Pernah tak anda mendengar kes lelaki muda berusia dalam linkungan 30-an rebah di atas gelanggang futsal ketika sedang bermain dan meninggal dunia akibat serangan sakit jantung.

Ia kini menjadi satu mimpi ngeri buat lelaki-lelaki muda. Kerana perkara ini telah melenyapkan mitos bahawa hanya mereka yang berusia sahaja berisiko kena serangan jantung.

Serangan Jantung Ketika Bermain Futsal, Ketahui Punca Utama Dan Cara Elakkannya

Dan lebih lagi kes-kes yang berlaku ini terdiri daripada kalangan lelaki yang aktif bersukan.
Jika anda ingat pada tahun 2003, pemain Cameroon, Marc-Vivien Foe yang ketika itu baru berusia 28 tahun saja meninggal dunia kketika berkasi di atas padang? Selain beliau terdapat ramai lagi yang menerima nasib sama.

Jadi bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Mati Akibat Masalah Jantung

Hasil ujian autopsi menunjukkan kebanyakan kematian golongan bersukan ini adalah disebabkan Hypertrophic Cardiomyopathy iaitu sejenis masalah jantung yang menyebabkan kematian mengejut ketika melakukan aktiviti fizikal.

Ada beberapa simptom saja yang menunjukkan jantung seseorang itu mempunyai masalah. Antaranya termasuklah:

  • Keletihan melampau
  • Kaki bengkak
  • Mengah ketika bernafas
  • Dan sakit pada bahagian dada

BACA: Fahami Apa Itu ED, Anda Mungkin Berdepan Amaran Penyakit Jantung

Jangan sesekali rasakan anda masih muda, jadi berfikiran bahawa tak perlu ambil serius tentang tahap kesihatan diri.

IKLAN

Kematian melibatkan ahli sukn profesional membuktikan, walaupun aktif bersukan dan berusia muda, ia tak bermaksud seseorang itu bebas daripada serangan mati mengejut seperti ini.

Untuk elak perkara ini berlaku ada beberapa langkah dan amalan hidup sihat boleh anda amalkan.

Kurangkan Pengambilan Fast Food

Memang susah untuk sesiapa berhenti mengambil makanan fast food. Semua iklan fast food menggiurkan orang, sekarang ini. Tetapi apa yang anda boleh lakukan ialah kurangkan pengambilannya ke tahap minima.

Lebihkan makanan seperti buah beri, brokoli, oatmeal, buah tembikai, buah epal dan paling mudah, switch minuman bergula kepada air kosong.

Tinggalkan Rokok Atau Vape 

Serangan Jantung Ketika Bermain Futsal, Ketahui Punca Utama Dan Cara Elakkannya

IKLAN

Kes kematian mengejut banyak berkaitan dengan tabiat merokok. Bukan saja rokok menjadi punca kepada kanser, emphysema dan strok. Malah ia melemahkan kesihatan kardiovaskular. Itulah punca jantung tiba-tiba berhenti apabila seseorang bersukan lebih daripada kemampuan diri.

Berhenti merokok bukan saja menyihatkan malah duit pembelian rokok pun boleh dibuat belanja untuk barang yang lebih berfaedah.

Pemeriksaan Berkala Dengan Doktor 

Serangan Jantung Ketika Bermain Futsal, Ketahui Punca Utama Dan Cara Elakkannya

Jangan ingat ketika usia masih muda, korang tak perlu berjumpa doktor.

Tabiat melakukan check-up di klinik atau hospital sebenarnya memudahkan seseorang untuk memeriksa tahap terkini kesihatan mereka agar mereka sedar apakah aspek yang perlu diperbaiki.

IKLAN

Sekurang-kurangnya, lakukan appointment sebanyak 2 kali setahun alright.

Jangan Paksa Diri

Kalau dah terlalu penat tu, jangan pula nak push diri untuk bermain lagi. Contohnya semasa sertai program larian – kalau sudah penat, berjalanlah sekejap. Bila perasan degupan jantung semakin laju daripada degupan normal, hentikan dulu aktiviti itu.

Jangan Memandai Ambil Booster

‘Budak-budah gym’ mudah terdorong untuk mengambil suplemen booster demi melonjakkan stamina ke tahap yang lebih tinggi. Kadangkala terlalu tinggi sehingga melebihi limit badan sendiri. Ini juga antara punca masalah jantung.

Lebih baik korang rujuk dulu kepada ahli farmasi atau doktor sebelum membeli suplemen.

Tenangkan Diri

Serangan Jantung Ketika Bermain Futsal, Ketahui Punca Utama Dan Cara Elakkannya

Ramai remaja menganggap aktiviti bersukan di gym dan di gelanggang adalah cara terbaik untuk melepaskan tekanan.

Selepas seharian di universiti atau tempat kerja, mereka ingin lepaskan lelah dan rasa stres dengan work out sehabis mungkin. Namun sebenarnya, cara terbaik untuk melepaskan lelah adalah dengan berehat.

Apabila tertekan, pelbagai reaksi kimia berlaku pada badan. Dengan berehat, badan dapat menyelaraskan kembali sel di dalam badan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI