Rasanya kita semua terutamanya anda kalangan lelaki sudah tahu mengenai bahaya merokok. Asap yang disedut dari sebatang rokok mengandungi pelbagai jenis bahan kimia dan racun yang boleh memberikan kesan buruk dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
Pelbagai usaha bagi menggalakkan perokok untuk berhenti merokok telah dijalankan oleh banyak pihak terutamanya dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Tanpa kita sedari, jumlah perokok yang merokok di kawasan awam sebenarnya telah berkurang sejak penguatkuasaan undang-undang larangan merokok terutamanya di kawasan yang telah diwartakan oleh kerajaan seperti restoran dan tempat rekreasi.
Namun, sejak akhir-akhir ini sudah ada yang berani menghidupkan kembali tabiat merokok ditempat awam dan tidak mempedulikan tanda larangan merokok yang jelas terpapar.
Untuk pengetahuan semua, larangan merokok masih lagi ada dan belum ‘berkubur’. Meskipun penguatkuasaan fokus kepada pematuhan SOP bagi mencegah penularan COVID-19, pemantauan berkaitan larangan merokok tempat awam masih lagi berjalan.
JADI LELAKI KENA BERANI
Foto: Freepik.com
Jadi mengapa masih lagi ada segelintir perokok begitu senang hati mengingkari larangan tersebut? Besar kemungkinan kerana ego dan juga orang awam tidak menyuarakan hak mereka.
Melihat trend ini semakin serius, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menggerakkan Kempen ‘Speak Out! Suarakan Hak Anda’ untuk menyeru masyarakat yang tidak merokok menyuarakan hak mereka untuk mendapatkan udara bersih dan bebas asap rokok.
Bayangkan anda ke gimnasium, restoran atau pusat rekreasi bersama keluarga atau rakan-rakan. Tidak semena-mena anda ternampak individu yang tanpa segan silu asyik merokok di kawasan awam.
Bau hembusan asap rokok bukan sahaja menggangu keselesaan dan merosakkan mood anda bersama keluarga atau rakan-rakan tetapi dalam masa yang sama menjejaskan kesihatan mereka.
Ads
Sebagai lelaki dan juga paling penting orang awam yang mempunyai sikap tanggungjawab yang besar, anda perlu berani dan tampil kehadapan untuk menegur perokok secara berhemah.
Dekati mereka secara baik dan tegur dengan elok. Beritahu mereka tindakan merokok dikawasan larangan itu adalah salah. Jangan pula anda naik angin dan dikawal emosi marah pula. Tunjukkan kematangan dalam menegur. Jika teguran tidak diterima, laporkan kepada pemilik restoran atau pihak berkuasa.
KESEDARAN BAHAYA ASAP ROKOK PASIF
Foto: Freepik.com
Di antara perkara yang boleh anda kongsikan dengan mereka ialah keburukan dan bahaya asap rokok pasif kepada orang lain.
Asap rokok sekunder adalah asap yang dihembuskan oleh perokok manakala, asap rokok tertier pula merupakan sisa kimia asap rokok yang melekat pada permukaan.
Kedua-dua jenis asap ini juga mengandungi lebih 7,000 bahan kimia yang bersifat karsinogenik yang berisiko menyebabkan kanser. Ia juga menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan yang serius terhadap jantung , paru-paru malah mati pucuk!
Tahukah anda, terdapat bukti saintifik yang sememangnya mengesahkan bahawa asap rokok memberi kesan buruk kepada kesihatan majoriti rakyat yang tidak merokok!
Ads
Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan (NHMS) 2019 mendapati hanya 21.3% rakyat Malaysia yang merokok. Ternyata perokok adalah golongan minoriti dibandingkan dengan majoriti mereka yang tidak merokok.
Dan kajian tersebut juga telah dapati 94.5% rakyat Malaysia bersetuju jika perokok ditegur jika merokok di kawasan awam. Apa yang lebih menarik lagi, 74.9% perokok juga bersetuju jika mereka ditegur.
UNTUK KEBAIKAN BERSAMA
Foto: Freepik.com
Jadi sebagai rakyat yang bertanggungjawab anda sebenarnya tidak perlu takut bila berdepan perokok sama ada di resotran, pejabat, di dalam rumah mahupun kenderaan. Mulakan menegur ahli keluarga terdekat dahulu.
Kadangkala orang kita rasa segan untuk menegur ahli keluarga sendiri terutama yang lebih tua. Buang rasa segan itu untuk kebaikan bersama. Kita sama-sama jadi bangsa Malaysia yang prihatin!
Kita sedia maklum terdapat 23 jenis kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok merangkui premis kerajaan, restoran, taman awam, pengangkutan awam dan banyak lagi.
Ads
Tapi sedarkah kita bahawa di dalam rumah sendiri juga boleh terus diharamkan menjadi kawasan merokok. Ya, anda perlu mainkan peranan penting. Sama ada ahli keluarga atau tetamu yang datang melawat tegaskan bahawa di dalam rumah adalah zon larangan merokok.
CARA TEGURAN DEMI KEBAIKAN
Menegur juga perlu ada caranya. Seperti yang MASKULIN nyatakan di atas, perokok ini perlu didekati dengan berhemah. Sebaiknya elakkan provokasi dan jauhi konflik yang tidak diingini. Anda boleh ikuti beberapa langkah di bawah;
PERTAMA – Harus mula dengan niat yang baik. Ingat, tujuan anda menegur adalah untuk orang di sekeliling tidak terkena asap rokok. KEDUA – Guna dan pilih perkataan yang baik dalam menegur. Jangan sesekali guna perkataan atau sindiran yang boleh menyinggung perasaan.
KETIGA – Menegur tanpa provokasi. Lakukan mengikut kesesuaian tempat dan sampaikan dengan cara yang paling berhemah dan sopan.
Andai kata mereka memberi respon yang kurang baik, tenang-tenang sahaja. Chill. Yakinlah bahawa anda telah melakukan yang terbaik untuk orang sekeliling. Kita mulakan norma baharu menegur perokok demi kebaikan bersama. Kepada perokok, sekiranya anda ditegur, jangan pula rasa tersinggung ya, kami yang tidak merokok sayang anda!
Speak out! Express Your Right.
Jika anda merupakan seorang perokok, anda boleh dapatkan bantuan dan nasihat melalui Quitline Berhenti Merokok di talian 03-8884400 atau boleh kunjungi Perkhidmatan Berhenti Merokok di hospital terpilih seluruh negara.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dalam dunia lelaki yang bekerjaya profesional, aspek mobiliti merupakan perkara yang sangat penting.
Bak kata orang, masa itu emas. Segalanya perlu dilakukan dengan pantas dan cepat. Dan disebabkan itulah membuatkan lelaki bekerjaya mahukan kehidupan mereka dikelilingi dengan kelengkapan, aksesori dan paling penting, peranti yang mudah untuk dibawa ke mana sahaja.
Antara peranti yang mempunyai peranan sangat penting bagi lelaki bekerjaya adalah komputer riba atau dalam istilah popularnya, notebook.
Percaya atau tidak, komputer riba terbaharu yang diperkenalkan oleh pengeluar dari negara matahari terbit, Jepun iaitu Fujitsu rupanya hanya seberat 778 gram sahaja. Fujitsu UH-X kini dianggap antara komputer riba ULTRA-ringan yang wajib untuk dimiliki!
Ketika pertama kali mendengarnya, mungkin anda sendiri sukar untuk mempercayai. Namun hakikatnya, Fujitsu UH-X sememangnya sebuah komputer riba yang cukup ringan. Lebih luar biasa lagi dan dengan berat yang sebegitu, ia masih mampu menawarkan kemampuan dalaman yang cukup hebat.
TAHAN LASAK
Hadir dengan warna premium hitam dan putih untuk lelaki bekerjaya, Fujitsu UH-X masih menawarkan ketahanan yang cukup hebat apabila kerangkanya diperbuat daripada bahan magnesium. Bahan dan struktur yang digunakan telah dipilih dengan cukup teliti bagi mencapai misi untuk mengurangkan berat peranti ini tanpa perlu mengorbankan integriti ketahanannya.
Tampil dengan saiz 13.3 inci, skrinnya dilindungi dengan bingkai yang tebal di sekelilingnya. Bingkai luarannya diperkuatkan untuk mengurangkan herotan ketika ia dibuka dan ditutup, selain memperkenalkan rekaan sidewall.
Bukan itu sahaja, Fujitsu UH-X juga telah melalui ujian ketahanan seperti ujian tekanan permukaan dan hasilnya, ia mampu menahan tekanan 200 kgf. Bagi one-point test point, ia mencatatkan kiraan 35 kgf dan drop test pula pada kadar 76 cm.
PENGECAMAN WAJAH
Tersedia dengan skrin 13.3 FHD anti-glare, Fujitsu UH-X menawarkan resolusi paparan yang berkualiti tinggi. Sejujurnya, ia merupakan komputer riba dengan saiz yang cukup sesuai buat lelaki berkerjaya yang sentiasa bergerak.
Tambah menarik lagi, Fujitsu UH-X ini juga turut dibekalkan dengan kamera yang mempunyai teknologi pengecaman wajah atau Face Recognition.
Teknologi ini membantu pengguna untuk terus log masuk ke dalam komputer dengan lebih cepat. Ia juga disokong oleh Windows Hello yang merupakan ciri pengesahan biometric di dalam Windows 10.
KEPELBAGAIAN SAMBUNGAN
Tampil dalam bentuk yang cukup nipis dan ringan, tidak bermakna Fujitsu UH-X tidak dilengkapi dengan pelbagai port sambungan penting. Komputer riba ini dilengkapi dengan pelbagai port seperti dua USB-C ports, USB-A, HDMI, SD Card reader dan yang paling unik, jack sambungan Ethernet atau LAN.
Port LAN ini lebih unik kerana ia tampil dengan kaedah foldable untuk melakukan sambungan ke rangkaian kabel Ethernet. Jangan gusar jika tiada sambungan Wi-Fi kerana anda boleh melakukan sambungan kabel sahaja untuk mendapatkan Internet.
Hanya dengan kepelbagaian port yang tersedia pada Fujitsu UH-X ini membuatkan pengguna tidak perlu membawa segala macam kabel converter.
SPESIFIKASI DALAMAN
Terdapat dua versi Fujitsu UH-X yang ditawarkan untuk pilihan pengguna profesional. Untuk versi pertama, ia diperkasakan dengan pemproses Intel Core i7-10510U dan dilengkapi dengan memori 16 GB RAM, storan dalaman 1 TB, berserta Intel® UHD Graphics. Manakala untuk versi kedua pula, ia hadir dengan pemproses Intel Core i5-10210U bersama memori 8 GB RAM, storan dalaman 512 GB dan kad grafik Intel UHD Graphics.
Selain itu, faktor bateri juga tidak kurang pentingnya. Fujitsu UH-X tampil dengan bateri 25Wh untuk penggunaan sehingga 7.5 jam. Bukan itu sahaja, ia juga boleh dicas dengan pantas menggunakan teknologi Quick Charges. Jadi dalam tempoh satu jam sahaja, Fujitsu UH-X telah dicas hingga ke tahap 80 peratus.
Kepada lelaki bekerjaya profesional yang berkira-kira untuk memiliki komputer riba buatan Jepun yang terkenal dengan Takumi Craftmanship ini, boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenainya di laman sesawang rasmi, https://www.fmworld.net/overseas/my/en/uh-x/2008/
Eksklusif untuk pengguna di Malaysia yang ingin membeli komputer riba ini melalui kedai rakan kongsi yang berpartisipasi, GLOO dan Thunder Match Technology (TMT). Fujitsu menawarkan promosi hebat bermula 28 September sehingga 11 Oktober 2020.
Fujitsu UH-X yang ditawarkan pada harga permulaan RM4,199 ini turut menyediakan hadiah menarik yang bernilai sehingga RM1,025 termasuk skrin monitor 22 inci atau 27 inci, akses Microsoft Office 365 dan juga laptop sleeve berjenama.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, hampir 5 billion daripada keseluruhan penduduk mengamalkan tabiat yang kurang sihat iaitu penggunaan produk berasaskan tembakau iaitu rokok.
Walaupun terdapat banyak kempen dan langkah anti-rokok yang telah dilaksanakan sejak beberapa dekad yang lalu, kelaziman pengamalan tabiat merokok dalam kalangan rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas, kekal tinggi.
Perokok terus merokok untuk dapatkan kepuasan daripada nikotin yang merupakan salah satu bahan dalam tembakau dan ia boleh menyebabkan ketagihan.
Namun begitu, nikotin bukanlah punca utama kemudaratan yang dikaitkan dengan rokok. Menurut fakta, sebatang rokok yang dibakar mengeluarkan lebih daripada 6,000 bahan kimia dalam asapnya yang mana 100 daripada bahan kimia ini diklasifikasikan sebagai karsinogen atau boleh menyebabkan kanser dan penyakit-penyakit lain.
Gunakan produk alternatif sebagai pengganti?
Mengikut pelbagai pakar, nikotin bukanlah punca utama penyakit berkaitan dengan merokok, tetapi ianya adalah disebabkan asap rokok yang mengandungi bahan kimia berbahaya yang dihasilkan melalui proses pembakaran.
Alternatif bebas asap rokok yang terbukti secara saintifik untuk orang dewasa yang tidak boleh berhenti dengan tabiat merokok memainkan peranan penting dalam pengurangan bahaya, dan Sistem Pemanasan Tembakau (THS) ialah alternatif bebas asap rokok yang digunakan di negara-negara seperti Jepun, England dan banyak lagi.
Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Pangkalan Data Ulasan Sistematik Cochrane di United Kingdom pula, para penyelidik mendapati bahawa mereka yang beralih kepada alternatif bebas asap rokok kurang terdedah kepada beberapa bahan berbahaya yang dikaitkan dengan kanser, penyakit jantung dan masalah pernafasan.
Oleh itu, pelancaran peranti terbaharu yang lebih inovatif daripada Philip Morris Malaysia Sdn. Bhd. (PMM) yang dikenali sebagai IQOS ILUMA merupakan satu daripada usaha berterusan syarikat tersebut membawakan era bebas asap rokok ke negara ini.
Pengarah Urusan PMM, Naeem Shahab Khan dalam satu kenyataan semasa majlis pelancaran peranti terbaharu itu berkata, peranti tersebut telah dibangunkan dengan teknologi terbaharu.
Tambahnya lagi, ia merupakan hasil daripada maklum balas pengguna terhadap produk IQOS terdahulu bagi memberikan kepuasan sebenar.
Kelainan dari segi inovasi dalam peranti terbaharu IQOS ILUMA ini adalah ianya hadir dengan tanpa bilah dan juga menawarkan cara yang lebih bersih untuk memanaskan tembakau dari dalam berbanding dengan peranti sebelum ini.
Teknologi pemanasan induksi ini akan memberikan pengalaman yang lebih konsisten, tiada sisa tembakau, tidak perlu membersihkan peranti, tidak menghasilkan pembakaran dan tiada asap.
Kajian menunjukkan peranti bebas asap rokok seperti IQOS ILUMA mengurangkan sehingga 95 peratus bahan kimia berbahaya berbanding rokok tradisional kerana tiada pembakaran tembakau berlaku.
Pun begitu, ini tidak bermaksud ia mengurangkan risiko kesihatan sebanyak 95% dan IQOS ILUMA tidak bebas risiko. Dianggarkan, terdapat 27.4 juta pengguna IQOS di seluruh dunia ketika ini dan daripada jumlah itu, kira-kira 19.7 juta sudah meninggalkan rokok tradisional sepenuhnya!
Apa yang pasti, jalan terbaik adalah untuk berhenti merokok. Tetapi sekiranya tidak mahu berhenti dan mahukan sesuatu yang kurang berbahaya berbanding rokok tradisional dari segi bahan kimia yang dihasilkan oleh pembakaran tembakau, carilah alternatif seperti IQOS ILUMA dan sebagainya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Walaupun kini kita sudah memasuki Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun kedai gunting masih lagi tidak dibenarkan beroperasi. Jadi lebih lama lagilah kita terpaksa menunggu untuk menggunting dan merapikan rambut.
