Buat peminat sukan automotif, Formula 1 (F1) merupakan tahap tertinggi bagi seseorang pemandu sama ada dari segi teknologi, kelajuan, populariti dan juga kemahsyuran.
Di dalam dunia F1 mempunyai stamina dan kecergasan yang bukanlah satu pilihan tetapi suatu keperluan. Sepanjang musim perlumbaan yang mencabar, pemandu F1 perlu mengekalkan tahap kecergasan tinggi untuk menghadapi tekanan fizikal dan mental yang melampau di atas trek.
Untuk mengekalkan tahap kecergasan dan kondisi mental yang baik sepanjang musim bukanlah satu perkara yang mudah. Kali ini MASKULIN igin kongsikan untuk anda akan beberapa aspek utama bagaimana pemandu F1 menyediakan diri bagi cabaran setiap perlumbaan.
Latihan Kardiovaskular
Pemandu F1 menjalani latihan kardiovaskular yang cukup berdisiplin bagi meningkatkan kemampuan atau kapasiti jantung dan paru-paru mereka.
Aktiviti seperti berlari, berenang dan berbasikal adalah sebahagian daripada rutin harian. Sesetengah pemandu juga mengambil bahagian dalam triatlon dan maraton untuk mengukur dan meningkatkan stamina mereka.
Latihan Kekuatan
Meskipun mereka mungkin tidak terlihat seperti angkat berat, pemandu F1 perlu mempunyai kekuatan otot yang cukup untuk mengawal kenderaan mereka yang bergerak laju di trek.
Ads
Latihan kekuatan membantu dalam membangunkan otot-otot core, bahu, dan lengan yang kuat. Ini juga membantu dalam meningkatkan daya tahan mereka terhadap kecederaan.
Latihan Keseimbangan dan Fleksibiliti
Mereka turut menghabiskan masa yang banyak di dalam kokpit yang sempit yang menuntut keseimbangan dan fleksibiliti baik.
Latihan seperti yoga dan pilates juga dapat membantu mereka mengembangkan keseimbangan, fleksibiliti dan konsentrasi yang diperlukan.
Simulator Perlumbaan
Pemandu F1 juga menghabiskan masa yang banyak di simulator perlumbaan untuk mengasah kemahiran memandu mereka sambil membangunkan kecergasan fizikal.
Ads
Simulator ini meniru keadaan sebenar di trek dan membantu pemandu membiasakan diri dengan tekanan fizikal dan mental semasa perlumbaan.
Pemakanan dan Pemulihan
Pemakanan yang seimbang sangat penting untuk memastikan pemandu Formula 1 mendapat nutrien yang diperlukan untuk berprestasi di tahap terbaik. Selain itu, pemulihan adalah sebahagian penting dari program kecergasan mereka.
Pemandu F1 mengambil masa untuk berehat dan pulih, serta menjalani rawatan fizioterapi untuk memastikan mereka bersedia untuk cabaran seterusnya.
Pemandu Formula 1 juga bekerja dengan ahli psikologi sukan untuk mengembangkan mentaliti pemenang dan mengelola tekanan yang datang dengan persaingan pada tahap tertinggi.
Melalui dedikasi dan latihan yang tak kenal lelah, pemandu Formula 1 mengukuhkan diri mereka bukan sahaja sebagai atlet yang luar biasa, tetapi juga sebagai contoh kecemerlangan di dalam dunia sukan motor.
Program kecergasan komprehensif ini memastikan bahawa mereka berada pada puncak kecergasan, siap sedia untuk menghadapi cabaran dan tekanan yang terbawa dengan kejuaraan sukan permotoran elit seperti ini.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
1. Berbaring dalam posisi selesa. Pegang kuat barbell atau dumbbell supaya tidak terlepas daripada genggaman tangan.
2. Tangan berada pada laras bahu. Tidak boleh melebihi bahu atau terlalu dekat kerana ia akan memberi kesan kepada pembentukan otot dada.
3. Lentikkan badan untuk memberi tumpuan pada dada.
4. Tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus saat barbell diangkat.
5. Lakukan dalam enam hingga lapan kali bagi membina kekuatan badan dan sekiranya ingin memberi tumpuan kepada kekuatan otot, lakukan sebanyak lapan hingga 12 kali.
Mesin chest fly
1. Duduk dalam keadaan selesa.
2. Tarik pemegang ke luar sehingga anda dapat merasakan ketegangan atau sakit pada bahagian dada.
3. Kemudian halakan pemegang ke hadapan tetapi pastikan ia tidak menyentuh antara satu sama lain.
4. Buat secara berulang kali dalam kiraan lapan hingga 12.
5. Mesin ini digunakan bagi membentuk kelebaran dada.
Mesin incline bench press
1. Berfungsi untuk mendapatkan ketebalan dada bahagian atas.
2. Lakukan langkah sama seperti mengangkat barbell dan dumbbell.
Semoga dengan latihan senaman ini dapat membantu anda untuk mendapat bentuk badan yang anda idamkan menyelesaikan masalah kurus anda yang tidak sudah itu. Amalkan beserta minuman protein dan diet yang seimbang ok!
Jom berdetox sekarang untuk mengekalkan kesihatan yang sihat setiap hari!
1.Toksin dari luar (Eksotoksin)
– iaitu disebabkan oleh makanan yang diproses seperti burger,makanan yang mengandungi pengawet, makanan yang dipanggang dan racun kimia atau racun serangga.Selain itu, penggunaan kosmetik juga turut menyumbang kepada toksin luaran ini, selain bahan kimia untuk penggunaan domestic seperti sabun basuh, bahan peluntur, bahan pewarna dan sebagainya.
2.Toksin dalaman (Endotoksin)
-yang berpunca daripada gangguan emosi, stress, dan kotoran yang tersumbat dalam usus.
Secara umumnya masalah- masalah seperti jerawat, alahan, selesema, bau badan, mulut bau dan banyak lagi terjadi kerana fungsi pembuangan toksin yang sepatutnya berlaku terjadi sebaliknya. Jadi, toksin itu tetap keluar namun dalam bentuk cela pada kulit manusia.
Simptom di atas hanya yang boleh dilihat pada wajah, sedangkan, di dalam organ tubuh yang tidak pernah dibuang toksin akan menyebabkan kesan yang lebih teruk.
Tanda-tanda awal badan terdapat banyak toksin adalah seperti :
• Merasa letih dan kurang bertenaga
• Sering sakit kepala
• Lemah daya ingatan
• Masalah pencernaan
• Susah untuk tidur
• Letih tanpa sebarang sebab
• Lenguh sendi / badan
• Badan banyak angin / sinus
• Cepat merasa cemas
• Penuaan-pra matang
• Berat badan berlebihan
Kepentingan membuang toksin dalam badan
Kajian menunjukan kandungan toksin yang banyak dalam badan akan mengurangkan kemampuan untuk mengimbangkan gula dan metabolisme kolestrol. Ini adalah perkara yang serius apabila ingin mengurangkan berat badan dan kesihatan badan secara menyeluruh yang tidak diambil penting oleh ramai orang. Jika anda ingin membakar lebih lemak dan mengurangkan risiko mendapat diabetes, adalah lebih baik untuk anda membuang toksin di dalam badan terlebih dahulu.
Dalam dunia moden yang penuh dengan toksin kini, adalah sangat mustahil untuk bebas toksin sepenuhnya.
4 cara utama mengeluarkan toksin secara semulajadi
1.Membuang Air Kecil
Fungsi utama buah pinggang ialah untuk membuang kekotoran daripada aliran darah. Dengan meminum air yang banyak setiap hari membantu buah pinggang anda menjalankan fungsinya dengan mudah. Warna air kencing anda boleh memberikan anda petunjuk samada anda minum sejumlah air yang badan anda perlukan. Jika warna air kencing anda jelas atau hanya mempunyai sedikit warna kuning, maka itu adalah satu petanda yang baik. Jika ia berwarna kuning pekat dan mempunyai bau yang kurang menyenangkan, maka anda perlu minum lebih banyak air.
2.Membuang air besar
Buang air besar sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sehari. Ini merupakan salah satu cara yang terbaik untuk membuang segala kekotoran dalam badan. Bagi sesetengah individu, untuk ke bilik air sekali sehari juga menjadi masalah, dan jika anda mengalami masalah susah membuang air besar, digalakkan mengambil makanan yang mengandungi serat. Serat membantu mencuci kolon dan membantu membuang air besar degan mudah.
3.Mengeluarkan peluh
Kulit kita merupakan organ yang terbesar dan memiliki berat sekitar enam paun. Kulit kita bertindak sebagai perlindungan di antara persekitaran luar dan dalam badan.Kulit juga penting untuk melindungi organ dan otot kita. Ini bermakna, kulit kita merupakan antara salah satu cara terbaik untuk mengeluarkan toksin dan kekotoran dalam badan. Bagaimana? Melalui peluh. Pakar juga mencadangkan sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu kita hendaklah mengeluarkan peluh seperti senaman dan melakukan aktiviti riadah seperti berjoging, berbasikal dan sebagainya. Pilihan lain bagi mereka yang tiada masa ialah, boleh mencuba sauna dan mandi wap.
4. Bernafas
Bernafas dengan betul merupakan antara perkara asas yang penting untuk badan, tetapi ramai yang mengambil ringan tentang perkara ini. Setiap kali kita bernafas, kita menyedut oksigen ke dalam badan kita. Paru-paru kita berperanan menapis segala kekotoran seperti allergen. Bantu paru-paru anda dengan bernafas dengan lebih baik dengan mengamalkan senaman pernafasan. Cara yang paling mudah ialah mula dengan menarik nafas pendek selama lima minit sehari. Yoga dan meditasi juga dapat membantu kita bernafas dengan betul dan sihat.
SUMBER : DIARI KURUS
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seramai 700 atlet bakal melaporkan diri di perkampungan sukan dalam perhimpunan akhir atlet dari 4 hingga 10 Ogos ini, sebelum tirai Sukan SEA ke-29 disingkap secara rasmi pada 19 Ogos nanti.
Hotel Rennaissance Kuala Lumpur bakal menghimpun jumlah keseluruhan 1,039 individu, termasuk 162 jurulatih, pengurus pasukan dan anggota urusetia kontinjen dalam persediaan terakhir menjelang upacara pembukaan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Kelompok atlet dibahagikan kepada enam cawangan mengikut bidang sukan, iaitu tempur, raket, kekuatan dan kuasa, berpasukan, air dan kemahiran.
Sukan tempur ialah taekwondo, karate, silat, wushu, tinju, lawan pedang, muay dan judo.
Raket merangkumi tenis, skuasy, badminton dan ping pong manakala sukan air adalah terjun, renang, renang irama, polo air, ski air, renang laut terbuka dan pelayaran.
Memanah, gimnastik artistik, gimnastik berirama, snuker dan billiard, menembak, boling tenpin, boling padang, petanque, golf, ekuestrian dan polo membentuk sukan kemahiran manakala berpasukan adalah hoki, sepak takraw, bola jaring, bola keranjang, bola sepak, futsal, bola tampar, kriket, hoki ais dan ragbi.
Sukan membabitkan kekuatan dan kuasa ialah lumba basikal, angkat berat, olahraga, luncur ais dan triathlon.
Beberapa sukan dikecualikan daripada menyertai perhimpunan ini disebabkan pelbagai faktor. Skuad ekuestrian sedang menghadapi kejohanan di Belgium, manakala pasukan polo menjalani latihan di Pekan.
Skuad muay menjalani latihan di Bangkok manakala pakar terjun berlatih di China hingga 18 Ogos.
Skuad bola sepak lelaki pula dijadual menghadiri majlis penyerahan bendera di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 10 Ogos nanti.
Dalam perhimpunan tujuh hari ini, atlet negara dijadual menjalani sesi bina semangat dan setiakawan, selain mendengar taklimat Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin, Ketua Kontinjen, Datuk Marina Chin dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Kem ditutup dengan majlis penyerahan bendera di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 10 Ogos.
Kontinjen negara akan diwakili oleh 871 atlet yang bertanding dalam 397 acara daripada 404 yang dipertandingkan secara keseluruhan. Seramai 392 pegawai terdiri daripada pengurus pasukan, penolong pengurus dan jurulatih turut membentuk kontinjen negara.
Sebelum upacara pembukaan secara rasmi pada Sabtu 19 Ogos, acara bola sepak lelaki akan bermula pada 14 Ogos nanti dengan Malaysia dijadual menentang Brunei.
BYD SEALION 7 2026 kini hadir dalam tiga varian dengan jarak sehingga 650 kilometer, pengecasan lebih pantas dan harga bermula RM159,800 untuk pelanggan terawal.