Jika anda merasakan perut kembung dan penuh dengan air, cuba atasinya dengan minum lebih banyak air. Ini kerana ia dapat membantu mencairkan sodium dalam tubuh dan meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem badan. Selain itu ia juga dikatakan dapat mengeluarkan segala toksik yang terkandung dalam tubuh.
Makan dengan tertib
Elak daripada makan dengan cepat dan terburu-buru kerana ia akan menyebabkan anda menelan makanan dengan cepat sebelum sempat mengunyahnya hingga hancur. Ini akan menyebabkan udara di dalam usus menjadi tersekat-sekat sehingga mampu membentuk gas yang menjadi punca perut kembung. Justeru, ubahlah cara makan. Setiap kali menikmati hidangan, cuba makan dengan perlahan dan kunyah dengan sempurna.
Kurangkan garam
Terlalu banyak garam dalam diet atau makanan yang diambil akan menambahkan jumlah sodium di dalam cairan tubuh yang akan melambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut akan terasa penuh dan buncit.
Hindari sembelit
Sembelit juga boleh menyebabkan perut menjadi buncit dan membesar dari saiz yang sepatutnya. Untuk menghindari sembelit, makanan perlu mengandungi serat termasuk dari buah-buahan dan sayur-sayuran.
Pilih serat yang sesuai
Serat adalah elemen penting dalam diet. Tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan perut menjadi buncit atau boroi, cuba makan serat dari jenis buah-buahan yang banyak air seperti epal dan buah lai (pear).
Senaman
Aktiviti senaman akan membantu menggerakkan cairan dalam perut keluar melalui jaringan sistem dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia dikeluarkan melalui peluh dan disalurkan ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air kencing (urine). Senaman yang disarankan ialah berjogging dan aerobik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jenama telefon pintar yang terkenal dengan kecanggihan kameranya, OPPO Malaysia melancarkan siri Reno11 terbaharunya, menampilkan Reno11 Pro dan Reno11. Siri ini menggabungkan keanggunan dan gaya bersama Sistem Kamera Potret Ultra-Jelas, yang menawarkan prestasi dan pengalaman yang terunggul. Bukan itu sahaja, jangka hayat bateri sepanjang hari yang turut beserta kelajuan cas terbaik dalam julatan harga pasaran ini turut dapat mewujudkan telefon pintar yang berkelas dunia.
“Gaya, prestasi, dan Sistem Kamera Potret Ultra-Jelas dalam siri OPPO Reno11 adalah luar biasa. Berciri ringan, nipis dan mudah guna, ia sesuai dipegang tapak tangan, disimpan dalam poket, dan juga diintegrasikan dalam gaya hidup semua. Dengan kemampuan fotografi potret berkualiti studio, ia juga menjadi suatu sumber kuasa kreatif. Secara ringkasnya, kedua-dua model ini direka untuk menonjol dalam setiap aspek,” kata Presiden Pemasaran, Jualan, dan Perkhidmatan Luar Negara OPPO, Billy Zhang.
Merayakan gaya dengan lapisan yang berbeza dan elegan, siri OPPO Reno11 direka untuk pegangan yang sempurna, menghasilkan siluet ramping pada sisi dan berkilau dengan penyudah yang cantik. Dengan Reka Bentuk 3D yang memukau, telefon pintar ini selesa digenggam di dalam tangan, setebal hanya 7.59mm dan berat 181g untuk Reno11 Pro, manakala OPPO Reno11 setebal 7.99mm dan berat 182g.
Reno11 Pro memperkenalkan Sistem Kamera Potret Ultra-Jelas baharu daripada OPPO dan dilengkapi dengan algoritma fotografi komputasi unggulan, membuka peluang untuk mendapatkan potret manusia dan karya-karya seni yang tak disengaja yang dinamik, tanpa mengira cahaya sekeliling.
Sistem Kamera Potret Ultra-Jelas dalam siri OPPO Reno11 menonjol dengan kamera telefoto setara 47mm, 32MP, 2x, yang mengambil dengan pandangan klasik untuk potret, serupa dengan perspektif mata manusia. Sensor Sony IMX709 yang memacu pengalaman 2x ini tidak hanya mengambil foto yang tajam dan terperinci, tetapi juga mempunyai susunan piksel RGBW untuk peningkatan 60% dalam fotosensitiviti dan 35% kurang kebisingan berbanding dengan sensor tradisional yang sebanding.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pelakon legenda Britain, Terence Stamp, yang pernah melakar nama besar menerusi watak penjahat ikonik General Zod dalam filem Superman (1978) dan Superman II (1980), dilaporkan meninggal dunia pada usia 87 tahun.
Berita duka ini disahkan menerusi kenyataan rasmi keluarganya yang disiarkan oleh media United Kingdom pada Ahad, menurut laporan AFP.