Pernahkah anda terfikir bahawa mungkin inilah momen yang paling sesuai untuk anda melakukan trim, mencuci dan menggayakan potongan rambut terkini dengan cara sendiri?
Ramai yang seakan-akan takut untuk bereskperimen sendiri dengan rambut? Usah takut kerana ada banyak cara yang boleh anda lakukan.
Ambil contoh dengan apa yang dilakukan oleh beberapa artis dan personaliti laman media sosial seperti Izzue Islam, SeanLJE, Asyraf Rozaimi, Rushdan Wafa, Hao Ren dan Curtis Fu.
Mereka menunjukkan skil menggayakan rambut menerusi kempen #HairSomeMan yang dijayakan oleh Head & Shoulders.
Pelbagai cara yang mereka gunakan. Langkah yang simple, Just Wash It, Just Trim It, Just Wash It, Just Style It!
Jadi usah risau jika merasakan yang rambut anda kini berserabut dan panjang. Percayalah, masih ada sinar harapan untuk anda mengembalikan gaya rambut walaupun kedai gunting rambut masih ditutup. Dengan Head & Shoulders Ultramen Shampoo, segalanya tidak mustahil untuk anda menggayakan rambut!
Anda juga boleh menyahut cabaran Head & Shoulders dengan menyertai cabaran HairSome TikTok Challenge. Muat naik video gaya rambut yang telah anda transformasikan.
Cara menyertai TikTok Challenge HairSome.
1. Rakam video TikTok dengan gaya rambut Hairsome Trim dan serlahkan gaya Ultra anda dengan runut bunyi Hairsome!
2. Muat naik video tersebut dengan #HNSHAIRSOMEMAN & tag @headandshouldersmy
3. Lengkapkan kapsyen berikut kurang daripada 10 patah perkataan, “Head & Shoulders Ultramen menjadikan rambut saya ….”
4. Pastikan tetapan (setting) akaun anda dalam mod public Anda boleh rujuk TikTok Challenge ini di pautan berikut: https://vt.tiktok.com/k4cSbq/
Maklumat lanjut mengenai produk ini boleh didapati di Lazada.
Untuk info penjagaan rambut, anda boleh ikut beberapa tip ini:
Guna Produk Bersesuaian
Kalau anda miliki rambut panjang pastinya anda bijak memilih produk penjagaan rambut yang sesuai. Rambut dan kulit kepala lelaki agar lain kepada wanita. Pilihlah produk penjagaan rambut yang direka untuk mengatasi masalah lelaki.
Cara Mencuci Yang Betul
Selama ini adakah anda menggunakan teknik yang betul ketika mencuci rambut? Cara yang betul ialah mencuci rambut dengan membilas keseluruhan rambut dengan air suam. Ini dapat membuka liang-liang pori yang tersumbat dan membebaskan segala kotoran yang melekat pada kulit kepala. Ketika menggunakan syampu, lakukan urutan lembut menggunakan jari pada kulit kepala. Akhir sekali, bilas dengan air sejuk supaya liang-liang pori kembali tertutup.
Kurangkan Penggunaan Curling Iron & Dryer
Sebaiknya, elakkan daripada menggunakan sebarang peralatan yang mengeluarkan haba panas ketika mendandan rambut. Haba boleh menyebabkan rambut menjadi kering dan mudah putus. Jika ingin menggunakan pengering rambut, pastikan ia berada di paras yang paling rendah.
Amalkan Diet Yang Seimbang & Minum Air Secukupnya
Anda adalah apa yang anda makan dan minum. Ingat! Segala apa yang anda makan boleh memberikan kesan kepada badan termasuklah rambut. Pastikan anda minum air. Kekal hidrarasi sepanjang hari dan mengamalkan kehidupan yang sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Setiap orang ada tarikan tersendiri tapi kalau anda tertanya-tanya apa sebenarnya yang wanita perasan dulu pada tubuh lelaki, jawapannya bukan hanya tentang 'six-pack'.
Beberapa kajian...