Hanya mereka yang biasa kena migrain tahu bagaimana sakitnya kepala ketika diserang penyakit itu.
Mujur ada pakar dari New York Headache Center, Doktor Alexander Mauskop yag memberikan 6 tip bagaimana untuk menghilangkan migrain. Cuba amalkan, mana tahu selepas ini kepala anda tidak akan ‘berpusing’ lagi.
1. Kurangkan kopi
Side view of handsome young man drinking coffee while sitting at bar counter
kandungan kafein dalam kopi boleh menjadi pemacu sakit kepala. Menurut Alexander, kalau rasa teringin juga untuk minum kopi minumlah hanya segelas kecil sehari.
Ads
2. Makan sayuran hijau dan kekacang
Kekurangan khasiat magnesium dalam tubuh boleh mengakibatkan migrain. Secara asasnya, lelaki atau perempuan dewasa memerlukan 400g magnesium sehari untuk mengelakkan terkena migrain. Khasiat magnesium ini boleh anda dapati daripada kekacang seperti almond, kacang tanah dan sayuran hijau seperti bayam.
Ads
3. Tidur yang cukup
Apabila anda kurang tidur, ia akan meningkatkan risiko terkena migrain khususnya sebaik saja anda terjaga. Menurut Alexander, tubuh yang kekurangan tidur akan membuatkan otak
menjadi lebih sensitif terhadap cahaya terang dan bunyi bising. Jadi, pastikan anda tidur secukupnya (6-7 jam, tidak lebih daripada itu)
Ads
4. Minum banyak air kosong
Masalah dehidrasi juga antara penyebab kamu diserang migrain. Apabila kamu kurang minum air, cecair dalam badan akan berkurangan dan darah menjadi pekat hingga mengakibatkan ia tidak sampai kepada otak. Menurut Alexander, tiada kuantiti air yang tepat harus diminum oleh seseorang individu untuk mengelakkan dehidrasi kerana ianya bergantung kepada berat badan, cuaca, aktiviti dan faktor lain. Tip: Jika air kencing anda bewarna kuning gelap, itu tandanya badan kekurangan air dan anda perlu minum lebih banyak lagi.
5. Lakukan Senaman tiga kali seminggu
Amalkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Ketika bersenam, tubuh kita akan menghasilkan hormon endorfin yang mampu mencegah rasa sakit. Selain itu, dengan bersenam juga kita mampu mengurangkan stres yang juga meruapakan antara punca migrain. Tidak perlu melakukan senaman yang berat. Cukup sekadar berjoging atau berbasikal selama setengah jam.
Kredit: Doktor Alexander Mauskop untuk ruangan majalah Men’s Health
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Definisi lelaki sejati bukan sahaja diukur melalui akhlak, tetapi juga atas segak keperibadiannya. Tidak hanya berbekalan raut kacak, tubuh sihat dan tegap memberikan ‘markah tambahan’ kepada jejaka ini.
“DULU BERAT SAYA 109KG…”
“Aspek kecergasan dan kesihatan tubuh badan memang dititikberatkan. Walaupun sudah bekerjaya, mana mungkin saya tangguhkan urusan yang melibatkan fizikal”, itu pembuka bicara Faruq kepada penulis.
“ Sewaktu belajar dahulu, saya boleh dikatakan sangat gemuk. Berat badan saya pula hampir 109 kg. Serik dan asyik menjadi bahan sindiran, saya tetapkan pendirian, kuatkan azam dan segera turunkan berat badan”.
Namun, kejayaan tidakkan bertanda jika tiada diduga. Ujar Faruq, usaha kerasnya berjaya namun malangnya hasilnya pula terlampau ketara.
“ Akibat terlalu teruja ingin menurunkan berat badan, tubuh saya pula menjadi tersangat kurus sehingga mengundang perlian. Pernah juga saya dituduh rakan mengambil dadah dan sebagainya. Tanpa menoleh ke belakang, saya tetapkan semula sasaran, kembali bersenam, menjaga pemakanan dan hasilnya tubuh saya semakin sihat, cergas dan mula membentuk”.
Puas hati dengan bentuk tubuh sekarang? Usik penulis, lantas Faruq menjawab, “Mana mungkin. Pastinya saya akan teruskan usaha untuk mendapatkan tubuh lebih berstamina dan berotot. Sehingga kini, tidak, saya masih belum berpuas hati”, ujar Faruq.
AKTIF DENGAN AKTIVITI LUAR SELEPAS BERGELAR AYAH Melihat pada trend masa kini, Faruq antara golongan muda yang menjadikan gim tempat untuk memperkasakan tubuhnya.
“Menjadi kebiasaan, sementelah tamat bertugas pastinya saya akan ke gim. Selain itu, saya juga tidak lokek menjalani pelbagai aktiviti outdoor yang terbukti menyihatkan. Antaranya berjoging, berenang dan bermain ragbi. Walaupun kini sibuk menguruskan keluarga, saya tetap akan meluangkan sedikit masa untuk bersenam.
Saya juga turut menggunakan kelebihan teknologi kini dalam mempelajari selok-belok penjagaan badan melalui tutorial video di Internet. Secara peribadi, saya sering menjadikan video ScottHermanFitness dan RJ Riches Fitness sebagai rujukan. Saya mengakui majalah Maskulin sedikit sebanyak telah mengubah gaya hidup saya sehingga sekarang”, jelas Faruq lagi.
“Apa pula nasihat mahupun tip dari Faruq buat mereka yang berazam miliki tubuh persis Faruq?”, tanya penulis.
‘Bagi saya, motivasi itu penting. Semangat kenalah kuat dan janganlah sekadar ingin mencuba. Tetapkan sasaran dengan usaha berterusan pasti menjamin hasil diinginkan”, ujar Faruq yakin.
PERUBAHAN SELEPAS BERGELAR AYAH
Perubahan hidup itu lebih kepada tanggungjawab yang lebih besar untuk membentuk dan mendidik anak. Di samping mahu mencari rezeki demi menyara keluarga. Tak boleh nak selfish lagi sebab whatever happen, family comes first. Rasa macam lebih energetic untuk cari sumber pendapatan and fullfill keperluan. Dari segi emosi tu rasa macam lebih bahagia sebab ada someone else yang valuable selain isteri.
RUTIN KESIHATAN?
Dari segi rutin kesihatan tu masih maintain seperti selalu. At least 3 to 4 times / week dekat gym. Sibuk tu memang lah sibuk dengan kerja dan belajar fulltime. Tapi saya full utilize my free time waktu kerja untuk selit-selit masa ke gimnasium.
MASA BERSENAM?
biasanya lunch hour sebab time ni gym tak ramai.
RAMAI LELAKI LEPAS KAHWIN TAK JAGA PENAMPILAN DIRI, PANDANGAN ANDA?
Pandangan saya benda ni tak sepatutnya berlaku. Sebab ia macam satu kerugian. Kalau dulu gigih bertahun-tahun workout dan dapat hasil badan idaman, spend masa dan duit. Then lepas kawin kita abaikan usaha macam itu sahaja. Tambahan bila dah jadi seorang suami dan bapa kita kena kekal cergas dan sihat especially untuk cari rezeki demi keluarga. And one most important things, takkan suami je nak isteri cantik untuk anda kan? Suami juga harus berusaha untuk maintain penampilan macam masa bercinta dulu.
Lelaki ni bila dah kahwin pun ramai yang malas nak jejak gym, sebabnya mungkin mereka rasa bila dah kahwin ni tak perlu untuk jaga penampilan sebab dah ada isteri yang mungkin tak kisah penampilan diorang. Kalau dulu masa single kena sentiasa look fit and attractive sebab nak dapatkan perhatian org. Tapi bila dah kahwin ni mungkin pada pandangan mereka ” siapa je nak tengok aku sekarang?” And lagi satu mungkin juga faktor masa dan penat. So macam biasa alasan “tiada masa nak ke gym” tapi hakikatnya homeworkout pun terbukti berkesan kalau konsisten.
JADI DADDY HOT, LEBIH BANYAK POSITIF ATAU NEGATIF?
pada saya ia lebih kepada positif sebab ia boleh dijadikan faktor penyumbang untuk kekalkan keyakinan diri. Di samping boleh jadi contoh ikutan pasangan dan anak. Kalau bab negatif tu, mungkin individu tu ada niat yang lain kot.
PROFIL
Nama penuh: Faruq Fadhullah B Kamal Baharom
Adik beradik: Sulung dari 4 orang adik beradik
Tempat lahir: Klang
Tarikh lahir: 25 Julai
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Seni dan Sains Sosial Universiti Malaya
Idola bidang kecergasan: Scott Herman
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Latihan di gim boleh dibahagikan pada dua iaitu “weight training” atau “cardio training” . Dalam peringkat awal, anda pergi ke gim untuk mengangkat berat , sebenarnya anda di dalam fasa ‘weight training”. Fasa weight training adalah latihan lebih tertumpu pada angkat berat dan latihan ini akan merangsang tumbesaran saiz otot anda.
Pengambilan protein boleh membantu badan membina otot-otot lebih besar dari segi saiz dan ketumpatan . Tetapi faktor utama yang mempengaruhi berat badan anda adalah program “weight training “tersebut. Apabila anda menambah dua sesi latihan sepak takraw , anda sebenarnya telah menambah dua sesi “cardio “.
Latihan kardio adalah bertujuan untuk mengurangkan peratus lemak di dalam badan. latihan cardio juga boleh mengurangkan paras “glikogen ” di dalam otot. Oleh itu, latihan kardio memang akan menurunkan berat badan anda.
Jika anda berhasrat untuk menambahkan berat badan anda kembali , apa yang anda perlu lakukan adalah meneruskan latihan “weight training” serta dapatkan program yang betul untuk badan anda daripada jurulatih peribadi .
Sama ada anda perlu berhenti atau mengurangkan latihan kardio anda ( bermain sepak takraw ). Hanya jurulatih peribadi anda sahaja yang boleh membantu untuk membuat keputusan . Ini kerana jika terlalu banyak membuat latihan kardio , ia boleh melambatkan tumbesaran otot anda , namun latihan kardio boleh menambahkan stamina serta menampakkan otot berisi.
Jika anda tidak menukar corak latihan sekarang, saiz badan atau berat badan anda tidak akan banyak berubah.Penambahan pengambilan protein sahaja tidak akan membantu anda kerana faktor utama yang membentuk badan anda adalah program latihan. Oleh itu , berbincanglah dengan jurulatih peribadi tentang matlamat utama anda.
Saya bermula seni bina badan pada usia 20 tahun. Ketika itu berat saya mencecah 120kg dari 70kg sejak tamat sekolah
KEJAYAAN?
Pada tahun 2014 saya pernah bertanding dua pertandingan badan cantik namun tewas. Tahun 2017 saya bertanding semula di “Battle Of Freaks” dan dalam berjaya mendapat tempat ke-3.
TRANSFORMASI?
Terdetik untuk berubah ini adalah kerana saya sendiri rasa berat badan naik terlalu mendadak, Rasa tidak selesa dan keyakinan diri juga semakin menurun. Jadi saya perlu lakukan sesuatu ketika itu. Teguran orang sekeliling memang ada, tambahan dahulu saya seorang yang sangat aktif dalam sukan hoki, apabila melihat bentuk fizikal menjadi gemuk, ramai yang rasa pelik dan dari itu saya cuba lakukan transformasi sedikit demi sedikit.
DIET
Menu diet saya setiap hari adalah sama kuantitinya, saya perlu pastikan setiap hidangan mempunyai cukup protein dan sayuran. Menu selepas latihan pula saya akan ambil protein dari ayam dan karbohidrat kompleks dari brown rice.
Manakala makanan paling saya gemari adalah semua jenis manisan, tetapi itulah makanan yang harus saya elakkan jika ada pertandingan. Kalau saya tidak bertanding, saya tetapkan “cheat meal” selepas setiap 14 hari berdiet. Bukan “cheat day” ya.
LATIHAN
Walaupun saya tahu betapa pentingnya “rest day”. Tetapi saya cuma ada “rest day” apabila perlu sahaja. Kalau terlalu sibuk atau sakit baru saya akan ada rest day. Saya juga akan mulakan rutin harian saya dengan warm up samada jogging atau dynamic stretching sahaja. Kemudian terus ke weight training. Rutin training saya sentiasa betukar tukar. Tapi rutin kegemaran saya adalah “stop set”. Contoh drop set adalah mulakan dengan beban yang berat dengan ulangan yang rendah, kemudian ringankan beban dan naikkan repetition tanpa rehat.
KEPENTINGAN NUTRISI
Nutrisi sangat sangat penting. Walaupun anda cukup latihan, supplement banyak, kalau kita tidak utamakan nutrisi, akibatnya keputusannya akan menjadi lambat, sesetengah kes ada yang tidak dapat langsung result. Jadi utamakan nutrisi dalam menu anda.
QOUTES KEGEMARAN ANDA?
Earned. Not given.
BAHAGIAN BADAN PALING MENARIK?
Bodypart kegemaran saya untuk train adalah shoulder. Shoulder muscle adalah sangat kecil dan lemah pada asalnya. Tetapi disebabkan itu jugalah saya gemar buat latihan shoulders, ia lebih berikan cabaran.
RUTIN MAHAL?
Tidak dinafikan, sukan bina badan memang satu hobi yang mahal. Anggaran duit yang telah saya keluarkan setiap bulan untuk makanan sahaja dalam RM2500 dan RM1000 untuk Supplement. Dari segi masa pula saya luangkan dalam satu jam hingga satu jam setengah setiap hari untuk berlatih. Walaupun tiada untung dalam sukan ni malah rugi, tapi bagi saya ia adalah pelaburan dalam kesihatan yang sangat berbaloi.
KESILAPAN DI GIMNASIUM?
Selalu saya ternampak adalah kesilapan ketika melakukan squat dan deadlift kerana sangat technical.
GOAL?
Untuk tahun ini, goal saya dalah untuk mendapatkan pro card dari international competitions.
NASIHAT?
Nasihat saya yang paling penting adalah tambahkan ilmu mengenai nutrition sebelum berjinak-jinak di dalam arena bina badan ini. Walaupun anda bukan seorang atlet, personal trainer, mahu pun doktor ia ialah perkara asas wajib anda jadikan panduan.
Selain itu, bersama kita amalkan gaya hidup sihat mulai saat ini, tidak semestinya anda perlu ke gimnasium setiap hari, anda boleh mulakan dengan memilih satu sukan yang boleh mengeluarkan peluh. Jaga pemakanan dan cari kawan untuk cipta cabaran dan raikan bila anda semua berjaya.
TIADA NOKTAH
Saya akan berlatih selagi saya mampu, mungkin selepas ini saya akan kurangkan sedikit mengikut komitmen dan kerja. Tetapi bab diet, saya akan jaga dan amalkan pemakanan sihat selamanya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.