Selain Di Leher, Ada 4 Lagi Cara Nak Sembur Agar Bau Minyak Wangi Tahan Lama!

Share

Orang yang gemar pakai minyak wangi selalunya akan sembur di bahagian leher dan di pergelangan tangan. Lepas usap-usap pergelangan tangan, anda akan terus keluar rumah.

Namun bila sudah menjelang tengah hari, bau minyak wangi yang anda sembur tadi mula berkurangan dan bertukar bau peluh gara-gara terdedah dengan cuaca panas.

Pasti mengecewakan! Apatah lagi jika anda memakai minyak wangi daripada jenama yang mahal. Sudahlah mahal, bau minyak wangi yang anda pakai tadi tidak

dapat menutupi bau peluh pada badan anda.

Jadi untuk memastikan bau minyak wangi anda kekal lama, pastikan anda sembur menggunakan empat trik ini. 

BACA: Sembur Ikut 10 Cara Ini Kalau Nak Minyak Wangi Tahan Lama. No 2 & 3 Berkesan!

1. Semburan di dada

Kawasan ini tidak mengalami banyak pergerakan, jadi ia sesuai disemburkan dengan minyak wangi agar bauannya kekal lama. Perpeluhan di kawasan ini akan meningkatkan lagi bau minyak wangi tersebut.

2. Semburan di baju

Selalunya kita dapati baju kekal wangi apabila pulang ke rumah. Ini kerana fabrik adalah perangkap terbaik untuk minyak wangi. Anda boleh lakukan ini dengan syarat anda menggunakan minyak wangi daripada jenis EDP. Bauannya akan kekal dan melekat sepanjang hari. Jenis ini lebih pekat dan boleh bertahan dalam tempoh 4-6 jam.

BACA: Beza Jenis Minyak Wangi Antara EDT, EDP & Parfum Yang Perlu Anda Tahu

3. Lembapkan kulit sebelum pakai minyak wangi

Kajian saintifik menunjukkan bau minyak wangi akan kekal lebih lama pada kulit yang berminyak berbanding kulit kering. Jika anda mempunyai kulit yang kering, lembapkan dahulu kulit anda dengan krim pelembap yang tidak mempunyai bau sebelum anda menyemburkan minyak wangi. Cara ini akan membantu bau minyak wangi korang bertahan lebih lama.

4. Sembur dan jangan gosok

Anda tidak digalakkan untuk menggosok minyak wangi kerana perbuatan menggosok ini boleh menghancurkan molekul wangian tersebut, lantas menyebabkan bau minyak wangi jadi berbeza. Sebaiknya, semburkan minyak wangi kira-kira 15-25 cm daripada kulit anda. Semburan ringan ini akan menyebarkan bau yang sama rata pada badan.

BACA: 9 Teknik Bezakan Minyak Wangi Asli & Palsu Agar Anda Tak Tertipu

IKLAN