Sejak kebelakangan ini aktiviti berbasikal menjadi sangat popular di negara kita. Terutamanya di kawasan bandar seperti Lembah Klang. Lihat sahaja pengaruh yang telah dibawa oleh selebriti yang cukup ramai mula aktif dengan kegiatan berbasikal.
Adakah ia ada kaitan dengan PKP atau tidak itu kita tidak tahu. Namun populariti itu memang dapat disaksikan makin popular selepas aktviti sosial mula dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.
Banyak kelebihan yang dapat dirasakan oleh mereka yang aktif berbasikal. Ikuti perkongsian MASKULIN di bawah.
STAMINA
Aktiviti berbasikal mampu menguatkan stamina anda dan juga memperbaiki kondisi kesihatan diri. Kayuhan selama 30 minit sehari pun sudah cukup untuk memberikan hasil yang dapat dirasai.
Ads
PEMANDANGAN LEBIH LUAS
Menaiki basikal dan menggunakan kenderaan seperti kereta amat berbeza pengalamannya. Dengan berbasikal anda dapat menikmati pemandangan sekeliling yang mungkin selama ini tidak anda hargai. Terutamanya di kawasan rumah anda sendiri.
RASA LEBIH MUDA
Ads
Percayalah aktviti berbasikal mampu membuatkan anda rasa lebih muda. Ia akan membuat nostalgia anda berbasikal ketika kecil membuak-buak semula di dalam diri.
SESUAI UNTUK SEMUA PERINGKAT
Tidak kira usia atau tahap kecergasan, aktviti berbasikal boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Namun ia perlu dilakukan mengikut kemampuan diri. Bagi yang tidak berapa larat cukup berbasikal di kawasan perumahan untuk keluarkan peluh tanpa melakukan peuctan. Itu pun sudah okay!
Bagi kayi kayuh perbezaan utama yang mereka akan rasai ialah kekuatan otot bertambah terutamanya di bahagian kaki dan pinggul. Malah otot dibahagian perut juga akan turut mendapat kesannya. Sudah ramai penggemar berbasikal telah turun berat badan mendadak apabila melakukan kayuhan dengan aktif serta konsisten.
MESRA ALAM
Berbasikal hanya memerlukan kudrat kayuhan anda dan tidak mencermarkan alam sekitar. Kalau setakat ingin pergi ke kedai runcit yang jaraknya beberpa kiloneter sahaja boleh saja pergi dengan basikal. Minyak pun jimat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Malaysia antara negara yang mempunyai populasi penduduk dengan berat badan berlebihan di Asia. Menurut kajian International Institute for Global Health (IIGH) Malaysia diletakkan sebagai ‘heavyweight’ kerana 45.3 peratus penduduknya mengalami berat badan berlebihan, diikuti Korea Selatan (33.2 peratus), Pakistan (30.7 peratus) dan China (28.3 peratus). Namun terdapat satu alternatif rawatan bagi mengurangkan obesiti iaitu kaedah bariatrik yang berkesan mengurangkan berat badan dengan cara sihat dan berkesan.
Bariatrik adalah teknik pembedahan bertujuan mengurangkan berat badan dengan cara meletakkan alat bantuan seperti pengikat gastrik dan pembuangan sebahagian daripada perut. Ia mengurangkan isi padu perut dan pemintasan usus kecil untuk mengurangkan penyerapan seperti lemak dan gula. Bagaimanapun, banyak faktor perlu diambil kira oleh panel doktor dan pesakit sebelum menjalani pembedahan itu seperti kedudukan kewangan, logistik, sokongan keluarga, keadaan kesihatan, kecergasan dan pelbagai lagi.
Kesan selepas pembedahan bariatrik:
– Tidak boleh makan banyak kerana perut sudah dikecilkan.
– Kalau makan banyak, akan cepat kenyang. Pada permulaannya pesakit dinasihat supaya makan sedikit dan kerap mengurangkan kesan sampingan seperti muntah
– Pada permulaannya akan cepat rasa letih, oleh itu pesakit dinasihat minum banyak air.
– Mula seronok apabila berat badan semakin menyusut.
– Pesakit kronik akan mula sembuh, pertamanya bagi pernafasan atau masalah berdengkur.
– Dalam tempoh empat hingga lima minggu, penyakit kencing manis dan darah tinggi lebih mudah dikawal.
– Dalam tempuh tiga hingga enam bulan, masalah sendi yang disebabkan oleh berat badan akan semakin reda atau pulih.
Ramai yang mungkin tidak sedar bahawa obesiti boleh memendekkan jangka hayat sehingga 10 tahun.
Menakutkan tapi itu hakikat yang perlu didepani apabila tubuh tidak lagi tertanggung dengan berat yang terlampau.
Begitu pun setiap masalah ada penyelesaiannya dan setiap penyakit ada penawarnya. Individu obesiti mungkin akan berasa sedikit lega apabila dikatakan mereka kini mempunyai satu lagi opsyen untuk menikmati kehidupan yang lebih baik iaitu dengan menjalani pembedahan bariatrik (atau juga dikenali sebagai pembedahan obesiti).
Ketika ini terdapat tiga jenis pembedahan bariatrik iaitu Lingkaran Laporoskopik Boleh Ubahsuai (LAGB), pembedahan Sleeve Gastrectomy (SG) dan Pintasan Gastrik (GB).
Individu yang mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan bariatrik sebagai opsyen bagi menyelesaikan masalah obesiti yang dihadapi boleh memilih salah satu daripada tiga kaedah tersebut.
“Secara umumnya LAGB ialah sejenis lingkaran silikon lembut dengan belon elastik yang boleh menggelembung apabila disuntik mengikut keperluan individu.
“Ia diikat pada bahagian atas perut dan menjadikan perut terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian kecil yang berada di atas lingkaran mempunyai muatan kira-kira 10 – 20 ml (kantung) manakala bahagi besar berada di bawah lingkaran.
“Melalui kaedah ini perut tidak akan dibedah atau dirosakkan dengan stapel bahkan lingkaran boleh ditanggalkan dengan mudah tanpa merosakkan anatomi perut.
“Kaedah ini terbukti selamat, berkesan dan mengekalkan pengurangan berat badan untuk jangka panjang. Kira-kira 50 peratus daripada berat badan yang berlebihan dapat dikurangkan dalam tempoh dua tahun.
SIAPA YANG LAYAK BUAT PEMBEDAHAN INI?
Tidak semua individu yang gemuk layak untuk melakukan prosedur ini dan ia hanya ditentukan oleh pakar bedah yang mengkhusus dalam bidang tersebut.
Sebagai contoh, seseorang yang berat badannya hanya 70 kilogram (kg) dan mahu menurunkan kepada 50 kilogram tidak layak untuk menjalani pembedahan ini.
Ini kerana prosedur ini adalah untuk mereka yang benar-benar mengalami obesiti iaitu mereka yang mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) pada skor 37 atau lebih. Atau boleh juga jika BMI 32 serta mengalami dua masalah kesihatan yang berkaitan dengan obesiti seperti diabetes jenis II, masalah jantung, sakit sendi atau berdengkur.
Syarat lain ialah individu obesiti tersebut telah mencuba pelbagai kaedah menurunkan berat badan tapi tidak berjaya.
“Perlu diingatkan pesakit yang hendak mengikuti prosedur ini perlu membuat komitmen seumur hidup seperti tindakan susulan, mematuhi diet, senaman dan mengikuti panduan perubatan secara terperinci.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa pernah dengar Military Diet? Haaa diet ni tak lah healthy sangat, tapi untuk anda yang tiba-tiba ex teman wanita ajak pergi wedding dia. Kalau nak nampak hensem, mungkin anda boleh cuba diet ini.
Apa itu Military Diet?
Military Diet ni menggabungkan makanan yang berkalori rendah yang boleh mendapatkan hasil dalam masa 1 minggu. Diet ini boleh mengurangkan berat anda sehingga 5kg dalam masa 3-7 hari jika anda mengikuti meal plan mereka dengan betul. Walaubagaimanapun, ia masih lagi bergantung kepada badan seseorang.
Diet ini juga dikenali dengan diet 3 hari kerana anda perlu ketat dengan pengambilan kalori 3 hari dalam seminggu. Ia dibahagikan kepada dua bahagian dalam tempoh satu mingggu. Anda perlu hadkan pengambilan kalori dalam masa tiga hari dengan mematuhi meal plan yang ketat, manakala hari selebihnya, anda dibenarkan untuk makan macam biasa.
Diet ini tidak wajar dilakukan setiap minggu kerana ia berbentuk tidak sihat. Kalau diperhatikan pengambilan kalori untuk diet ini hanya kira-kira 800-1100 kalori sehari sedangkan setiap orang perlu mengambil makanan berjumlah 1600-2000 kalori seorang. Military Diet hanya berfungsi untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan pantas dalam masa yang singkat. Jika anda nak kekal kurus dalam tempoh jangka panjang, ini bukan diet yang sesuai dengan anda.
Ini diet plan Military Diet yang boleh anda ikut.
Hari Pertama
Hari ke Dua
Hari ke tiga (Kalori pada hari ini sangat ketat)
Lihat kesan yang bakal anda dapat selepas 3 hari anda mengikuti diet ini. Kalau boleh jangan amal diet ini selalu, kembalilah kepada rutin biasa selepas 3 hari. Diet ini boleh dilakukan sebulan sekali sahaja.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Joging adalah satu bentuk senaman yang paling mudah dan paling murah. Ramai orang menggemarinya kerana ia mudah untuk menghakis segala lemak kerana jantung anda bergerak seiringan dengan tapak kaki ketika joging.
Namun masalah timbul apabila berjoging kaki rasa sakit hingga melumpuhkan niat untuk kembali melakukannya di lain hari kerana tidak mahu rasa sakit.