Sering Parkir Kereta Di Tempat Terbuka & Panas Terik, Ini Tip Yang Patut Dipraktikkan

Share

Memang lumrah cuaca di Malaysia yang agak panas kan, tapi bila kereta di letakkan di bawah terik matahari dan tempat tak berbumbung, buka-buka je “Wow! Panasnya!” . Tiada siapa yang sukakan suasana panas ketika memasuki ke dalam kenderaan mereka, lebih-lebih lagi pada waktu tengah hari.

Sampaikan nak pegang steering pun tak mampu sebab panas betul. Terpaksa bukak pintu kereta luas-luas, start enjin dan pasang air-cond kuat-kuat dan biarkan ianya sebentar sampailah kereta sejuk sikit, betul tak?

Tapi kami ada solusi untuk menyelesaikan problem korang tu.

Tidak susah mana pun, cuma perlu menekan satu butang sahaja, Sewaktu memandu pastikan korang tutup flap air cond kereta. Ini berfungsi agar perudaraan kereta beredar di dalam kereta sahaja dan mengekalkan udara yang sejuk dan nyaman sepanjang pemanduan.

Sekiranya anda mahu meletakkan kereta anda di kawasan tidak berbumbung ketika cuaca panas, jangan ditutup flap air cond itu, sebaliknya, biarkan sahaja ianya terbuka. Tujuannya untuk menggalakkan ventilation agar udara panas tidak terperap dalam kereta agar udara keluar masuk dan mengekalkan kereta kurang panas. Jadi tidak perlu nak turunkan cermin kereta untuk ventilation.

Ini bertujuan agar udara keluar masuk dan mengekalkan kereta kurang panas. Tidak perlu nak turunkan cermin kereta untuk ventilation. Bahaya kalau orang cungkil melalui cermin untuk nak curi kereta kan. Yelah malangkan tak berbau. 

Selamat mencuba!

IKLAN