Terence Stamp bukan sekadar pelakon biasa. Sejak kemunculan awalnya di layar perak pada era 1960-an, beliau sudah membintangi lebih 60 buah filem merentasi pelbagai genre daripada drama sosial, filem arthouse Eropah, sehinggalah produksi Hollywood berskala besar.
Stamp mula mencuri perhatian menerusi watak pelayar muda dalam filem Billy Budd (1962) arahan Peter Ustinov.
Lakonannya begitu memikat sehingga berjaya mencalonkan beliau untuk Anugerah Oscar serta memenangi Golden Globe bagi kategori Pelakon Baru Terbaik.
Dari situ, namanya terus melonjak sebagai simbol generasi ‘Swinging Sixties’, membawa wajah dan karisma baru dalam industri lakonan Britain.
Sepanjang enam dekad kariernya, Stamp berpeluang berkolaborasi dengan nama-nama besar dunia perfileman.
Antara karya pentingnya termasuk Theorem arahan Pier Paolo Pasolini, Star Wars: The Phantom Menace (1999) arahan George Lucas, The Hit arahan Stephen Frears, serta Poor Cow arahan Ken Loach.
Keupayaannya beralih antara filem bajet besar Hollywood dan karya bebas Eropah membuktikan statusnya sebagai seorang pelakon yang serba boleh.
Kemunculannya sebagai General Zod dalam dua filem Superman lah yang benar-benar mengukuhkan statusnya sebagai salah satu penjahat paling ikonik dalam sejarah filem adiwira.
Dialognya yang lantang dan gaya lakonan penuh karisma menjadikan Zod watak yang diingati peminat sehingga kini.
Stamp juga terus membuktikan kelenturannya dalam membawa pelbagai watak dalam filem-filem besar dan produksi bebas, menjadikan dirinya antara pelakon British yang dihormati di pentas antarabangsa.
Dilahirkan di London pada 22 Julai 1938 dalam keluarga kelas pekerja, perjalanan hidup Terence Stamp menjadi inspirasi kepada ramai.
Dari seorang pemuda biasa, beliau berjaya mengangkat dirinya ke tahap bintang dunia dengan bakat, disiplin dan karisma yang tiada tandingan.
Dalam kenyataan rasmi, keluarga mendiang menyifatkan beliau sebagai seorang insan seni yang penuh dedikasi.
“Beliau meninggalkan legasi karya luar biasa, sama ada sebagai pelakon mahupun penulis, yang akan terus memberi inspirasi dan menyentuh hati ramai orang untuk tahun-tahun mendatang,” kata mereka.
Kini, dunia hiburan kehilangan seorang legenda, namun karya dan watak ikoniknya akan terus hidup dalam ingatan jutaan peminat filem di seluruh dunia.
Bergegar Pavilion Khamis lepas dengan fans Park BoGum. Kami dapat tahu, peminat sudah berkampung di Pavilion sejak 9 pagi walaupun majlis pelancaran bermula pada 7 malam. Fuhhh, dasyat peminat KDrama dan Kpop ni. Ini semua gara-gara Samsung menjadikan Park BoGum sebagai duta produk terbaru mereka iaitu Samsung S9 dan S9+
Park BoGum merupakan aktor Korea yang semakin meningkat naik di Asia menurusi drama hit nya ‘Love In The Moonlight’. Walaupun kemunculannya hanya setengah jam, namun peminat merasa berpuas hati dengan ‘fans service’ yang diberikan oleh Park Bogum.
Telefon pintar ini mempunyai fungsi baru iaitu super Slow-mo dan Super Low Light. Ciri-ciri ini mampu membantu pengguna mendalami suatu pengalaman komunikasi secara visual yang luar biasa. Untuk mereka yang gemar ‘OOTD’ dengan seribu satu maksud, ini merupakan bayi idaman anda.
“Galaxy S9 dan S9+ diilhamkan berdasarkan cara komunikasi masa kini di laman sosial. Cara-cara untuk mengekspresi diri telah berubah dan komunikasi melalui teks di kalangan pengguna semakin berkurangan. Sebaliknya, pengguna lebih gemar menggunakan imej, video dan emoji untuk berinteraksi” kata KM Liew, Ketua Perniagaan Teknologi Maklumat (IT) dan Mudah Alih, Samsung Malaysia Electronics
Pembukaan acara petang itu diserikan oleh JinnyboyTV dan Reuben (Youtubers Malaysia) dimana mereka sempat demo kechanggihan bayi terbaru Samsung ini.
Kepada anda yang dah tak sabar nak memiliki Smart Phone ini anda boleh dapatkan Galaxy S9 dengan harga RM 32,999( 64GB) dan Galaxy 9+ dengan harga RM3,799(64GB). Malah jika anda membeli dalam masa yang terdekat ini, anda bakal mendapat diskaun dan barangan percuma.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.