Dengan menggunakan exercise matt, anda boleh lakukan senaman 15 minit di rumah untuk mengelak lemak makin bertambah. Selagi melibatkan gerakan, ia mampu membakar kalori, sekali gus mempercepatkan lemak degil pada tubuh anda hilang.
Sebenarnya bukan faktor malas semata-mata yang menjadi punca kita gagal bersenam setiap hari, sebaliknya kekangan masa yang menjadi halangan untuk kita memulakan senaman pertama.
Jangan hanya tahu makan dan tidur sahaja di rumah. Sebaliknya untuk anda memulakan kehidupan yang sihat, pastikan anda melakukan senaman-senaman ini yang hanya memakan masa 15 minit sehari.
1. Plank
Ads
2. Push Up
3. Bird Dog
Ads
4. Squats
Ads
5. Wall Sit
6. Dead Bug
7. Down Dog
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebenarnya ingin besarkan lengan, ada caranya jika anda dapat melakukannya secara konsisten.
Tidak semestinya perlu ke gym sahaja untuk mendapatkan lengan yang anda idamkan kerana senaman ini anda boleh lakukan di mana-mana sahaja asalkan tempat tersebut mempunyai palang atau pull up bar.
Kali ini, MASKULIN kongsikan tiga jenis senaman untuk besarkan lengan dan dalam masa sama, meningkatkan saiz bicep serta tricep anda.
Kebiasaannya, Australia Chin Ups adalah senaman yang menggunakan palang rendah (setinggi pinggul). Kemudian, bergayut sambil tangan memegang palang dalam posisi tangan yang lurus. Rapatkan dada ke palang dan kembali pada kedudukan asal.
Untuk senaman Reverse Australia Chin Ups pula, anda harus memastikan tapak tangan menggenggam palang dalam posisi meniarap (muka ke tanah). Angkat badan dengan bengkokkan tangan dan luruskan tangan kembali. Senaman ini bagus untuk menguatkan otot lengan terutamanya ketika anda menarik badan.
Senaman Bar Curls ini hampir sama dengan Australia Chin Ups cuma elak merapatkan palang ke dada, sebaliknya angkat badan dan rapatkan palang dengan dahi dan kembali ke posisi asal sebanyak 10 kali.
Pilih palang yang tinggi, angkat badan ke atas serta pastikan muka dan leher anda melepasi palang. Kemudian, bawa badan ke depan dan ke belakang dalam posisi ‘in and out’. Kawal diri dan tahan badan anda agar tidak turun ke bawah. Lakukan senaman ini sebanyak 5 kali sebagai permulaan.
Letakkan lengan dalam posisi 90 darjah, angkat badan ke atas kemudian kembali ke posisi asal. Pastikan kaki diangkat dan badan anda tergantung. Lakukan posisi ini sekurang-kurangnya 7-10 kali.
Baring seperti anda membuat plank dan turunkan badan. Kemudian, tolak badan secara perlahan ke atas. Ketika di bawah, pastikan tangan anda dalam kedudukan huruf L. Lakukan senaman ini sebanyak 25 kali.
Ambil dua kerusi atau bangku dan letakkan satu sebagai penyokong tangan manakala satu lagi di bahagian kaki. Pastikan bahagian dada hingga ke betis tiada sebarang halangan. Kemudian, tampung berat badan anda dengan lengan dan turunkan badan ke bawah. Lakukan 10 kali.
Buat peminat sukan automotif, Formula 1 (F1) merupakan tahap tertinggi bagi seseorang pemandu sama ada dari segi teknologi, kelajuan, populariti dan juga kemahsyuran.
Di dalam dunia F1 mempunyai stamina dan kecergasan yang bukanlah satu pilihan tetapi suatu keperluan. Sepanjang musim perlumbaan yang mencabar, pemandu F1 perlu mengekalkan tahap kecergasan tinggi untuk menghadapi tekanan fizikal dan mental yang melampau di atas trek.
Untuk mengekalkan tahap kecergasan dan kondisi mental yang baik sepanjang musim bukanlah satu perkara yang mudah. Kali ini MASKULIN igin kongsikan untuk anda akan beberapa aspek utama bagaimana pemandu F1 menyediakan diri bagi cabaran setiap perlumbaan.
Pemandu F1 menjalani latihan kardiovaskular yang cukup berdisiplin bagi meningkatkan kemampuan atau kapasiti jantung dan paru-paru mereka.
Aktiviti seperti berlari, berenang dan berbasikal adalah sebahagian daripada rutin harian. Sesetengah pemandu juga mengambil bahagian dalam triatlon dan maraton untuk mengukur dan meningkatkan stamina mereka.
Meskipun mereka mungkin tidak terlihat seperti angkat berat, pemandu F1 perlu mempunyai kekuatan otot yang cukup untuk mengawal kenderaan mereka yang bergerak laju di trek.
Latihan kekuatan membantu dalam membangunkan otot-otot core, bahu, dan lengan yang kuat. Ini juga membantu dalam meningkatkan daya tahan mereka terhadap kecederaan.
Mereka turut menghabiskan masa yang banyak di dalam kokpit yang sempit yang menuntut keseimbangan dan fleksibiliti baik.
Latihan seperti yoga dan pilates juga dapat membantu mereka mengembangkan keseimbangan, fleksibiliti dan konsentrasi yang diperlukan.
Pemandu F1 juga menghabiskan masa yang banyak di simulator perlumbaan untuk mengasah kemahiran memandu mereka sambil membangunkan kecergasan fizikal.
Simulator ini meniru keadaan sebenar di trek dan membantu pemandu membiasakan diri dengan tekanan fizikal dan mental semasa perlumbaan.
Pemakanan yang seimbang sangat penting untuk memastikan pemandu Formula 1 mendapat nutrien yang diperlukan untuk berprestasi di tahap terbaik. Selain itu, pemulihan adalah sebahagian penting dari program kecergasan mereka.
Pemandu F1 mengambil masa untuk berehat dan pulih, serta menjalani rawatan fizioterapi untuk memastikan mereka bersedia untuk cabaran seterusnya.
Pemandu Formula 1 juga bekerja dengan ahli psikologi sukan untuk mengembangkan mentaliti pemenang dan mengelola tekanan yang datang dengan persaingan pada tahap tertinggi.
Melalui dedikasi dan latihan yang tak kenal lelah, pemandu Formula 1 mengukuhkan diri mereka bukan sahaja sebagai atlet yang luar biasa, tetapi juga sebagai contoh kecemerlangan di dalam dunia sukan motor.
Program kecergasan komprehensif ini memastikan bahawa mereka berada pada puncak kecergasan, siap sedia untuk menghadapi cabaran dan tekanan yang terbawa dengan kejuaraan sukan permotoran elit seperti ini.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sepanjang bulan puasa, pergilah mana-mana bazar mesti ada gerai yang menjual air kelapa muda. Bahkan air kelapa muda juga menjadi antara minuman terlaris dijual di kebanyakan bazar.
Selain menghilangkan dahaga ketika berbuka puasa, air kelapa muda juga boleh menyegarkan tubuh badan dan membantu menjaga kesihatan tubuh. Ini kerana pada saat kita berpuasa, tubuh badan akan kehilangan vitamin dan ion.
Malah air kelapa muda menjadi antara pilihan yang terbaik untuk kita minum ketika berbuka kerana ia mampu menggantikan jumlah air yang hilang setelah berjam-jam kita berpuasa.
Menurut Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman, ketika musim panas di bulan Ramadan, memanfaatkan minum air kelapa muda ketika berbuka puasa dapat mengembalikan suhu badan ke paras normal.
Ini antara kelebihan minum air kelapa muda saat berbuka puasa.
Air kelapa muda merupakan minuman yang sangat baik untuk meneutralkan kembung perut ketika perut kosong. Disebabkan itulah air kelapa muda menjadi antara minuman yang paling tepat diambil sewaktu berbuka bagi memberi kelegaan pada perut.
Air kelapa muda juga memiliki kandungan elektrolit yang tinggi dan dan glukosa semula jadi yang mampu membekalkan tenaga kepada tubuh. Ini secara tidak langsung membantu memudahkan penggantian cairan tubuh yang hilang kerana dehidrasi sepanjang berpuasa.
Air kelapa muda adalah antara minuman yang bagus untuk pesakit diabetes yang berpuasa. Ini kerana kandungan gulanya yang semula jadi namun tidak membuatkan insulin menjadi tinggi. Kajian dari jurnal PubMed Central mengatakan bahawa air kelapa muda mampu menurunkan kadar gula darah dan meningkatkan kesihatan tubuh seara umum.
Air kelapa muda mempunyai kandungan relatif rendah kalori berbanding minuman lain. Ia juga membuatkan perut kenyang lebih lama sebelum anda mengambil makanan berat lain saat berbuka puasa dan menyekat selera makan secara berlebihan. Bukan itu sahaja, air kepala muda juga boleh merangsang metabolisme menjadi lebih baik. Kalau anda nak turunkan berat badan, kenalah amalkan minum air kepala muda ini setiap hari sepanjang berbuka puasa.
Sakit kepala merupakan antara penyakit yang paling banyak dialami ketika berpuasa. Banyak faktor berlakunya skait kepala antaranya disebabkan terlalu lapar, dehidrasi ataupun anemia. Komposisi pada otak manusia didominasi oleh cairan sehingga ketika kita kekurangan cairan maka akan menurunkan sistem kerja otak yang tentunya dapat menimbulkan sakit kepala. Jadi dengan minum air kelapa muda yang mengandungi elektrolit dan magnesium mampu mengurangkan sakit kepala yang ada ketikanya mengganggu aktiviti harian kita di bulan puasa.
Air kepala muda tinggi dengan kandungan serat. Ia juga membantu dalam pencegahan masalah pencernaan dan mengurangkan berlakunya refluks asid dalam perut.
Air kelapa muda mempunyai kandungan potasium dan kalium telah terbukti mampu mengawal tekanan darah tinggi. Oleh sebab itulah, anda disarankan untuk mengamalkan minum air kepala muda untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dalam jangka panjang.
Beberapa kajian kecil pernah dilakukan ke atas tikus. Kajian tersebut menunjukkan bahawa tikus yang diberi air kelapa minum dapat menurunkan paras kolesterol. Kajian juga menyebut, kesannya juga sama dengan manusia. Bagi orang yang sudah memasuki usia senja sangat penting untuk minum air kelapa muda kerana khasiatnya dapat mengurangkan tahap kolesterol sekali gsu mempengaruhi kesihatan jantung.
Air kelapa muda juga mempunyai limpahan nutrisi yang sangat baik untuk metabolisme tubuh yang sedang berpuasa. Air kelapa muda mengandungi karbohidrat yang meliputi glukosa, sorbitol, sukrosa, fruktosa dan unsur-unsur mineral seperti kalsium, potasium, magnesium, sulfur, fosfor, cuprum, natrium serta banyak lagi.
Minum air kelapa muda saat berbuka puasa juga mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Kandungan vitamin dan mineral seperti vitamin B, thiamin, vitamin C, riboflavin, asam folat dan niasin yang sangat baik dalam air kelapa muda membantu untuk proses metabolisme dan berperanan penting dalam melawan bakteria serta virus yang menyerang sistem kekebalan tubuh.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Zeekr 7X menjadi pilihan rasmi Lee Chong Wei apabila beliau menyertai keluarga Zeekr Malaysia. Ketahui sebab model elektrik premium ini mencuri perhatian ikon sukan negara.