Jika hanya dengan bersenam di gimnasium sekadar memberi anda penat dan lelah sepanjang hari dan tidak mendatangkan hasil, maka senaman yang anda lakukan itu salah! Kebanyakkan artikel memberi nasihat kepada anda bagaimana untuk menurunkan berat badan, namun jarang sekali pendedahan berkaitan si kurus ingin memiliki badan sado dan berketul.
Dengan kombinasi impak senaman yang tinggi, berat yang berbeza-beza, dan tempoh rehat yang terkawal, anda akan dapat pelan senaman yang berkesan dan mudah yang direka untuk mencantikkan badan anda. Bagi lelaki yang kurus, ini adalah latihan yang bersesuaian dengan hanya memberi tumpuan kepada segelintir otot.
Latihan ini diprogramkan untuk meningkatkan saiz dan kekuatan otot menggunakan metodologi pembinaan otot yang dikenali sebagai “drop set.” Tidak seperti set biasa, yang mengikuti formula biasa iaitu (Tiga set 10 reps), penurunan rep dalam setiap set, menjadi penanda aras untuk anda mendapatkan tubuh yang cantik. Sebagai contoh, tiga set: 12, 10, 8 dan sebagainya). Tekanan tambahan pada otot boleh meningkatkan pertumbuhan otot. Drop set mengaktifkan sel otot terdalam, yang membawa kepada pertumbuhan maksimum.
Apa yang perlu anda lakukan adalah bangku dan sepasang dumbbells yang beratnya 5-10kg (gunakan berat berlebihan jika ringan) Anda tidak digalakkan untuk melakukan senaman ini lebih daripada 12 set. Berat yang terlampau akan menjadikan senaman anda sia-sia. Rehat selama 2 minit antara set dan 3 minit antara latihan. Dinasihatkan agar anda berehat 2 hari dalam tempoh seminggu anda melakukan senaman ini disamping menjaga pemakanan anda.
Latihan
Fungsi: Pertumbuhan otot, kekuatan Modality: Drop set Intensiti: sederhana hingga tinggi
Tahap: Pertengahan hingga lanjutan
Sasaran: Peralatan seluruh badan: Dumbbells, bangku boleh laras
Latihan 1: Dada, Bahu, Trisep
Latihan 2: Back, Biceps, Abs
Latihan 3: Kaki
Hari 1: Dada, Bahu dan Trisep
Blok 1: Dada
Ads
Decline Bench Press (12, 10, 8)
Flat Bench Press (12, 10, 8)
Incline Bench Press (12, 10, 8)
Flat Bench Fly (12, 10, 8)
Incline Bench Fly (12, 10, 8)
Blok 2: Bahu
Front Raise (12, 10, 8)
Seated Lateral Raise (12, 10, 8)
Seated Rear Delt Fly (12, 10, 8)
Seated Overhead Press (12, 10, 8)
Ads
Blok 3: Trisep
Seated Single-Arm Triceps Extension (12, 10, 8)
Skullcrushers (12, 10, 8)
Bodyweight Dips (Until failure)
Hari ke 2: Back, Biceps, Abs
Blok 1: Back
Bent-over Reverse Fly (12, 10, 8)
Single-Arm Dumbbell Row (12, 10, 8)
Wide-Grip Pullups (Until failure)
Ads
Supermans (Until failure)
Blok 2: Biceps
Incline Bench Bicep Curls (12, 10, 8)
Cross-body Hammer Curls (12, 10, 8)
Blok 3: Abs
Russian Dumbbell Twist (15, 15)
Dumbbell Crunch (15, 15)
Dumbbell Toe Touch (15, 15)
Hari ke 3: Kaki
Dumbbell Step-Up (12, 10, 8)
Dumbbell Squat (12, 10, 8)
Dumbbell Calf Raise (12, 10, 8)
Dumbbell Stiff-Leg Deadlift (12, 10, 8)
Sumber: Askmen.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Adakah anda peduli samada anda botak atau memiliki rambut jika anda tidak memerlukannya langsung untuk memikat hati wanita?
Kebanyakan wanita tidak begitu ambil kisah mengenai adakah lelaki tersebut mempunyai rambut yang cantik ataupun botak kerana pada ketika ini ada perkara lain yang boleh mencairkan hati mereka.
Walaupun rupa paras yang kacak dan kemas masih menjadi perhatian ramai wanita namun tahap keyakinan seseorang lelaki itu yang benar-benar memikat mata wanita.
Wanita melihat tahap keyakinan dan kuasa pada lelaki yang lebih banyak menumpukan perhatian untuk mendengar dan memberi reaksi sebelum berkata-kata.
