Ads

Pilates Untuk Lelaki, Fakta Mengejutkan & Kelebihan Hebat Yang Ramai Tak Tahu

Pilates untuk lelaki

Bila sebut tentang pilates untuk lelaki, ramai lelaki secara automatik akan rasa ia bukan untuk mereka. Ada yang menganggap ia terlalu perlahan, tidak mencabar atau lebih sesuai untuk wanita sahaja. Namun realitinya, persepsi ini sebenarnya jauh tersasar daripada fakta sebenar.

Hakikatnya, Pilates merupakan antara bentuk latihan yang paling ‘underrated’ dalam dunia kecergasan lelaki. Ia khususnya bagi mereka yang serius ingin membina kekuatan sebenar, mengelakkan kecederaan serta meningkatkan prestasi fizikal secara menyeluruh.

Pilates Untuk Lelaki Bukan Latihan Ringan, Tetapi Latihan Pintar

Pilates bukan sekadar regangan atau pergerakan perlahan. Ia merupakan satu sistem latihan yang menekankan kawalan otot, kestabilan, pernafasan serta koordinasi badan secara menyeluruh.

Menurut pakar fisioterapi Bill Kelly, “Pilates menawarkan gabungan kekuatan, fleksibiliti dan mobiliti yang menjadikannya sangat efektif untuk lelaki dari semua peringkat kecergasan.”

Ini bermakna, pilates bukanlah pengganti kepada latihan di gimnasium, sebaliknya ia berfungsi sebagai pelengkap yang mampu meningkatkan kualiti latihan secara keseluruhan.

Pilates Untuk Lelaki, Fakta Mengejutkan & Kelebihan Hebat Yang Ramai Tak Tahu
Foto: Vibe Pilates Studio

Bina Kekuatan Sebenar, Bukan Sekadar Otot Besar

Ramai lelaki terlalu fokus kepada pembinaan otot besar, tetapi mengabaikan kekuatan asas badan. Pilates memberi penekanan kepada otot teras seperti transverse abdominis dan obliques yang memainkan peranan penting dalam kestabilan tulang belakang.

Kajian dalam jurnal perubatan menunjukkan bahawa latihan pilates mampu meningkatkan aktivasi otot teras secara signifikan, sekali gus membantu memperbaiki postur dan pergerakan harian.

Ini adalah jenis kekuatan yang bukan sahaja penting untuk kecergasan, tetapi juga untuk mengelakkan kecederaan dalam jangka panjang.

Tingkatkan Fleksibiliti dan Mobiliti

Antara kelemahan utama kebanyakan lelaki adalah tahap fleksibiliti yang rendah. Otot yang terlalu tegang bukan sahaja mengganggu pergerakan, malah meningkatkan risiko kecederaan.

Kajian menunjukkan bahawa latihan Pilates memberikan peningkatan fleksibiliti yang lebih baik berbanding latihan core biasa.

Dengan meningkatkan julat pergerakan (range of motion), tubuh menjadi lebih efisien, stabil dan mampu bergerak dengan lebih baik dalam aktiviti harian serta sukan.

Pilates Untuk Lelaki, Fakta Mengejutkan & Kelebihan Hebat Yang Ramai Tak Tahu
Foto: Fitboutique

Kurangkan Risiko Kecederaan

Bagi mereka yang aktif melakukan latihan intensif seperti angkat berat atau larian jarak jauh, Pilates untuk lelaki boleh menjadi ‘support system’ yang sangat penting.

Ads

Ia membantu menguatkan otot kecil yang berfungsi sebagai stabilizer, memperbaiki alignment badan dan mengurangkan tekanan berlebihan pada sendi.

Kajian sistematik mendapati Pilates mampu memperbaiki postur serta mengurangkan ketidakseimbangan otot, sekali gus menurunkan risiko kecederaan.

Tingkatkan Prestasi Sukan

Pilates juga digunakan secara meluas oleh atlet profesional kerana keupayaannya meningkatkan keseimbangan, koordinasi dan ketahanan otot.

Dalam beberapa kajian, latihan Pilates didapati membantu meningkatkan prestasi fizikal termasuk endurance dan kecekapan pergerakan.

Ini kerana Pilates melatih badan untuk bergerak sebagai satu sistem yang lengkap, bukan secara terasing seperti sesetengah latihan lain.

Pilates Untuk Lelaki, Fakta Mengejutkan & Kelebihan Hebat Yang Ramai Tak Tahu
Foto: Bristol Pilates Studio

Sesuai Untuk Gaya Hidup Moden

Realitinya, ramai lelaki hari ini menghabiskan masa yang lama duduk di pejabat. Gaya hidup sedentari ini sering membawa kepada masalah seperti sakit belakang, postur tidak betul dan otot teras yang lemah.

Pilates untuk lelaki memberi fokus kepada pengukuhan otot teras serta penjajaran badan, sekali gus membantu mengurangkan masalah tersebut.

Ads

Ia juga membantu meningkatkan kesedaran terhadap pergerakan badan, sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan harian.

Baik Untuk Kesihatan Mental

Selain manfaat fizikal, Pilates juga mempunyai impak positif terhadap kesihatan mental. Dengan penekanan terhadap teknik pernafasan dan kawalan pergerakan, latihan ini membantu mengurangkan tekanan serta meningkatkan fokus.

Kajian dalam bidang gaya hidup menunjukkan bahawa latihan berasaskan mind-body seperti Pilates mampu membantu mengurangkan stres dan meningkatkan kesejahteraan emosi.

Tidak Perlu Fleksibel Untuk Bermula

Salah satu mitos terbesar tentang Pilates adalah ia hanya sesuai untuk individu yang sudah fleksibel.

Hakikatnya, Pilates untuk lelaki direka untuk semua tahap kecergasan. Sama ada anda seorang beginner atau atlet berpengalaman, latihan ini boleh disesuaikan mengikut keupayaan masing-masing.

Malah, individu yang kurang fleksibel sebenarnya berpotensi mendapat manfaat yang lebih besar.

Pilates Untuk Lelaki, Fakta Mengejutkan & Kelebihan Hebat Yang Ramai Tak Tahu
Foto: Pole Star Pilates

Lebih Daripada Sekadar ‘Workout Kurus’

Pilates sering disalah anggap sebagai latihan untuk mendapatkan tubuh kurus semata-mata.

Ads

Namun sebenarnya pilates untuk lelaki memberi manfaat yang lebih luas seperti meningkatkan ketahanan otot, memperbaiki fungsi badan dan membantu pergerakan menjadi lebih efisien.

Ia mungkin tidak memberikan kesan ‘pump’ seperti latihan di gim, tetapi hasilnya lebih kepada kualiti pergerakan dan kesihatan jangka panjang.

BACA: 5 Tip Memilih Compression Tights Agar Kualiti Larian Lebih Maksima

Impak Kekuatan & Mobiliti

Pilates untuk lelaki bukan sekadar sesuai, malah ia adalah antara latihan yang sangat penting untuk mereka yang serius tentang kecergasan.

Ia mungkin tidak kelihatan mencabar pada pandangan pertama, tetapi impaknya terhadap kekuatan, mobiliti, keseimbangan dan kesihatan keseluruhan adalah sangat besar.

Dalam dunia kecergasan hari ini, lelaki tidak lagi hanya mengejar saiz otot semata-mata.

Sebaliknya, mereka semakin memahami kepentingan fungsi badan, ketahanan jangka panjang dan keseimbangan antara fizikal serta mental.

Dan dalam konteks itu, Pilates untuk lelaki bukan lagi pilihan opsyen, ia adalah satu keperluan.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
Oppo Find X9 Ultra

Oppo Find X9 Ultra Dilancarkan, Kamera Hasselblad Empat Lensa Jadi Taruhan...

Oppo Find X9 Ultra hadir dengan kamera Hasselblad empat lensa, sensor 200MP dan prestasi ultra premium. Ketahui spesifikasi, harga dan kelebihan model flagship ini.