Makanan yang kita makan sering menyebabkan pengumpulan gas di dalam perut. Jika dibiarkan, ia boleh menurunkan tahap kesihatan anda. Ikuti tip untuk menghindari perut kembung yang tidak selesa.
MAKANAN PEDAS.
Makanan pedas memang berfungsi untuk meningkatkan metabolisme dan membuat rasa lebih nikmat. Namun makanan pedas juga boleh mempengaruhi proses pencernaan dan menyebabkan rasa panas di dalam perut.
MAKANAN PATI.
Makanan dalam bentuk pati seperti beras, jagung, gandum, roti dan sebagainya memang boleh menyebabkan perut berasa kembung. Hal ini kerana karbohidrat mengambil waktu untuk dicerna dan dalam masa yang sama kita sering mengambil banyak karbohidrat setiap hari.
KUBIS.
Makanan ini memang baik untuk kesihatan. Namun di dalam sebuah kajian mendapati kubis mengandungi gas yang boleh membuat perut kembung.
Ads
Ads
Ads
BUAH-BUAHAN.
Ada sesetengah orang mengalami masalah dengan fruktosa dalam buah-buahan. Bila anda sering berasa kembung setelah makan banyak buah-buahan, boleh jadi fruktosa tidak cukup baik untuk perut anda. Namun tidak mengapa, makanlah buat perlahan-lahan agar tidak cepat berasa kembung perut.
GORENGAN.
Makanan ini memang cukup enak untuk dimakan. Sayangnya makanan bergoreng juga boleh menyebabkan perut kembung. Hal ini kerana miyak yang bersifat panas dan makanan bergoreng tersebut sering kali dibuat daripada pati tepung. Jadi batasi makan makanan bergoreng agar tidak mengumpul gas di dalam perut.
MAKANAN RINGAN DENGAN KANDUNGAN GARAM YANG TINGGI.
Hindari makan makanan seperti snek yang mengandungi garam dalam kuantiti yang tinggi. Makanan seperti ini memang enak, namun sodium dalam makanan meneybabakan airt tertahan dan lebih banya gas yang ada didalam perut.
PRODUK SUSU.
Kandungan laktos dalam minuman susu juga boleh membuat perut kita kembung dan sering mengeluarkan gas. Hal ini biasanya disebut lactose intolerance yang mirip dengan mereka yang bermasalah dengan fruktosa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Lelaki botak kelihatan ‘menawan’ dan seksi pada pandangan mata wanita. Dalam dunia moden hari ini, persepsi terhadap penampilan fizikal semakin berkembang dan berubah. Salah satu trend yang semakin mendapat perhatian ialah lelaki botak.
Dahulu, botak sering dianggap sebagai tanda penuaan atau kekurangan, namun kini, ia semakin dilihat sebagai satu simbol kejantanan, kematangan dan juga daya tarikan tersendiri.
Menariknya, ramai wanita kini berpendapat bahawa lelaki botak mempunyai daya seksi yang unik.
Antara faktor utama yang menjadikan lelaki botak kelihatan menarik di mata wanita ialah keyakinan diri yang mereka tonjolkan. Lelaki yang menerima penampilan mereka dengan hati terbuka dan tampil yakin dengan gaya botak selalunya memancarkan aura yang kuat. Keyakinan ini membuatkan mereka kelihatan lebih berkarisma dan dominan — dua ciri yang secara semula jadi menarik perhatian wanita.
Lelaki botak juga sering dikaitkan dengan kematangan dan kejantanan. Penampilan yang bersih dan kemas tanpa rambut ini memberikan imej seorang lelaki yang tegas, berani dan tidak takut menunjukkan identiti diri. Ramai wanita berpendapat bahawa lelaki botak kelihatan lebih “maskulin” berbanding mereka yang berambut panjang atau bergaya moden. Ini mungkin kerana mereka dilihat seperti tidak terlalu mementingkan gaya yang berlebihan, sebaliknya lebih fokus kepada personaliti dan pencapaian diri.
Botak bukan hanya tentang tidak mempunyai rambut — ia juga mencerminkan kebersihan dan penjagaan diri. Lelaki yang memilih untuk mencukur kepala mereka selalunya sangat menitikberatkan aspek kekemasan. Penampilan botak yang digilap dengan baik menunjukkan bahawa mereka mengambil masa untuk merawat diri dan menampilkan diri secara profesional, sesuatu yang sangat dihargai oleh wanita.
Pengaruh media juga tidak dapat dinafikan dalam membentuk persepsi masyarakat. Beberapa selebriti lelaki botak seperti Dwayne “The Rock” Johnson, Vin Diesel, dan Jason Statham telah berjaya menonjolkan imej lelaki botak sebagai simbol kekuatan dan keperibadian yang menarik. Kehadiran mereka di skrin sebagai hero atau watak dominan telah mengukuhkan lagi pandangan bahawa lelaki botak itu seksi.
Tanpa rambut yang menjadi fokus utama, perhatian lebih diberikan kepada raut wajah dan ekspresi lelaki botak. Ini membolehkan wanita melihat dengan lebih jelas ciri-ciri wajah seperti mata, bentuk rahang, dan senyuman. Selain itu, tanpa ‘perlindungan’ gaya rambut, lelaki botak seringkali menonjolkan personaliti sebenar mereka, menjadikan mereka kelihatan lebih tulen dan jujur.
Penampilan botak bukan lagi satu kekurangan, malah kini dianggap sebagai kelebihan yang mencetuskan daya tarikan tersendiri. Di mata wanita, lelaki botak bukan sahaja seksi kerana rupa fizikal mereka, tetapi kerana keyakinan, kematangan dan personaliti yang mereka bawa bersama gaya tersebut.
Maka, bagi lelaki yang mengalami keguguran rambut atau mempertimbangkan untuk mencukur kepala, ketahuilah bahawa botak bukan pengakhiran, tetapi permulaan kepada penampilan yang lebih berani dan memikat.
Kalau nak tambah gaya, boleh cuba gabungkan dengan janggut rapi dan pakaian yang kemas. Percayalah makin ramai yang pandang dua kali!
Tidur di tempat kerja adalah salah satu isu disiplin yang tidak mematuhi peraturan di tempat kerja tambahan lagi di dalam mesyuarat. Tentu-tentu dah kena panggil dengan HR punya.
Tetapi berbeza pula di Jepun. Terkenal dengan peraturan etika yang sangat kompleks.
Contohnya etika Inemuri di Jepun yang membenarkan pekerja tidur dalam mesyuarat dan ia adalah tanda kepada dedikasi bekerja. Serius???
Menurut Dr. Brigitte Steger dari Universiti Cambridge, beliau pertama kali menghadapi situasi ini ialah semasa pertama kali tinggal di Jepun pada akhir 1980-an semasa Jepun berada di puncak Bubble Economy, satu keadaan semasa harga saham dan hartanah menjadi terlampau mahal.
Pada ketika itu, pekerja bekerja tanpa henti kemudian tertidur semasa perjalanan ulang alik ke tempat kerja. Malah pelajar juga berjaga sehingga larut malam dan tertidur di dalam kelas.
Ini menjadikan tidur semasa di perjumpaan sosial semakin meluas dalam budaya Jepun.
Tapi tidak semua boleh tidur ye!
Dalam inemuri ada peraturan ia bergantung kepada status dalam tangga sosial.
Sebagai contoh, sekiranya anda seorang kakitangan yang baru menyertai syarikat tidak dibenarkan untuk tidur. Sebaliknya jika anda berusia 40-50 tahun dan topik yang dibincangkan tidak secara langsung merujuk kepada anda, maka anda dibenarkan untuk tidur.
Secara mudahnya, semakin tinggi tangga sosial anda, semakin banyak anda boleh tidur.
Selain daripada itu, dalam etika inemuri, seseorang itu mungkin ‘jauh’ daripada segi mental, namun mereka perlu kembali ke situasi sosial jika diperlukan. Inemuri di Jepun hampir sama dengan budaya di Sepanyol iaitu siesta; pemberian waktu rehat makan tengah hari yang panjang.
Ini kerana bagi mereka, ketidakseimbangan yang berlaku boleh memberikan kesan buruk bukan sahaja kepada syarikat disebabkan produktiviti yang semakin menurun, tetapi juga kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Bagi masyarakat dari negara-negara lain etika-etika ini pasti menjadi sesuatu yang sangat rumit tetapi tidak di Jepun, ia tidak menjadi suatu masalah yang besar. Menarik kan etika ‘Inemuri’ ini, tapi anda rasa sesuai ke laksanakan ia di Malaysia?
Mari kita semak adakah habit kita lepas makan termasuk dalam kategori bahaya atau tidak.
Eksperimen dari pakar-pakar membuktikan bahawa merokok sebatang rokok selepas makan adalah setanding dengan merokok 10 batang rokok (kemungkinan mendapat kanser adalah lebih tinggi).
Apabila anda makan buah-buahan anda dengan selepas makan, buah-buahan akan terperangkap di dalam perut bersama-sama dengan kandungan makanan dan tidak boleh sampai ke usus. Buah tersebut akan rosak dan merosakkan makanan yang ada di dalam perut. Waktu terbaik kalau nak makan buah adalah 1 jam selepas makan ataupun makan buah sebelum makan. Sebaik-baik makan buah adalah pada waktu pagi dengan perut kosong sbb waktu pagi adalah waktu yang paling baik badan boleh menyerap nutrient dalam buah membantu untuk mendapatkan tenaga yang cukup untuk memulakan hari.habit selepas makan, jangan buat selepas makan, aktiviti selepas makan, aktiviti buruk selepas makan, bahaya tidur selepas makan, bahaya merokok selepas makan
Bahan ini akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan yang kita makan akan menjadi keras dengan itu sukar untuk dihadam. Adalah lebih baik untuk minum teh satu jam selepas makan.
Ada di antara kita sengaja melonggarkan tali pinggang sebab dah rasa macam makanan tak muat nak masuk atau dah rase tak selesa. Walau bagaimanapun, melonggarkan tali pinggang bukanlah sesuatu yang baik, bukan kerana ia menyebabkan usus terbelit atau ape tetapi kerana ia boleh menyebabkan kita nak makan lebih banyak. Oleh itu, makanlah hanya setakat yang anda boleh selesa tanpa melonggarkan tali pinggang anda!
Mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki dan badan yang menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan terus berkurang. Ini akan melemahkan sistem penghadaman di dalam perut kita.
Berjalan terus selepas makan adalah idea yang buruk, ia boleh menyebabkan berlakunya refluks asid dan senak. Yang baiknya, berjalan kira-kira setengah jam selepas makan. Para penyelidik di Jabatan Sains Senaman di University of South Carolina, telah mendapati bahawa berjalan selepas senaman adalah cara yang baik untuk membakar tenaga. Perkara yang perlu diperhatikan adalah apabila berjalan, secara idealnya harus berjalan selama kira-kira 10 minit dan hanya 20-30 minit selepas makan untuk mengelakkan refluks dan gangguan asid di perut.habit selepas makan, jangan buat selepas makan, aktiviti selepas makan, aktiviti buruk selepas makan, bahaya tidur selepas makan, bahaya merokok selepas makan
Tidur selepas makan mengakibatkan makanan yang kita ambil tidak akan dapat dihadam dengan sempurna. Tabiat tidur selepas makan akan membawa kepada gastrik & jangkitan di dalam usus kita.
Jadi lepas ni kena la avoid habit-habit ni untuk kesihatan jangka panjang. Prevention better and cheaper than cure � Boleh semua?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.