Kurang selalunya membawa maksud yang berlainan, oleh itu lebih menjadi lelaki yang kurang bercakap daripada lelaki yang pandai berkata-kata.
Berasa bagus tentang keadaan diri anda sendiri dan tubuh anda boleh membantu anda untuk menaikkan tahap keyakinan diri anda.
Ini kerana selepas melakukan senaman yang sukar, tubuh anda akan membebaskan hormon endorfin yang mana meningkatkan perasaan yakin pada diri.
Anda harus bermula dengan berdiri tegak, buka postur diri anda dan jangan terlalu banyak memberikan senyuman.
Kebanyakan wanita mendapati postur tubuh yang tertutup dan terlalu banyak senyum adalah merupakan ciri-ciri yang tidak disukai oleh mana-mana wanita.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan demam campak masih menjadi antara pembunuh utama kanak-kanak kecil, walaupun vaksin pencegahan yang berkesan sudah lama ada.
Tahun lalu (2008) saja 197,000 kes kematian akibat demam campak di seluruh dunia atau hampir 540 kematian sehari atau 22 kematian setiap jam.
Lebih 95% kematian akibat demam campak berlaku di negara miskin yang kekurangan infrastruktur kesihatan. Vaksin demam campak dapat meningkatkan tahap kesihatan masyarakat secara keseluruhan dengan pengurangan 74% kematian di seluruh dunia dari tahun 2000 hingga 2007.
Pada 2007, kira-kira 82% kanak-kanak di seluruh dunia menerima satu dos vaksin campak sebelum berumur setahun melalui rutin perkhidmatan kesihatan — peningkatan 10% berbanding pada 2000.
Untuk mendapat imuniti (perlindungan sepenuhnya) terhadap penyakit, setiap kanak-kanak memerlukan 2 dos vaksin kerana hampir 15% tubuh kanak-kanak gagal membentuk imuniti daripada dos pertama.
Dalam sejarah, demam campak pernah dipanggil pembunuh utama kanak-kanak. Walaupun vaksin campak ada sejak 30 tahun lalu, virus campak masih menjangkiti 50 juta kanak-kanak di seluruh dunia.
Tanda dan Gejala
Virus demam campak mengambil masa 7 hingga 14 hari (purata 10 hingga 11 hari) untuk membiak dalam badan sebaik ia menjangkiti seseorang.
Tempoh pembiakan ini dipanggil tempoh inkubasi dan ia boleh menjangkiti orang lain sebelum pesakit pertama mengalami gejala awal seperti ruam.
Gejala awal ini bagaimanapun boleh timbul daripada hari pertama selepas tempoh inkubasi. Gejala awal yang juga dikenal sebagai gejala 3C iaitu batuk (cough), koriza atau selesema dalam kepala (coryza) dan sakit mata (conjunctivitis).
Pesakit juga akan mengalami demam dan menjadi sensitif terhadap cahaya (fotofobia). Kebanyakan gejala biasanya menjadi lebih teruk selama 3 hingga 4 hari sebelum kemunculan bintik-bintik merah campak.
Jika anda perhatikan, bintik merah ini mempunyai pusat berwarna putih kebiruan (juga dipanggil bintik Koplik) biasanya muncul dalam masa 24 hingga 48 jam dan berlanjutan sehingga 2 hingga 4 hari.
Bintik merah ini yang mempunyai garis pusat 0.1 hingga 1 sentimeter, biasanya akan muncul bermula dari muka dan belakang telinga. Dalam masa 24 hingga 36 jam dari kemunculan ruam, ia merebak ke seluruh badan dan hujung tangan serta kaki.
Pada peringkat awal, bintik ini berwarna merah gelap dan menjadi semakin terang dan jelas dalam masa 3 hari. Kemudian ia menjadi pudar perlahan-lahan daripada keunguan kepada kuning kecoklatan selepas 5 hingga 10 hari.
Aturan gejala campak adalah dalam turutan:
Hari 0 hingga 1 : Ruam
Hari 2 hingga 3 : Bintik merah (koplik)
Hari 4 hingga 5 : Ruam campak (timbul)
Hari 6 : Bintik koplik mula pudar
Hari 7 hingga 8 : Ruam menjadi sangat ketara
Hari 10 : Ruam mulai menghilang
Siapa Yang Berisiko Mendapat Campak?
Kanak-kanak kecil yang tidak diberi vaksin campak mempunyai risiko paling tinggi. Mereka juga berdepan komplikasi campak yang teruk, termasuk kematian.
Mana-mana individu yang tidak imun (sama ada tidak pernah mendapat vaksin atau baru sembuh daripada demam campak) juga boleh dijangkiti.
Penyakit ini boleh menjadi wabak yang membunuh di negara yang mengalami bencana alam atau peperangan. Kemusnahan infrastruktur dan perkhidmatan kesihatan akan mengendalakan rutin imunisasi; meningkatkan risiko jangkitan kepada penduduk yang terpaksa tinggal bersesak di kem perlindungan.
Jangkitan
Virus demam campak sangat mudah berjangkit melalui batuk, bersin dan sentuhan, terutama pada cecair hidung atau mulut individu yang dijangkiti. Virus ini akan kekal aktif dan boleh berjangkit walaupun terapung-apung di udara atau ada di atas mana-mana permukaan selama 2 jam.
Virus ini boleh dipindahkan kepada orang lain 4 hari lebih awal sebelum pesakit mengalami gejala pertama atau 4 hari selepas ruam muncul. Jika berlaku wabak, demam campak boleh menyebabkan banyak kematian, khususnya di kalangan kanak-kanak kecil dan tidak cukup zat.
Di negara yang dapat mengatasi penyakit ini, kes demam campak biasanya kes ‘import‘ iaitu dibawa oleh penduduk negara lain yang menjadi punca jangkitan di sana.
Sesetengah kajian menunjukkan vaksin ini hanya boleh memberi perlindungan kepada individu yang mudah dijangkiti jika vaksin itu diberi 72 jam selepas terdedah kepada jangkitan.
Komplikasi
Antara komplikasi yang dialami pesakit akibat demam campak ialah:
Kira-kira 20% daripada kes demam campak yang dilaporkan mempunyai satu atau lebih komplikasi. Komplikasi ini lebih lazim pada pesakit kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun atau orang dewasa melebihi 20 tahun.
Ia menyebabkan jangkitan telinga pada satu daripada 10 kanak-kanak yang menghidap demam campak. Satu daripada 20 kanak-kanak yang demam campak mengalami radang paru-paru dan satu daripada 1,000 kes mengalami keradangan otak.
Keradangan otak ini boleh menyebabkan sawan dan kanak-kanak boleh menjadi pekak atau terencat akal. Lebih menyedihkan, satu atau dua daripada 1,000 kanak-kanak yang mengalami demam campak meninggal dunia.
Rawatan
Komplikasi serius boleh dielak melalui penjagaan rapi dengan mendapat makanan berzat, cukup air dan rawatan dehidrasi (bagi menggantikan cecair serta garam galian yang hilang daripada cirit-birit dan muntah).
Doktor akan memberi antibiotik untuk merawat jangkitan mata, telinga dan paru-paru — yang mesti dihabiskan semuanya.
Pencegahan
Demam campak boleh dicegah dengan suntikan vaksin kepada kanak-kanak, terutama di negara yang banyak kes dan tinggi kadar kematian akibat penyakit ini.
Vaksinasi kanak-kanak menjadi kunci kesihatan masyarakat kerana ia secara tidak langsung boleh mengurangkan kematian kanak-kanak dan orang dewasa. Vaksin campak adalah murah, selamat dan berkesan.
Ada ibu bapa bimbang apabila tercetus kontroversi kononnya vaksin MMR (campak, beguk dan rubela) boleh menyebabkan masalah autisme pada kanak-kanak.
Sebenarnya ia tiada kaitan langsung. Kajian di United Kingdom mengesahkan, virus atau tahap antibodi campak yang dikesan pada kanak-kanak autisme dan normal (kumpulan kawalan) tidak berbeza, sama ada mereka mendapat satu atau dua dos vaksin MMR.
Jadi jangan perjudikan kesihatan anak anda hanya kerana kebimbangan tidak berasas ini.
Campak biasanya sembuh dalam masa 10 hingga 14 hari. Bagi sesetengah pesakit, keadaannya boleh menjadi serius tetapi kebanyakan orang akan pulih sepenuhnya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Penuaaan sering dikaitkan dengan penyakit, keuzuran, keperluan kepada perkhidmatan sosial dan kesihatan, bantuan kewangan, ketidakupayaan serta kebergantungan kepada penjaga atau ahli keluarga.
Penuaan berjaya didefinisikan berdasarkan model multidimensi iaitu bebas daripada penyakit kronik, ketidakupayaan fizikal serta fungsi kognitif yang lebih baik. Apa yang membimbangkan adalah dalam masa lebih sedekad ini, kadar penuaan berjaya berdasarkan definisi sama dalam kalangan warga emas menurun kepada 11 peratus.
Faktor utama penuaan pada tahap keupayaan yang tinggi ialah obesiti, penyakit kardiovaskular seperti darah tinggi, kencing manis, kanser, osteoporosis, demensia (nyanyuk) dan sebagainya.
Penuaan adalah perkara semula jadi. Tetapi fenomena penuaan yang dicerap di kebanyakan negara Asia adalah membimbangkan kerana tidak seiring dengan peningkatan Gross National Index (GNI) serta pembangunan infrastruktur terutama berkaitan sokongan sosial dan kesihatan untuk populasi menua.
kesihatan fizikal dan fungsi kognitif yang lebih baik, sokongan sosial yang kuat, tahap pendidikan yang lebih tinggi dikenal pasti menyumbang ke arah penuaan sihat.
Selain itu, kurang pembabitan dalam aktiviti baik pulih mekanikal serta tidak menggunakan teknologi moden dan kurang mengambil buah-buahan serta jus selain jarang berpuasa turut memainkan peranan penting.
“Berpuasa setiap Isnin dan Khamis berupaya mengurangkan emosi kurang baik termasuk melambatkan proses penuaan dalam kalangan warga emas.
“Sekiranya amalan itu diteruskan selama tiga bulan, tabiat berkenaan mengurangkan berat badan selain menurunkan peratus lemak tubuh, tekanan darah dan aras lipid darah.
Amalan berpuasa yang digabungkan diet pengehadan kalori (FCR) mengurangkan 300 sehingga 500 kalori pada hari biasa, mampu mengurangkan berat badan, peratus lemak tubuh, tekanan darah dan aras lipid darah.
“Orang yang kerap berpuasa menunjukkan pengurangan kerosakan DNA yang memberangsangkan berbanding yang tidak berpuasa.
“Diet ‘superfood’ merangkumi sumber protein daripada ikan serta memperbanyakkan pengambilan buah dan sayur amat penting untuk mengekalkan kesihatan warga emas,” katanya.
Ikan daripada spesies salmon kaya asid lemak omega bagus untuk fungsi otak dan jantung selain bersenam untuk menguatkan fungsi otot.
Ikan tempatan seperti kembung dan cencaru mengandungi asid lemak omega malah lebih tinggi berbanding susu omega yang dijual di pasaran.
Memasak menggunakan kaedah memanggang dan berkuah seperti singgang, asam pedas atau sup mengekalkan kandungan omega berbanding menggoreng.’
Superfood lain adalah ulam-ulaman seperti daun kesom, ulam raja dan daun selom kaya dengan polifenol khususnya daun selom meningkatkan daya ingatan dan fungsi sosial warga emas yang mengalami gangguan emosi. Beliau juga mengingatkan berat badan sihat juga antara satu kunci utama pada penuaan sihat terutama bagi golongan pertengahan usia.
“Beberapa kajian jangka panjang menunjukkan hubungan antara berat badan dan risiko kematian adalah berbentuk U iaitu mortaliti meningkat pada berat badan yang terlalu rendah atau terlalu tinggi.
“Adalah penting bagi golongan pertengahan usia untuk mencapai berat badan sihat iaitu berat badan ideal sebagai satu faktor ke arah penuaan sihat.
“Bagaimanapun, pakar kesihatan awam sangat bimbang dengan gejala obesiti yang menjadi epidemik kian meningkat dalam kalangan populasi di Malaysia kebelakangan ini.
Pengambilan buah-buahan tropika seperti jambu batu berpotensi meningkatkan fungsi otak termasuk meningkatkan daya ingatan seterusnya mengurangkan risiko nyanyuk.
Selain itu, talbinah yang menjadi pemakanan sunah yang diamalkan masyarakat Arab mengurangkan risiko kemurungan di institusi penjagaan warga emas.
Ia adalah sejenis minuman barli yang dimasak bersama susu dan dimaniskan dengan madu (25 gram talbinah dalam 100 milileter air suam).
Panduan bagi penuaan kognitif sihat
• Kawal paras gula ke tahap normal.
• Kawal aras lemak ke tahap normal.
• Ambil buah-buahan dan sayur sayuran lima hidangan sehari.
• Ambil ikan lima hidangan seminggu.
• Amalkan pengehadan kalori melalui berpuasa sunat atau diet rendah kalori.
• Lakukan aktiviti merangsang minda.
• Bersenam paling kurang 30 minit lima kali seminggu.
• Elakkan merokok dan alkohol.
Minyak ikan:
• Kaya dengan DHA
• Meningkatkan fungsi kognitif ringan, daya ingatan pendek dan ingatan bekerja bagi warga emas.
Faktor risiko diemensia:
• Kegemukan
• Kurang cergas
• Kurang membaca
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.