Zaman moden masa kini sentiasa buatkan kita sibuk dengan urusan dunia hingga kita terlupa untuk penuhkan ilmu Al-Quran di dada.
Ia terutamanya kepada pasangan yang sudah berumah tangga serta mempunyai anak, kita sebagai ayah & ibu pasti mudah rasa serabut & stress kerana kita jauh daripada Al-Quran.
BACA: Ayah & Ibu Boleh Bendung Isu Ponteng Sekolah Guna Portal Ini Untuk Pantau Kehadiran Anak
Disebabkan itu, seorang pengguna Facebook iaitu Taufiq Razif telah membuat perkongsian tentang bahaya serta kesan buruk jika ayah & ibu jauh daripada kita suci Al-Quran.
5 Bahaya Jika Mak Ayah Tak Ada Al Quran Dalam Dada
1. Gelisah tiap hari
Kita sebenarnya dalam satu perjalanan dan hati kita faham betul tentang benda ni. Yes, we are all travellers! We are on a journey!
Itulah kenapa hati kita jadi gelisah sebab dia nak kita tunjuk pada dia ke mana dia akan pergi nanti. Dia akan rasa risau dan tak senang duduk kalau lost dan tak tahu nak tuju ke mana. Semua tu tak ada dalam buku teks. Benda ni cuma ada dalam Al Quran.
2. Mudah serabut
Kita akan jadi mudah serabut jika kita tak ada solution pada masalah kita. Cara nak dapat solution direct daripada Al Quran ni mudah je.
Ni caranya: Niatkan untuk cari solution pada masalah kita dan buka secara rawak halaman Al Quran yang ada di depan kita tu. Nescaya kita akan jumpa jawapan yang menakjubkan terhadap masalah yang kita alami. Cuba sekarang tau.
3. Habis idea nak bersembang dengan anak
Bila kita tak baca Al Quran, kita tak tahu sebenarnya dalam Al Quran tu ada beribu kisah Storytelling yang sebenarnya boleh kita jadikan modal untuk bersembang dengan anak. Storytelling ni sangat powerful untuk ubah cara fikir dan karakter anak. Tu lah kenapa di Barat sana suka baca Bedtime Story pada anak mereka kerana mereka tahu betul tentang betapa powerfulnya sebuah storytelling untuk membentuk karakter anak anaknya.
4. Tak ada Quranic Operating System (OS)
Bila mak ayah tak ada Quranic OS dalam dada, maka agak agak sistem apa yang mak ayah guna untuk bentuk anak anaknya nanti? Jom kita menungkan sekejap tentang benda ni
BACA: Sebagai Anak, Perlukah Hutang Arwah Bapa Dilangsaikan? Mufti Wilayah Beri Penjelasan
5. Hilang rasa bahagia
Dato’ Dr Hussamuddin Yaacub, Chairman Karangkraf dan TV Al Hijrah bagitahu saya yang dia dah buat bisnes dan jadi jutawan selama 40 tahun dah tapi dia cuma rasa bahagia pada 5 tahun terakhir sahaja.
Nak tahu apa yang buat dia rasa bahagia pada 5 tahun terakhir itu? Kerana masa tu la beliau baru belajar kembali baca Al Quran setelah 35 tahun beliau abaikan Al Quran. Sekarang ni bila beliau dah kembali pada Al Quran, saya boleh nampak sendiri pada wajahnya dan saya boleh katakan beliau adalah orang yang paling bahagia di Malaysia!
Tolong sebarkan mesej ini pada seluruh keluarga kita yang kita cinta. Ini mungkin akan mengubah hidup mereka selamanya
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI