong sebelum tidur untuk penyerapan protein yang lebih lambat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Trend merakam gambar sendiri atau lebih dikenali sebagai ‘Selfie’ kini menjadi ikutan ramai di kalangan masyarakat kita. Trend ini kian popular terutamanya pada pengguna telefon pintar yang mempunyai kemudahan Internet. Malah, golongan lelaki juga tidak ketinggalan tergolong dalam trend ini. Golongan ini selalunya gemar memuat naik gambar mereka di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan banyak lagi.
Ada juga golongan selfie ini yang sanggup mempertaruhkan dan gadai nyawa. Apa pun gila selfie tidaklah jadi kesalahan, asal trend ini jangan sampai makan diri.
Satu kajian dijalankan di United Kingdom dan India terhadap 225 golongan muda melalui selfitis behaviour skill bagi melihat tahap keseriusan mereka berselfie
Baru-baru ini pakar Perunding Psikiatri dari Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Rusdi Abd Rashid berkata, penyelidikan berkenaan perbuatan itu di negara ini tidak banyak dilakukan dan ia masih perlukan kajian ilmiah sebelum diklasifikasikan penyakit kerana dibimbangi rakyat di negara ini terjebak amalan itu secara berlebihan hingga boleh mendatangkan kemudaratan sama ada kepada kesan fizikal ataupun mental seseorang.
Namun begitu trend berselfie atau berswafoto di Malaysia belum diklasifikasikan sebagai penyakit mental kronik bagaimanapun tahap obses masyarakat kita terhadap aktiviti trend itu semakin membimbangkan. Beliau yang juga Pengarah Universiti Malaya Specialist Centre (UMSC) berkata, melalui kajian itu, lebih 65 peratus daripada 225 orang berkenaan mengalami masalah selfitis behaviour scale (SBS) yang dikategorikan sebagai selfitis borderline, selfitis akut dan selfitis kronik.
“Selfitis borderline bermaksud mereka yang berselfie sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan tidak memuat naik gambar dalam media sosial. Manakala selfitis akut dikategorikan mereka yang berswafoto sekurang-kurangnya tiga kali sehari dan memuat naik gambar dalam media sosial, selfitis kronik pula mereka yang berswafoto lebih daripada enam kali sehari dan memuat naik gambar dalam media sosial,” katanya.
“Mengikut kajian dibuat juga mendapati mereka yang berumur belasan hingga 20 tahun sering terlibat dengan gejala itu, bagaimanapun semakin meningkat usia dorongan ke arah perbuatan swafoto semakin berkurangan. Dalam pada itu, beliau menyifatkan berswafoto juga mempunyai kaitan dengan ‘narsisistik personaliti’ bagi mereka yang mempunyai penyakit-penyakit psikiatri seperti anxiety disorder, dan ketagihan.
“Kita tidak pasti sama ada hubung kait ini berkaitan punca atau akibat berswafoto itu sendiri. Bagaimanapun jika dilihat perbuatan berswafoto itu kemungkinan seseorang itu sudah ada penyakit atau kesan daripada sibuk berselfie akan menyebabkan komplikasi penyakit mental.
Konsep sederhana, harmoni berselfie . Hari ini semua peringkat umur suka berselfie. Namun golongan remaja dan awal dewasa adalah antara yang sangat aktif dan kreatif sewaktu berselfie. Saya berpandangan hukum berselfie pada asalnya adalah harus namun ia terikat dengan syarat-syarat tertentu seperti:
1. Niat atau tujuan, sekiranya bertujuan menunjuk-nunjuk, bangga diri, takabbur maka ia adalah dilarang. 2. Mestilah menutup aurat yang sempurna, haram mendedahkan aurat walaupun dalam gambar tanpa alasan syarie adalah dilihat dari sudut niat dan keadaan diri seseorang. 3. Sopan dan bermaruah, sekiranya berselfie dengan bercampur lelaki dan perempuan tanpa batasan atau berlatarbelakangkan aktiviti yang dilarang maka berselfie adalah dilarang. 4. Tidak menimbulkan ketidakselesaan atau gangguan terhadap orang lain, khususnya latar belakang atau orang lain yang terambil gambarnya tanpa kerelaannya.
Tabiat berselfie secara sihat tiada masalah, tetapi tabiat berselfie yang tidak sihat itu yang dilarang. Justeru, niat dan tujuan sangat penting dalam melakukan suatu perkara, takwa dan jati diri menjadi asas perlakuan baik dan bermoral. Keterlaluan tanpa panduan dan batasan dalam aktiviti berselfie boleh membawa kepada kemudaratan, justeru tabiat berselfie mesti ada garis panduan dan batasan dari sudut hukum-hakam agama dan nilai moral.
Islam menekankan konsep kesederhanaan dan keharmonian. Jika ingin berselfie pastikan ia suatu yang baik dan tidak melanggar batas agama. Kita perlu ingat gambar yang dihantar dalam media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram ia akan menjadi tatapan jutaan manusia di alam maya.
Sekiranya yang dihantar adalah yang baik, insya-ALLAH kita akan dapat pahala berganda, namun sekiranya yang dihantar itu adalah yang tidak bermoral dan bertentangan dengan batasan agama, pastinya ia akan mengundang kemarahan orang lain. Apa yang lebih bahaya adalah membawa kemarahan dan kemurkaan ALLAH yang akan menjerumuskan kita ke dalam neraka kerana dosanya juga berganda.
– Isfadiah Mohd Dasuki
Penasihat Shariah, Brainy Bunch
International Islamic Montessori
Sumber : Sinar harian online
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Influenza adalah Penyakit menular yang menyerang saluran nafas, dan sering menjadi wabak yang diperoleh dari menghirup virus influenza. “flu” ini di alami oleh kira- kira 5 hingga 10% golongan daripada semua dewasa dan 20–30% daripada kanak-kanak setiap tahun di seluruh dunia.
Flu boleh menjadi masalah yang teruk, terutamanya bagi mereka yang tergolong dalam profil pesakit yang mudah terdedah,” kata Profesor Dr Yasmin Malik, Perunding Pelawat Klinikal Kanan, Pusat Perubatan Universiti Malaysia.
GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd mengambil inisiatif memperkenalkan Fluarix Tetra, sejenis vaksin quadrivalent tidak aktif yang bertujuan mengurangkan beban flu dan melindungi keluarga – keluarga di seluruh Malaysia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Oleh kerana itu demi masa tua yang lebih baik, kami senaraikan beberapa perkara yang menjadi kebimbangan ramai lelaki ketika mereka mula mendekati usia 30 dan seterusnya.
Jika penyakit dalam senarai ini belum masuk dalam ‘radar’ anda, jangan bimbang cepat atau lambat kelak anda akan merasakannya.
1. Keguguran Rambut
Mungkin beberapa dari anda berpendapat keguguran merupakan masalah kosmetik dan tidak ada hubungannya dengan kesihatan.
Tetapi, tahukah anda bahawa kebanyakan lelaki di akhir usia 20-an mengalami masalah emosi kerana masalah ini, mereka tidak bersedia dengan keguguran dan mengalami krisis percaya diri kerananya.
Malahan masalah ini akan mengganggu gaya keterampilan seseorang dan membuatkan diri lebih mudah hilang rasa keyakinan terhadap banyak perkara.
2. Kanser Prostat
Kanser prostat adalah kanser yang paling umum berlaku pada lelaki, tetapi khabar baiknya kanser ini mudah diatasi.
Kira-kira satu daripada enam lelaki pernah mengalami kanser prostat dalam hidupnya, dan mereka yang mempunyai ayah atau saudara pesakit kanser prostat biasanya mempunyai risiko dua kali lebih tinggi.
3. Bertambahnya Berat Badan
Ketika memasuki fasa ini, lelaki mengalami kesukaran untuk mengurangkan berat badan. Melambatnya metabolisme tubuh dan tingginya tahap stres merupakan beberapa faktor penyebabnya.
4. Tekanan
Anda pasti tahu hidup tidak lah mudah untuk lelaki dewasa, mereka sibuk menata kerjaya, membahagikan masa dengan keluarga, membesarkan anak.
Tetapi, tidak ramai yang menyedari bagaimana tanggungjawab tersebut memberikan tekanan dan boleh membawa kesan buruk terhadap kesihatan mental (kemurungan) dan kesihatan anda secara keseluruhan lebih-lebih lagi sudah tentu ia juga sedikit sebanyak menjejaskan kualiti seks sehingga membawa kepada masalah mati pucuk.
5. Tekanan Darah Tinggi
Tekanan darah tinggi atau hipertensi dikenali dengan istilah ” silent killer ” kerana penderitanya sering kali tidak menyedari kehadiran penyakit ini.
Darah tinggi tidak mempunyai tanda atau gejala yang jelas, walaupun begitu hipertensi menjadi punca kematian berjuta-juta lelaki dewasa di atas usia 20 tahun.
6. Sakit Belakang
Back pain merupakan penyakit yang biasa dialami oleh lelaki dan banyak faktor yang menjadi penyebabnya, duduk di belakang kemudi atau meja dalam jangka waktu yang lama, kesalahan dalam mengangkat beban dan postur tubuh yang tidak sesuai (perut yang terlalu besar) merupakan beberapa faktor penyebabnya.
Justeru itu, apa yang anda perlu hadapi sekarang, jalani gaya hidup yang lebih baik dengan aktiviti kecergasan dan jaga diet pemakanan anda.
Kualiti hidup yang baik akan menghasilkan sebuah kehidupan yang harmoni dan bahagia apatah lagi dapat dikongsikan bersama-sama keluarga dan orang tersayang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
SCORE Marathon 2026 mencatat rekod 50,000 peserta dan bakal berlangsung selama dua hari di Putrajaya, menjadikannya antara festival larian terbesar di Malaysia.