Nak sihat tanpa memiliki kulit berkedut? Wajib mengambil makanan yang sihat. Perbanyakkan pengambilan sumber makanan yang mengandungi vitamin C, kurangkan lemak dan karbohidrat bagi mendapatkan kulit yang lebih sihat dan awet muda.
Makanan antioksidan seperti ikan, buah-buahan dan juga sayur-saturan akan membantu menjaga kesihatan kulit serta mengatasi masalah kulit berkedut. Pengambilan karbohidrat kompleks seperti gandum, pasta dan protein sihat sangat disarankan.
PENGAMBILAN VITAMIN TAMBAHAN
Krim anti aging biasanya mengandungi vitamin C dan vitamin E. Tetapi adalah lebih baik jika mengambil antioksidan tersebut dari dalam.
Pengambilan makanan kaya vitamin, mineral selenium boleh menjaga kulit dari kerosakan yang disebabkan oleh sinaran matahari. Malahan zat-zat tersebut juga mampu melawan tanda-tanda penuaan seperti kulit berkedut serta perubahan warna kulit.
Ads
Buah-buahan dan sayur-sayuran segar seperti strawberi, oren, lemon, avokado dan lada benggala mampu membentuk kolegan yang dapat menegangkan kulit, terutama pada bahagian perut.
HINDARI SINARAN MATAHARI
Kerosakan kulit juga boleh disebabkan oleh sinaran matahari. Jadi, sebab itulah sangat penting melindungi kulit dari sinaran matahari.
Pilihlah produk pelindung sinaran matahari yang mengandungi zinc oxide, titanium dioxide atau avobenzon. Krim pelindung yang mengandungi SPF 30 atau lebih adalah pilihan terbaik.
Ads
Jika perlu, pakailah topi, baju berlengan panjang dan elakkan terkena sinaran cahaya matahari secara langsung sekitar jam 10 pagi hingga ke jam 2 petang kerana pada ketika itu sinarannya terlalu panas.
BERSENAM DENGAN TERATUR
Ads
Jika sebelum ini jarang bersenam, sebaiknya cubalah jadikan bersenam sebagai salah satu aktiviti harian. Ini adalah kerana bersenam punya banyak kebaikan kepada setiap bahagian badan, termasuklah untuk mencegah kulit berkedut.
Bersenam dapat meningkatkan perjalanan darah dan membantu memelihara kesihatan kulit. Pengaliran darah akan membawa nutrisi dan okisigen, sehingga dengan mudah menghasilkan kolegan yang akan memperlambatkan proses penuaan.
TIDUR PERLU CUKUP
Malahan, peluh yang keluar setelah bersenam juga tidak akan menyumbat liang pori-pori. Selepas bersenam, jangan lupa untuk mencuci muka dan hindari pemakaian headband yang terlalu ketak kerana akan membuatkan peluh berkumpul dan boleh menyebabkan kegatalan.
Sebelum masuk tidur, perhatikan kulit muka. Jika terdapat lingkaran hitam di bawah mata, kulit pucat dan mata sembab, ia menunjukkan bahawa kita kurang rehat dan tidur.
Tidur selama 7-8 jam pada setiap malam akan membuatkan badan dan kulit menjadi sihat serta bebas dari masalah kulit berkedut.
Selain itu, perhatikan juga gaya atau posisi tidur kita. Jika muka selalu tersembam ke bantal dan bertahun-tahun selalu tidur dalam posisi yang sama, kulit akan jadi berkedut kerana selalu tertekan bantal. Sebaiknya, tidur telentang agar kulit muka kita boleh bernafas.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bahan larangan yang biasa dikesan dalam produk tradisional seperti maajun atau jamu tidak berdaftar adalah bahan aktif bagi ubat terkawal yang hanya boleh dibekalkan oleh pengamal perubatan berdaftar atau oleh ahli farmasi.
Antara bahan larangan yang dikesan adalah ubat tahan sakit seperti phenylbutazone, ibuprofen dan diclofenac, steroid seperti dexamethasone dan prednisolone, ubat rawatan kencing manis seperti metformin dan glibenclamide. Bahan larangan ini bergantung kepada tuntutan perubatan yang diisytiharkan pada produk itu. Antara tuntutan lazim bagi produk tradisional adalah rawatan sakit tulang, sendi, menambah tenaga dan meningkatkan selera makan.
Pengguna yang mengambil produk tradisional yang dicampur racun terdedah kepada risiko kesan sampingan kerana kuantiti yang dimasukkan ke dalamnya adalah tidak konsisten dan boleh menjadi terlalu tinggi atau rendah. Pada awalnya pengguna akan merasakan produk itu berkesan dan memberi kesan diingini, namun akhirnya mengalami kesan buruk pengambilan produk.
Kesan sampingan dialami mungkin berbeza antara seorang pengguna dengan pengguna lain bergantung kepada faktor seperti taraf kesihatan, gaya hidup dan pemakanan. Tempoh masa untuk pengguna itu menunjukkan kesan sampingan dan tahap keseriusannya juga berbeza.
Kesan sampingan dialami akibat pengamblan steroid seperti selera makan yang luar biasa, sembab yang ketara (oedema), luka lambat sembuh, meningkatkan tekanan darah, kerosakan buah pinggang dan Cushing’s Syndrome.
Kesan pengambilan Phenylbutazone pula menyebabkan pendarahan dalam perut, kesan melecur pada kulit, kabur penglihatan, kegagalan buah pinggang dan Steven-Johnson Syndrome. Pengambilan ubat Anti-Inflamatori Bukan Steroid (NSAIDS) pula menyebabkan gastrik, pendarahan dalam perut dan kerosakan buah pinggang
Pengguna yang mengalami kesan sampingan seperti di atas atau mengalami kesan segera apabila menggunakan produk maajun atau jamu tradisional dinasihatkan berhenti menggunakan produk dan mendapatkan nasihat dan rawatan pengamal perubatan berdaftar.
Sila bawa bersama produk diambil untuk memudahkan pengesanan. Pengguna juga boleh melaporkan salah laku berhubung penjualan produk tidak berdaftar kepada pejabat Cawangan Penguatkuasa Farmasi di negeri masing-masing sama ada dengan datang sendiri, melalui surat atau telefon ke Bahagian Perkhidmatan Farmasi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kita selalu disyorkan untuk tidur tujuh hingga lapan jam setiap hari, atau tidur lebih awal dan bangun lebih cepat. Namun entah kenapa, sukar sekali melaksanakan kebiasaan tidur yang teratur. Padahal, cadangan ini diberikan bukan tanpa alasan.
Bila mengetahui bahawa tidur lebih cepat menawarkan banyak keuntungan seperti menurunkan berat badan atau membuat anda lebih produktif di pejabat, masakan anda masih tidak mahu mengusahakannya? Bila tak percaya, cuba lihat beberapa keuntungan mengelakkan tidur larut malam ini ini.
7 Kebaikan Lelaki Tidur Awal
Berat Badan Turun
Orang yang suka berjaga malam akan cenderung makan hingga larut malam, dan makan pun sebenarnya tidak kerana lapar,” kata Evelyn Tribole, MS, RD. Ia memberi amaran bahawa makan lewat dari jam makan malam akan menyebabkan kalori disimpan di dalam tubuh. Di samping itu, apabila anda ingin menikmati makanan tertentu pada malam hari, biasanya anda akan melewatkan sarapan pada esok harinya.
AKIBATNYA TENAGA ANDA AKAN BERKURANGAN DAN CENDERUNG AKAN MAKAN BERLEBIHAN PADA SIANG HARINYA, DEMIKIAN MENURUT RAFAEL PELAYO, MD, SEORANG PROFESOR DARI SLEEP MEDICINE DI STANFORD UNIVERSITY.
Tidur Lebih Mudah
Pelbagai kajian menunjukkan bahawa kebiasaan tidur larut malam, apalagi hingga dini hari, boleh menyebabkan insomnia. Selain jadi lebih susah untuk tidur, anda juga menjadi lebih sukar tetap dalam keadaan tidur. Sangat tidak menyenangkan bukan, ketika anda terbangun pada malam hari dan mengalami kesukaran untuk kembali tidur?
Lebih Produktif Pada Pagi Hari
Anda boleh saja mengaku sudah biasa berjaga, namun tak seorang pun diprogramkan secara biologi untuk berjaga hingga larut malam, demikian menurut Pelayo. Dengan tidur lebih cepat, anda pun akan bangun dengan keadaan segar dan dengan tenaga yang lebih tinggi.
KEADAAN INI TENTU MEMBUAT ANDA MAMPU MELAKUKAN APA APA AKTIVITI ANDA DENGAN LEBIH PRODUKTIF. SEKADAR INFO, PENGERASAN PEMBULUH DARAH ARTERI MERUPAKAN SALAH SATU GEJALA AWAL PENYAKIT JANTUNG.
Lebih Bertenaga
“Mereka yang terpaksa baru boleh tidur pagi hari (misalnya, pekerja shift malam) sebenarnya tidak pernah benarbenar biasa dengan kitaran hidupnya,” ujar Kathy R. Gromer, MD, dari Minnesota Sleep Institute.
KERAPKALI, MENURUT GROMER, PARA PEKERJA SEPERTI INI HANYA TIDUR SELAMA DUA ATAU TIGA JAM PADA PAGI HARI, DAN BUKANNYA MENGALAMI FASA TIDUR LELAP YANG PANJANG.
Hal ini tentu akan membuat fizikal mereka tak pernah bugar seluruhnya.
Boleh Bersukan Dengan Lebih Baik
Sebuah kajian yang diadakan oleh Stanford University meminta sekumpulan atlet meningkatkan jam tidurnya hingga 10 jam semalam selama enam minggu.
HASILNYA, PRESTASI MEREKA KETIKA LATIHAN MENINGKAT. KALAU SUDAH BEGINI, ANDA TAK PERLU LAGI PERSONAL TRAINER UNTUK MENCAPAI TUJUAN LATIHAN ANDA KAN?
Tidak mengalami kesan kafein
Biasanya kita minum kopi untuk tetap terjaga, namun akibatnya kita tidak boleh tidur nyenyak kerana kafein sedang bekerja melalui sistem tubuh kita. Kemudian, kita kembali minum kopi pada pagi hari untuk melawan mengantuk akibat tidur larut malam dan tidak nyenyak. “Kafein itu akan berlangsung 10 jam, ertinya, hanya akan hilang separuh 10 jam selepas anda meminumnya,” kata Gromer.
DENGAN TIDUR LEBIH AWAL ANDA AKAN MEMBEBASKAN DIRI DARI KITARAN KOPI YANG TAK MENYENANGKAN INI.
Jantung Yang Lebih Sihat
Para penyelidik di Misao Health Clinic di Gifu, Jepun, mengatakan bahawa sukarelawan dalam sebuah kajian yang baru tidur setelah lewat tengah malam diketahui mempunyai pengerasan pembuluh darah daripada mereka yang terbiasa tidur lebih awal.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Untuk peminat muzik Korea anda pasti kenali jejaka yang bernama Lee Changmin. Lelaki ini debut di bawah label JYP yang juga merupakan Syarikat kumpulan wanita Wonder Girls. Dalam sebuah rancangan televisyen di Korea Selatan, Changmin telah memberitahu pengacara dan artis jemputan yang lain berkenaan berat badannya sebelum beliau menjadi seorang artis. Pada ketika itu berat beliau hampir mencecah 120kg. Bila bertanya berapa lama beliau mengambil masa untuk turunkan berat badan, jawapannya adalah 30kg dalam masa 6 minggu! Menarik kan?
“ketika itu JYP(Syarikat muzik) tidak mahu ambil saya kerana fizikal saya yang kurang menarik. Mereka berkata jika saya mahu menyertai Syarikat tersebut, saya harus menurunkan berat badan, walaupun saya ada bakat dalam nyanyian.”
Walaupun kecewa selepas di tolak sebegitu, namun ia tidak mematahkan semangat Changmin dalam menurunkan berat badan. Kerana kekangan masa, beliau hanya mempunyai 3 minggu untuk kuruskan badan.
Pada awalnya beliau akui yang beliau mahu melupakan niat untuk menjadi penyanyi dan berpindah pada bidang lain, namun dia berasa bakal yang beliau miliki akan menjadi sia-sia hanya kerana beliau gemuk.
Dan hasilnya tentulah hari ini seperti yang anda lihat di dada-dada akhbar betapa sado dan berketaknya tubuh badan dari penyanyi bersuara lunak ini.Semangat dan sifat Changmin yang kita mahukan. Berputus asa merupakan jalan terakhir untuknya. Kerana itu hari ini beliau berjaya dalam bidang yang beliau ceburi.
Pemakanan yang seimbang saja bukan jalan untuk anda menurunkan berat badan, namun semangat dan disiplin juga merupakan perkara utama untuk anda capai bentuk badan yang cantik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.