Kesihatan mental atau rohani adalah sesuatu yang perlu seiring dengan kesihatan fizikal. Dan ia sepatutnya seiring kerana kesihatan rohani boleh mempengaruhi fizikal. Misalnya stress membebaskan hormon yang boleh memberi kesan kepada organ dalaman, sekaligus membawa kesan buruk kepada kesihatan secara keseluruhan.
Berfikiran positif juga menjadi kunci untuk sentiasa sihat dan sembuh dengan Shaklee. Shaklee bukan ubat magik yang boleh menjadikan anda sihat, terus sihat dan kekal sihat tanpa sokongan dari faktor2 lain. Faktor yang paling utama ialah keimanan bahawa yang memberi kesembuhan dan kemudahan adalah Tuhan, dan Shaklee adalah wasilahnya.
1. Mengisi jiwa dengan santapan rohani
Santapan rohani selain dari beribadah, berzikir, mengingati Tuhan.. juga termasuk banyak berfikir, bertanya, membaca, mengulangkaji bagi menambah pengetahuan. Makan supplement dengan pengetahuan jauh lebih baik dan berkesan daripada makan supplement buta-buta tanpa pengetahuan. Pengetahuan yang pertama ialah tentang healing crisis – krisis penyembuhan. Tanpa ilmu tentang krisis penyembuhan, seseorang itu dengan mudahnya menyalahkan supplement yang diambilnya sebagai ‘tidak serasi’, ‘tidak berkesan’, ‘buat aku jadi makin sakit’, sedangkan krisis penyembuhan adalah satu petanda yang sangat baik!
2. Sentiasa mencari peluang, bukan alasan
Peluang menjadi sihat tidak datang kepada semua orang. Misalnya penduduk di negara miskin dan kawasan miskin, mereka tiada pilihan. Kebuluran melanda, mereka tentunya tidak boleh memilih untuk makan burger atau makan nasi. Kita di sini mempunyai peluang untuk lebih sihat dan mengamalkan cara hidup yang sihat. Misalnya pengambilan vitamin C dan vitamin E sebagai antioksidan untuk mencegah kerosakan sel hasil dari pencemaran udara. Apabila tersedia vitamin C dan E untuk dinikmati dengan lebih mudah (dalam bentuk supplement), peluang untuk kita hidup lebih sihat semakin cerah.
Ads
3. Berhenti menyalahkan
Apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku, kita mudah untuk menyalahkan orang lain. Ini bukan saja tidak sihat, malah menjadikan kita nampak bodoh, terutama jika kesalahan itu dengan jelas menunjukkan kitalah puncanya, tapi masih nak salahkan orang. Berhenti! Ambil rasa tanggungjawab itu. Kalau kita menghadapi masalah kerana kurang minum air, akuilah itu kerana kesilapan kita, bukan orang lain. Melainkan kalau syarikat bekalan air menyekat aliran air ke rumah, mungkin kita boleh salahkan mereka.
4. Buat, bukan keluh
Badan sakit, badan penat, badan lesu… Carilah cara untuk mengatasinya. Mengeluh setiap masa tentang kesakitan, kepenatan, kelesuan tidak akan menjadikan anda bertenaga dan sihat.
Ads
5. Bergantunglah kepada Allah
Anda mungkin dah habiskan beribu-ribu untuk mendapatkan kesihatan yang optimum, tapi masih juga sakit. Maka kembalilah kepada yang memberi nikmat sihat dan ujian sakit. Seperti yang saya katakan, rohani dan fizikal saling berkaitan. Anda cuma mengambil supplement untuk tubuh, tapi lupa supplement jiwa. Roh kita bukan saja perlukan supplement, tapi makanan2 asas untuknya. Ini tidak, tubuh kita saja yang makan macam2, supplement macam2… tapi roh kebuluran. Pastikan semuanya cukup makan ya.
Ads
Insya-Allah, anda akan berasa lebih tenang, lebih yakin dan lebih positif. Yang pastinya dengan berfikiran positif, anda akan berasa lebih sihat!
sumber: vitaminsemulajadi.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Anda pasti akan capai satu situasi dimana anda akan berhadap dengan berat badan plateau atau ketika ini berat badan anda tidak boleh turun sehingga beberapa tempoh. Perut merupakan bahagian badan yang paling susah untuk lemaknya dihapuskam. Pada saat ini, ada antara anda pasti sudah menyerah kalah dan tidak mahu meneruskan diet anda. Sains dirujuk sebagai satu perkara yang boleh anda jadikan panduan agar secara teorinya dapat dizahirkan dan anda akan mendapat manfaat melaluinya.
Duit sebagai ganjaran
Jika anda perhatikan corak perjalanan diet hari ini, kebanyakan program diet yang memberi hadiah berupa wang tunai sering menjadi ikutan. Ini kerana mereka yang sedang cuba untuk menurunkan berat badan akan menjadikan wang tunai sebagai habuan untuk mereka menurunkan berat badan. Namun, bukan semua individu yang masuk ke dalam program seperti ini berniat untuk menang, sesetengah daripadanya tidak mendapat pulangan pun. Ia hanya untuk membakar semangat agar anda akan terus mara kehadapan. Sains mendapati permainan minda ini sebenarnya untuk mengembalikan mind set anda agar fokus anda tidak lari.
Bersenam secara berpasukan
Berjuang untuk kurus dan menghilangkan lemak perut bukan satu perkara yang mudah!Satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Brown University menyatakan bahawa penurunan berat badan lebih berkesan jika seseorang mendapat sokongan positif dari rakan sebaya.Dalam kajian yang dijalankan di Eropah, mereka yang berjaya menurunkan berat badan biasanya dari kalangan mereka yang berada di dalam 1 kumpulan. Disini, rakan-rakan seperjuangan bersifat memberi sokongan antara satu sama lain agar goal bisa tercapai. Berbeza jika anda melakukan senaman sendirian, fokus anda akan terganggu dan matlamat anda akan tersasar. Jadi, bersenam dalam pasukan, agar mendapat result lumayan!
Makan mengikut portion
Ramai yang menyangkakan bahawa makan mengikut sukatan dianggap seperti memalukan. Ini permainan minda, merancang sesuatu bukanlah satu perkara yang memalukan, bahkan ia sesuatu yang bagus kerana ia menunjukkan bahawa anda seorang yang cekal terhadap goal anda. Sukatan pemakanan membantu anda untuk makan dengan teratur dan mendisiplinkan anda. Jadi, anda tidak akan silap dalam mejaga kalori harian anda. Jika anda kerap lakukan ini, result anda akan lebih dari apa yang anda harapkan.
Jangan skip meal anda
Skip meal anda akan menjadikan berat badan anda akan naik secara mendadak. Ramai yang beranggapan kurang makan dapat menurunkan berat badan. Ramai yang skip meal menghadapi masalah tidak dapat menurunkan berat badan. Tambahan lagi, jika anda menahan diri dari lapar bukan hanya menjadikan berat badan anda naik, malah anda juga anda menghadapi kemurungan. Jadi jangan tahan lapar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Wanita seringkali mengeluarkan statement bahawa lelaki lelaki melayu tidak tahu erti romantik. Lelaki di Malaysia selalu di label ego. Namun hakikatnya, lelaki melayu tidak pandai menunjukkan kasih sayangnya secara terang-terangan. Kalau nak dibandingkan dengan lelaki barat, mereka lebih cenderung kepada sifat menunjuk-nunjuk kasih sayang. Tengok saja kelakuan mereka jika mereka ingin melamar teman wanita mereka, sungguh romantis. Angan-angan wanita tak akan jadi kenyataan, kerana lelaki melayu tidak dapat memuaskan hati anda dengan aksi-aksi gula macam tu. Namun, ini yang mungkin wanita terlepas pandang, bahawa lelaki melayu juga punya tahap romantisnya yang tersendiri.
Alihkan barang
Sebagai contoh ketika wanita sedang mengemas rumah, kebanyakkan lelaki Melayu tidak akan ikut campur urusan rumah. Ini kerana bagi mereka, tanggungjawab isteri adalah mengemas rumah. Namun dalam pada wanita tidak perasan, ketika sedang vacuum lantai ruang tamu, lelaki yang sedang ralit dengan tv atau telefon pintar akan mengalihkan barang-barang yang berdekatan dengannya seperti majalah yang jatuh di atas lantai, atau apa saja yang lokasinya di lantai. Tindakkan mereka terlalu santai sehingga wanita tidak perasan langsung.
Bawa Makan Luar
Lelaki yang menyayangi pasangannya, pasti tahu penat lelah pasangan mereka. Ini dapat dilihat dari sifat mereka yang rajin membawa pasangan keluar makan. Kalau biasa kita ke gerai mamak atau mana-mana gerai, pasti penuh dengan pasangan melayu kan? Ini kerana, lelaki Melayu tidak tahu bagaimana untuk menunjukkan kasih sayang, maka dengan belanja pasangan makan di luar sudah romantis bagi mereka. Jangan harapkan lelaki akan bawak pasangan ke candle light dinner, itu jarang akan berlaku pada pasangan melayu.
Hantar sebelum tengah malam
Ini bagi pasangan yang masih belum berkahwin. Mengapa kami cakap macam ni? Seorang lelaki yang bertanggungjawab, tahu hukum dan adat, pasti akan menghantar anak dara orang balik pada waktunya. Fakta yang ni bukanlah tepat 100%, namun wanita yang mempunyai teman lelaki bersifat sebegini, sila jangan lepaskan ye.
Sabar
Seorang lelaki yang penyayang akan bertahan dengan pasangan mereka tak kira apa pun yang terjadi. Seperti contoh kalau di pusat membeli-belah dan anda melihat pasangan sedang bertekak, Cuba anda perhatikan lelaki tersebut, mereka akan bertindak membatukan diri. Ini kerana mereka lebih memilih untuk diam kerana tidak mahu keruhkan keadaan. Di sini biasanya wanita menganggap bahawa lelaki tersebut pengecut dan terlalu mengikut kata pasangan. Namun ini cara mereka menjaga aib pasangan di khalayak ramai.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Penggunaan sumber semula jadi sama ada sayur-sayuran, buah-buahan atau tumbuhan penghias laman yang ada manfaat kesihatan dan kecantikan juga akan menjimatkan belanja kerana anda tidak perlu ke salun atau ke kedai untuk mendapatkan sesuatu produk. Cara tradisional ini akan menjadikan kulit anda semakin gebu dan bersih setiap masa. Jika diamalkan selalu, anda akan mendapat kesan seperti yang diinginkan. Antara rawatan tradisional yang boleh dilakukan ialah.
Wajah bersih dan cerah
Gunakan daun lidah buaya dan susu untuk mendapatkan wajah bersih dan cerah. Caranya amat mudah dengan mengambil lendir lidah buaya dan dicampurkan dengan susu. Ramuan ini kemudian disapu ke wajah, biarkan hingga kering dan dibilas dengan air suam supaya kotoran atau cela keluar.
Melembapkan wajah
Untuk melembapkan kulit wajah, ambil buah pisang dan oleskan ke wajah seperti krim. Biarkan ia kering kemudian bilas dengan air bersih. Untuk kesan yang lebih baik, lakukan sekerap mungkin kerana bahan ini amat elok untuk kecantikan kulit supaya kelihatan lebih gebu.
Menyegar dan memutihkan wajah
Limau nipis dan telur dapat dimanfaatkan dan dijadikan ramuan tradisional untuk membuat kulit wajah putih dan segar.
Caranya dengan memerah air limau nipis dan dicampurkan dengan kuning atau putih telur (pilih salah satu), kemudian sapukan ke keseluruhan wajah selama beberapa minit hingga ia kering. Sebaik kering, bilas dengan air suam. Lakukan sekerap mungkin untuk kesan yang ketara.
Wajah berminyak
Untuk menangani masalah ini, ambil potongan limau nipis dan tomato. Racik tomato hingga halus dan perahkan sedikit limau nipis. Sapukan secara lembut pada muka. Lakukan berulang kali pada seluruh wajah dan bilas.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Temui 5 kelebihan luar biasa hiking untuk lelaki cara hebat untuk bina mental toughness, kekal fit, dan nikmati ketenangan minda. Hiking bukan sekadar panjat bukit, tapi gaya hidup lelaki kuat.