Sama ada kita suka atau tidak inilah dugaan yang sekali lagi harus kita harungi. Gelombang ketiga Covid-19 kini sedang melanda negara kita dengan beberapa negeri seperti Sabah, Selangor dan WP Kuala Lumpur saban hari mencatat kes agak tinggi. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah meneruskan peranannya sebagai figura penting.

Kita pernah melakukankannya. Melandaikan kadar penularan Covid-19 boleh dilakukan namun semua pihak harus berganding bahu membantu barisan hadapan negara. Terbaru, Dr. Noor Hisham menyeru dan membuka penyertaan sebagai sukarelawan bukan KKM bagi menangani pandemik Covid-19.

Menerusi satu hantarannya di Facebook, beliau berkata KKM menyeru mana-mana individu untuk melibatkan diri sebagai sukarelawan perubatan dan kesihatan bukan KKM. Ia bagi membantu KKM untuk berdepan dengan ujian besar gelombang ketiga Covid-19.

TUGAS DIPERLUKAN

Dr. Noor Hisham menyenaraikan beberapa sukarelawan bagi beberapa jenis jawatan. Antara jawatan sukarelawan yang amat diperlukan ialah:

1. Doktor Perubatan
2. Pegawai Sains Mikrobiologi
3. Pegawai Kesihatan Persekitaran
4. Jururawat
5. Penolong Pegawai Perubatan
6. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
7. Juruteknik Makmal Perubatan
8. Juru X-ray
9. Pembantu Kesihatan Awam

IKLAN
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah Menyeru Penyertaan Sukarelawan Tangani Covid-19
Foto hiasan (Kredit:Astro Awani)

Kesemua tugas sukarelawan ini diperlukan untuk membantu dan menjalankan beberapa jenis perkhidmatan penting. Berikut merupakan tugas yang diperlukan KKM:

1. Saringan suhu/simptom di fasiliti kesihatan/pintu masuk antarabangsa/ stesen kuarantin.
2. Siasatan kontak/pengambilan sampel COVID-19 di lapangan.
3. Penjagaan/rawatan pesakit di hospital.

SYARAT KELAYAKAN

Kepada yang berminat untuk menabur bakti dan jasa kepada negara, anda perlu memenuhi syarat-syarat seperti dinyatakan di atas sebagai kelayakan menyertai khidmat sukarelawan ini. Antara syarat-syarat yang dinyatakan oleh KKM ialah:

IKLAN

1. Berdaftar dengan badan profesional yang mengawal selia amalan pemohon; (bagi yang berkaitan)
2. Sihat dan cergas secara fizikal dan mental
3. Sanggup bertugas di lokasi yang memerlukan
4. Tiada sejarah kontak rapat dengan kes COVID-19 dalam masa 14 hari

Inilah masanya untuk anda yang mempunyai kelayakan dan memenuhi kriteria turun sebagai barisan hadapan utama untuk membantu KKM menangani penularan Covid-19.

IKLAN

Kepada yang ingin berbakti sebagai sukarelawan, sila lengkapkan pautan di sini https://forms.gle/BinMRNpyKhnoosgt5

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi menerusi e-mel: mobilisasi19@gmail.com

Jangan lupa untuk dapatkan e-magazine MASKULIN isu October 2020 yang memaparkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebagai cover hadapan dan Alif Satar sebagai cover belakang. Anda boleh dapatkannya di sini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI