Foto hiasan: Kredit IG Aeril Zafril

Kita kini sudah memasuki minggu akhir bulan puasa dan tidak lama lagi akan meraikan kedatangan Hari Raya Aidilfitri.

Selepas ramai di antara kita tidak dapat pulang beraya selama dua tahun berturut-turut keterujaan untuk beraya pada tahun ini memang luar biasa. Lihat sahajalah pusat membeli-belah yang sesak dengan orang ramai mencari pakaian raya.

Selain pakaian baru pastinya anda mahu kelihatan lebih kacak dan menarik di pagi Hari Raya. Salah satunya ialah dengan memotong rambut dan mendapatkan gaya potongan menarik.

Namun sebelum nak potong rambut tu ada perkara perlu anda berikan perhatian. Paling penting kena pastikan gaya dipilih itu sesuai dengan bentuk wajah!

Jadi buat anda yang mungkin buntu untuk memilih fesyen rambut sesuai, apa kata hadam panduan ini agar pilihan anda kena dengan gaya dan bentuk muka.

1. OBLONG: BENTUK MUKA LEBIH PANJANG DARIPADA LEBAR

Seleksi Gaya Rambut Raya Dengan 24 Jenis Potongan Sesuai Dengan Bentuk Wajah

Potongan rambut yang pendek sesuai dengan bentuk muka jenis oblong. Tetapi anda perlu berhati-hati jika mempunyai jambang kerana jambang yang terlalu tebal akan membuatkan muka anda nampak lebih lebar dan besar.

IKLAN

2. OVAL: BENTUK MUKA YANG RUNCING DAN TIDAK MENAMPAKKAN TULANG RAHANG

Seleksi Gaya Rambut Raya Dengan 24 Jenis Potongan Sesuai Dengan Bentuk Wajah

Bagi yang mempunyai bentuk muka oval, anda sangat bertuah kerana kebanyakan daripada jenis penggayaan rambut sesuai dengan bentuk muka anda. Tetapi, berhati-hati dengan pemilihan rambut hadapan atau apa jenis penggayaan rambut yang boleh menutupi dahi anda. Ini kerana pemilihan rambut tersebut boleh menampakkan muka anda lebih bulat.

3. DIAMOND: MEMPUNYAI ‘JAWLINE’ DAN TULANG PIPI YANG BERBENTUK

Seleksi Gaya Rambut Raya Dengan 24 Jenis Potongan Sesuai Dengan Bentuk Wajah

Ia berbeza dengan bentuk muka oval tadi. Untuk bentuk muka diamond, mereka lebih sesuai jika mempunyai rambut depan yang menutupi sedikit ruang dahi mereka. Untuk menampakkan anda lebih maskulin, lelaki dengan bentuk muka diamond lebih sesuai jika mempunyai jambang.

IKLAN

4. BULAT: SAIZ BENTUK MUKA SAMA PANJANG DAN LEBAR

Seleksi Gaya Rambut Raya Dengan 24 Jenis Potongan Sesuai Dengan Bentuk Wajah

Bagi lelaki yang mempunyai bentuk muka round/bulat, jenis penggayaan rambut yang mempunyai sedikit definisi dan berbentuk sangat sesuai. Potongan rambut yang sesuai dengan bentuk muka bulat anda adalah jenis potongan yang boleh menipiskan bahagian tepi rambut.

5. PETAK: LEBIH BERBENTUK DAN MASKULIN

Seleksi Gaya Rambut Raya Dengan 24 Jenis Potongan Sesuai Dengan Bentuk Wajah

IKLAN

Bentuk muka petak ini biasanya mempunyai tulang muka yang lebih jelas dan nampak lebih maskulin. Bentuk muka petak ini biasanya sama sahaja dengan gaya rambut yang sesuai untuk bentuk muka yang bulat. Mereka lebih sesuai memilih rambut yang lebih nipis di kiri dan kanan serta sedikit tebal di bahagian atas.

6. TRIANGLE: TULANG RAHANG LEBIH LEBAR DARIPADA TULANG PIPI

Seleksi Gaya Rambut Raya Dengan 24 Jenis Potongan Sesuai Dengan Bentuk Wajah

Bentuk muka triangle mempunyai tulang rahang yang agak lebar dan berbentuk berbanding tulang pipi mereka. Lelaki dengan bentuk muka triangle ini lebih sesuai mempunyai kepanjangan rambut yang medium, di mana tidak terlampau pendek dan tidak terlampau panjang.

Semoga gaya raya anda tahun ini mantap dan kacak! Selamat mencuba ya.

Jangan lupa subscribe YouTube dan juga follow Instagram MASKULIN untuk update menarik terkini.

https://www.youtube.com/watch?v=2w3hiAaL-tk&t=22s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI