Sikap obses dan terlalu mempercayai sesuatu produk boleh menyebabkan kerugian pada diri sendiri. 10 mitos nak kacak ini selalu kita buat dan percaya, namun sebenarnya boleh menyebabkan keadaan lebih teruk apabila mempercayainya.
1. Terlepas membasuh wajah punca bintik hitam
Ya Betul! Jika anda tidak membasuh wajah, minyak akan terkumpul pada liang pori sekaligus mengumpul kekotoran sehingga membentuk bintik hitam. Tapi jika anda terlampau kerap membasuh wajah terutamanya pencuci yang mengandungi bahan penyental, ia akan membuatkan wajah anda menjadi lebih teruk. Kulit akan kurang kelembapan semulajadi dan akan menjadikan kulit mengalami iritasi.
2. Syampu anti-kelemumur boleh menghapuskan kepingan kelemumur
Ada sesetengah syampu memang berkesan menghapuskan kepingan kelemumur pada kulit kepala. Tetapi, menggunakan syampu yang sama setiap hari tidak memberi kesan yang ketara untuk masalah ini. Malah, syampu khusus kelemumur lebih banyak kandungan bahan kimia. Rawatan anti-kelemumur setiap hari akan mengeringkan kulit kepala. Lebih baik mengantikan syampu anda kepada syampu biasa untuk kegunaan rutin tanpa masalah. Tambahan pula, masalah kulit kepala menandakan anda kurang pengambilan vitamin B.
3. Tekanan merupakan punca rambut beruban
Terdapat bukti bahawa tekanan mencetuskan radikal bebas yang boleh mempengaruhi pengeluaran atau menggalakkan pelunturan melanin iaitu pigmen yang bertanggungjawab untuk warna rambut. Namun, uban bukan berlaku semalaman. Jika benar spekulasi ini, tekanan hanyalah mempercepatkan proses yang tidak dapat dielakkan ini.
Ads
4. Berus gigi setelah makan menguatkan gigi
Bunyi seakan idea yang sangat baik untuk mengelakkan nafas berbau dan mengelak sisa makanan di celah gigi. Secara realiti, memberus sebaik saja makan akan meningkatkan hakisan enamel kerana makanan berasid dan minuman yang kita ambil. Disebabkan itu, doktor mengesyorkan anda menunggu 30 minit atau sejam sebelum boleh memberus gigi.
5. Lebih banyak krim pencukur lebih baik
Sebenarnya, sedikit lebih baik. Yang penting, cari produk yang mempunyai buih yang berkesan dan ‘mesra’ kulit untuk melindungi lapisan kulit dari tercedera terkena bilah pencukur.
Ads
6. Kulit berminyak perlu menggunakan pelembap
Pelembap membantu mengekalkan kelembapan semulajadi kulit. Jika disapu pada kulit yang berminyak, ia akan kelihatan lebih kotor dan lebih berkilau! Sebelum mahu menggunakan pelembap yang berasaskan air ini, adalah penting anda membersihkan wajah terlebih dahulu.
7. Topi punca kepala botak
Ianya benar jika anda menggunakan topi 24 jam yang boleh memberi rasa kurang selesa dan menyekat perjalanan darah pada kulit kepala! Hakikatnya, botak adalah disebabkan oleh faktor genetik yang mungkin datangnya dari ayah, ibu atau datuk anda. Genetik tetap genetik melainkan anda seorang saja yang botak di dalam ahli keluarga, ia mungkin punca kegagalan anda menjaga rambut.
Ads
8. Mencukur dari bawah ke atas boleh elak iritasi
Ramai menyangka mencukur dari atas turun ke bawah akan menyebabkan kecederaan. Walhal, perkara sebetulnya adalah mencukur mengikut arah pertumbuhan rambut halus ini.
9. Makan coklat punca kulit berjerawat
Punca pertumbuhan jerawat tidak ada kena mengena dengan makanan ringan seperti coklat. Semuanya adalah disebabkan oleh faktor perubahan hormon tumbesaran. Maka, jangan takut untuk mengambil coklat yang dikatakan dapat membantu memberi emosi yang baik buat anda.
10. Mencukur akan menyebabkan bulu tumbuh lebih tebal dan cepat
Bulu dikawal oleh genetik bukan pencukuran. Bayangkan jika anda takut untuk mencukur kerana gusar menjadi seperti ‘orang gua’, hakikatnya anda tetap menjadi ‘orang gua’ kerana tidak mencukur! Kerap mencukur tidak ada kena-mengena dengan pertumbuhan yang semakin banyak sebaliknya bulu mungkin semakin hitam dan tebal kerana faktor usia dan genetik anda.
Sebagai seorang lelaki yang segak anda perlu sentiasa menjaga penampilan diri dan kesihatan tubuh. Jangan terlalu mempercayai mitos. Apa pun, cara yang betul boleh membantu anda menjaga diri dengan lebih baik. Bukankah penampilan melambangkan karakter anda? Lakukan, lakukan dengan betul!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memandu kereta sendiri adalah menjadi pilihan utama ramai orang untuk menuju ke destinasi yang hendak dituju. Ini kerana ia lebih selesa, kebebasan begrak, mudah untuk membawa bagasi.
Ramadhan dan syawal bakal tiba pasti ramai sudah merancang perjalan untuk pulang kekampung. Kebanyakan perjalanan mengambil masa yang lama untuk sampai kedestinasi yang dituju. Mengantuk adalah salah satu simpton yang sering dihadapi bagi pemandu kenderaan dalam perjalanan yang jauh. Tips untuk mengelak mengantuk semasa memandu.
1. Rancang perjalanan anda
Pilih waktu yg sedikit sejuk seperti selepas subuh. Suasana pagi yang sejuk dan daun menghijau disepanjang perjalanan baik untuk kesegaran mata. Matahari yang terik menyebabkan mata menjadi letih dan menjadikan kita lebih cepat mengantuk.
2. Rehat secukupnya sebelum memulakan pemanduan
Jangan terburu-buru untuk pulang ke kampung. Ambil cuti lebih awal untuk merehatkan diri sebelum memulakan perjalanan agar badan terasa segar.
3. Mengambil minuman isotonic atau kafein
Diakui badan akan terasa letih dan mata mula mengantuk apabila bendalir dalam badan berkurang. Air isotonic mampu mengembalikan electrolyte dalam badan. Kafein pula akan membantu menghilangkan rasa mengantuk. Namun begitu, kedua-dua minuman ini tidak bagus untuk diamalkan selalu.
4. Ajak Teman Bersembang
Dengan bersembang menjadikan otak kita sentiasa aktif. Otak yang pasif mengundang rasa mengantuk. Sekiranya tiada teman untuk bersembang, buka radio dan anda dibenarkan menyumbangkan mana-mana lagu tanpa segan silu.
5. Makan pisang daan kurma
PISANG dan KURMA? Pisang merupakan makanan yang tinggi kandungan potassium di mana ia mampu memberi tenaga dan kurma seperti yang kita sedia maklum, ia merupan sumber tenaga segera yang sangat bagus untuk tubuh kita. Sekiranya bertolak selepas subuh, elok benar mengambil pisang dan kurma semasa sahur.
6. Lakukan Sebarang Pergerakan Atau Aktiviti
Anda boleh cubit pipi, peha, pinggang anda jika mengantuk. Anda juga boleh melakukan tapping atas ubun-ubun antara aktiviti yang mampu menyegarkan kembali. Selain itu, pernah juga saya dengar aktiviti KOREK HIDUNG mampu menghilangkan rasa mengantuk.So, jika Nampak orang memandu sambil korek hidung, positif sahaja ye. Tapi jangan lakukan di siang hari semasa ramadhan pula.
7. Basuh Muka Dengan Air Sejuk
Standby sebotol air sejuk atau ais untuk dijadikan penyegar. Seperti yang biasa saya lakukan, sebotol air mineral dibekukan menjadi peneman. Sekiranya mengantuk, genggam botol ais dapat membangunkan saraf-saraf. Kalau mengantuk juga, basuh muka dengan air sejuk. Bagi yang beragama islam, berwuduk antara tips terbaik.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Siapa tak kenal dengan jurulatih Pasukan gergasi Jerman Joachim Löw yang terkenal dengan aksi candid pada setiap kali musim piala dunia. Bukan kerana kecekapan mahupun ketampanan yang dimiliki, namun video berjaya menunjukkan beberapa tabiat Joachim yang meloyakan! Namakan sahaja seperti korek hidung, memegang kemaluan di hadapan ramai dan menciumnya ada sahaja aksi pelik yang dilakukan oleh Joachim.
Semestinya tiap kali demam piala dunia melanda, pelbagai video dan gambar aksi mengenai Piala Dunia yang tular. Bukan sahaja pada musim kali ini, malah musim-musim terdahulu juga telah diimbas kembali oleh peminat-peminat bola sepak.
Tabiat Yang Meloyakan!
Ini termasuklah mengenai sebuah rakaman video jurulatih pasukan Jerman, Joachim Löw yang telah dirakam ketika EURO 2016.
Peristiwa Berulang!
Melihatkan pada aksinya itu, rata -rata peminat berasa geli dan turut tidak menyangka bahawa dia mempunyai tabiat sepelik itu.
Dan percaya atau tidak pada Piala Dunia kali ini, beberapa aksi nya sekali lagi telah dirakam. Oops! I Did It Again!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Faisal Halim antara menerima pingat Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S.) sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Klang semalam.
Pemain sayap Selangor FC yang juga tonggak kebangsaan ini antara 94 penerima Darjah dan Bintang Kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah itu.
Penyanyi Altimet bersama Faisal Halim.
Selepas majlis itu, Faisal menzahirkan ucapan terima kasih di atas kurniaan anugerah itu dan berazam untuk bekerja lebih keras dan memberi yang terbaik buat pasukan diwakilinya.
“Merafak sembah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, diatas pengurniaan anugerah ini.
“Patik dengan rendah diri merasa penuh syukur dan terharu menerima penghargaan ini. Saat ini akan patik kenang selamanya dan pastinya akan menjadi satu motivasi baru untuk patik terus bekerja keras dan memberikan yang terbaik buat semua. Daulat Tuanku,” kata Faisal di laman sosial miliknya.
Terdahulu pada 5 Mei 2024, Penjaring Gol Terbaik Piala Asia 2023 itu menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, Petaling Jaya sehingga menyebabkan beliau mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan.
Faisal Halim menerima sokongan penuh daripada kelab bola sepak Selangor FC dan penaungnya, Sultan Selangor selepas menjadi mangsa simbahan asid.
Kecederaan yang dialami oleh tonggak pasukan Selangor FC dan Harimau Malaya itu menyebabkan dia terpaksa menjalani empat pembedahan sebelum dibenarkan keluar hospital.
Faisal kemudian tampil buat kali pertama pada 13 Jun di hadapan umum dalam sidang akhbar.