
Percaya atau tidak, filem tersebut telah pun ditayangkan pada Julai, 1994 dan ini bermakna filem tersebut sudah menjangkau usia 24 tahun. Sama seperti karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, filem Shaolin Popey ini juga tidak lapuk dek zaman malah setiap kali menontonnya juga tidak berasa jemu meskipun sudah beberapa kali menontonnya.
Kini, selepas 24 tahun berlalu ramai yang tertanya bagaimanakah wajah terkini dua pelakon kanak-kanak yang menceriakan filem tersebut. Aksi dan keletah Pi Shao Quan yang dilakonkan oleh Steven Hao atau nama sebenarnya Hao Shaowen dan Chen Xiao Long yang dipegang Ashton Chen begitu mencuit hati dan menggamit memori!
Wajah Terkini Ashton Chen
Mengenai perkembangan terbaru mereka, Steven tidak lagi begitu aktif di dalam persada hiburan namun dia sempat merakamkan sebuah album berjudul You Are the Apple of My Eye.
Bagi Ashton pula, dia masih aktif berlakon sehingga ke hari ini dan merupakan salah seorang pelakon yang mahir dalam seni mempertahankan diri!
Untuk anda yang tidak tahu, menerusi filem IP Man 2, dia memegang watak sebagai salah seorang pelajar seni mempertahankan diri Setelah melihat pada wajah-wajah mereka, kami pasti akan ada diantara yang ingin menonton kembali filem tersebut bukan?
Jangan Guna 5 Wayar Extension Ini Kerana Cepat Overheat & Boleh Sebabkan Kebakaran

Sebagai pengguna kita hendaklah sentiasa dengan apa jua produk yang digunakan di kediaman atau di pejabat terutamanya barangan elektrik.
Ramai yang kadangkala mengambil remeh tentang keselamatan apabila menggunakan barang elektrik. Antaranya ialah memastikan barang atau produk elektrik yang dibeli selamat untuk digunakan.
Penggunaan barangan elektrik yang tidak mengikuti spesifikasi keselamatan boleh mengakibatkan berlakunya litar pintas sekali gus meningkatkan risiko berlakunya kebakaran. Antara produk yang sering kita guna namun agak dipinggirkan faktor kesematannya ialah soket pelbagai atau extension.

Pada April lalu, Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan Mekanikal Hong Kong (EMSD) telah mengeluarkan amaran kepada orang awamnya untuk berhenti menggunakan lima jenama extension atau model yang didapati tak selamat digunakan. Memetik laporan Bastille Post dan World of Buzz, wayar yang terdapat di dalam extension ini terlalu nipis daripada spesifikasi ditetapkan.
Oleh itu ia berpotensi untuk menjadi panas terlalu cepat atau overheat dan menyebabkan kebaakaran. Berikut 5 jenama dan model extension yang anda harus elak! Jika anda menggunakan salah satu daripada model ini, sila cabut daripada plag utama sekarang!
1. Jenama: Remax
Model: RU-S4
2. Jenama: LDNIO
Model: SC3301
3. Jenama: LDNIO
Model: SC3604
4. Jenama: NA
Model: ZGN-T06
5. Jenama: NA
Model: ZGN-T08
BACA: Ikuti 14 Saranan Jimatkan Elektrik Dari TNB, Untuk Elak Bil Melambung!
Kesemua 5 model extebnsion ini tidak dilengkapi dengan ciri-ciri dan mengikut piawaian keselaatan ditetapkan termasuklah di negara kita. Selain dilengkapi wayar yang nipis kesemua model (kecuali RU-S4) dilaporkan tidak dilengkapi fius yang menjadi sebahagian ciri penting keselamatan.
MASKULIN nasihatkan anda untuk berkongsi informasi ini agar ahli keluarga dan rakan-rakan tidak menggunakan produk yang tidak mencapai tahap keselamatan seperti yang ditetapkan oleh SIRIM. Ini kerana produk-produk ini boleh didapati dengan senang menerusi platform beli-belah secara online.
Nasihat kami, belilah produk yang mendapat kelulusan daripada SIRIM. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda.
Kredit: Bastille Post & World of Buzz
Misi #QuranHour Tampil Dengan Tiga Program Utama: World #QuranHour, Malaysia #QuranHour & World #QuranConvention

Di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini pelbagai program yang mengajak ke arah kebaikan dan ketuhanan sememangnya cukup disambut baik oleh orang ramai. Salah satu ibadah yang cukup memberikan keberkatan ialah membaca Al-Quran.
Saban tahun program #QuranHour telah membawakan program bacaan Al-Quran pada skala yang cukup besar. Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) berkolaborasi dengan rakan Sinergi Media Malaysia untuk menjayakan Misi #QuranHour melalui tiga program utama, iaitu World #QuranHour, Malaysia #QuranHour dan World #QuranConvention.
Sinergi tersebut telah disempurnakan pada satu Majlis Taklimat Sinergi Media Malaysia, di platform Zoom, pada 15 April 2022 yang lalu.
Lebih istimewa sesi taklimat tersebut turut oleh wakil media seperti TV AlHijrah, Astro, RTM, Bernama, Utusan TV, Utusan Malaysia, Sinar Harian, Kumpulan Media Karangkraf, Nu Ideaktiv, Zayan FM, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd, Media Prima, Harakah Daily dan Denaihati.com.
DUNIA BERSUJUD
Edisi World #QuranHour buat kali ketujuh ini tampil dengan tajuk “Dunia Bersujud”. Ia bakal disiarkan secara langsung di lokasi perdana, Studio TV AlHijrah, pada 24 Ramadan 1443H bersamaan 26 April 2022.
Manakala, Malaysia #QuranHour diadakan pada 30 Ogos 2022 dan World #QuranConvention pada 17 dan 18 Disember 2022.
Ketiga-tiga program utama tersebut turut dinaungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama daripada rakan sinergi termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Pusat Pelancongan Islam (ITC) sebagai penaja, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia, Rumah Ngaji, Sahabah Al-Quran badan kerajaan dan bukan kerajaan di dalam dan luar negara.
Manakala, Surah Al-Sajdah menjadi surah pilihan pada kempen gerakan membina sistem nilai melalui al-Quran dan Hadis (Thematic & Reconstruct) sepanjang tahun ini. Surah tersebut menjadi formula daripada Ilahi untuk meningkatkan rasa kehambaan kepada ALLAH, dan panduan penyatuan ummah melalui ekonomi dalam mencapai matlamat Dunia Berbudi & Penyayang.
TV AlHijrah sebagai penyiar utama mengalu-alukan semua rakan media untuk mengambil “live feed” World #QuranHour pada hari tersebut. Diharapkan stesen TV lain seperti Astro, RTM, Media Prima dan Bernama TV turut sama menyiarkan program ini serentak pada 26 April 2022, Selasa, pukul 12 hingga 1 tengah hari.
SECARA HIBRID
Sesi taklimat tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Sajdah yang dibimbing oleh Qari Ustaz Ahmad Tirmizi Ali. Manakala sesi tadabbur disampaikan oleh Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail.
Pengasas WUIF dan juga Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Dato’ Hussamuddin Yaacub dan Ketua Pegawai Eksekutif, WUIF, Marhaini Yusoff berkongsi maklumat mengenai penganjuran World #QuranHour 1443H/2022.
Sementara itu, TV Al-Hijrah yang diwakili oleh Pengurus Besar, Jabatan Kejuruteraan & Sokongan Penyiaran, Suffian Yahya dan Pengurus Penerbitan, Mohd Ashrudy Borhan memberi taklimat teknikal kepada rakan Sinergi Media.
Pada 2021, World #QuranHour yang diadakan secara hibrid mencatatkan 485 bilion capaian di media sosial, 2,700 lokasi berdaftar di dalam negara dan 42 lokasi luar negara.
Orang ramai termasuk keluarga, komuniti, agensi kerajaan, swasta dan NGO di dalam dan luar negara dijemput menyertai atau menganjurkan World #QuranHour 1443H di lokasi masing-masing dengan mendaftar Hotspot di https://bit.ly/REGWQH2022.
Pakistan Haramkan Adegan Atas Katil Disiarkan Di Semua Rangkaian Televisyen

Pihak berkuasa Pakistan telah mengambil langkah drastik dengan mengharamkan sebarang adegan penuh inbtimasi seperti di atas katil dan adegan panas antara pasangan ditayangkan di kesmeua televisyen di negaranya.
Pakistan yang merupakan negara yang majoritinya adalah umat Islam mengambil langkah drastik ini kerana adegan-adegan panas tersebut dikatakan tidak mengikuti budaya dan mencerminkan masyarakatnya yang sebenar.
Tindakan ini juga dikatakan sebagai susulan daripada aduan orang ramai yang mendakwa semakin banyak kandungan feminis yang menyinggung perasaan penonton.
Menurut pihak berkuasa yang mengawal regulasi penyiaran Pakistan, The Pakistan Electronic Media Regulatory Authority (PEMRA) mereka telah mengeluarkan amaran dan meminta semua rangkaian televisyen menghormati garis panduan dan tidak menyiarkan kandungan yang keterlaluan.
BACA: Hubungan Semakin Hambar, Hangatkan Hubungan Intim Dengan 4 Trik Ini
ADEGAN LAIN YANG TURUT DIHARAMKAN
Jelas mereka lagi penyiaran tanpa kawalan yang berlaku dalam drama Pakistan sebelum ini telah mengakibatkan ramai orang awam tidak senang dan melakukan aduan.
Antara adegan lain yang turut diharamkan ialah babak melibatkan keganasan, pemakaian kurang sopan, hubungan intim di luar perkahwinan, menggoda, di atas katil, penggunaan dadah dan momen sentuh-menyentuh antara pasangan.
PEMRA juga mendapati drama-drama yang berani mencabar garis panduan berkenaan sangat popular di kalangan penonton dan inilah yang membimbangkan pihak mereka.
Tahun lalu sebuah drama mengisahkan tragedi pembunuhan melibatkan seorang bintang media sosial menjadi drama paling popular di Pakistan.
MENYEKAT KEBEBASAN BERKARYA?
Adakah pendekatan dan ketegasan yang dibawa oleh pihak berwajib di Pakistan ini wajar dipuji atau ia dilihat sebagai langkah menyekat kreativiti seni pembikin drama?
Bagaimana dengan pendapat anda, adakah anda rasa ia satu tindakan yang sangat keras?
Bagi MASKULIN, kebebasan berkarya itu perlu ada. Namun dalam pada masa yang sama pembikin drama atau filem harus peka dengan sensitiviti masyarakat setempat. Mereka harus ingat setiap negara dan masyarakat mempunyai perkara taboo tersendiri.
Jika berani untuk melanggar apa jua garis panduan yang diberikan mereka juga harus berani untuk berdepan dengan apa jua akibatnya di masa akan datang sama ada dari pihak berkuasa atau masyarakat sendiri.
Jangan jadikan sesuatu perkara yang salah itu sebagai jalan untuk bebas dari sebarang kesalahan.
Sumber: TheNews