Seramai 700 atlet Malaysia berentap pada Sukan SEA 2019 dan sokongan daripada rakyat Malaysia pastinya memberi makna yang cukup besar buat mereka. Satu cara yang senang untuk menyokong mereka, gunakan tanda pagar (hashtag) #GoMalaysiaGold.
Pada Sukan SEA 2017, Malaysia telah mencapai kejayaan dengan memperoleh 145 pingat emas. Kejayaan itu pastinya boleh diulang semula jika rekod sedia ada dapat diatasi menerusi 52 kategori sukan yang dipertandingkan.
Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun dalam satu kenyataan memberitahu, Yoodo akan menganjurkan kempen #GoMalaysiaGold khas untuk menyokong atlet-atlet Malaysia di Filipina.
“Sokongan ini sangat penting untuk mendorong atlet-atlet negara mecapai kejayaan yang lebih tinggi di Filipina. Rakyat boleh berkongsi kata-kata semangat berserta tanda pagar (hashtag) #GoMalaysiaGold di platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.
“Di Yoodo, kami pastinya 100 peratus menyokong usaha atlet-atlet Malaysia. Tujuan utama kempen #GoMalaysiaGold ini adalah untuk membakar semangat kenegaraan itu,” katanya mengenai yang matlamat kempen baharu ini.
Ads
Yoodo merupakan perkhidmatan mudah alih digital bebas yang dilihat benar-benar bersesuaian untuk rakyat Malaysia dan kini sedang mengumpul seberapa banyak sokongan kepada wira negara dengan tanda pagar yang baharu iaitu #GoMalaysiaGold.
Sukan merupakan salah satu daripada segmen utama dan Yoodo amat berbangga kerana berpeluang menjadi saluran untuk menaikkan semangat wira negara.
Ads
Kongsi Tuck Mun lagi, pada saat atlet tanah air meraih pingat emas, pengguna Yoodo juga berpeluang untuk ‘menang besar’.
“Kata-kata sokongan yang terbaik yang dikongsi dalam media sosial dengan tanda pagar #GoMalaysiaGold akan dipilih untuk memenangi hadiah istimewa.
Ads
“Antaranya, mereka berpeluang memenangi barangan Yoodo, power bank dan Google home mini,” katanya dalam kenyataan itu lagi.
Lebih menarik lagi, jika Malaysia berjaya memecahkan rekod lama, pelanggan Yoodo akan menerima 5GB data Internet secara percuma dan sekiranya Malaysia berjaya memenangi 150 pingat emas pula, 10 individu yang bertuah juga akan menangi sebuah telefon pintar.
Yoodo adalah pelan mobile pertama di Malaysia yang memberi kuasa kepada pelanggan untuk mengubah suai pelan mobile mereka sepenuhnya dari segi data, panggilan dan SMS.
Apabila berdepan dengan ejen insurans, ramai yang seolah-olah ingin ‘lari’ kerana tidak mahu ‘terikat’ dengan pujuk rayu membeli insurans. Ternyata bidang kerjaya ini bukanlah sekadar menjual, sebaliknya dapat membantu masyarakat mengurus kewangan dengan lebih bijak dan terjamin di masa depan.
Pengalaman seorang kenalan yang sakit dan tidak dilindungi sebarang insurans membuka mata Zulkifli Zali, 35 tahun untuk melihat betapa pentingnya perlindungan kewangan dalam hidup. Ternyata kisah tersebut memberi inspirasi buat Penolong Pengurus Unit di KL KH Empire, sebuah agensi Takaful di bawah naungan AIA Malaysia ini.
“Melihat penderitaan kawan saya yang sakit sehingga terpaksa dibuang kerja kerana sering mengambil cuti dan menanggung kos rawatan yang mahal kerana ketiadaan perlindungan insurans membuka hati saya untuk mendekati dunia Takaful.
“Tak dapat saya bayangkan kalau perkara yang sama terjadi kepada saya, apatah lagi saya bukanlah orang berada dan stabil untuk menampung kos perubatan,” ujar jejaka bujang dari Kelantan ini.
Zulkifli yakin percaturannya untuk beralih karier dari bidang perbankan ke insurans bukanlah langkah silap. Selain waktu yang lebih fleksibel, kerjaya sebagai Perancang Hayat AIA membolehkan dia menguruskan waktu sendiri, lebih berdisiplin, bertanggungjawab dan komited terhadap kerjayanya.
Kepuasan yang diperolehnya juga adalah kerana dapat membantu masyarakat dalam pelbagai aspek kehidupan agar mereka dapat hidup lebih sihat, berpanjangan dan menjalani kehidupan yang lebih bermakna.
Terlibat selama 10 tahun dalam bidang ini membolehkan Zulkifli mengubah gaya hidup menjadi yang lebih baik, sekali gus mendidik dirinya agar lebih sihat dan bermotivasi.
Karier ini juga membolehkan Zulkifli memberikan nasihat kewangan yang bersesuaian dengan keperluan dan peringkat kehidupan kliennya. Paling penting, harus ada keyakinan yang tinggi untuk berdepan dengan orang ramai berbekalkan banyak latihan dan ilmu.
“Setiap pagi apabila bangun dari tidur, saya akan bercakap di hadapan cermin kerana ia dapat melatih bakat saya untuk bercakap dengan orang ramai. Kalau saya sendiri tidak suka dengan apa yang saya cakap di hadapan cermin, ini bermakna orang lain juga mungkin tidak akan percaya dengan saya.
“Saya juga selalu menasihati Perancang Hayat yang lain untuk membuat seberapa banyak temu janji walaupun mungkin dengan kenalan atau keluarga sendiri kerana merekalah ‘pengkritk’ yang sangat jujur, bahkan komen mereka juga boleh membina semangat kita,” ujar anak keenam daripada lapan orang adik-beradik ini.
Penolakan daripada kenalan rapat merupakan antara cabaran yang pernah dilaluinya ketika bergelar Perancang Hayat. Namun, ia tidak mematahkan semangatnya untuk memberi pemahaman yang betul tentang Takaful sekali gus mengubah persepsi masyarakat.
“Jika dahulu perlindungan insurans sentiasa dikaitkan dengan tuntutan kematian, bil perubatan hospital atau kemalangan tetapi kini di AIA bukan hanya membantu masyarakat sebaliknya menggalakkan mereka untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
“Misalnya AIA Vitality, salah satu program kesihatan yang memberikan ganjaran menarik kepada pelanggan kerana mengamalkan gaya hidup yang sihat. Inisiatif ini dapat membantu Perancang Hayat untuk mendekati prospek klien dari sudut yang berbeza dan menarik,” kata Zulkifli yang gemar menontong wayang dan melancong.
Walaupun sudah lebih sedekad pengalaman dalam industri Takaful, Zulkifli baru sahaja menjadi ‘ahli keluarga’ AIA pada tahun 2018. Menurutnya, program AIA Elite Academy adalah sebab utama dia bertukar syarikat kerana tertarik dengan program kemasukan eksklusif yang sistematik, khusus untuk Perancang Hayat yang layak dan terpilih.
Program selama 18 bulan ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia yang menyediakan latihan dan sokongan untuk membentuk Perancang Hayat yang profesional, bertanggungjawab dan berkualiti dengan pelbagai skil serta pengetahuan, selain tidak culas dalam melaksanakan tugas.
“Tarikh 31 Julai lepas adalah hari terakhir saya dalam AIA Elite Academy. Program ini merupakan platform terbaik untuk saya mencapai pengiktirafan di peringkat antarabangsa dalam kerjaya iaitu Million Dollar Round Table (MDRT). Ia bukannya sasaran yang mudah untuk dicapai namun jika kita fokus, tak mustahil untuk kita gapai. Alhamdulillah, saya berjaya mencapai MDRT untuk tahun 2020 kerana usaha dan komitmen yang saya berikan, juga hasil pembelajaran bersama program ini.
