Boleh dikatakan sebagai lagenda bola sepak Brazil, Kaka merupakan salah seorang daripada 4 pemain Brazil yang pernah menerima Anugerah Ballon d’Or bersama Ronaldo, Ronaldinho dan Rivaldo. Kaka mengumumkan persaraannya pada usia 35 tahun,
Memulakan karier seniornya bersama Sao Paolo, Kaka kemudian berpindah ke AC Milan yang merupakan kelab paling berjaya dalam karier bola sepaknya. 6 musim di AC Milan, Kaka berjaya membantu kelab itu menjuarai Liga Juara-Juara Eropah menewaskan Liverpool dengan jaringan 2-1 pada tahun 2007.
“Ia lebih daripada apa yang saya bayangkan. Terima kasih! Saya sekarang bersedia untuk perjalanan seterusnya,” tulis Kaka.
Beraksi sebanyak 95 kali untuk negaranya, Kaka bersama pasukannya pernah memenangi Piala Dunia 2002 di Jepun dan kemudian dipilih sebagai pemain terbaik dunia FIFA pada 2007.
Ads
Kerjaya dalam arena bola sepak bermula di Sao Paulo dekat sini pada 2001, tetapi pada ketika itu, beliau bersama dengan kelab AC Milan yang disertainya pada 2003.
Selain itu, Kaka juga pernah mengetuai kelab Itali Scudetto 2003-2004, Supercoppa Italiana 2004, Piala Super UEFA 2007, Piala Dunia Kelab FIFA 2007 dan gelaran Juara Liga 2006-2007.
Kaka kemudian berpindah ke Real Madrid pada 2009 dengan yuran 67 juta euro, meskipun beliau tidak benar-benar cemerlang ketika bersama pasukan Milan sebelum itu.
Ads
Pemain tersebut namun pernah membantu kelab Sepanyol tersebut menggondol Piala Copa Del Rey pada musim 2010-2011 dan gelaran La Liga 2011-2012.
Beliau kemudian kembali semula ke Milan untuk musim 2013-2014, sebelum mengambil keputusan menamatkan kariernya ketika bersama Orlando City.
Ads
Sumber : BERNAMA
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai dari kita kadangkala terpaksa tidur lewat hingga menganggu kualiti tidur di malam hari. Kesannya pasti dirasai apabila pergi ke pejabat dan rasa mengantuk. Ini cara mudah untuk kekal bertenaga di pejabat.
Kesannya, anda akan berasa mengantuk pada waktu siang terutamanya pada sebelah petang di tempat kerja ataupun pada pukul 10 sudah mula menunjukkan tanda=tanda awal, jadi ini cara mudah untuk kekal bertenaga.
Kena pula kalau pejabat itu sunyi, sejuk.. fuhh.. dugaan benar pada mata yang semakin kelat itu.
Namun demikian, Maskulin tahu anda masih ada banyak kerja yang perlu diselesaikan. Jadi apa kata lakukan 8 tips ini untuk hilangkan rasa mengantuk anda :
Antara faktor yang membuatkan anda cepat mengantuk adalah kerana kekurangan air dalam badan. Jadi rasa mengantuk itu ibarat memberi isyarat bahawa badan anda sedang letih dan berada dalam keadaan yang kurang baik. Apa yang perlu dibuat? Sentiasa sediakan sebotol air kosong. Kalau rasa malas, minta bos anda belikan satu mesin air yang ada suhu sejuk dan panas. Mudah-mudahan bermanfaat untuk anda dan rakan sekerja juga.
Air sejuk yang mengalir keluar dari paip mampu memberi satu renjatan kesegaran pada muka sekali gus menghilangkan rasa mengantuk serta-merta. Memang kita tidak boleh mengawal rasa mengantuk itu tetapi dengan cara ini, ia sangat berkesan.
Bau-bauan segar aromaterapi dapat memberi satu perasaan yang cukup nyaman. Sediakan satu wangian kegemaran anda dan hidu apabila mula rasa tidak selesa. Kebiasaannya, bauan aromaterapi seperti mint dan lemon sangat berkesan untuk mengurangkan rasa mengantuk.
Mendengar muzik yang sesuai antara langkah yang paling pantas untuk kurangkan rasa mengantuk. Ini kerana sesetengah bunyian atau alunan muzik boleh membantu memberi kecergasan kepada minda. Maka tidak salah untuk buat kerja sambil mendengar muzik. Dengar lagu yang rancak atau ada beat yang boleh menyentak rasa mengantuk. Jangan layan lagu yang boleh mendodoikan anda pula!
Berdiri, duduk, berdiri, duduk. Itu antara senaman ringan yang boleh dilakukan segera apabila mengantuk. Ada banyak tip renggangan dan senaman ringan yang sesuai dipraktikan di tempat kerja. Amalkan senaman-senaman itu ketika mengantuk.
Rehatkan mata anda dengan memandang kawasan yang banyak warna hijau atau dipenuhi pokok-pokok yang menghijau. Bangun sebentar dan berdirilah di tepi jendela, lontarkan pandangan sejauh hijau mata memandang. Tarik nafas dan nikmatilah keindahan alam ciptaan Tuhan ini kerana warna hijau mampu memberi kesegaran kepada mata.
Tarik nafas sedalam-dalamnya dan hembuskan perlahan-lahan. Lakukan rutin ini beberapa kali seperti sedang bersenam. Dengan teknik yang betul, anda dapat melancarkan kembali perjalanan oksigen dalam badan yang membuatkan badan kembali segar. Tarik nafas dan hembus. Sebelum hembus nafas, tahan nafas sekejap dan hembus perlahan-lahan.
Sudah-sudahlah jadikan rutin tidur lewat itu sebagai satu perkara yang biasa. Anda perlu memastikan tidur cukup setiap malam supaya tidak menganggu prestasi kerja anda pada waktu siang. Jika mengantuk disebabkan tidak cukup tidur, maka tidak banyak tip atau cara dapat membantu kecuali anda perlu ambil masa untuk tidur sekejap sebagai ganti rehat yang tidak cukup.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ini adalah sebuah perkongsian bermanfaat dari Dr. Ahmad Mahyuddin
Cagu atau di sesetengah tempat dikenali sebagai cengkam adalah keadaan di mana kuku jari menumbuh ke sisi dan menekan tisu di bahagian tepi jari. Sebagai tindak balas, tisu di sisi kuku mengalami keradangan dan menjadi tebal. Ia paling kerap berlaku pada ibu jari kaki. Kerap kali pula ia dijangkiti kuman dan mengeluarkan nanah.
Ia menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang amat sangat. Ia juga mengakibatkan gangguan emosi terhadap pesakit akibat bau yang kurang menyenangkan dan pesakit tidak boleh memakai kasut akibat kesakitan.
KENAPA IA TERJADI?
Cagu terjadi akibat cara memotong kuku yang tidak betul. Ia menyebabkan kuku tumbuh secara tidak betul dan mula menekan tisu di bahagian tepi kuku. Ia juga boleh disebabkan oleh pemilihan kasut yang terlalu ketat atau berbentuk tirus sehingga mengakibatkan tekanan pada tisu di bahagian sisi kuku. Tekanan berpanjangan pada tisu akan menyebabkan keradangan berlaku.
Keadaan lebih teruk apabila berlaku jangkitan kuman pada kuku yang terlibat. Ini mengakibatkan ia mengeluarkan nanah dan berbau busuk.
RAWATAN
TERDAPAT 2 JENIS PEMBEDAHAN YANG BIASA DILAKUKAN.
Nail avulsion (Pembuangan kuku)
Nail avulsion ialah prosedur dimana kuku pesakit yang mengalami cengkam itu dibuang secara keseluruhannya.
Zadek Procedure (Prosedur Zadek)
Prosedur Zadek ialah sejenis prosedur dimana hanya sebahagian daripada kuku pesakit dibuang iaitu di sebelah yang mengalami cengkam. Bahagian pangkal kuku iaitu bahagian yang dikenali sebagai nailfold dan germinalmatrix dibersihkan dengan menggunakan currete, diarthermy atau phenol bagi memusnahkan sel-sel precursor kuku dengan harapan kuku tidak lagi tumbuh di bahagian sisi. Ini akan dapat mengelakkan daripada cengkam daripada berulang.
BAGAIMANA MENGELAKKAN IA DARI TERJADI?
Apa yang paling penting ialah kita mengetahui cara-cara memotong kuku dengan betul. Hujung kuku kaki perlu dipotong secara lurus mulai daripada sisi kuku. Elakkan daripada memotong kuku secara menyerong pada bucu kuku kerana ini boleh menyebabkan cagu berlaku.
SUMBER : mmgazette.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tahukah anda setiap 45 minit, seorang lelaki meninggal dunia akibat daripada kanser prostat?
Dan setiap tahun juga menyaksikan lebih 47 ribu orang lelaki di dunia didapati menghidapi kanser ini. Fakta-fakta ini dipetik daripada laman sesawang Prostate Cancer UK.
Jadi tak hairanlah penyakit merbahaya ini diberi nama sebagai antara ‘pembunuh’ utama golongan lelaki. Sejauh manakah anda sebagai seorang lelaki tahu tentang kanser prostat?
Kajian di Amerika Syarikat pada tahun 2016 menerusi The American Cancer Society mendapati kanser prostat merupakan jenis kanser kedua paling tinggi mengakibatkan kematian lelaki di belakang kanser hati.
Sepanjang tahu tersebut sebanyak 180,890 kes kanser prostat telah dilaporkan dengan 26,120 mengalami kematian. Jadi berdasarkan fakta tersebut jelas di sini bahawa kanser prostat merupakan ancaman terhadap golongan lelaki.
Prostat merupakan kelenjar exocrine yang terletak di bawah pundi kencing dan di hadapan rectum. Kelenjar ini menghasilkan rembesan prostat yang akan berakhir di bahagian luar prostat dalam sistem pembiakan lelaki. Rembesan itu adalah cecair beralkali yang berfungsi melindungi dan menyediakan bekalan untuk sperma.
Di dalam prostat terdapat beribu-ribu kelenjar yang menghasilkan cecair putih beralkali seperti susu. Ia merupakan sebahagian daripada komponen air mani.
Dengan saiz sebesar sebiji kacang berangan ia bertambah saiznya mengikut peningkatan umur. Prostat mengelilingi uretra, salur kencing yang bermula dari pundi kencing dan berakhir di hujung kemaluan.
Ia berfungsi membawa air kencing dan air mani keluar dari badan. Penyakit Benign Prostatic Hyperplasia (BPH) terjadi apabila kelenjar prostat membesar disebabkan hormon tidak seimbang sehingga mengganggu atau menutup saluran uretra.
Ramai lelaki cukup runsing akan ancaman kanser prostat. Walaupun mereka cuba menafikan namun jauh di sudut hati inilah antara penyakit yang ingin dielak. Jadi apa itu kanser prostat? Secara ringkas ia merupakan ketum buhan berbahaya yang bermula di dalam kelenjar prostat. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan-lahan dan tidak menyebabkan masalah dalam masa beberapa tahun.
Pada peringkat awal ia dikenali sebagai kanser prostat setempat dan tidak menunjukkan sebarang gejala nyata dan mungkin tidak berkembang menjadi kanser lagi.
Masih banyak kajian yang sedang dilakukan terhadap kanser prostat. Sehingga kini penyebab utamanya masih lagi tidak diketahui. Cara untuk mengelakkan juga masih samar. Apa yang boleh dilakukan ialah mengenal pastinya dnegan lebih awal agar dapat diberikan rawatan sebelum ia semakin teruk. Namun terdapat tiga faktor yang dipercayai boleh meningkatkan pembentukan kanser prostat.
Pertama penigkatan usia. Lelaki berusia 50 tahun ke atas mempunyai risiko lebih tinggi berbanding kela sumur yang lain. Kedua faktor genetik keluarga dan akhir sekali faktor hormon testosteron yang tinggi. Ia dipercayai boleh mempercepatkan pembentukan kanser prostat.
Walaupun tidak menunjukkan sebarang petanda pada peringkat awal namun apabila gejala-gejala berikut berlaku anda harus cepat-cepat melakukan pemeriksaan lanjut.
Terdapat tiga jenis rawatan yang boleh dilakukan untuk pesakit kanser prostat.
Pembedahan
Pesakit mempunyai dua pilihan rawatan untuk peringkat 1 dan iaitu radical prostectomy atau radical radiotherapy.
Terapi radiasi
Terapi radiasi menggunakan tenaga tinggi sinar-x untuk memusnahkan sel kanser. Radioterapi selalunya digunakan dalam peringkat ke 3 dan sesetengah kes peringkat ke 4 kanser.
Kimoterapi
Kimoterapi menggunakan ubat untuk membunuh sel kanser, boleh diambil secara makan atau suntikan, Ini mungkin membantu pesakit kanser yang teruk atau kanser prostat yang tidak bertindakbalas dengan hormon. Rawatan sepatutnya dimulakan secepat mungkin tanpa menunggu gejala berlaku. Rawatan selalunya berjaya dalam jangka masa pendek, dengan mencapai jangka hayat selama 30 bulan dan pengurangan gejala penyakit sebanyak 80%.
Jika anda mengalami simptom-simptom berikut janganlah berlengah lagi. MASKULIN nasihatkan agar terus mendapatkan rundingan daripada doktor pakar dan mencari solusi terbaik untuk rawatan lanjut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang