Ads

Senaman Kardio, Jawapan Untuk Kecergasan Stamina dan Kekal Fit

senaman kardio

Senaman kardio? Adakah ia sesuai untuk dilakukan secara rutin? Aatau adakah sesuai dilakukan untuk semua peringkat usia?

Mungkin itu antara persoalan yang wujud di fikiran anda. Ya, tidak dinafikan salah satu cara untuk menurun berat badan kepada lebih ideal ialah dengan diet yang baik. Tapi bila melakukan senaman ia akan berganda jadi lebih baik.

Salah satu jenis senaman atau workout yang paling efisien ialah senaman kardio atau cardio workout.

Ia merupakan senaman yang bukan sahaja mampu menguji tahap stamina tapi mampu membantu membakar kalori dengan baik di samping melatih jantung menjadi lebih mantap.

Senaman kardio bukan terdiri dari satu atau dua jenis senaman semata. Malah senaman yang mampu membuatkan jantung dilatih dengan membantu stamina boleh dianggap senaman tersebut.

Berikut MASKULIN senaraikan beberapa senaman kardio yang boleh anda amalkan untuk perkasakan stamina serta mengekalkan berat badan yang baik.

Ads

LARIAN

Senaman Kardio, Jawapan Untuk Kecergasan Stamina dan Kekal Fit
Young couple photo created by pressfoto – www.freepik.com

Salah satu senaman kardio yang paling mudah untuk diikuti. Berlari tak sama dengan jogging. Ber-jogging ada manfaatnya tersendiri. Berlari, ada kelebihannya tersendiri. Terutamanya bila anda sedang cuba untuk menguruskan badan. Kesannya akan nampak ketara selepas anda berdisiplin melakukannya dalam tempoh 3 bulan pertama

JOGGING ATAU BRISK WALK

Senaman Kardio, Jawapan Untuk Kecergasan Stamina dan Kekal Fit
Sport training photo created by freepik – www.freepik.com

Buat senaman kardio ini tempoh masa 30 minit. Itu paling minimum. Kalau boleh, buat selama 1 jam. Cuba dalam tempoh 3 bulan. Anda akan dapat “feel” yang berbeza. Badan lebih ringan, senang nak buat kerja dan nafas rasa lebih teratur. Anda boleh joging sama ada di gym, taman ataupun di pantai.

BERBASIKAL

Senaman Kardio, Jawapan Untuk Kecergasan Stamina dan Kekal Fit
Downhill photo created by jcomp – www.freepik.com

Naik basikal dan kayuh. Paling minima, buat dalam 30 minit. Kalau dapat buat 2 jam berterusan, lagi bagus. Kesannya dapat dirasai satu badan. Kita akan rasa penat dan lesu. Tapi jika berjaya lakukan sekurang-kurangnya tiga bulan pertama, percayalah. Badan anda akan rasa lebih sihat.

BERENANG

Senaman Kardio, Jawapan Untuk Kecergasan Stamina dan Kekal Fit
Swimmer photo created by freepik – www.freepik.com

Salah satu senaman kardio yang memberi kesan ke seluruh badan. Berenang menggerakkan seluruh badan kita dari kepala sehingga ke hujung kaki. Berenang selama 30 minit mampu membakar lemak sebanyak 400 kalori. Percayalah bahawa berenang salah satu cara untuk bakar lemak dengan pantas. Tak percaya? Search di google tentang kebaikan berenang.

Ads

AKTIVITI SUKAN

Pilih sukan yang memerlukan anda menggerakan anggota tangan dan kaki. Contohnya badminton, bola jaring, futsal, bermain bola sepak, bermain bola baling dan sebagainya. Kesemua permainan ini melibatkan anggota badan kita secara menyeluruh seperti berlari dan berjalan.

NAIK TURUN BANGKU

Ini juga cara paling simple untuk melakukan senaman kardio tetapi juga paling memenatkan walaupun anda lakukan dalam tempoh 3 minit sahaja. Cuba dalam 3 minit dan seterusnya cuba maintain dalam 5 minit. Buat 3 set mudah. 1 set bersamaan dengan 3 ulangan. Lakukan selama 3 bulan. Lepas itu, pergi timbang berat badan anda. Turun atau tidak.

BACA: Aedy Ashraf & Meerqeen Curi Tumpuan Di HYROX Jakarta

Ads

LAKUKAN TIP INI!

Lakukan dulu dengan intensiti yang rendah. Jangan melonjak terus ke intensiti yang lebih tinggi. Takut anda tak terikut dan mula rasa bosan dengan aktiviti dalam senaman kardio. Bila dah bosan, memang anda akan lebih malas nak bersenam kerana merasakan senaman itu satu perkara yang menyusahkan.

Ini bukan cara nak bina badan. Tapi memadai untuk jadikan badan anda fit, bertenaga dan berpotensi untuk kurus. Tapi bukan dalam tempoh 3 minggu atau 1 bulan. Paling lama pun dalam tempoh 3-12 bulan. Adalah sia-sia jika anda hilang 3-10 kilogram dalam 1 bulan tapi bulan seterusnya anda jadi gemuk balik dan malas bersenam.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
hyrox

Aedy Ashraf & Meerqeen Curi Tumpuan Di HYROX Jakarta

HYROX bukan lagi sekadar trend! Aedy Ashraf dan Meerqeen berjaya menamatkan kategori Men's Pro Doubles di HYROX Jakarta, membuktikan disiplin dan latihan mampu mengatasi segala cabaran.