“AIA Elite Academy juga berjaya memikat hati saya kerana adanya banyak insentif yang menarik. Selain skim pembiayaan, ada juga sokongan pementoran dan silibus pembelajaran bertaraf dunia, trip perjalanan secara percuma dan latihan yang boleh memacu karier Perancang Hayat agar lebih berpotensi dan sukses,” jelas Zulkifli.
Jadualnya yang padat menyebabkan Zulkifli mengatur rutin hariannya dua minggu lebih awal agar tidak bertindih dengan perkara lain, selain mengosongkan jadualnya untuk keperluan kecemasan ataupun masa untuk bertemu keluarganya.
“Walau tiada perkara penting, saya akan masuk ke pejabat untuk berjumpa dengan ketua agensi sebelum bertemu dengan Perancang Hayat lain. Kemudian, barulah saya mulakan temu janji antara jam 10 pagi atau 11 pagi dan memperuntukkan tiga temu janji sehari iaitu pada waktu pagi, lepas makan tengah hari dan malam sehinggalah jadual kerja saya berakhir jam 11 malam,” kongsi Zulkifli yang telah merekrut tujuh Perancang Hayat baharu di bawah AIA Elite Academy.
Bidang pekerjaan yang mulia dan bermakna ini memerlukan integriti yang tinggi, malah menuntut seseorang untuk bersedia untuk memberikan komitmen dan tidak mudah mengalah.
“Bukan hanya minat atau wang ringgit yang dikejar tetapi tekadkan niat untuk membantu masyarakat dalam membina hidup yang lebih terjamin, selain menambah ilmu dengan pelbagai latihan dan mendekatkan diri dengan orang yang lebih berpengalaman agar kita sentiasa mempertingkatkan diri dan mencapai apa yang kita impikan,” pesan Zulkifli.
Inginkan kerjaya alternatif yang lebih fleksibel dan bermakna seperti Zulkifli?
Sejak terciptanya kenderaan dua roda yang dipacu enjin bergelar motosikal, kita telah menyaksikan segala macam evolusi teknologi diperkenalkan. Pada masa kini, pelbagai jenis, bentuk dan kategori motosikal dihasilkan bagi memenuhi keinginan dan kezaman penunggang dan pencintanya.
Tidak keterlaluan untuk MASKULIN katakan bahawa motosikal kini bukan hanya berfungsi sebagai kenderaan yang membawa kita dari poin ‘A’ ke poin ‘B’. Tetapi ia lebih daripada itu! Motosikal kini menjadi salah satu instrumen untuk kita merasai dan mengekspresikan diri.
Renjatan adrenalin ketika melakukan tunggangan motosikal hanya akan dapat dirasai oleh mereka yang melalui sendiri pengalaman tersebut. Disebabkan itulah, motosikal kini bukan sahaja mempunyai kualiti terbaik tetapi mampu beraksi lasak dalam pelbagai kondisi jalan menjadi pilihan.
BMW Motorrad yang mempunyai pengalaman serta sejarah yang cukup kaya dalam penghasilan motosikal premium turut membariskan ciptaannya yang cukup mantap. Pengenalan BMW R 1250 GS/GS Adventure ditonjolkan sebagai sebuah jentera sempurna buat mereka yang inginkan pengalaman tungangan luar biasa sama ada di jalan raya atau secara ‘off-road’.
Dari sudut sejarahnya, Model BMW GS bukanlah calang-calang model motosikal. Bahkan ia mempunyai yang unggul dan kaya dengan 40 tahun evolusi penghasilan yang menggabungkan versataliti dan ciri tunggangan yang unik. Pelbagai perubahan dan kemajuan kejuruteraan dilakukan selama ini terserlah dengan ketelitian terbaik ditampilkan menerusi BMW GS versi terbaru ini.
Inovasi rekaan sofistikated yang diterjemahkan menerusi BMW GS ini menjadikan ia sebagai penanda aras terunggul di pasaran sekarang. Dua varian diperkenalkan iaitu R 1250 GS/GS Adventure bukan sahaja dijangka memenuhi kehendak pengguna tetapi mampu memberikan jangkaan yang luar biasa.
Jentera sensasi dari BMW Motorrad ini dijana dan dikuasakan oleh enjin boxer dua silinder bersesaran 1,254 cc dengan menghasilkan 136 kuasa kuda pada 7.750 rpm dan 143 nm pada 6,250 rpm. Dalam erti kata lain, ia menjana satu angka yang cukup mantap bagi sebuah motosikal yang turut tampil dengan lampu hadapan adaptif baharu hadir dengan fungsi berpangsi.
Lebih menarik, sistem trasmisi dan penggandingnya kini telah dintegrasikan pada komponen perumah enjin yang sekali gus menyaksikan sebuah reka bentuk lebih menjimatkan ruang serta ringan.
Motosikal paling versatil BMW Motorrad ini juga turut dilengkapi dengan mekanisma ‘anti-hopping’ di dalam klacnya serta memiliki teknologi BMW Gear Shift Assistant Pro telah tersedia secara standard.
Fungsi pelbagai mod tunggangan juga memberikan pengalaman yang jauh lebih berbeza menerusi model terbaru ini. Kini ia dilengkapi dengan beberapa mod tunggang berbeza seperti Dynamic, Dynamic Duo, Enduro serta Pro Enduro yang turut kengkap dengan kawalan brek enjin dinamik.
Pengenalan kawalan luncur serta mod terbaru ECO juga memberikan kelebihan tersendiri kerana ia membantu enjin boxer mencapai penggunaan maksimum bahan api, sekali gus menjimatkan penggunaan petrol. Ia dapat dilakukan dengan sokongan menerusi sistem timing Shiftcam variable valve.
Bagi tunggangan di pelbagai kondisi jalan raya atau permukaan, kehadiran BMW Motorrad Dynamic ESA (Electronic Suspension Adjustment) pula membolehkan fungsi redaman motosikal ini disesuaikan secara otomatik.
BMW Integral ABS pro memberikan kestabilan serta jaminan keselamatan yang jauh lebih tinggi. BMW GS kini turut dilengkapi dengan IMU (Inertial Measurement Unit) enam-paksi yang cukup penting bagi memastikan sistem Integral ABS PRO terbaru berfungsi dengan sempurna berbanding sistem lama ABS Pro.
Sistem Integral ABS akan berfungsi apabila tuas brek digunakan kedua-dua brek hadapan dan belakang. Dengan pengenalan IMU, Integral ABS dapat membantu berfungsi lebih baik dalam berfungsi lebih baik dan dapat mengesan sebarang kedudukan atau posisi motosikal sama ada di jalan raya atau ‘off-road’.
Dari segi penampilan luara, BMW R 1250 GS/GS Adventure juga tidak kurang hebatnya. Pandangan pertama mata pastinya tertumpu kepada beberapa ciri menarik seperti lampu DRL yang mempunyai bentuk ‘X’, sistem ekzos berwarna krom serta rim yang hadir dengan jejari cross spoke. Buat varian Adventure pula ia datang dengan lampu bantuan serta cagak bagi pannier dan top box.
Untuk mudahkan tunggangan dengan navigasi lebih lancar ia menawarkan sistem paparan klister bersaiz 6.5 inci TFT yang turut menyokong aplikasi BMW Motorrad Connected. Sistem paparan ini juga turut menyokong fungsi main semula pelbagai kandungan media, telefon serta navogasi peta tanpa sebarang sokongan peranti atau alatan luaran.
Ia juga didatangkan lengkap dengan soket 12V serta USB-a 5V bagi memudahkan pengecasan sebarang peranti pintar sama ada ketika berhenti atau bergerak. Lampu hadapannya juga memberikan pandangan visual yang sangat baik. Lampu hadapan LED adaptif yang digunakan padanya mempunyai bentuk lebih bersegi menjadikan ia mampu memberikan pancaran visual lebih luas terutamanya pada sudut tepi.
Pengenalan lampu hadapan seperti ini mampu memberikan pengalaman tunggangan yang lebih meyakinkan serta selamat. Kedua-dua varian R 1250 GS dan R 1250 GS Adventure kini turut ditawarkan dengan edisi istimewa ’40 Years GS’ dengan warna Balckstorm Metallic dan Yellow. Manakala untuk model standard pula dengan warna Triple Black Style dan Rallye Style.
Lebih istimewa, BMW R 1250 GS/GSA juga akan melakukan kemunculan menerusi program TV automotif paling sensasi, Roda Panas Musim Kedua. Kemunculan pada episod kedua pada 23 Januari 2021 eksklusif di Astro Ria menyaksikan hos, Fizo Omar tampil bersama pemilik motiskal BMW GS, Hazri yang juga merupakan pelajar pakar motosikal BMW, Faizal Sukree.
Ia selari dengan ‘Spirit of GS’ di mana pemilik ini berkongsi tentang perspektif serta pengalaman menggunakan BMW R 1250 GS.
Jadi menerusi episod Roda Panas yang istimewa ini anda boleh saksikan sendiri individu yang bukan sahaja ada pengalaman sebagai penunggang tetapi impak yang diberikan motosikal ini dalam pengembaraan, persahabatan serta perjalanan yang dilalui.
Jadi jangan lupa untuk saksikan sendiri deruman enjin BMW R 1250 GS menerusi Roda Panas nanti!
Pengenalan telefon pintar flagship terkini, HUAWEI P40 pasti membuatkan ramai peminat teknologi ini teruja. Apa tidaknya, saban tahun HUAWEI sentiasa mengetengahkan telefon pintar yang mampu menjadi perintis kepada pelbagai teknologi dan inovasi baharu.
Selain pengenalan teknologi di dalam telefon pintar itu sendiri, HUAWEI juga telah memperkenalkan ekosistem kepelbagaian perantinya yang mampu berhubung dengan hanya satu sentuhan sahaja.
HUAWEI MENGHUBUNGKAN DENGAN SATU SENTUHAN SAHAJA
Pernahkah anda berdepan kesukaran untuk bekerja dari rumah, sedangkan segala data anda berada di pejabat? Apabila ingin bekerja luar dari pejabat pastinya anda ingin melakukan tugasan memindahkan fail atau foto dari telefon pintar ke komputer dengan mudah dan yang pasti, pemindahan itu semuanya memakan masa yang lama.
Ramai di antara kita memiliki pelbagai jenis peranti seperti televisyen, pembesar suara, tablet dan semestinya telefon pintar. Jadi, bagaimana pemindahan data dari telefon pintar ke peranti lain boleh dilakukan dengan pantas? Ini terutamanya apabila kita berada di luar atau ‘on the go’.
ON THE GO!
Di sinilah kehebatan yang ditonjolkan oleh teknologi Huawei Share, teknolgi yang diperkenalkan oleh HUAWEI sebagai solusi untuk masalah ini. Dengan Huawei Share, pengguna dapat menghubungkan semua peranti dengan mudah walau di mana pun anda berada tidak kira anda di pejabat, di rumah ataupun ketika dalam mod ‘on the go’!
Huawei Share bukan sahaja berfungsi untuk memudahkan pengguna memindahkan fail atau data di antara peranti, malah ia juga menawarkan hubungan interaktif OneHop di antara telefon pintar dan peranti pintar yang lain. Data-data seperti perkongsian audio, hubungan rangkaian dan projeksi skrin dapat dilakukan dengan pengalaman yang cukup selesa.
Sebagai contoh, jika anda ingin memindahkan foto dari telefon ke dalam komputer untuk proses mengedit, anda hanya perlu menekan dan mengaktifkan NFC di dalam telefon pada tag HUAWEI SHARE di bahagian bawah kanan komputer untuk menghubunngkannya.
Jika telefon anda menggunakan EMUI 10.0 atau ke atas, anda juga boleh merasai pengalaman mengunakan inovasi Multi-Screen Collaboration yang disediakan oleh Huawei Share. Ia bukan sahaja memudahkan pemindahan fail, malah turut membenarkan penggunaan tetikus dan kibod komputer peribadi berfungsi di dalam telefon pintar.
‘Tap’ sahaja telefon pintar ke komputer atau tablet, paparan telefon abda akan turut terpapar di skrin. Anda juga boleh mengakses mana-mana aplikasi telefon pintar atau drag dokumen dengan menggunakan tetikus di komputer. Malah, boleh juga melakukan ‘double click’ untuk mengedit dokumen (sokongan EMUI 10.1 ke atas).
KESERONOKAN AUDIO
Pembesar suara yang disediakan juga tidak kurang hebatnya. Apabila pulang ke rumah selepas bekerja atau beriadah, sentuh sahaja telefon pintar di bahagian atas Sound X untuk mendengar alunan muzik. Ini semua boleh dilakukan dengan fungsi One-Tap Audio Sharing. Jika anda ingin menghentikan seketika muzik, anda tidak perlu melakukan akses dengan telefon pintar kerana anda boleh melakukannya dengan menutup bahagian atas pembesar suara menggunakan tapak tangan sahaja.
KEHEBATAN PENGALAMAN PERKONGSIAN
HUAWEI turut menekankan pengalaman sosial terhadap teknologi yang diperkenalkan. Dengan One-Tap Network Connection yang disediakan oleh Huawei Share, pengalaman gaming juga sememangnya berbeza.
Rakan-rakan yang datang ke rumah boleh menyertai permainan video tanpa perlu anda menggunakan perkongsian Wi-Fi berkali-kali. Hanya perlu ‘tap’ telefon di bahagian NFC, mereka boleh mengakses rangkaian Wi-Fi semudah ABC. Malah penggunaan skrin juga dapat dipindahkan ke televisyen dengan menggunakan teknologi yang sama.
AKSES KUNCI KERETA DENGAN HUAWEI SHARE
Teknologi Huawei Share turut menawarkan sesuatu yang menyeronokkan untuk kereta anda. Dengan teknologi ini, anda boleh mengakses kunci kereta dengan hanya menggunakan telefon pintar sahaja.
Sebagai contoh, anda boleh mengunci kereta walaupun tidak berada berdekatan dengan kenderaan anda. Yang pasti, teknologi ini merupakan salah satu ekosistem yang sedang diterokai oleh HUAWEI bersama rakan-rakan niaganya.
PETAL SEARCH WIDGET – PINTU ANDA KE JUTAAN APLIKASI
Seperti mana yang kita tahu, HUAWEI sentiasa komited dalam membangun dan menawarkan teknologi terkini serta terbaik untuk pengalaman terunggul penggunanya. HUAWEI P40+ turut hadir dengan Petal Search Widget – Find Apps, widget terbaharu yang membantu pengguna mencari pelbagai aplikasi, kandungan dan berita yang mereka mahukan.
Direka sendiri oleh HUAWEI, widget terbaharu ini akan memberikan pengalaman carian aplikasi yang belum pernah pengguna rasai.
Jadi bagaimana ia berfungsi? Terdapat tiga langkah mudah.
Langkah 1 – Untuk membantu pengguna HUAWEI P40 mencari aplikasi yang anda mahukan, gunakan Petal Search Widget -Find Apps.
Langkah 2 – Taipkan sahaja nama atau fungsi aplikasi di ruangan ‘search bar’. Ia akan memaparkan aplikasi paling top di bahagian teratas.
Langkah 3 – Petal Search Widget akan menunjukkan carian paling relevan di bahagian atas berdasarkan kata kunci yang dimasukkan. Ia akan menyatakan apakah aplikasi yang boleh dimuat turun menerusi AppGallery. Ia boleh dimuat turun secara link rasmi, menerusi versi laman sesawang atau daripada 3rd party store.