Kalau diperhatikan sekarang trend berbasikal memang sangat popular. Entah dari mana seruan ini muncul membuatkan ramai ingin berbasikal pun MASKULIN tidak tahu. Kalau dilihat senarai basikal di pasaran tidak kurang hebat juga harganya.

Pengaruh daripada selebriti dan juga influencer di laman media sosial mungkin membuatkan trend ini menjadi bertambah popular.

Apa tidaknya sehingga muncul pula perlbagai kontroversi membabitkan mereka yang berkayuh di lebuh raya. Jangan buat begitu ya kerana ia menyalahi undang-undang. Tapi secara umumnya MASKULIN seronok melihat ramai yang mula aktif dengan aktviti yang cukup menyihatkan terutamanya di hujung minggu.

Nampak cukup meriah sekali. Dalam pada masa yang sama kita juga dapat melihat pelbagai jenis basikal daripada segala macam jenama di atas jalan raya.

Bercakap tentang harga basikal, kali ini MASKULIN ingin kongsi 10 basikal paling mahal di dunia setakat ini.

10. Phanuel Krencker’s ‘Bicylettes de Luxe’

Senarai Basikal Termahal Di Dunia Pernah Dijual Setakat Ini

Harga: USD34,425 (RM143,449)

Di tempat ke-10, basikal yang pernah menjadi tumpuan di North American Handmade Bicycle Show of 2011. Ia merupakan basikal yang direka oleh pereka terkenal Perancis, Phanuel.

9. Litespeed Blade Bike

Senarai Basikal Termahal Di Dunia Pernah Dijual Setakat Ini

Harga:USD40,788 (RM169,964)

Basikal ini diperbuat daripada material paling berkualiti antaranya aloi titanium dan juga karbon fiber. Ia juga antara basikal yang boleh mencapai kelajuan tinggi.

8. eRockit’s Electric Assist Bike

Senarai Basikal Termahal Di Dunia Pernah Dijual Setakat Ini

IKLAN

Harga: USD44,000 (RM183,348)

Buat yang ingin relaks dan tidak berapa penat, basikal elektrik mungkin pilihan terbaik. Lebih stailo jika anda menggunakan basikal eRockit ini yang boleh mencapai kelajuan sehingga 70km/j.

7. Montante Luxury Gold Collection

Senarai Basikal Termahal Di Dunia Pernah Dijual Setakat Ini

Harga: USD46,000 (RM191,682)

Basikal mewah ini boleh dibahagikan kepada empat bahagian utama iaitu Golden Leaf, Wood, Swarovski stones dan Python. Ia turut mempunyai kemasa emas 24 karat di bahagian rangka dan kompenen lain. Kayu berkualiti tinggi dan batu pertama Swaroski turut menjadi penghias.

6. Chrome Hearts X Cervelo

Senarai Basikal Termahal Di Dunia Pernah Dijual Setakat Ini

Harga: UD60,000 (RM250,020)

IKLAN

Hearts X Cervelo merupakan basikal bukit edisi khas yang cukup eksklusif. Ia dikeluarkan pleh Casa de Chrome dengan kolaborasi bersama Cervelo.

5. Trek Madone 7: Diamond

Senarai Basikal Termahal Di Dunia Pernah Dijual Setakat Ini

Harga: USD75,000 (RM312,525)

Trek Madone 7: Diamond dilelodng dalam sebuah acara lelongan dan dijual pada harga USD75,000! Basikal ini mempunyai 14 karat emas dan emas putih. Malah ia turut mempunyai berlian 1 carat!

4. Aurumania Crystal Edition Gold Bike

Senarai Basikal Termahal Di Dunia Pernah Dijual Setakat Ini

Harga: USD114,000 (RM475,038)

Basikal ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 2008 oleh sebuah syarikat dari Scandinavia, Aurumania. Aurumania Crystal Edition Gold Bike dihasilkan sepenuhnya dengan kerja tangan berkualiti dan dilengkapi palt emas 24 karat. Pada ketika itu ia diangkat sebagai basikal termahal di dunia.

IKLAN

3. KAWS: Trek Madone

Senarai Basikal Termahal Di Dunia Pernah Dijual Setakat Ini

Harga: USD160,000 (RM666,720)

Basikal yang mendapat sentuhan daripada artis berpengaruh, KAWS ini dilancarkan seiring dengan kempen Livestrong tidak berapa lama dahulu.

2. Trek Yoshimoto Nara

Senarai Basikal Termahal Di Dunia Pernah Dijual Setakat Ini

Harga: USD200,000 (RM833,400)

Di tangga kedua merupakan salah sebuah basikal yang dilelong bersama Butterfly Madone di sebuah acara lelongan eksklusif. Ia pernah ditunggang oleh Lance Armstrong dalam beberapa kejohanan terkenal dan diperbuat daripada karbon fiber.

1. Trek Butterfly Madone

Senarai Basikal Termahal Di Dunia Pernah Dijual Setakat Ini

USD500,000 (RM2,083,500)

Inilah basikal termahal yang pernah dijual di dunia! Trek Butterfly Madone mendapat sentuhan daripada Damien Hirst. Namun timbul kontroversi apabila beberapa pencinta haniwan mengkritik teknik penghasilan kemasannya yang menggunakan sayap asli rama-rama.

Semua basikal di atas ini mungkin boleh hadir dalam mimpi sahajalah. Golongan ‘kayangan’ pun mungkin fikir banyak kali nak milikinya.

Namun jika anda mencari aksesori basikal pada harga berpatutan boleh dapatkan di sini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI